Archive for the Nizar Category

TAHNIAH BLOG MERAH TINTA

Posted in Nizar, PAS on July 24, 2009 by Hambali Abd Latiff

Blog Merah Tinta sudah mencecah ke angka 3.5 juta. Perkembangan ini memberangsangkan dan sekaligus menunjukkan blog ini terus dipantau.

Waktu ini angka yang tertera di mesin imbas kira ialah 3,002933 yang mula membuat catatan rasmi pada 9 OKtober 2007.

Sementara pengikut setia yang mendaftar menjadi komuniti blog ini pada masa ini ialah seramai 463 orang.

Sebagai pemilik blog saya berbangga atas pencapaian ini dan mengucap terima kasih kepada penjenguk. Seperti selalunya – teguran, kritikan dan juga makin hamun (termasuk dari penjenguk gelap) tidak dapat dinafikan memberi semangat kepada saya untuk menulis dan terus menulis berdasarkan tagline “Hanya Kita Memahami Diri Kita”.

Di sebalik kejayaan itu saya juga ingin mengajak anda semua membaca posting dalam blog berkenaan:

ULAMA IKUT OBAMA?
Isu Bakar Lilin Dan Memberi Sembah Hormat!

Thursday, July 23, 2009

Saya bersetuju sangat dengan pandangan sdr Ramli Abdul Halim, (Meli Kapak Jangak) yang mengatakan PAS bercanggah pendapat mengenai kelakuan bekas MB Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin yang hadir ke upacara mengingati kematian Teoh Beng Hock dan turut menyalakan lilin dimanakah perbuatan itu dikatakan perbuatan yang perlu dijauhi.
Meli juga turut mempersoalkan dalam percanggahan ini, siapa lebih aula untuk dipatuhi kerana kesemua yang bercakap adalah pemimpin PAS. Biasanya pemimpin PAS adalah mukmin terpilih dan terbaik.
Bila bercanggah walaupun ianya dari segi khilas, namun boleh mengelirukan ahli-ahli bawahan yang tumpul akal. Ahli yang tumpul akal juga akan lebih mempercayai kata-kata yang keluar dari lidah idola mereka daripada kata-kata yang keluar dari lidah mereka yang fasih dan alim lainnya.

Inilah dunia politik. Saya sudah katakan, siapa memiliki kuasa, ada wang dan sanggup pula memberi wang atas nama kebajikan akan disayangi dan dipercayai. Kata-kata mereka akan diakui benar dan tepat.

Mereka juga dianggap bijak dan kesalahannya dilihat betul. Apa lagi kalau kelompok pengikut pemimpin berkenaan hidup dengan meminta-minta dan tidak yakin dengan janji Allah yang senantiasa mencukupi apa yang hambaNya tidak genap!

Kelompok ini akan bertegang leher memperdebat dan mempertahankan pandangan atau hukum dikeluarkan pemimpin mereka itu sebagai betul, sementara mengenepi dan mencerca yang lain sebagai kolot, ekstrem, fanatik, jumud, jahat dan sebagainya.

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Husam bin Musa, telah mempertahankan tindakan Nizar Jamaluddin itu sebagai tidak menyalahi Islam. Katanya kehadiran Nizar ke upacara itu sebagai membantah atas apa yang berlaku, iaitu kematian misteri Teoh Beng Hock, pemuda Cina.

Seperti mana kata Meli mungkin Ustaz Husam berpandangan begitu kerana berpegang kepada sebuah hadith yang menyatakan Rasulullah s.a.w. berdiri sebagai menghormati ketika mayat Yahudi diusung. Rasulullah berbuat begitu kerana menghormati si Yahudi itu sebagai mahhluk Allah.

Saya bersetuju dengan pandangan dan pegangan Ustaz Husam kalau setakat itu. Tetapi soalnya apa yang dilakukan Nizar ialah menyalakan lilin dan mungkin mengangkat-angkat lilin seperti mana dilakukan pemimpin DAP lain. Tentunya kehadirian Nizar Jamaluddin itu tidak seperti mana respon Rasulullah yang hanya berdiri saja.

