Archive for the Uncategorized Category

Jom MAKANG FREE

Posted in Uncategorized on August 1, 2009 by Hambali Abd Latiff
Jom MAKANG FREE

Tak payah bayar SESEN pong!

1 Ogos 2009 (HARI INI),6 ptg – 12 malam
Tempat Letak Kereta B
Stadium Bukit Jalil

PENTING!

Posted in Uncategorized on April 22, 2009 by Hambali Abd Latiff

Ada perkembangan terbaru mengenai sms ugut bunuh wakil rakyat Terengganu. Tunggu perkembangannya ESOK. Bagaimanapun saya akan menulis mengenainya dan akan diposkan ke laman ini petang iniHAMBALI

APABILA TIDAK BERTUANKAN SULTAN PERAK

Posted in Uncategorized on February 8, 2009 by Hambali Abd Latiff

Jangan sampai Sultan negeri lain ikut murka.

Jangan perkecilkan institusi istana. Cubit peha kiri, peha kanan akan terasa.

Mungkin sesetengah orang merasakan tidak apa ‘membelakang’ dan ‘mencerca’ Raja Perak. Apa perasaan sultan-sultan lain? Kalaupun mungkin negeri lain-lain dan ada yang menganggap tidak ada kena mengena tetapi ramai daripada mereka ada kerabat dan saudara mara di negeri lain.
Sudah pasti kerabat dan saudara-mara juga terasa.

Jadi, perbuatan membelakangkan Raja di Perak itu sudah pasti memberikan kesan kepada sultan di negeri ini.

Jika di Perak institusi Raja mula diherdik dan dicerca, apakah ada jaminan tidak akan berlaku di negeri lain?

Mana janji mahu patuhi keputusan Sultan Perak?

Apakah rakyat Perak mahu mereka dianggap yang pertama menderhaka kepada Rajanya di zaman moden ini?

Semua tindak-tanduk sesetengah pemimpin dan ahli politik Perak yang menentang keputusan Raja sedang diperhatikan.

Bagi saya wajar sekali jika Menteri Besar mahupun Exco Pakatan Rakyat melihat ke dalam diri sendiri – apakah mereka sendiri mereka kedudukan seperti sekarang atau berbuat demikian kerana diarahkan oleh ‘tangan ghaib’?

Petang semalam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

Katanya di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ioph petang semalam: “Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan. Belum pernah ada dalam dunia begini.”

Jadi kepada siapa Muhammad berketuakan sekarang? Sultan atau pemimpin PAS?
Bagaimana pula dengan Exconya yang terdiri daripada anggota PKR dan DAP? Apakah mereka bertuankan Sultan atau Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang?

Bagi rakyat yang menentang keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah – kepada siapakah mereka berketuakan sekarang? Parti PKR, DAP dan PAS atau Abdul Hadi Awang, Anwar atau Kit Siang.

Jangan buat precendent tidak mahu turun kerajaan walaupu n sudah tidak jadi majoriti.
Bagaimana kelak kalau ada negeri yang mungkin berlaku perkara yang sama. Mahukah BN atau parti komponen BN melakukan perkara yang sama?

Apakah rakyat di negeri lain juga mahu berdegil untuk menunjukkan mereka juga tidak bertuankan Sultan masing-masing?

Selain itu, siapa pula ‘tangan ghaib’ yang menghasut dan mendesak mereka ini mengingkari perintah Raja?

Kenapa ‘lempar batu sembunyi tangan?” kenapa tidak berani tonjolkan diri dan menggunakan Mohammad Nizar dan rakyat Perak?

Apakah tangan ghaib itu Anwar? Atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat? Atau juga Lim Kit Siang.

Saya cuma bertanya bukan menuduh. Saya kesian kat orang Perak dan Muhammad Nizar yang pastinya akan menjadi ‘kambing korban’.

Apakah Muhammad Nizaru mempertahankan semua itu kerana beliau gila jawatan Menteri Besar atau kerana dihasut dan diasak oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri?

Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blognya ada menyebut bahawa oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihan raya, keputusan itu harus dihormati.
Jadi, hormatlah keputusan Raja kita dan jangan anggap keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak itu sebagai mementingkan Melayu semata-mata.

Sebagai seseorang yang pakar mengenai undang-undang, sudah tentu Raja Azlan Shah menimbang banyak perkara sebelum membuat dua keputusan penting – tidak perlu pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan meminta Nuhammad Nizar mengosongkan kerusi Menteri Besar!

HARGA MINYAK BERPOTENSI MELONJAK PADA JULAI

Posted in Uncategorized on January 3, 2009 by Hambali Abd Latiff

Sumber: Agensi

Harga minyak yang diniagakan pada hari pertama dagangan 2009 semalam sekitar AS$40 setong, berpotensi melonjak kepada AS$70 setong menjelang suku keempat tahun ini.

Apakah kita di Malaysia akan turut merasai kenaikannya semula Jun atau Julai depan selepas agak selesa ketika ini dengan keputusan kerajaan kerajaan menurunkan harga bahan api itu baru-baru ini?

