Archive for the Kelantan Category

LAPORAN PAKAR PERUBATAN TANPA PERKENAN SULTAN KELANTAN

Posted in Kelantan, Sultan on January 5, 2010 by Hambali Abd Latiff

KOTA BHARU (5 Jan 2010): Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, mendakwa laporan panel pakar perubatan yang dilantik kerajaan negeri bagi menilai tahap kesihatan ayahandanya sebagai tidak tepat.

Beliau mendakwa, panel berkenaan tidak pernah menemui ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, sepanjang tempoh baginda menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

“Sejak Tuanku menerima rawatan dari Mei 2009 sehingga kini, panel berkenaan tidak pernah melawat dan menjalankan pemeriksaan terhadapnya. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh menyediakan laporan perubatan tahap kesihatan Tuanku Sultan kepada kerajaan negeri pada 24 Disember lalu.

“Lebih-lebih lagi, Tuanku Sultan tidak pernah memperkenankan apa-apa maklumat perubatan peribadinya diberikan kepada panel itu pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, petang semalam.

Beliau memanggil sidang media itu bagi mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di pejabatnya pagi semalam yang mengumumkan panel itu merumuskan baginda kini stabil dan boleh dipindahkan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Nik Aziz juga memaklumkan baginda terpaksa diberi makanan menerusi saluran tiub di perut dan masih tidak dapat menggerakkan tangan serta kaki, daya penglihatan kurang dan percakapan terjejas.
Menteri Besar juga berkata, Sultan Kelantan yang menerima rawatan intensif membabitkan ubat-ubatan, fisioterapi, terapi cara kerja serta terapi pertuturan, menunjukkan kemajuan.

Tengku Muhammad Fakhry juga dukacita terhadap tindakan kerajaan negeri yang menurutnya tidak dimaklumkan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Anakanda ketiga Sultan Kelantan itu turut menyatakan kekesalannya terhadap Nik Aziz yang didakwanya gagal menemui Sultan Kelantan pada akhir tahun lalu, walaupun dua kali diarah berbuat demikian oleh baginda.

“Saya dukacita, Menteri Besar dua kali dititah oleh Sultan sendiri melalui telefon untuk menghadap pada akhir 2009, tetapi atas sebab tidak diketahui, tidak menurut titah Tuanku. Jika menghadap, Menteri Besar boleh melihat sendiri perkembangan kesihatan atau menyaksikan sendiri sebarang titah Tuanku.
“Saya amat kesal dan dukacita atas tindakan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang mengadakan sidang media mengenai tahap kesihatan Tuanku Sultan dan perakuan panel perubatan yang dibuat tidak berasaskan undang-undang serta peraturan kerajaan dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Berikutan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau akan merujuk kepada panel peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang atau langkah sewajarnya mengenai perkara itu.

Beliau juga mendakwa, penubuhan panel perubatan tidak pernah memaklum dan mendapat perkenan Raja Perempuan Kelantan yang menjaga Sultan Kelantan sepanjang masa sejak dimasukkan ke hospital berkenaan.

Ditanya sama ada beliau membantah cadangan membawa balik ayahandanya mendapatkan rawatan di negara ini, Tengku Muhammad Fakhry berkata: “Saya rasa bukan (soal) membantah atau menerima. Kena tanya pesakit itu sendirilah.

“Orang lain tak boleh buat keputusan bagi pihak orang lain, terutama Tuanku sendiri dan Raja Perempuan berada di sana selama 24 jam sejak hari pertama. Jadi, secara sopan santun, itulah yang sepatutnya berlaku,” katanya sambil menambah ayahandanya amat merindui rakyat dan negeri.

Nik Aziz, ketika membacakan kenyataan akhbar dua halaman itu berkata, panel dianggotai pakar perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, Institut Jantung Negara (IJN) dan HKL, dilantik susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 18 November tahun lalu.

Beliau berkata, panel berkenaan mendapati HKL paling sesuai untuk meneruskan rawatan baginda kerana mempunyai pakar seperti ahli terapi serta peralatan yang mencukupi, selain kemudahan Wad Diraja.

Sejurus membacakan kenyataan itu, Nik Aziz menolak menjawab sebarang pertanyaan media, termasuk mengenai kos rawatan serta tarikh baginda akan dibawa pulang ke Malaysia.


Sumber: Berita Harian

NAK JAGA SULTAN SEORANG PUN TIDAK RETI!

Posted in Kelantan, Nik Aziz, Sultan on January 5, 2010 by Hambali Abd Latiff

Itulah ungkapan yang saya terima daripada seorang rakan di Tumpat. Beliau bukan orang UMNO tetapi

kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan menangani isu yang berkaitan dengan Sultan Kelantan.

Paling memalukan ialah apabila kenyataan kerajaan negeri mengenai permohonan kerajaan negeri secara terbuka agar Sultan Kelantan yang kini dirawat di Singapura dibawa pulang untuk mendapat rawatan susulan dalam negara.

kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh memberi gambaran yang tidak baik dan mungkin ‘mengguris’ pihak istana. Dipercayai bahawa permohonan dibuat mungkin kerana kos perubatan baginda yang dianggap besar.

Pemimpin politik Kelantan melihat kenyataan itu dibuat berikutan kedudukan kewangan yang meruncing. Apapapun banyak pihak menganggap kenyataan Nik Aziz itu dibuat tanpa berfikir panjang.

Tuanku Ismail Petra mendapat rawatan di Singapura Mei lalu dan anakanda baginda, Tengku Muhamad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga baginda pulih.

Pada 2 Disember lalu, Nik Aziz memberitahu media, kerajaan negeri memohon Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dibawa kembali untuk menerima rawatan susulan di negara ini. Cadangan yang mendapat kelulusan mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar itu dikatakan dibuat berdasarkan kepada hasrat dan keinginan rakyat negeri ini.
Nik Aziz dilaporkan berkata: “Memandangkan keadaan baginda, jadi atas dasar hasrat dan keinginan rakyat, kita mencadangkan kepada pemangku raja supaya sultan yang sedang gering dan dirawat di Singapura dipindahkan ke negara ini.”

Amat jelas bahawa kerajaan Kelantan bagaikan anak yang tidak tahu untuk’mencari sumber kewangan nak berubat seorang ayah yang sedang sakit’, kata rakan saya itu.

Jelas menurutnya Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya tidak reti (tidak tahu dan berupaya) untuk menjaga kebajikan sultannya sendiri.

Seperti ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Husin baru-baru ini, amat jelas masalah kewangan kerajaan negeri yang semakin tenat tidak dapat dinafikan lagi oleh pemimpin PAS.

Bukti jelas ialah pembentangan bajet Oktober lepas yang menunjukkan negeri itu menghadapi defisit besar.
Memburukkan keadaan, kerajaan negeri seolah-olah tidak tahu mencari punca kewangan baru selain sumber hsil balak dan tanah dan tindakan Nik l Aziz sendiri sejak kebelakangan ini yang terlalu berharap mendapatkan royalti minyak bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran yang semakin bermasalah membuktikan lagi kelemahan jentera kerajaan negeri dalam mencari punca pendapatan baru.

