Archive for the Menteri Category

TUNGGU TINDAKAN TERHADAP MENTERI, MENTERI BESAR

Posted in Menteri, Menteri Besar, SPRM on January 2, 2010 by Hambali Abd Latiff

Sekali lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi tumpuan dan perhatian umum.

Ini berikutan laporan Berita Harian bahawa SPRM sudah menyerahkan kertas siasatan empat kes berprofil tinggi kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Kita berharap sangat agar kertas siasatan ini menjadi tindakan untuk mengelakkan SPRM ‘ditertawakan’.
Menurut sumber, empat kes itu membabitkan bekas seorang menteri, seorang Menteri Besar, seorang timbalan menteri dan dua ahli perniagaan bergelar Datuk yang terbabit dalam projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Katanya, laporan itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara sejak beberapa bulan lalu, selepas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dibuat pelbagai pihak terhadap mereka.

“Sekarang terserahlah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kertas siasatan yang diserahkan oleh SPRM.

“Kita berharap Pejabat Peguam Negara akan mempercepatkan proses pendakwaan kerana keempat-empat kes ini membabitkan kepentingan umum,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas status siasatan SPRM membabitkan beberapa kes berprofil tinggi yang dilaporkan pelbagai pihak kepada badan siasatan itu.
Harap kali ini kepentingan umum diberikan perhatian mendalam oleh Pejabat Peguam Negara.

APA YANG TIDAK KENA DENGAN SULAIMAN?

Posted in Menteri, Sulaiman on December 4, 2009 by Hambali Abd Latiff

Sulaiman tidak boleh bekerja atau tidak diberikan kerja?

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, anak kepada Ketua Menteri Sarawak, dikatakan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Beliau dikatakan memberikan sebab masalah kesihatan.

Bagaimanapun, menurut sebauh portal berita, Sulaiman bertindak demikian kerana tidak puas hati layanan terhadapnya disamping sebab-sebab berkaitan layanan kepada dua negeri – Sabah dan Sarawak.

Menurut portal berita berkenaan, Sulaiman sebelum ini bertelagah dengan bekas Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pelancongan sekarang Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pula dikatakan bagaikan ‘meminggirkan’beliau.

Sulaiman dikatakan ‘menjauhkan’diri dari kementerian berkenaan.

Portal berita itu difahamkan, Sulaiman menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bulan lalu.

Najib dikatakan belium menerima perletakan jawatan itu dan tidak menjawab soalan di Parlimen.

Beliau memberikan sebab masalah kesihatan menyebabkan meletakkan jawatan berkenaan dan tidak mahu lagi berkhidmat dengan kerajaan Pusat.

Beliau bagaimanapun tetap menjadi Ahli Parlimen.

Untuk lebih jelas ikuti berita asal:

Sulaiman quits as deputy tourism minister By G. Manimaran

Bahasa Malaysia Editor

PETALING JAYA, Dec 4 — Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, the son of the Sarawak Chief Minister, has resigned as Deputy Minister of Tourism, citing poor health although government sources say it relates to perceived bad treatment towards him personally and the Borneo states.

The Malaysian Insider understands that Sulaiman tendered his resignation letter to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak last month, citing his health condition as the main reason for his decision to leave the federal administration. “Sulaiman tendered his letter to resign as deputy minister couple of weeks ago due to his health condition,” a source close to the first-term federal lawmaker told The Malaysian Insider.

“However, he will remain as a member of Parliament,” the source said. However, sources said Najib has yet to accept Sulaiman’s resignation and he remains in the ministerial bench. However, he has not answered any questions and has only been seen once in the current parliamentary session.

It is learnt that Sulaiman had also clashed with former Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said and current minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen over his work. Sources said both ministers had shunned him and refrained from giving him duties, leading him to stay away from the ministry.

It is also understood that he made the decision to quit as a form of protest over the appointment of former MAS chief Datuk Seri Idris Jala to the Cabinet over him and other elected Sarawak and Sabah lawmakers from Barisan Nasional. The Borneo states stuck loyally to Barisan Nasional despite the swing towards Pakatan Rakyat in Election 2008.

Sources close to Sulaiman also confirmed that the politician-cum-businessman has kept away from his coalition colleagues and the ongoing Parliament session. A few deputy ministers, when contacted by The Malaysian Insider, also gave similar remarks. “I have not seen him (Sulaiman) for last two weeks… we tried to call him many times but no response,” said one deputy minister. Sulaiman is the scion of long-serving Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who has ruled Sarawak since the 1980s.