Betul soal aqidah dan keyakinan itu tertakhluk dalam hati sanubari seseorang. Ia bergantung kepada niat dan iktikad seseorang itu. Tetapi bagaimana pula pada pandangan zahir? Bolehlah kita telanjang di tengah khalayak ramai dengan memasang niat kita berada dalam bilik tersembunyi? Atau bolehlah kita mensedekah harta pencurian? Di sinilah gunanya Allah memberi akal kepada manusia agar bijaksana, menimbang yang haq dengan yang batil.

Adapun percanggahan pendapat dikalangan pemimpin PAS ini menurut Meli Kapak Janggak ialah apabila, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib seakan tidak bersetuju dengan perbuatan Nizar Jamluddin itu. Harun berpegang kepada peraturan dan tatasusila didalam Islam yang melarang penganutnya melakukan perbuatan yang meragukan. Bagi Harun perbuatan Nizar itu tergolong dalam aksi-kasi meragukan dan ia perlu dijauhi.

PAS sendiri, jelas Harun Taib dalam kenyataanya kepada akhbar, ada menggariskan antara perbuatan-perbuatan yang meragu dan perlu dijauhi oleh ahli PAS. Seperti mana tanya Harun Taib, apakah Nizar tidak mengetahui akan garis panduan itu? Secara logiknya kalau Nizar sudah melanggar garis panduan parti maka tindakan perlu dibuat ke atasnya, sekurang-kurangnya teguran. Manakala kalau Nizar tidak tahu mungkin beliau boleh dimaafi.

Jika dibiarkan sedangkan ia ternyata salah ia dibimbangi akan menjadi ikutan. Lama kelamaan bila ramai pengikut mengikuti perbuatan yang dilarang itu menyebabkan ia akan diterima sebagai betul. Dalam politik selalunya majoriti dilihat sebagai benar dan menang. Jika ini berlaku ia boleh menjejaskan kesucian PAS sebagai parti berlandaskan Islam.

Di kala ini maka jadilah ahli PAS seperti ahli lain-lain parti. Kini sudah ada elemen dari segelintir ahli yang sangup memaki hamun, mencaci dan bertindak melanggari tatasusila serta adat-adat dalam agama.

Makanya PAS perlu membuat penjelasan mengenai percanggahan ini atau isu bakar lilin ini. Dan orang yang paling aulia dan layak ialah Mursydul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memandangkan keramat hidupnya ada kepada beliau. Beliaulah patut membuka mulut membuat pandangan atau teguran atau menjelaskan perkara ini sebelum ia menjadi polemik meluas. Orang lain tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukum kerana akan dianggap sebagai politik dan berkepentingan!

Sayangnya semalam bila ditanya oleh media Tok Guruku itu enggan memberikan fatwa, (maksudnya pandangan) berhubung perbuatan Nizar Jamaluddin itu. Alasan yang diberikan Nik Aziz kerana penjelasan itu diminta oleh Zambry Abdul Kadir, MB Perak.

Apa kena mengena permintaan Zambry dalam hal ini sehingga Tok Guruku tidak bersedia untuk mengulas dan menguPASnya? Kalaupun Zambry tidak meminta fatwa atau penjelasan berhubung perkara itu, sebagai Imam Besar PAS, Nik Aziz perlu mengambil tanggungjawab menjelaskannya bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Sikap Nik Aziz itu menyebabkan wujud beberapa tafsiran lain. Apkah Nik Aziz mengelak untuk memberi fatwa mengenai perbuatan itu kerana penasihatnya sudah memberi penjelasan mengenai hal itu terlebih dulu yang mengatakan perbuatan Nizar itu tidak meyalahi agama. Begitukah?

Atau mungkin disebabkan pandangan Nik Aziz berbeza dengan pandangan penasihatnya itu menyebabkan beliau kena mendiamkan diri atau mencari alasan dari memperkatakannya kerana menghormati pandangan penasihatnya itu atau untuk tidak dikatakan beliau bercanggah dengan wazirnya?

Apakah tidak difikir oleh Tok Guruku bahawa langkah awal penasihat itu membuat penjelasan walaupun autoriti boleh dipertikaikan, sebagai hendak memerangkapnya? Selalunya penasihat akan memberi klu sebelum Nik Aziz mengeluarkan apa-apa kenyataan. Dalam bahasa lain menyediakan deraf untuk dibaca oleh Tok Guru.