Perkara gagal mencari sumber baru ekonomi Kelantan sudah diberikan teguran beberapa kali oleh Sultan Kelantan sendiri pada pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 2007 lalu.

Sementara itu, kerajaan negeri turut diminta memberi penjelasan berhubung desas-desus yang bayaran kos rawatan Sultan Kelantan di Singapura tertunggak lebih RM1 juta.

Ia bukan sahaja memalukan malah akan mengecewakan baginda, pihak istana malah rakyat sendiri dan juga boleh memberi gambaran yang amat tidak menyenangkan serta menjejaskan institusi istana yang amat dihormati.

Yang diharapkan ialah desas-desus ini tidak benar, apatah lagi ketika baginda masih mendapat rawatan dan mendoakan baginda pulih dan kembali ke Kelantan.

Desas-desus itu dikaitkan dengan isu layanan pihak pentadbiran negeri yang dikatakan tidak begitu menyenangkan terhadap Sultan Kelantan sepanjang baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth Singapura.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, sekiranya benar masalah itu berbangkit adalah wajar kepimpinan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikannya.

Dali juga berharap kerajaan negeri memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai status kesihatan baginda agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Selain isu rawatan dan kos yang tertunggak, isu baru membabitkan Sultan Kelantan yang sedang dirawat ialah kenyataan kekecewaan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra apabila beberapa pegawai kanan kerajaan tidak menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, walaupun dititahkan baginda supaya berbuat demikian.

Berikutan itu, katanya, Sultan Kelantan tidak dapat menyampaikan titah supaya keanggotan dalam Majlis Perajaan Negeri (MPN) dikembalikan kepada senarai asal dan titah penarikan balik darjah kebesaran terhadap tujuh individu.

Menurutnya, disebabkan pegawai kanan terbabit tidak menghadap Sultan maka beliau sebagai anakanda telah pergi sendiri menemui baginda untuk menerima titah tersebut.

“Pegawai kanan kerajaan negeri telah dipanggil menghadap, Setiausaha Sulit pun belum hadir atau tidak dibenarkan hadir, saya pun tidak tahu.

“Sebagai anakanda ketiga baginda, apabila Tuanku sampaikan titah (arahan), saya mesti melaksanakannya. Titah baginda mengenai pemecatan ahli MPN dan penarikan balik darjah kebesaran itu terkandung dalam surat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, surat tersebut mempunyai cap jari Sultan Kelantan serta tandatangan dua saksi, seorang pensyarah di Universiti Darul Iman (UDM) dan doktor yang merawat baginda.

“Itu (pemecatan dan penarikan balik darjah kebesaran) satu titah daripada Tuanku, kita harus laksanakan dan kalau pihak tertentu tidak percayakan surat ini, sila menghadap Tuanku sendiri. Saya ingin tegaskan, Alhamdulillah, Tuanku makin sembuh,” katanya.

Pada masa yang sama, Tengku Muhammad Fakhry menafikan berlaku pergolakan di dalam Istana Kelantan sehingga menyebabkan ayahandanya mengeluarkan titah memecat beberapa pegawai tertinggi istana dan menarik balik darjah kebesaran terhadap individu-individu tertentu.

Beliau berkata, baginda sendiri telah mengeluarkan titah untuk memecat beberapa nama dalam MPN namun sebab pemecatan itu hanya diketahui oleh baginda.

Tengku Muhammad Fakhry atas kapasitinya sebagai Tengku Temenggong semalam mengedarkan termasuk kepada pihak media surat bertajuk ‘Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan’ yang mendakwa Sultan Kelantan tidak bersetuju dan tidak mengesahkan sebarang pelantikan baru atau pemecatan daripada senarai asal anggota MPN yang dilantik pada 21 Mei 2009. Dengan itu, baginda menitahkan melalui beliau supaya keahlian dalam MPN diubah kepada yang asal.

Surat ditandatangani sendiri Tengku Temenggong itu juga menyatakan, baginda mengarahkan penarikan balik beberapa darjah kebesaran bergelar “Datuk” kepada tujuh individu.

MPN yang ditubuhkan Sultan Kelantan dan dianggotai lapan individu yang diperkenankan baginda termasuk Tengku Temenggong.

Ia berperanan mengendalikan hal ehwal istana dan adat istiadat Kesultanan Melayu Kelantan termasuk pelantikan sultan.

Surat bertarikh 31 Disember itu dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias dan salinan kepada kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Gambar Sultan Kelantan dirawat pada Ogos lalu.

AKAN MUFLISKAH KERAJAAN KELANTAN?

Posted in belanjawan, Kelantan on December 31, 2009 by Hambali Abd Latiff

Banyak tu….RM800 juta!

Semakin peninglah Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Merayulah kalau boleh merayu, jika tidak mana Kelantan mahu cari duit sebanyak itu.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam memerintahkan Kerajaan negeri Kelantan membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Jumlah pampasan itu merangkumi lima jenis ganti rugi, termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas (RM13.6 juta), bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 (RM240 juta) dan kos berjumlah RM200,000.

Perintah itu bukan angkara UMNO atau bekas Kerajaan Barisan Nasional. Semuanya kerana angkara kerajaan PAS Kelantan.

Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.

Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi semalam membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Persoalannya, apakah kerajaan Kelantan ada duit untuk membayar itu semua?

Saya pernah memperkatakan melalui satu entri pada blog ini bahawa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut anggaran hasil bagi tahun hadapan sebanyak RM339.98 juta, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM360.62 juta.

Dalam usaha mempertahankan ‘kejayaan pentadbiran kerajaannya;, Nik Aziz berkata defisit bagi tahun 2009 akan berkurangan menjadi RM20.28 juta berbanding defisit tahun 2008 sebanyak RM23.73 juta.

Faktanya, hasil tanah menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak RM116.97 juta atau 34.4 peratus, hasil perhutanan (RM94.97 juta atau 27.93 peratus.

Bagaimana pula dengan hutang kerajaan negeri? Pada akhir tahun 2007 baki hutang Kerajaan Kelantan adalah hampir RM1 bilion, Jumlah sebenarnya ialah RM958.67 juta berbanding RM940.06juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM18.61 juta.

Peningkatan hutang ini adalah disebabkan Kerajaan Pusat menerima sejumlah RM23.35 juta pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan iaitu sejumlah RM9 juta Projek Bekalan Air yang baru dan RM14.35 juta bagi menggenapkan baki pinjaman tiga Projek Bekalan Air yang telah diluluskan sebelumnya.

Sehingga akhir tahun 2007, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM35.85 juta iaitu RM23.71 juta bayaran anuiti tahun semasa dan RM12.14 juta tunggakan tahun sebelumnya.

Dua agensi kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang bergelar ‘Bandaraya Islam itu’ gagal menjelaskan anuiti tahunannya melalui sumber Persekutuan.