Penganalisis menjangkakan harga bahan api berkenaan mampu meningkat ke paras itu apabila permintaannya kembali pulih dan langkah Opec mengurangkan pengeluaran seperti yang diumumkan bulan lalu mula dilaksanakan.

Selain itu, jangkaan pemulihan semula ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada separuh pertama 2009 akan mengembalikan permintaan bahan api itu.

“Faktor utama yang akan menentukan harga minyak tahun ini adalah berapa teruk dan selama mana berlakunya kemelesetan ekonomi,” kata Guy Caruso, bekas pentadbir di Jabatan Pengurusan Maklumat Tenaga AS yang kini adalah penasihat kanan tenaga dan keselamatan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Washington.

Pengarah Urusan Energy Security Analysis Inc di Wakefield, Massachusetts, AS, Sarah Emerson, pula berkata apabila ekonomi global berjaya melepasi krisis kemelesetan ekonomi, harga minyak akan berada pada paras sokongan yang lebih tinggi daripada AS$40 setong.

“Harga minyak seharusnya akan pulih semula menjelang musim panas ini (Jun atau Julai),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Editorial Platts, penyedia maklumat sektor tenaga, Dave Ernsberger, berkata harga minyak mentah dijangka berada pada paras stabil melebihi AS$40 (RM138.40) dan akan kekal di paras tersebut sehingga Presiden Amerika Syarikat (AS) baru, Barack Obama memulakan tugas pada 20 Januari ini.

Ini berikutan, harga pasaran akan menunggu polisi beliau terhadap ekonomi AS, pengeluar minyak utama Iran dan konflik yang berlaku antara Israel-Hamas di Timur Tengah yang kaya dengan minyak bagi menentukan harga semasa minyak mentah dunia.
Harga pasaran minyak mentah hari didagangkan rendah pada hari pertama 2009, walaupun harga meningkat sehari sebelum cuti tahun baru.

Kontrak utama New York, minyak berkualiti tinggi Light sweet untuk penghantaran Februari jatuh AS$2.03 (RM7.02) kepada AS$42.57 (RM147.29) setong pada dagangan tengah hari selepas meningkat AS$5.57 (RM19.27) kepada AS$44.60 (RM154.31) di New York Mercantile Exchange, Rabu lalu.

Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$1.91 (RM6.60) kepada AS$43.68 (RM151.13) setong selepas melonjak AS$5.55 (RM19.20) kepada AS$45.59 (RM157.74) di London, Rabu lalu.

”Harga pasaran mengalami kejatuhan disebabkan pelabur Asia berpendapat trend menaik yang berlaku adalah melampau pada Rabu lalu,” kata Dave Ernsberger, Pengarah Editorial Kanan Platts Asia, penyedia maklumat tenaga global.

Dengan permintaan dikawal oleh kemelesetan ekonomi di negara-negara besar ekonomi dunia, harga minyak berisiko untuk terus jatuh pada tahun ini, menurut penganalisis.

”Berita ekonomi yang berterusan suram akan menyebabkan harga pasaran minyak berada dalam keadaan defensif pada 2009 sehingga pakej rangsangan AS dapat dinilai keberkesanannya,” kata Mike Fitzpatrick di MF Global.

Sementara itu, Obama bercadang membelanjakan sehingga AS$775 bilion (RM2.68 trilion) bagi pakej rangsangan ekonomi, seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Terdahulu, harga minyak mentah melonjak sehingga mencapai paras tertinggi melebihi AS$147 (RM508) setong dari Julai lalu, sebelum krisis ekonomi global mengurangkan permintaan dunia untuk tenaga dan menjadikan harga jatuh secara drastik.

Rabu lalu, harga pasaran meningkat selepas laporan mingguan Jabatan Tenaga AS menunjukkan peningkatan dalam simpanan minyak mentah negara itu.

”Kemungkinan (pelabur) menjangkakan sesuatu yang lebih daripada itu,” kata Andy Lipow dari Lipow Oil Associates.

APA ITU PERISTIWA 2004?

Posted in Uncategorized on November 24, 2008 by Hambali Abd Latiff

Bahagian Keempat

Tolonglah jelaskan apa itu peristiwa 2004?

Saya hairan kenapa Pemangku Bahagian UMNO Tanah Merah, Nik Kemruzaman Sulong mendiamkan diri seribu bahasa dan juga pemimpin lain termasuk bekas Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. Di mana ‘Datin Su’?

Saya kurang jelas mengenai perkara ‘Peristiwa 2004’ dan bolehkah anda semua yang tahu mengenainya menceritakan latar belkangnya walaupun saya boleh menyelidik. Kejadian tidak lama sangat.

Siapa sebenarnya yang terlibat?

Apakah masalah yang melanda Bahagian UMNO Tanah Merah sebelum ini yang juga kecoh – maksudnya pemilihan 2004 – diakibatkan oleh orang yang sama yang disebut atau terbabit dalam masalah dan kemelut UMNO Bahagian Tanah Merah sekali lagi – kali ini?