Tidakkah tidak terfikir oleh Tok Guruku mungkin tindakan penasihat itu mempertahankan perbuatan Nizar itu sebagai tektiknya untuk melindungi dirinya juga. Sebelum ini penasihat ini turut sama membuat simbol hormat seperti dilakukan oleh pengikut Buddha kepada sami atau tokong mereka dengan meletakkan tangan didada, seakan menyembah. Jadi apabila Nizar juga telah melalukan perbuatan yang meragukan itu maka beliau kena sokong kerana aksi Nizar itu sekaligus membantunya.

Bagaimana pun saya yakin lambat laun Nik Aziz akan mengeluarkan fatwanya mengenai perkara ini. Dan saya juga yakin dia akan mencari simpang atau lubang bagaimana untuk menyelamatkan air muka penasihtanya itu, Nizar dan sekalian orang yang telah melakukan perbuatan yang boleh diragui seperti mana kata Harun Taib itu. Jika inilah yang akan berlaku lagi boleh dianggap bahawa ulama bersedia menuruti fatwa ‘Obama’.

AKIDAH SESETENGAH PEMIMPIN PAS SUDAH ROSAK?

Posted in Islam, Nizar, PAS on July 24, 2009 by Hambali Abd Latiff

“ Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu…” (Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib)

“Perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah “sesuatu yang meragukan” (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)

“Pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat…” (Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain)

“Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang…” (Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid)

Pada hari penghulu segala hari – JUMAAT – marilah sama-sama kita membicarakan suatu perkara penting.

Harun Taib kata tidak wajar hadir, Husam Musa berkata wajar.

Kelmarin, Nik Aziz enggan komen tetapi kemudian kata ‘meragukan’ sementara timbalannya, Ahmad Yaacob menyerahkan kepada Dewan Ulama PAS.

Sah semakin bercelaru dalam PAS gara-gara tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar semalam mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Husam memberikan fatwa ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah “sesuatu yang meragukan” tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

“Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur,” katanya.

Nampak gayanya pening lagilah orang Islam di negara ini sama ada mahu ikut fatwa beberapa pemimpin politik PAS yang bertentangan dengan pendirian tokoh-tokh agama dan tokoh akademik berlatarbelakangkan Islam.

Malang sekali dalam negara kita sekarang politik telah mempengaruhi semua aktiviti dan kerana terlalu meletakkan kepentingan politik, banyak pihak lupa kepada nilai-nilai keagamaan, lupa kepada batas-batas yang telah ditetapkan dalam agama.

Agaknya zaman ini semua boleh asalkan bersesuai dengan selera politik PAS.

Mungkin kerana kebimbangan akan bercelaru penerimaan orang Islam, pemimpin-pemimpin parti politik beragama Islam diingatkan supaya tidak menggadai kesucian agama serta akidah semata-mata mahu menarik sokongan masyarakat bukan Muslim.

Keadaan itu berlaku berpunca daripada amalan politik melampau yang sanggup mengetepikan soal agama serta prinsip-prinsip keimanan.

Sambil menyifatkan budaya itu sebagai politik rakus, tokoh agama berkata ia telah membuatkan syariat Islam yang sepatutnya menjadi panduan telah dilanggar begitu sahaja.

Amat hairan Husam boleh mengeluarkan kenyataan pada ketika Dewan Ulama PAS menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini. Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya PAS telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain berkata, tindakan mereka antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian.

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.

“Saya bercakap bukan sebab PAS atau UMNO tetapi saya bercakap atas dasar hukum serta ketetapan dalam Islam. Sama ada mereka orang PAS atau UMNO jika mereka terlibat di dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.

Menurutnya, perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,” katanya semalam.

Dalam perkembangan sama Mohammad Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya menziarah kematian yang melibatkan orang bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali terbabit dalam sebarang upacara berbentuk keagamaan.

“Kita perlu tahu membezakan antara urusan agama dan urusan masyarakat. Menziarah kematian orang bukan Islam adalah urusan masyarakat dan ia merupakan sesuatu yang amat digalakkan.