Hutang PKINK berjumlah RM9.36 juta menyebabkan tunggakan bayaran balik terkumpul mencecah RM40.88 juta. Manakala MPKB gagal menjelaskan anuiti tahunannya berjumlah RM0.96 juta melalui pinjaman sumber Negeri dan sejumlah RM1.06 juta melalui sumber Persekutuan menyebabkan tunggakan bayaran balik pinjaman menjadi RM9.48 juta.

Bajet Kelantan itu tidak akan mampu menjana peningkatan hasil kerajaan negeri yang terus menyaksikan jumlah hutang Kelantan terus tinggi.

“Hutang awam Kelantan kini sudah melebihi aset iaitu sebanyak RM326 juta tahun lalu akan terus meningkat pada masa depan dan jika tidak ada usaha untuk berbuat sesuatu keadaan hutang Kelantan semakin membimbangkan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dalam laporan Audit Negeri Kelantan 2007 berkata kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berdasarkan Lembaran Imbangan tidak kukuh kerana aset tidak dapat menampung tanggungan semasa dan keseluruhan tanggungan.

Selain kedudukan kewangan tidak kukuh, bebanan hasil keputusan mahkamah tinggi ini akan menimbulkan pelbagai pertanyaan. Antaranya, mana nak belanja untuk pembangunan dan mana pula nak bayar elaun wakil rakyat yang dinaikkan?

Antara perkara yang diluluskan DUN Kelantan 27 Oktober lalu melalui Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dinaikkan selepas kali terakhir ia dinaikkan pada 2004.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) (RM3,600 kepada RM4,600).

Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Pening, pening…

Hakikatnya, pembentangan belanjawan oleh kerajaan negeri menjangkakan peningkatan defisit kepada RM29.5 juta apabila perbelanjaan mengurusnya dijangka mencapai RM416.88 juta berbanding hasil yang diperoleh sebanyak RM387.38 juta.

Pada 2 November lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengingatkan kerajaan Kelantan bahawa pengurusan ekonomi negeri tidak dilakukan secara bijaksana.

Dengan defisit berterusan kepada RM29.5 juta pada tahun depan berbanding RM20.2 juta tahun ini memang sudah dijangkakan yang mungkin turut disebabkan kegagalan mengurus sumber hasil yang sedia ada.

Timbermine Sdn Bhd, dikatakan menyaman kerajaan Kelantan pada 2004 kerana menghalangnya daripada menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan yang diluluskan.

Menurut fakta kes, syarikat itu menerima konsesi pembalakan membabitkan kawasan seluas 204,000 hektar daripada Kerajaan PAS Kelantan pada 1964 sebelum keluasan itu dikurangkan kepada 112,000 hektar.

Syarikat itu mendakwa tidak dapat menjalankan aktiviti pembalakan kerana kerajaan negeri ketika itu enggan mengeluarkan permit keselamatan yang diperlukan, sedangkan konsesi itu terletak dalam kawasan keselamatan di Hulu Kelantan.

Dua pihak terbabit kemudian bersetuju menandatangani satu perjanjian usaha sama membabitkan kawasan 112,000 hektar itu dengan kerajaan negeri menguasai 70 peratus, manakala Timbermine 30 peratus.

Namun, kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian itu apabila tidak membenarkan Timbermine menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar.

Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.

Syarikat terbabit sudah membuat pelaburan awal dengan membina beberapa kilang memproses kayu balak dan mengimport mesin yang akhirnya tidak dapat beroperasi, selain ada yang terkandas di pelabuhan. Pekerja yang diambil juga terpaksa diberhentikan selepas menunggu hampir enam tahun.

Ketika keputusan pampasan itu diumumkan, tiga wakil syarikat terbabit berada di galeri awam mahkamah berkenaan, selain dua peguam yang mewakili Timbermine dan timbalan pendakwa raya yang mewakili kerajaan negeri.

MP PONTENG HAMPIR GAGALKAN BAJET 2010?

Posted in bajet, Kelantan, Negeri on December 17, 2009 by Hambali Abd Latiff

Bajet 2010 lulus dengan kelebihan 3 undi.

Sekali baca macam bajet itu teruk sangat. Ia seolah-olah Ahli Parlimen BN sendiri turut menolak bajet berkenaan.

Sebenarnya bajet tidak teruk tetapi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang teruk.

BN mempunyai 137 wakil rakyat di Dewan Rakyat manakala pembangkang 82 dan Bebas (tiga).

Lebih memburukkan ada pemimpin BN yang lebih teruk, Tuding jari kepada pembangkang.

Jangan cepat tuding orang, empat jari menunjuk ke muka sendiri.

Jangan melihat dan mengkritik pembangkang kerana cuba menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan Parlimen malam kelmarin. Itu kerja mereka, mahu memalukan BN.

Kalau tahu lebih awal Barisan Nasional (BN) akan disabotaj, seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, kenapa persediaan tidak dibuat?

Benar Nazri ada memberitahu Ahli Parlimen BN sentiasa berada di Dewan Rakyat ketika persidangan berikutan pembangkang akan menggunakan proses undian belah bahagian untuk menggagalkan Bajet 2010. Soalannya kenapa mereka tidak patuh?

Bacaan kali ketiga Bajet 2010 kelmarin diluluskan dengan majoriti tiga undi iaitu 66 menyokong daripada BN dan 63 menolak daripada pembangkang.

Lebih mengejut dan memalukan ialah pengunian yang dijalankan pada jam 11.15 malam itu memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Chong Hwa.

Nasib baik Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Kalau tidak? Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinjuga hadir di Parlimen dari majlis di ibu kota malam kelmarin.
Sebelum itu, undian belah bahagian diusulkan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) untuk bacaan kali ketiga Bajet 2010 kerana kehadiran kedua-dua pihak tidak ramai.

Sebelum itu, undian belah bahagian turut dilakukan selepas perbahasan peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan BN menang dengan kelebihan satu undi.

Jadi apabila Setiausaha Agung UMNO yang pernah menjadi Menteri – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor z – marah dan menganggap pembangkang mengamalkan politik samseng menggunakan Bajet 2010 bagi menggulingkan kerajaan, ia adalah kenyataan tidak berdasarkan realiti politik semasa,

Juga nampak sangat Ahli Parlimen BN masih tidak mengendahkan pentingnya undi di Dewan Rakyat, khususnya perkara membabitkan Bajet.

Bukan sekadar longgar tetapi memalukan apabila kita menuding orang tetapi tidak melihat diri sendiri. Cerminlah apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen BN sendiri.

BN sebenarnya sudah menerima malu besar apabila perbahasan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) hampir ditolak.

Selepas diundi peruntukan itu disokong dengan kelebihan satu undi sahaja. Pada undian – sebanyak 63 menyokong dan 62 menolak.’

Bukankah ini menggambarkan betapa ramai Ahli Parlimen tidak peka?

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak wajar mengambil mudah perkara ini.

Ternyata kejadian ini pengajaran berguna untuk BN. Kini Najib semakin kenal siapa Ahli Parlimen yang wajar di berikan peluang semula atau digugurkan.

Bagaimana kalau peruntukan itu ditolak dan BN kalah pada pengundian gara-gara ketidakhadiran Ahli Parlimen BN?