Apapun, ini adalah email terbaru saya terima selain beberapa email lain yang lebih daripada 10 semuanya. Bacalah:

From Abdullah Hamzah abhmct@yahoo.com to hambalialatiff@gmail.com date – Sun, Nov 23, 2008 at 4:58 PM saya amat tertarik dgn tuisan mengenai politik tanah merah.jika difikirkan dgn cara ini umno akan terus berkubur kerana umno akan menjadi hak peminpin yg mempunyai wang walaupun tidak berkarisma ia akan nobat menjadi pemimpin kerana dgn kuasa wang ada ia dpt mencorak apa yg di fikirkan betul bagi kepentingan politik.
Mengenai politik yg melanda tanah merah ia akan menjadi menang sorak kampung tergadai andainya ketua bhg yg dipilh kerana wang dan paksaan.saya harap situasi d tanah merah ini dapat di fikir dgn mendalam oleh pemimpin tertinggi umno samada utk menghidup atau sebaliknya.

hambali abdul latiff to Abdullah

Terima kasih….saya berdoa apa yang saya tulis benar belaka bukan kerana mempertikaikan sesiapa…jika saya salah tegurlah, manusia banyak kelemahannya. yang baik daripada Allah, yang buruk daripada saya.

Seperti saya katakan sebelum ini, kes Tanah Merah ini sangat memerlukan perhatian Ibu Pejabat UMNO kerana seperti e-mail sebelum ini oleh seseorang yang saya gunakan untuk posting Bahagian Ketiga , ‘UMNO TANAH MERAH YANG ‘BERDARAH’ semalam, menggambarkan betapa kemungkinan dan kebarangkalian politik wang dan favouritism berlaku di bahagian berkenaan.

Memanglah nampak ada pertuduhan tertentu dibuat khususnya terhadap pegawai Ibu pejabat UMNO dalam ‘Kes Abdul Rahman Ibrahim Vs. 32 ahli’ yang tidak menjelaskan yuran mengikut perlembagaan UMNO di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu’ tetapi saya tetap tegaskan ia perlu penyelidikan dan kajian mendalam.

Tolonglah, berilah keadilan kepada semua pihak – maksud saya yang kena tuduh dipanggil terlebih dahulu, jangan pandai pecat hanya Perlembagaan mengatakan demikian.

Jika soal pecat menggunakan perlembagaan, bagaimana dengan isu yuran yang dijelaskan lewat oleh 32 ahli berkenaan?

Dalam posting saya Bahagian Dua siri ini, saya menyebut hanya Sembilan (9) akan membuat Akaun Bersumpah tetapi berpandukan e-mail sebelum ini seramai 11 rupa-rupanya yang akan berbuat demikian:

“Signifikannya, daripada 32 ahli yang disenaraikan itu terdapat 11 ahli yang mengaku tidak pernah bayar pun yuran berkenaan. Mereka telah menandatangani Akuan Berkanun dengan rela. Kalau cerita Tan Sri P.Ramlee dalam 3 Abdul ‘Tuan Penasihat’ seperti ini mendapat 10%. Akhirnnya kena jual lelong.”

Pertanyaan juga benarkah Ikmal Hisham ‘mengawal kakitangan Ibu Pejabat UMNO” melalui sms Ikmal Hisham? Menurut email semalam: “Peristiwa 2004 tidak akan berulang. Saya pasti akan jadi Ketua Bahagian dan terus ke pusat”- SMS dari Ikmal Hisham kepada ahli-ahli UMNO Tanah Merah.”
Tuduhan ini berat kerana membabitkan Ikmal Hisham secara peribadi dan pegawai Ibnu Pejabat UMNOsendiri. E-mail berkenaan amtara lain menyebut:

“…semua pegawai bermula daripada Setiausaha Agung, Setiausaha kerja, kakitangan IT dan tidak ketinggalan peguam UMNO habis-habisan menjadi galang-ganti kepada tuan tubuh Ikmal Hisham. Ironinya peguam UMNO sendiri bertungkuslumus mempertahankan 32 ahli UMNO yang melanggar perlembagaan parti. Setiausaha Agung, pula mungkin atas nasihat yang ‘salah atau tersalah’dari peguam ‘tuan penasihat’UMNO mendorong beliau mengeluarkan senarai 32 defendan dalam mahkamah kononnya telah menjelaskan yuran sebelum 31/12/2007.”

Untuk ketika ini, saya tidak berani mengulas lanjut mengenai Ikmal Hisham takut nanti apa yang saya tulis tidak benar dan ‘memfitnah’ atau ‘memburuk-burukkan beliau”.

Saya tidak ada apa-apa kepentingan sama ada dengan Ikmal atau puak-puak yang membantah di Tanah Merah ketika ini.

Apapun, saya benar-benar ingin tahu apa itu ‘Peristiwa 2004?’.

(Tunggu ulasan seterusnya…)