“Manakala perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian adalah urusan agama dan umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan upacara seperti itu,” katanya lagi.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan, umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik.

Beliau berkata, hukumnya jelas memandangkan perbuatan tersebut merupakan salah satu amalan dalam agama Kristian.

“Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang. Saya bercakap dalam konteks hukum kerana akidah merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.

Apabila akidah rosak, iman dan Islam juga akan menjadi rosak,” tegasnya.

NYALAAN LILIN – PAS BERDOLAK-DALIK KELUARKAN FATWA?

Posted in DAP, Nizar, PAS on July 23, 2009 by Hambali Abd Latiff

Selalunya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat ulasan terhadap sesuatu persoalan. Apalagi jika ia perlu mempertahankan ahli atau pemimpin PAS dalam satu-satu tindakan atau kenyataan mereka.

Bagaimanapun sehingga kini, Nik Aziz enggan mengulas mengenai tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin di Ipoh bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai….Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu”, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim semalam.

Sementara itu Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.

Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

Beliau menyatakannya mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, sambil menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Malam kelmarin, satu perhimpunan memperingati kematian Beng Hock diadakan oleh pemimpin dan penyokong DAP di Simpang Kuala, di Kedah yang turut dihadiri pemimpin Kerajaan Negeri daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, ADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak, Drs.Khalil Idham Lim dalam kenyataannya yang disiarkan mStar semalam (21 Julai 2009) berkata isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami (beliau dan Nizar) berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, berkebetulan sebagai seorang Cina Islam beliau rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

“Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini” Katanya kepada Sinar Harian semalam”

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 Julai, bertempat di wisma DAP Ipoh . Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China . Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang Hari Raya Puasa atau Haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan di luar (saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, “punggung penuh dengan najis”.

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur oleh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Sementara itu, PAS menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Mohd Nizar yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.
“Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan,” katanya kepada selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di Rantau Panjang semalam.

SERTA NYALAAN LILIN – APA KATA ULAMA PAS?

Posted in Nizar, PAS on July 21, 2009 by Hambali Abd Latiff

Salahkah orang Islam menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian seorang bukan Islam?

Apakah ia suatu kesalahan besar atau perbuatan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Islam?

Dia hanya menyertai majlis, bukan percaya dengan amalan agama kumpulan yang menyalakan lilin berkenaan?

Kita pernah dengar dan lihat Musyridul Am PAS menyertai beberapa upacara agama Buddha di Kelantan.

Sebagai Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat beranggapan ia tidak ada kena mengena dengan keyakinannya kepada Allah dan jauh sekali yakin terhadap ajaran agama berkenaan.

Jadi apa salahnya jika Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas?

Lagipun, Mohd Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak itu sekadar memperingati kematian Teoh di Ipoh.

Gambar majlis itu dirakam dan tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.
Salah ke? Mana ada salah kalau orang seperti Mohd Nizar yang arif tentang hukum agama dan mampu menyampaikan khutbah melakukan demikian?

Tindakan Mohd Nizar kini dipersoalkan dan pastinya bukan daripada orang Islam dalam Parti Keadilan Rakyat, DAP, malah PAS sendiri.

Jangan pandai-pandai ‘mencerca’ atau mempersoalkan perbuatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kerana Mohd Nizar dihormati oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bagaimanapun mempersoalkan tindakan Mohd Nizar menyertai majlis itu.

Apakah tidak ada cara lain untuk menyatakan simpati atau sokongan? Zamry juga bersimpati dengan kematian Teoh dan telahpun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.
Zambry berkata ulama dalam PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menyertai majlis nyalaan lilin berkenaan.

Katanya, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama PAS memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya ulama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

“Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

“Dia lagi tahu apa yang dia buat,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) semalam.

MOHD NIZAR MEROYAN LAGI

Posted in Harakah, MB, Nizar, perak on July 4, 2009 by Hambali Abd Latiff

Spin apa lagi ni? Oleh Harakahdaily atau oleh Mohd Nizar?

Kononnya akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dalam masa terdekat untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.


Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang yang memang meroyan dan gila talak untuk menjadi Menteri Besar dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, punca dibubarkan DUN ada dua:

1. Kerana prestadi kerajaan semakin dipertikai; dan

2. Ahli Parlimen dan wakil rakyat BN menyetujui berlaku kekalutan.

Yang aneh, Mohd Nizar tidak berani menyebut dengan jelas siapa ahli Parlimen dan wakil rakyat berkenaan?

Mohd Nizar melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran DUN terpaksa dilakukan.

Menurut Harakahdaily tanpa menyebur atau memetik sesiapa mengatakan “Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.

Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.”

Pelikkan cara reporting seperti ini, seolah-olah Harakahdaily pula jadi jurucakap.
Mohd Nizar berpendapat paling tragis dalam masa terdekat juga Sidang DUN Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Kekecohan apa? Siapa akan membuat kecoh?

Mengenai Bajet ini, kerajaan pembangkang di Perak pernah embentangkan Bajet Negeri Perak bagi tahun 2009 berteraskan prinsip adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan untuk kemakmuran negeri dan rakyat tanpa membezakan fahaman agama, bangsa dan fahaman politik.

Bagaimanapun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak ketika itu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Hulu menganggap Bajet 2009 Kerajaan Negeri Perak itu tidak menampakkan apa-apa kelebihan atau keistimewaan malah ia bersifat ‘lebih kulit daripada isi.’

”Itulah sebabnya semasa membahaskan bajet tersebut saya katakan bajet yang dibentangkan itu hambar, daif, tidak produktif dan non-developmental. Bolehkah matlamat hendak memakmurkan rakyat dan negeri Perak tercapai kalau peruntukan pembangunan dalam bajet itu dikurangkan?

”Bagaimana dasar negeri berkebajikan boleh diteruskan kalau sumber pendapatan negeri tidak mampu dipertingkatkan melalui langkah-langkah yang produktif dan membangun,” katanya pada November lalu.

Menurut Harakahdaily semalam, Nizar turut mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Media rasmi PAS itu mengatakan keyakinan DUN Perak akan dibubarkan berdasarkan apa yang diperkatakan Mohd Nizar itu selain Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Sebelum ini Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

“Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,”tegasnya.

Berikutan itu beliau turut menyatakan betapa pentingnya JPP yang dikendalikan, bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.

MOHD NIZAR BERJUANG UNTUK PERIBADI

Posted in Menteri Besar, Nizar, perak on June 20, 2009 by Hambali Abd Latiff

(Isu Sabtu)

Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin semalam memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Selepas melihat gelagat Mohd Nizar di Dewan Rakyat dan perjuangannya dalam isu Menteri Besar Perak bagaikan bersaorangan, timbul persoalan – apakah Mohd Nizar berjuang untuk kedudukan peribadi atau pakatan pembangkang.

Bagai samseng, Mohd Nizar menunjukkan warnanya di Dewan Rakyat yang menyebabkan beliau digantung bersama beberapa yang lain.

Dengan memakai lilitan kepala dan tidak menghiraukan Speaker Dewan Rakyat, rakyat meluat melihat sikapnya dan tindakannya itu bertujuan menggambalikan kuasa kepadanya.

Apakah Mohd Nizar melihat jawatan itu ekslusif untuknya? Juga apakah beliau masih tidak sedar bahawa istana mempunyai hak dalam isu perlantikan Menteri Besar?

Apakah kini beliau pada tahap riak dan menderhaka kepada Sultan Perak apabila terus mempertikai dan menunjukkan aksi bantahannya kepada istana apabila bertindak liar di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Apakah Mohd Nizar terlalu yakin akan menang kes rayuannya tetapi apakah dua parti pakatan pembangkang – DAP dan PKR – akur supaya Mohd Nizar terus menjadi Menteri Besar?

Maksudnya di sini, jika menang kes ini di mahkamah, apakah jika diminta oleh DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Nizar rela melepaskan jawatan itu untuk orang lain atau dia sahaja layak menjadi Menteri Besar Perak.