Wajarkah ‘ponteng’dibiarkan berterusan? Kalau kalah kerana peruntukan lemah tidak apa tetapi kalau gara-gara Ahli Parlimen BN ponteng, ia menggambarkan betapa Perdana Menteri tidak boleh mengawal penyokong dan Ahli Parlimen BN sendiri.

Memalu dan mengaibkan kalau malam semalam undi BN kurang daripada pembangkang dan kalah di Parlimen gara-gara kurang penyertaan Ahli Parlimen BN.

Ke mana mereka pergi? Nazri perlu siasat dan ambil tindakan!

Apakah kejadian itu berlaku kerana BNBBC kini sudah terumbang-ambing dengan ketuanya kini sibuk dengan masalah sendiri?

Jika demikian, bertindaklah segera agar BN tidak dimalukan oleh sikap Ahli Parlimen yang mewakilinya bagaikan sudah tidak berminat.

Yang tidak berminat itu, tidak payah bertanding lagilah pada pilihan raya akan datang. Menyusahkan parti dan Perdana Menteri!

NIK AZIZ HANYA BERKIAS?

Posted in Kabinet, Kelantan, Nik Aziz, Rombakan on December 17, 2009 by Hambali Abd Latiff

Pada ketika Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata barisan Exco Kerajaan Negeri sekarang akan dikekalkan dan tidak akan berlaku sebarang rombakan dalam tempoh terdekat ini, pada satu temubual dengan Malaysiakini, beliau sudah ada pengganti.

Siapa orangnya?

Sebelum ini Datuk Husam Musa mengatakan beliau tidak berminat mahu menjadi Menteri Besar. Soal pokok ialah siapa mahu melantik beliau?

Juga siapa yang mencadangkan namanya?

Kalaupun PAS Kelantan memilih beliau, apakah istana menerima Husam dan akan ditabalkan sebagai Menteri Besar yang baru?

Cara Husa menolak seolah-olah beliau tahu beliau tidak akan terpilih. Sekali lagi – siapa yang mahu melantik beliau sebenarnya?

Atau apakah sikap Husam menunjukkan beliau berada dalam keadaan ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong”. Nak test market?

Tidak payahlah, pemimpin PAS Kelantan sudah tahu siapa dan perangai Husam.
Pada ketika Husam terkapai-kapai, Nik Aziz berkata khabar angin kononnya akan berlaku rombakan adalah tidak benar.

“Saya beri jaminan tidak akan berlaku rombakan exco,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu semalam.

Menurut Malaysiakini pula, berdasarkan hirarki parti dan pentadbiran kerajaan Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dianggap pelapis nombor satu kepemimpinannya, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ahmad-lah. (Beliau) itu pelapis nombor satu. Orang boleh terima atau tidak (kepemimpinan) dia, wallahu a’lam. Tetapi saya sekarang ini letak dia sebagai timbalan nombor satu,” kata menteri besar Kelantan berkenaan.

Lebih jauh, Nik Aziz berkata:”Dan tugas saya sekarang ini, saya serah pada dia. Tugas pentadbiran negeri banyak saya serah padanya.”

Nik Abdul Aziz mengulas isu penggantinya setelah muncul pelbagai spekulasi berhubung perkara itu susulan cadangan exco kerajaan negeri Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah supaya “pelan peralihan kuasa” diumumkan.

Selain Ahmad, Nik Mohd Amar sendiri turut disebut-sebut mengisi jawatan itu apabila beliau dibawa bertanding di peringkat DUN dalam pilihan raya umum 2004.

Ketiga-tiga Husam, Nik Mohd Amar dan Ahmad timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Berdasarkan hirarki tersebut, Nik Aziz berkata beliau tidak memerlukan satu pelan peralihan kuasa yang khusus kerana penggantinya akan dipilih secara automatik berdasarkan kekananan jawatan.

Ada pendapat mengatakan Nik Aziz tidak punya banyak pilihan kerana Ahmad diterima oleh istana, sementara Husam seperti Tan Sri Annuar Musa – sedikit renggang.

Malah, Husam juga dikatakan kini sukar mengambil hati istana kerana beberapa masalah yang beliau dan istana sahaja tahu penyebabnya.

Apapun, Cakap Nik Aziz ini cakap politik, bukan cakap agama.

Cakap politik boleh berubah. Nik Aziz memuji Husam melangit tetapi siapa tahu dalam hatinya?
Apakah Nik Aziz sanggup membelakangkan kehendak PAS negeri, selain Husam sudah membuat onar dengan ahli keluarga Menteri Besar itu.

Apapun, Ahmad semalam dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan.

“Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar… ia bukan perkara main-main. Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan,” katanya dihubungi mStar Online .

Ahmad sendiri menunjukkan beliau tidak begitu yakin dengan Nik Aziz apabila menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan.

“Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja. Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

“Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan,” katanya.

MANA LEBIH ISLAMIK – CARA NIK AMAR ATAU NIK AZIZ?

Posted in Kelantan, Minyak, Nik Aziz, royalti on December 10, 2009 by Hambali Abd Latiff

Daripada www.lawi-ayam.blogspot.com

Cara mana lebih sesuai dan Islamik dalam membuat tuntutan royalty minyak Kelantan?

Cara ádik beradik’atau cara mahkamah?

Dibandingkan kedua-duanya, mana nampak semangatnya lebih Islamik?

Kenapa Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih berminat dengan mahkamah kalaupun ada yang membuat provokasi mengenainya?

Apakah tiada lagi cara perundingan? Kenapa Nik Aziz mesti mengikut cara pertelingkahan?

Pada ketika Nik Aziz tidak mahu berlembut langsung, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan ‘anak-beranak’.

“Buat apa nak bawa sampai masuk mahkamah, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik,” kata beliau.

Jelasnya, kerajaan negeri masih menaruh harapan agar satu perbincangan khusus dapat diadakan dengan perdana menteri berhubung isu tuntutan royalti minyak ini.

“Baru-baru ini kerajaan negeri ada mengemukakan permohonan kepada perdana menteri untuk diadakan satu rundingan berhubung isu ini. Kita harap sangat agar diberikan satu ruang untuk diadakan perbincangan tersebut, cara bersemuka lebih molek.

“Malah ini adalah isu antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, selesaikanlah ikut cara anak-beranak, Kelantan pun sebahagian daripada Malaysia,” katanya kepada mStar Online.

Baginya, isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan tidak perlu dibawa hingga ke peringkat mahkamah kerana masih terdapat ruang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Mohamed Nazri dilaporkan berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik antaranya tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap perdana menteri dan kerajaan pusat.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mendoakan supaya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak supaya “pecah perut” sebagai reaksi terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar memberikan wang ihsan.

Pada 4 November lepas, Najib mengumumkan pembayaran wang ihsan daripada kerajaan Pusat kepada Kelantan yang akan bermula tahun depan.

Sehubungan itu Mohd Amar berkata, kepimpinan PAS Kelantan merasakan masih terlalu awal untuk membawa kes berkenaan sehingga ke mahkamah.