Sulaiman’s mother Puan Sri Laila Taib died few months back. Sulaiman was the former chairman of CMSB which also once owned RHB Bank and holds a Bachelor of Science in Business Administration degree. In the last 12th general election held in March 2008, Sulaiman stood as a candidate in the Kota Samarahan parliamentary seat previously held by his father.

Following his win, he was appointed a deputy minister of tourism in the administration of then-Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, and was retained by Najib last April.

(Malaysian Insiders)

TAHNIAH IDRIS JALA…

Posted in CEO, Menteri on September 1, 2009 by Hambali Abd Latiff

Tahniah kepada Datuk Seri Idris Jala mengangkat sumpah sebagai senator hari ini.
Beliau melaksanakan tugas baru sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana
Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan.

Idris, 51, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Wong Foon Meng di Dewan Negara di Kuala Lumpur. Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Menyifatkan pelantikannya sebagai satu tugas khidmat negara, bekas CEO Malaysia Airlines itu berkata, beliau berazam untuk melaksanakan tugas dengan tekun.

“Saya amat gembira berada di sini dan saya akan buat kerja saya dengan bertungkus lumus untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Saya berbangga kerana seorang lagi rakan kampus menduduki jawatan pentang.
Sebelum ini ada beberapa rakan kampus saya yang berjawatan tinggi sama ada di pusat, mahupun negeri.

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN RAKYAT

Posted in Bukit Antarabangsa, Menteri, Rakyat, Zin on February 16, 2009 by Hambali Abd Latiff

Terkejut besar ketika melayari blog kijangjantan (http://kijang-jantan.blogspot.com) pagi ini apabila melihat membaca gelagat seorang menteri yang saya kenali terpaksa berdepan dengan ‘hamba rakyat’ gara-gara laporan tanah runtuh.

Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed sengaja meninggalkan majlis sidang media kerana ‘takut menjadi lebih hangat’ atau beliau ‘takut berdepan dengan soalan-soalan’ yang akan dikemukakan’.

Saya tidak berani ulas lanjut, cuma belajarlah daripada apa yang berlaku. Bukan kepada Mohd Zin semata-mata tetapi kejadian sama mungkin akan berlaku kepada menteri lain pula.

Baca apa yang ditulis oleh kijangjantan:

APA JADI ZIN?

Ahli politik jangan buat janji. Begitu juga Menteri.

Jangan berdiam diri. Orang yang terdesak akan melakukan apa saja.

Inilah yang berlaku kepada Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.

Kijang terkejut apabila seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember tahun lalu kelmarin dilaporkan bersemuka dengan Menteri Kerjaraya itu pada satu majlis rasmi.

Ir. Mohd Zin ‘diterpa’ pada satu majlis rasmi semalam dan ‘rakyat’ yang menanti laporan mengenai tanah runtuh mempersoalkan laporan kejadian itu yang masih belum diumumkan.

Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman, mencuri peluang pada sidang media selepas majlis perasmian seminar ‘Tatacara Pembangunan Cerun Yang Selamat’ anjuran Lembaga Jurutera Malaysia untuk bertanyakan hal itu menyebabkan sidang akhbar itu dihentikan serta merta.
Perbuatan Dr Mohamaed Rafick itu sewajarnya ditegur oleh Mohd Zin.

“Ini sidang akhbar saya untuk pemberita, awak harus menghormati majlis orang lain. Ini (laporan kejadian tanah runtuh) bukan perkara main-main, saya perlu jelaskan kepada Kabinet terlebih dulu sebelum membuat kenyataan.

“Perkara ini membabitkan banyak agensi kerajaan lain dan saya akan membuat kenyataan mengenai laporan ini apabila tiba masanya. Saya tidak perlu melayan permintaan semacam ini,” katanya menurut laporan Berita Minggu.

Ir. Mohd Zin terus mengakhiri sidang media dan meninggalkan dewan.

Dr Mohamed Rafick, ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata beliau nekad bertanya kepada menteri sendiri selepas usaha mendapatkan jawapan daripada pegawai Kementerian Kerjaraya menemui jalan buntu.

Laporan itu sepatutnya diumumkan tiga minggu lalu, dakwa Dr Mohamed Rafick.