Ini kerana dengan kedudukan PAS yang bercelaru dan lagipun PAS hanya ada tiga kerusi DUN di Dewan Undangan Negeri Perak, apakah parti lain yang lebih besar perwakilannya akan membiarkan parti yang terumbang ambing it uterus mengetuai kerajaan Perak jika mampu dibentuk.

Selain itu imej Mohd Nizar dengan istana sudah tercalar dan selagi Mohd Nizar terus memperkatakan kes ini, rakyat akan melihat Mohd Nizar sebagai ‘gilakan kerusi Menteri Besar’.
Buktinya, Mohd Nizar dari serendah-rendah mahkamah akan ke setinggi-tinggi mahkamah berusaha menjamin Dr Zambry tidak menjadi Menteri Besar.

Mohd Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, semalam, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira pukul 3.30 petang melalui Tetuan Leong & Tan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.

Dalam permohonannya juga, Mohd Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.
(Mahkamah Persekutuan ketika ini mempunyai 12 orang hakim)

Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Mohammad Nizar) sebagai menteri besar yang sah.

Mohd Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, beliu turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:

i. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

ii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

iii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;

iv. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;

v. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;

vi. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Mohd Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah sama dengan Fasal 16(6) UTKP dan sebarang keputusan berkenaan Fasal itu akan memberikan impak atau kesan berkenaan Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung jawatan Perdana Menteri.

“Ini bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong hendak memecat Perdana Menteri, Baginda boleh berbuat demikian. Baginda boleh menelefon Perdana Menteri dan memberitahu bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat,” kata Mohammad Nizar dalam sidang media selepas menfailkan permohonan itu.

Ketika ditanya mengapa beliau memohon supaya kesnya didengar di hadapan 11 hakim, beliau berkata: “Apabila ada ramai hakim, kita harap supaya dapat memberikan keputusan yang adil kerana rakyat negara ini sangat menagih keadilan.”

Mohd Nizar juga berkata beliau gembira kerana akhirnya permohonan itu berjaya difailkan walaupun keputusan hujahan bertulis oleh Mahkamah Rayuan masih belum diperolehi.

Pada 22 Mei lepas, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Raus, dalam penghakiman lisannya memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membuat keputusan yang betul ketika melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru, berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Mohd Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Md Raus yang bersidang bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, mendapati bahawa Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Perak bermula apabila tiga daripada wakil rakyat pakatan DAP-PKR-PAS keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional pada Februari lepas.

Mohd Nizar, 52, kemudiannya memfailkan semakan penghakiman untuk memohon satu writ bersifat “quo warranto” atau “melalui kuasa apa” dikeluarkan terhadap Zambry bagi menyatakan tunjuk sebab atas asas apakah beliau menjadi menteri besar yang sah.

Apa yang boleh dirumuskan di sini ialah Mohd Nizar kini bagaikan orang hilang akal selepas dilucutkan jawatan dan dendam kesumatnya ialah mengganggu-gugat Kerajaan BN pimpinan Dr Zamry selain mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa ‘istana tidak betul dan tidak adil kerana melucutnya’.

Persoalannya kenapa tunjuk belang di Dewan Rakyat bukannya secara langsung kepada istana kerana perlantikan Dr Zambry ialah kerana perkenan istana.

Sewajarnya Mohd Nizar mendapatkan perkenan istana walau apa cara juga sekali pun terlebih dahulu sebelum ke mahkamah rayuan kerana kalau menang pun beliau tetap akan menghadapi halangan.

Jika halangan berterusan, Mohd Nizar terpaksa akan melupakan niatnya dan putihlah matanya untuk menjadi Menteri Besar.

Ironinya, jika jawatan Menteri Besar itu menjadi matlamat peribadinya, tidak pelik jika beliau akan ‘membuat kacau’ pula kepada rakan-rakan politik dalam pakatan pembangkang kerana matlamat Mohd Nizar hanyalah satu iaitu mendapatkan kembali kerusinya – kerusi Menteri Besar Perak.

WAJAH ORANG POLITIK SAKIT

Posted in DUN, Nizar, perak, PKR on June 15, 2009 by Hambali Abd Latiff

Sakit tidak semestinya diakibatkan oleh penyakit selesa burung atau selesema babi.