“Sekarang bukan masanya lagi… masih terlalu awal, kita tidak akan terburu-buru tentang isu ini,” ujarnya.

Bertentangan dengan sikap Nik Amar, Nik Aziz menegaskan, beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

“Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak,” kata Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu semalam.

Pada 4 Nov lalu, Najib mengumumkan untuk memberi wang ehsan tahun depan kepada kerajaan negeri itu sebagai menggantikan royalti minyak dan gas.

Bagaimanapun, Nik Aziz tidak bersetuju dengan kaedah itu sebaliknya akan terus berdoa supaya Tuhan membuka pintu hatinya dan pemimpin kerajaan Pusat yang lain supaya menjelaskan tuntutan itu dalam bentuk royalti dan jika kaedah itu tidak berjaya beliau meminta Tuhan menimpa bala kepada mereka.

NIK AZIZ KINI PAK PANDIR?

Posted in Kelantan, Nik Aziz, PAS on December 10, 2009 by Hambali Abd Latiff

Menarik juga persoalan yang ditimbulkan oleh Pok Teh Bakap melalui sebuah blog yang memperkatakan politik Kelantan – kenapa ‘Tok Guru’ kini bagaikan Pak Pandir.

Orang yang menyamakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pak Pandir tidak lain dan tidak bukan daripada Mohd Sayuti Omar (MSO) yang pernah mengagung-agungkan ‘Tok Guru’sebelum ini.

Hairan juga kenapa Nik Aziz digelarkan sedemikian.

Juga menghairankan ialah bagaimana orang yang dianggap bijak dan berilmu seperti Nik Aziz boleh ‘termakan’ semua perkara yang dihidangkan oleh Datuk Husam Musa sehinggakan beliau boleh membelakangkan pendapat anak-anaknya.

Malah, bukan sekadar Mohd Ariffahmi Abdul Rahman sahaja yang boleh tercampak jauh tetapi pendapat Nik Abduh, Nik Adli dan Nik Amelina sendiri kini bagaikan tidak dihiraukan oleh Nik Aziz.

Pok Teh Bakap melalui blog http://www.lawi-ayam.blogspot.com mengemukakan empat perkara yang membuktikan Nik Aziz terllu sayangkan Husam.

Baca entri berikut untuk lebih lanjut:

NIK AZIZ DAH KENA UBAT GUNA-GUNA?

( www.lawi-ayam.blogspot.com)

Banyak pihak mengkritik dan marahkan Nik Amalina, anak Datuk Nik Aziz Nik Mat dan isteri kepada Mohd Ariffahami Abdul Rahman kerana kononnya ‘meluah dan mengadu’ kepada orang lain, bukan ayahnya sendiri.

Ia gara-gara Nik Amalina, yang tidak pernah bersuara, menghantar luahan rasanya di blog wakil rakyat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebelum saya mengulas lebih jauh, perhatikan beberapa tanggapan berikut yang menyebabkan anak perempuan Nik Aziz melakukan sedemikian:

1.Nik Aziz lebih sayangkan Kickdefella dan Datuk Husam Musa daripada menantunya yang beliau pertahanankan bermati-matian sebelum ini;

2.Nik A/tziz lebih selesa mendengar ‘nasihat’ Husam daripada anak-anaknya sendiri;

3.Nik Aziz kini hanya mendengar Husam berbanding pemimpin Kelantan lain dalam kemelut politik; dan

4.Nik Aziz membelakangkan anak-anaknya dalam kes ‘perang PMBK’ walaupun jelas mengetahui bahawa onar asal adalah daripada Kickdeffella.

Mari kita baca semula tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui Tinta Merah. Katanya: “Sepatutnya dalam situasi begitu ada sepanduk atau kain rentang yang mengecam anak Qurairsy yang dimaksudkan itu. Bukan punca kemelut yang berlaku sekarang ini disebabkan anak Quraisy seorang itu. Di saat itulah anak Quraisy yang dikatakan menjadi musuh dan gunting dalam lipatan itu dikutuk habis-habisan. Ataupun sememangnya anak Quraisy itu dipelihara oleh orang tertentu untuk melakukan kerja-kerja yang telah dilaksanakan itu? Begitukah?”

1.Nik Aziz lebih sayangkan Kickdefella dan Datuk Husam Musa.

Pada saya, anak Qurairsy yang dimaksudkan MSO ialah Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella. Tidak ada orang lain lagi kerana beliaulah yang mendesak Nik Aziz memecat menantunya. Apabila kes ini meletup dan mendapatkan ‘pandangan’ pemimpin PAS, Nik Aziz desak menantunya meletakkan jawatan walaupun beliaulah yang bermati-matian mempertahankan Ariffahmi sebelum ini.

Lebih buruk ada mengatakan Ariffahmi masih ahli UMNO dan sebagainya. Persoalannya, benarkah yang disebut oleh Kickdefella mengenai salah laku itu?

Juga persoalannya, apakah Nik Aziz tidak tahu apa-apa mengenai perjalanan Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang beliau sendiri duduk di dalamnya sehingga berlaku ada perbuatan ‘tidak betul’ di situ?

Atau Ariffahmi sengaja ‘difitnah’ kerana sebab-sebab yang Kickdefella sendiri tahu dan apakah Kickdefella tahu semuanya apa yang berlaku di PMBK atau beliau difeedkan oleh seseorang seperti Husam?

Saya ragu-ragu mengenai pertelingkahan ini kerana Husam dikenali sebagai orang yang suka pasang orang untuk kepentingan politiknya. Boleh tanya MSO atau juga Setiausaha Akhbar Nik Aziz mengenai perkara ini kerana kedua-duanya dikatakan pernah berusaha menaikkan Husam untuk menduduki kerusi Naib Presiden PAS pada Muktamar 2005.

Husam memang bijak memanipulasikan keadaan dan menggunakan ‘orang-orangnya’ untuk memijak orang lain demi kepentingan politiknya. Husam juga jenis yang pandai menyorok dan berlakon untuk ‘membebaskan dirinya’ apabila tersepit.

Lihatlah bagaimana beliau berucap pagi Jumaat lalu pada pesta ‘tunjuk sokongan terhadap Nik Aziz’. Saya katakan sekali lagi, sepatutnya Husam tidak perlu ada di situ. Biarkan rakyat Kelantan atau NGO sahaja yang hadir. Tiba-tiba Husam menjadi juara mempertahankan Nik Aziz? (Kenapa dan Mengapa akan saya ulas dalam tulisan selepas ini!).

2.Nik Aziz lebih selesa mendengar ‘nasihat’ Husam?

Kesian Nik Aziz. Beliau sudah sangat nampak tuanya dan ‘takut’ kepada kekuatan dan ‘kebijaksanaan’ Husam apabila memuji Husam melangit baru-baru ini. Apakah di Kelantan, Husam satu-satunya yang bijak dan exco lain tidak pandai?

Apa dah jadi dengan exco-exco lain dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob sendiri?

Apakah beliau tidak mampu menasihati Nik Aziz. Kalau Husam bagus dan diiktiraf kebijaksanaannya, kenapa berlaku kerugian terhadap kira-kira sembilan anak syarikat yang Husam terajui (akan didedahkan tidak lama lagi)?

Selain itu, apa yang tidak kena dengan penasihat Nik Aziz ini apabila Pemangku Raja Kelantan tidak memanggil beliau pada Hari Raya Aidiladha lalu untuk diberikan sedikit panduan mengenai politik Kelantan. Kenapa Ahmad Yaacob dipanggil bersama-sama Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Awang Adik?

Apa pula dibisikkan oleh Pemangku Raja kepada Ahmad Yaacob? Apakah itu membuktikan bahawa istana tidak berkenankan Husam dan nasihatnya kepada ‘Tok Guru’ hanya akan punah-ranahkan lagi kerajaan negeri dan PAS Kelantan?

3.Benarkah Nik Aziz kini hanya mendengar Husam?

Ada pihak mula mempersoalkan bagaimana Husam boleh ‘mengawal Nik Aziz’ begitu hebat sekali hingga anak menantu Nik Aziz pun tercampak jauh. Mana Nik Abduh atau Nik. Jangan tanya Nik Amelina. Kalau dia boleh nasihatkan bapanya buat apa dia peril kepada Dr Mariah.
Mana pemimpin PAS yang lain yang dilihat turut mendapat kepercayaan Nik Aziz. Apa jadi dengan pemimpin seperti Nik Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan dan lain-lainnya?

Ramai yang mengatakan Nik Aziz kini sudah terkena ‘ubat guna-guna’ oleh orang tertentu. Bak kata MSO: “Kerana banyak sangat dongengan pandir inilah menyebabkan kadang-kadang Tok Guru juga jadi seperti pak pandir!” Kenapa Nik Aziz boleh jadi Pak Pandir? Apakah beliau jadi begini kerana nasihat anak-anak atau pemimpin PAS selain Husam? Tidak mungkin sama sekali!

Husam tidak akan menasihatkan Nik Aziz letak jawatan. Kenapa? Dia bimbang kalau Nik Aziz sudah tiada, dia akan jadi mangsa kumpulan yang menentangnya dalam PAS dan kerajaan Kelantan. Kalau Nik Aziz ada, dia selamat. Kalau Nik Aziz tiada, dia akan dapat bala. Ramai yang tahu Husam pun tidak jujur dengan Nik Aziz tetapi tidak boleh tunjuk apa-apa kerana Nik Aziz terlalu percayakan dia.

4.Nik Aziz membelakangkan anak-anaknya?

Teruk sangatkah Nik Abduh dan adik-beradiknya hingga Nik Aziz meminggirkan mereka begitu sekali dan percayakan Husam? Menurut blog Masterdedah, Kickdefella adalah musuh Ariffahmi. Kickdefella ialah “petugas bawah tanah” kepada exco kanan Kelantan itu yang didakwa berdiam diri kerana tidak mahu dilihat anti-keluarga Nik Aziz. Blog itu menambah, “Petugas underground (bawah tanah) ini tidak difahami tugasnya oleh Ariffahmi. Inilah jadinya kalau seorang yang ditugaskan untuk gerak saraf berpaling tadah. Tentulah ini (juga) tidak akan difahami oleh Nik Amalina yang hanya tahu sebagai isteri Ariffahmi.” Bagi saya Ariffahmi bukan tidak tahu tetapi lebih baik mendiamkan diri.

Mengenai Kickdefella yang menjadi ‘orang suruhan Husam ini”, ada diperkatakan dengan jelas oleh Nik Abduh dalam tulisannya 25 November lalu. Katanya: “Malang buat anda. Orang lain datang untuk belajar ugama daripada ayahanda, tetapi anda datang untuk memuji dan memuja ayahanda. Akhirnya inilah yang anda dapat. Mungkin anda tidak bersalah. Yang pasti bersalah ialah orang yang membawa anda ke Kelantan dan sedang menyuci diri membebas diri daripada anda di depan ayahanda.”

Berbalik kepada sama ada isteri Ariffahmi wajar dikritik kerana tindakannya, rasanya ada baiknya jika kita merujuk sekali lagi kepada apa yang dikatakan oleh Nik Abduh: “Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.

Beliau bukan ahli PAS seperti katanya. Semasa beliau dibawa ke Kelantan dengan taraf kerakyatan ‘ahli PAS kelas VVIP’ yang pertama kali diwujudkan, ramai mana yang terpegun dengan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk menjayakan dua misi berbeza yang tergalas. Satunya untuk ‘bersama’ ayahanda menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Satu lagi, ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Saya takkan beritahu.”

Walaupun Nik Abduh tidak mahu memberitahu, semua orang tahu, Kickdefella bekerja hanya untuk Husam, melebihi daripada untuk ‘Tok Guru’. Ini kerana makan, duduk dan tidurnya ditentukan Husam dan sebagai Jebat, Kickdefella sanggup menderhaka kepada “Tok Guru’ seperti Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka.

Cuma yang masih tidak terjawab kini ialah kenapa Tok Guru kini bagaikan ‘Pak Pandir’?(mengambil kata-kata MSO).

Kenapa dia ikut sahaja Husam….kenapa ya?

BUKAN SOKONG NIK AZIZ TAPI TUNTUT ROYALTI MINYAK?

Posted in Kelantan, Minyak, Nik Aziz, royalti on December 4, 2009 by Hambali Abd Latiff

Dilaporkan kira-kira 5,000 warga Kelantan berhimpun di Dataran Ilmu dekat ibu pejabat PAS negeri di Kota Baru pagi tadi.

Ia bertujuan mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Perhimpunan tersebut dikatakan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sebaik sahaja tamat kuliah mingguan oleh Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Kepemimpinan Nik Abdul Aziz akhir-akhir ini menerima pelbagai kritikan susulan beberapa isu, antaranya pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pengarah eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan haji daripada seorang kontraktor.

Anak syarikat kerajaan (GLC) itu juga sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Belum reda isu itu, Nik Abdul Aziz menimbulkan pula kontroversi baru apabila mendakwa terdapat usaha menjatuhkannya yang didalangi oleh seorang pegawai tentera yang dikenali sebagai “Kolonel Mat.”

Kumpulan yang terdiri daripada anggota pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu juga menyokong usaha kerajaan negeri dalam membuat tuntutan royalti minyak.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah barisan kepimpinan negeri termasuk anggota exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Sudah pasti orang yang ke depan mempertahankan Nik Aziz ialah DatukHusam Musa.

Ini difahami sangat kerana ketika ini Nik Aziz bagaikan hilang sokongan kecuali daripada Husam yang mempunyai cita-cita besar dan ‘rashia besar’untuk dilindungi.

Jika untuk memeprtahankan Nik Aziz, tidak perlulah Husam berucap. Orang sudah tahu bahawa beliau kini terpaksa melakukan apa sahaja untuk ‘survival politiknya’’.

Apakah PAS Kelantan tidak mempunyai tokoh lain?

Apakah dengan Husam mempertahankan Nik Aziz, PAS Kelantan akan semakin kuat.
Apabila Husam berucap ia mempunyai banyak makna.