Selesema politik pun ada sekarang ini. Di Malaysia, sakit dah ‘macam-macam ada’. Selesema politik menjijik dan meloyakan. Penyakitnya seukar diubati. Hanya diri sendiri sahaja boleh mengibatinya.

Doktor politik sukar mengubatinya.
Selesema politik ini hebat. Ia membabitkan orang menjadi meroyan dan gila untuk menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar atau juga Speaker.
Wajah orang sakit selesema politik mudah dikesan tidak seperti selesema burung atau selesema babi.
Perkara pertama sakit selesema politik ialah melalui caka-cakap dan kemudian baru tindakan.
Pagi ini, selesema politik pertama di kesan di Dewan Rakyat.
Siapa penghidapnya? Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Memalukan dan jijik dengan sikap pemimpin PAS ini yang tindak tanduknya melampaui batas dan sudah tiada hormat kepada Dewan Rakyat – institusi mulia politik itu.

Bagaimanana? Tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, bekas Menteri Besar itu tiba-tiba diserang selesema politik apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa menghalau beliau keluar dewan.

Arahan itu dikeluarkan oleh ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan “bubar Dewan Undangan Negeri” sebaik sahaja menurunkan tandatangan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.
Sakit selesema politik Mohd Nizar kemudian melarat apabila memakai lilitan “BUBAR DUN” Perak.
Apabila diminta menanggalkan lilitan itu, Nizar enggan.
Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.
Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok “F”.
Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang enggan mematuhi arahan Speaker supaya tidak memakai lilitan itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).

Unsur-unsur selesema politik di Dewan Rakyat dapat dilihat jelas apabila ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.

Bukan itu sahaja, tanda-tanda penyakit itu berjangkit semakin ketara apabila Dewan Rakyat terpaksa mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan “BUBAR DUN”.

Insiden itu menyebabkan sesi soal jawab soalan lisan tertangguh 15 minit.

PERAK – NIZAR TETAP CABAR KEPUTUSAN SULTAN AZLAN

Posted in Menteri Besar, Nizar, perak on May 23, 2009 by Hambali Abd Latiff

Sah sudah Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

I a dibuat selepas baginda berpuas hati bahawa Dr Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Selain itu tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.
Kini dua kali sudah keputusan Sultan Perak itu diakui betul. Kali pertama ialah pada 12 Mei 2009 lalu apabila Mahkamah Tinggi memutuskan supaya keputusan mengesahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diubah dan keputusan terhadap Dr Zamri ditangguhkan.
Bagaimanapun, Nizar tetap akanmempertikaikan keputusan itu dengan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Sekali melawan, Nizar akan tetap melawan, biarpun ia terpaksa mencabar keputusan Sultannya sendiri.

Kini pasti sudah bukan sahaja keputusan Sultan Azlan akan dicabar tetapi episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya belum berakhir!

Kerajaan Perak akan terus berada dalam limbo dan kedudukan ini tidak baik untuk kerajaan negeri dalam konteks mendapatkan pelaburan dan keputusan-keputusan tertentu mengenai pembangunan.

Kesan pertelingkahan ini akan memberikan kerugian kepada rakyat namun kerana Nizar mahu mencabar terus, soal rakyat ini sudah tidak penting baginya.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin,” katanya.

Bila beliau akan mengemukakan rayuan belum dipastikan.
Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim – pukul 3.50 petang semalam – membabitkan Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada 11 Mei itu memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya (12 Mei 2009) membenarkan permohonan Dr Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut semalam.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan penghakiman bertulis itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

SULTAN TIDAK BOLEH PECAT MENTERI BESAR

Posted in MB, Nizar, perak on May 19, 2009 by Hambali Abd Latiff

Dalam penghakiman 78 muka oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu yang dikeluarkan kepada media semalam, menyatakan dengan jelas Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya.
Ini kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.
Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

“Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Berlandaskan keputusan itulah beliaubeliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei lalu.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

“Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” kata beliau.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa “jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif”.

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ “quo warranto” dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.

“Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

“Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif,” katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan – Bernama

Nota: Saya berharap sangat untuk mendengar pandangan lain mengenai penghakiman ini. Apa kata Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Nazri Aziz atau juga Datuk Zaid Ibrahim mengenai soal ini. Tolong jawablah mereka yang pakar undang-undang.