1. Husam mempertahankan dirinya daripada terus diserang dengan berlindung di sebalik usaha mempertahankan kepimpinan Nik Aziz;

2. Dengan Husam berucap ia menonjolkan lagi bahawa Nik Aziz tidak mengharapkan orang lain tetapi pada masa yang sama, Husam adalah musuh kepada anak-anak dan menantunya. Apakah Nik Aziz sengaja membiarkan Husam memusnahkan dirinya sendiri?

3. Dengan Husam mempertahankan Nik Aziz, semakin kuat tanggapan bahawa dengan Nik Aziz terus kekal, PAS Kelantan tidak akan melantik orang lain menjadi Menteri Besar dan Husam akan dapat menutup ‘kemelahan’dan ‘salah laku’yang mungkin dilakukan olehnya yang anak menantu Nik Aziz dan beberapa exco kerajaan negeri tahu mengenainya; dan

4. Dengan berucap mempertahankan Nik Aziz, Husam bagaikan juara dalam segala-gala, termasuk tuntutan royalti yang dilihatnya sebagai ‘lubuk wang’untuk melonjakkan dirinya menjadi Presiden PAS dan proksi Datuk Seri Annuar Ibrahim dalam PAS pada ketika ramai pemimpin PAS lain sudah mula ‘tawar hati’dengan Anwar.

Saya melihat himpunan pagi ini tidak lebih daripada menunjukkan kekuatan bagi tuntutan royalti, bukan sangat mempertahankan Nik Aziz.

Kalau tidak masakan Husam dalam ucapannya semasa perhimpunan itu boleh menegaskan tidak ada salahnya dengan doa Nik Aziz dalam usaha menuntut pembayaran royalti petroleum.
“Tidak membayar royalti itu satu kezaliman jadi dalam Islam kita diharuskan berdoa,” kata Husam.

Dan kalaupun mahu mempertahankan Nik Aziz, Musyridul Am PAS itu sudah cemar imejnya dan sukar untuk dibersihkan lagi.

Bukan orang UMNO dan masyarakat awam sahaa yang mula ‘jijik’dengan tindakan dan sikap Nik Aziz mementing kroni dan amalan mementingkan keluarganya. Orang PAS pun mula mempersoalkan tindak-tanduknya.

Yang sokongnya mungkin hanya Husam dan konco-konconya yang melihat kedudukan tidak stabil Nik Aziz ini lebih mudah untuk mereka ‘menendang keluar’Nik Aziz daripada berkuasa dalam kerajaan dan parti PAS Kelantan.

Anak-anak Nik Aziz menyedari ini dan mungkin kerana inilah menantu Nik Aziz cuba membebaskan pengaruh Husam dengan memecat penyokong kuat Husam di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkenaan.

Persoalannya juga ialah apakah seorang menantu tidak memaklumkan lebih dahulu kepada mentuanya bagi melakukan sesuatu tindakan di dalam perbadanan yang begitu penting?

‘NOT THAT I LOVED ARIRFFAHMI LESS, BUT THAT I LOVED HUSAM MORE…”

Posted in Husam, Kelantan, Nik Aziz, PAS on November 24, 2009 by Hambali Abd Latiff

Wahai “Tok Guru”, jangan penasihat undang-undang pula yang disalahkan dalam isu perlantikan menantunya, Mohd Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz berhujah: “”Dulu masa saya lantik beliau, ada penasihat undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik.”

Muyridul Am itu tidak sewajarnya menyalahkan orang lain. Oleh kerana beliau yang melantik, maka Menteri Besar Kelantan itu perlu bertanggungjawab di atas perlantikan menantunya.

Dengan kata lain, beliau bukan sekadar bertanggungjawab untuk menasihati menantunya meletakkan jawatan.

Sebelum ini, apa yang Nik Aziz tidak menyanjung Ariffahmi.

Kononnya menantunya bijak, berkelulusan tinggi dan bergaji besar ketika kerja di Kuala Lumpur.

Sesiapa pun boleh melihat semula handsards Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 2007, apabila Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Seri Panglima Annuar Musa (kini Tan Sri) membelasah Nik Aziz kerana melantik menantunya sebagai CEO PMBK.

Nik Aziz tunduk tidak angkat muka ketika Annuar membahaskan titah Tuanku Sultan yang merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri dengan mengemukakan beberapa fakta mengenai rasuah dalam kerajaan Kelanyan, termasuklah isu perlantikan Ariffahmi.

SelePAS itu satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibuat oleh sekumpulan ADUN Barisan Nasional (BN).

Isunya ketika itu ialah kronisme dan rasuah. Memang sejak 2007 lagi isu rasuah disyakki berlaku dalam PMBK, selain Air Kelantan dan di pejabat Menteri Besar Kelantan sendiri.

Menurut Annuar, perbuatan mementingkan anak menantu menduduki jawatan penting dalam PMBK menjadi amalan Nik Aziz, termasuk melantik anak perempuannya sendiri ke jawatan penting.

Menurut Annuar, Nik Aziz terpedaya dengan kebolehan Arifffahmi yang berpangkat jurutera (Ir.) dan Nik Aziz mengatakan Ariffahmi sanggup meninggalkan gaji dan pangkat besar di Kuala Lumpur untuk bekerja di Kelantan.

Menurut Annuar, Ariffahmi mendakwa beliau bergaji sekitar RM8,000 sedangkan gaji sebenar beliau tidak sampai pun RM5,000.

Namun kini, apa yang diperkatakan oleh Annuar dua tahun lalu mula menunjukkan kebenarannya. Apa yang dipertahankan oleh Nik Aziz kini terpercik ke mukanya sendiri. Malah kini, Nik Aziz terpaksa menundukkan mukanya lebih rendah daripada ketika mendengar Annuar ‘membelasahnya’ di DUN Kelantan.

Menantu tokoh PAS yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas itu semalam bersetuju meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK.

Ariffahmi yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Pada 11 November lalu, Syed Azidi yang lebih kenali dengan nama blog nya Kickdefella berkata beliau, sebagai bekas pegawai perhubungan awam PMBK, bersedia bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam perbadanan itu.

Ariffahmi nyata akur dengan arahan bapa mertuanya, bagaimanapun menegaskan arahan peletakan jawatan tersebut hanya dikeluarkan semalam dan bukannya seperti yang dinyatakan oleh beberapa blog sebelum ini.

Menurut Abdul Ariffahmi, beliau tidak meletakkan jawatan lebih awal kerana mendengar nasihat Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar supaya terus kekal menjalankan tugasnya seperti biasa.

”Pertama sekali saya ingin menyatakan saya menerima keputusan ini dengan hati yang lapang dan sedar keputusan dibuat untuk menjaga nama baik kepimpinan, PAS dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan. Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan,” katanya.

Ariffahmi dilihat sebagai punca kepada semua kemelut yang timbul dalam PAS serta kerajaan negeri. Beliau melihat peletakan jawatannya adalah disebabkan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terutama penulis blog terhadap dirinya. Kata Ariffahmi: “Sebenarnya beberapa peguam sedang mengkaji semua tuduhan dan saya sedang menelitinya dan akan mendengar nasihat para peguam. Pada masa yang sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.”

Apa yang pasti, ada dua perkara menarik di sini. Pertama, apabila kes Ariffahmi ini timbul, pada mulanya Nik Aziz tetap mempertahankan menantunya. Dia hanya menasihati Ariffahmi supaya meletakkan jawatan selepas desakan, khususnya ekoran daripada ugutan Husam untuk ‘melePASkan semua jawatan’.

Persetujuan Nik Aziz menasihati Ariffahmi ialah selepas pertemuan dengan pemimpin atasan PAS di kediaman rasmi Menteri Besar itu pada 10 pagi semalam.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli. Mereka ini mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Nik Aziz memberikan sebab bahawa beliau mengarahkan menantunya itu berbuat demikian demi “menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya PAS.”

Selain itu, arahan perletakan jawatan Ariffahmi juga untuk elak fitnah melalui bermacam saluran seperti surat layang jadi tidak mahu fitnah ini berkembang, kata Nik Aziz.

Apakah dalam kes ini Nik Aziz seolah-oleh kelihatan seperti Brutus yang memberikan ucapan pertama selePAS pembunuhan Julius Caeser kepada rakyat Rome bahawa ‘Not that I loved Caesar less, but that I loved Rome more”. Dalam konteks isu Ariffahmi Nik Aziz bukan tidak sayang kepada Ariffahmi tetapi lebih sayang kepada Husam’.

Ini kerana sebelum ini beliau ada merujuk kepada Nik Aziz berhubung desakan supaya meletak jawatan, namun Menteri Besar memintanya meneruskan tugas sebagai CEO seperti biasa.

Kata Ariffahmi: ”Saya nak ulang lagi, apa yang ditulis dalam blog tertentu sebelum ini bahawa saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan dan saya tak terima arahan itu lalu pergi ke Kuala Lumpur merajuk, itu tak betul. Saya hanya terima arahan pada hari ini (semalam) dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan saya akan sentiasa setia dan menghormati bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.” katanya.

Perkara kedua ialah, isu Ariffahmi ini akan menjadi duri dalam daging kepada PAS Kelantan kerana ternyata Nik Aziz membuat ‘pilihan salah’ apabila melantik menantunya ke jawatan tinggi.

Jika merujuk kepada desakan Husam, ada individu lain yang turut dikaitkan dengan Ariffahmi dan tidakkah ini akan terus mengheret politik PAS Kelantan supaya berlanjutan hingga ke pilihan raya umum akan datang?

KEMELUT POLITIK KELANTAN SEMAKIN PARAH…

Posted in Husam, Kelantan, Nik Aziz, PAS on November 23, 2009 by Hambali Abd Latiff

Kenapa saya katakan demikian?

Ini kerana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membela dan mahu kekalkan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Mengenai Husam, ini pandangan Nik Aziz: “Husam merupakan seorang pemimpin yang pintar, berpandangan jauh dan banyak membantu rakyat di negeri ini bahkan mampu mengubah landskap politik nasional.”

Begitulah tingginya kedudukan Husam pada mata Nik Aziz.

Menteri Besar itu berkata, selama ini beliau tidak menyebut mengenai kebaikan Husam kerana bimbang Exco lain akan berkecil hati. “Saya selama ini tidak sebut kerana takut kecil hati Exco lain sebab mereka ada portfolio masing-masing, tetapi portfolio Husam iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan. Banyak fikiran dia selamatkan politik Malaysia,” katanya.

Persoalannya apakah Nik Aziz akan bertindak terhadap menantunya?
Selain itu Husam mendesak agar menantu Nik Aziz dikenakan tindakan bersama dengan dua Exco lain.

Apakah tuntutan Husam akan dipatuhi Nik Aziz? Jika patuh atau tidak patuh, politik Kelantan pastinya akan berdepan dengan masalah.

Dengan puji-pujian terhadap Husam, apakah Exco lain tidak kecil hati?

Berikutan itu, Menteri Besar Kelantan itu tidak akan menerima peletakan jawatan Husam sekiranya Exco kanan kerajaan negeri itu benar-benar berhasrat mahu berbuat demikian.

Jadi, Bohongkah Mingguan Malaysia?

Nik Aziz menafikan dakwaan bahawa bekas Naib Presiden Pas itu pernah menyuarakan hasratnya untuk melepaskan jawatan dalam parti atau kerajaan negeri. Menurut Nik Aziz, cerita mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan tidak berlaku langsung dan saya pun tidak beri kalau dia hendak letak jawatan kerana Kelantan dapat banyak manfaat daripadanya.

“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan. Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU),” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya semalam.

Namun, di sebalik pujian dan sanjungan, menurut New Straits Times, hari ini (23 November 2009), Husam juga memberi kata dua kepada Nik Aziz.

Apa katanya? “…he would only stay on if the Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK) chief executive officer, Ariffahmi Abdul Rahman, and two state executive councillors relinquished their posts.”

Selain ketua pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMbk), Abdul Ariffahmi Rahman.

Ariffahmi, menantu Nik Aziz itu, siapakah dua Exco yang dianggap oleh Husam sebagai penentang atau yang melakukan konspirasi terhadapnya?

Kata NST lagi: “And since Nik Aziz had asked him to stay on, Husam demanded that Ariffahmi and the two executive council members step down, or he would have to go,” the source said without naming the two executive councillors.

Husam semalam menyifatkan laporan muka depan Mingguan Malaysia semalam mengenai khabar angin yang beliau berhasrat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai satu ‘gurauan’ media. Malah Husam berkata, tidak ada apa yang perlu beliau nafikan mengenai laporan tersebut kerana isu itu langsung tidak berbangkit.

“Bagaimana saya nak nafi atau nak sangkal, sedangkan ia tidak wujud. Kalau benda (isu) itu ada bolehlah saya nafi, ini tak ada… jadi tak boleh nak nafilah,” katanya kepada mStar Online.

Mingguan Malaysia semalam dalam laporan muka depannya menyebut, Husam mahu melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri tetapi keputusannya tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS,yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut laporan itu lagi, Nik Aziz sebaliknya dikatakan memberi cuti selama lima hari kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Apakah Mingguan Malaysia akan berdepan dengan saman Husam? Apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: “Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat… keluar makan-makan dulu.”

Sumber akhbar berkenaan juga menyebut dalam tempoh cuti tersebut, Husam akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu. Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: “Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya. Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok… Alhamdulillah saya sihat saja.”

Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.

“Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri… kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan. Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat,” katanya.

Isu mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan itu dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku di PMBK yang menyaksikan pemecatan pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi yang lebih dikenali sebagai bloger kickdefella selepas berlaku dakwaan dan tuduh menuduh berhubung penyalahgunaan kuasa menantu Nik Aziz yang juga Arifffahmi.

Dakwaan itu telah mendorong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan ke atas PMBK. Dan Husam dikatakan tidak berpuashati dengan pemecatan Syed Azidi.