PERAK – HANYA ADA DUA JALAN

Posted in BN, Nizar, perak, PKR on May 12, 2009 by Hambali Abd Latiff

Tiada jalan lain bagi Barisan Nasional (BN) selain menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa wajar perintah Perak, atau membuat usul tidak percaya kepada Menteri Besar.

Dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, penyelesaian hanya melalui dua cara berkenaan.

Mohd Nizar yang disytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam, pagi ini memasuki Pejabat Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK).

Nizar yang tiba bersama ahli Exco lain pada 7.15 pagi, pada mulanya dihalang polis daripada memasuki kawasan sebelum dibenarkan berbuat demikian 15 minit kemudian.

Pada jam 7.50 pagi, Nizar meninggalkan pejabatnya untuk ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat.

Adalah baik jika BN tidak membuat rayuan kerana kalaupun ada perubahan keputusan kelak, penyelesaian kepada masalah tidak akan berlaku kerana akan memanjangkan lagi kes ini di mahkamah.

Bagaimanapun, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pagi ini memfailkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memfailkan notis rayuan terhadap perisytiharan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Permohonan difailkan oleh Tetuan Zulrafiq & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan pada kira-kira jam 9.20 pagi dan dijangka didengar pagi ini.

Kita tidak mahu mahkamah jadi penentu dalam keputusan politik – serahkan kepada rakyat dan kertas undi adalah jalan sebaik-baiknya – melalui pilihan raya atau undi tidak percaya.

Jika benar pendapat mengatakan rakyat sudah sedar betapa ‘rugi dan menyesalnya mereka mengundi pembangkang’, elok sahaja diadakan pilihan raya semula di Perak. Ia hanya membabitkan Dewan Undangan Negeri.

Terang lagi bersuluh bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengisytiharkan Mohd Nizar sebagai Menteri Besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.
Jadi, penyelesaian sewajarnya diasaskan mengikut kepada apa yang diputuskan oleh mahkamah berkenaan.

Tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima dengan hati terbuka keputusan itu patut dipuji dan suatu tindakan bijak.

Dr Zambry, 47, anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke11 di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 6 Februari lepas.

“Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

Dr Zambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan.

“Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin,” kata Mohd Nizam.

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu Menteri Besar Perak yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN) bukan penghujung jalan untuk parti itu, juga ada asasnya.

Presiden Umno itu berkata, ini kerana masih ada ruang untuk parti memikirkan langkah-langkah yang wajar dilakukan dalam menghadapi kemelut itu.

“Ini bukan penghujung jalan, masih ada jalan untuk difikirkan langkah-langkah. Saya dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi (MT) akan fikir dengan semasak-masaknya apa yang terbaik untuk Umno dan BN yang kita kasihi,” katanya ketika berucap pada majlis Ulang tahun ke-63 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

Menyifatkan sambutan ulang tahun Umno yang sepatutnya meriah malam ini agak suram berikutan keputusan mahkmamah itu, Najib bagaimanapun gembira melihat Dewan Merdeka dipenuhi penyokong Umno dan BN termasuk mantan Presiden Umno dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Hakikatnya, jika Barisan Nasional menyerahkan semula kepada rakyat untuk menentukan siapa wajar perintah Perak, BN berada pada kedudukan lebih selesa.

BN kini mempunyai 28 kerusi DUN dan mendapat pula sokongan dua bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang bekas wakil rakyat DAP yang mengisytiharkan diri mereka anggota Bebas.

Selain itu, inilah masanya menguji kemampuan sebenar Pengerusi baru BN yang juga Presiden UMNO, selain Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kemenangan akan membuktikan kecekapan mereka dan kalau kalah, ia hanya berada di status quo lama dan tidak merugikan sesiapa.

Rakyat faham kedudukan sebenar dan terpulanglah kepada keputusan Majlis Tertinggi BN cara untuk meyakinkan rakyat kembali semula kepadanya.

Jika rakyat menolak BN sekali lagi, isyarat semakin jelas bahawa UMNO dan komponen BN seluruhnya perlu berubah.