Sebelum ini, pada 14 Disember 2008, Ir. Mohd Zin dipetik berkata, laporan penuh mengenai tahap keselamatan di kawasan tanah runtuh sekitar Bukit Antarabangsa akan diketahui dalam tempoh tiga bulan manakala laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Jelas, apa yang dijan jikan Menteri berkenaan, laporan sepatutnya diumumkan pada 14 Januari lalu.

Ini suatu pengajaran. Kini tidak wajar lagi ada janji politik.

Rakyat mahukan tindakan. Jika ‘belum siap’ atau tergendala, nyatakan. Beranilah berdepan dengan masyarakat!

Rakyat kini tahu bagaimana ‘mendapatkan’ Menteri.

Kijang dah tau, mereka juga tahu apa akan dipersoalkan.

POSTED BY KIJANGJANTAN

AWAS MENTERI, ANDA BOLEH DIHUKUM GANTUNG!

Posted in Lobi, Menteri, Parti, UMNO on November 1, 2008 by Hambali Abd Latiff

Ini Larangan.

Anda tidak boleh menggunakan jentera kerajaan secara langsung atau tidak langsung untuk berkempen bagi pemilihan UMNO yang akan diadakan antara 24 hingga 26 Mac depan.
Awas, jika anda langgar peraturan, anda boleh dihukum gantung (keahlian) atau dibatalkan kemenangan anda!

Ini amaran daripada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.
Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di Menara Dato Onn semalam.

Majlis Tertinggi memberi amaran pada calon dan anggota agar merujuk semula pada tata etika dan jangan langgar peraturan atau (bersedia) menghadapi tindakan tegas selaras dengan perlembagaan. Ia bukan saja pada penerima tetapi juga pemberi,

Persoalannya, kernapa tiba-tiba amaran ini dikeluarkan?

Apakah ada antara menteri-menteri yang menggunakan sepenuhnya ‘aset’ kementerian seperti mengagih-agihkan projek, kakitangan dan agensi untuk berkempen bagi pihak mereka?

Atau apakah ada bantahan daripada menteri-menteri tertentu bahawa kementeriannya tidak boleh memberikan apa-apa?

Dengan larangan ini bermakna Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kemungkinan Datuk Seri Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak boleh menggunakan kementerian dan Pejabat Menteri Besar untuk berkempen.

Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar Bandar dan Pejabat Menteri Besar Melaka dilarang sama sekali berkempen.

Sementara bagi pertandingan untuk Naib Presiden pula, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri serta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga tidak boleh digunakan untuk berkempen.

Calon terbabit ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Malah, jika diikutkan daripada senarai calon yang mahu bertanding, Datuk Seri Dr Rais Yatim juga tidak boleh menggunakan Kementerian Luar dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga dilarang berbuat demikian.

Dua lagi calon iaitu bekas menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis secara automatic tidak akan menggunakan sebarang kementerian atau agensi.

Program-program kerajaan yang sudah diatur oleh kementerian-kementerian dan Jabatan Menteri Besar yang dilancarkan antara hari ini dan sehingga pengundian UMNO pada Mac depan perlu diberi jaminan tidak ‘berbau kempen’.

Bagi calon-calon MT yang ramai itu, ada beberapa kementerian penting turut terlibat umpamanya Kementerian Kerja Raya, Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pelancongan turut dilarang berkempen kepada Menterinya dalam apa juga bentuknya.

Bagi Kementerian Pembangunan Usahawan, Menteri dan Timbalannya bertanding untuk MT. Bagaimana dengan calon-calon yang menduduki agensi-agensi penting seperti Mara dan sebagainya. Adakah mereka juga terbabit?

Beliau berkata MT juga memutuskan membenarkan calon yang bertanding bertemu anggota parti dalam pertemuan yang diatur oleh ibu pejabat Umno di semua negeri.

“Semua yang akan bertanding, MT akan diberi kesempatan untuk bertemu. Tidak ada acara lain yang akan diadakan. Dengan cara ini mereka akan dapat bertemu anggota di peringkat negeri,” katanya.

Abdullah berkata pertemuan seumpamanya bertujuan memastikan mereka tidak terlibat dalam kempen tidak beretika. Abdullah berkata MT hari ini turut membincangkan isu-isu politik, sosial yang setiap hari dipaparkan media yang mesti ditangani dengan baik.

Isu lain ialah, pelobi dan perayu undi dikatakan berkeliaran di Kuala Lumpur. Siapa mereka berada di hotel-hotel sekitar kuala lumpur?

Untuk apa datang ke Kuala Lumpur untuk melobi? Bukankah perayu undi sepatutnya keluar dari Kuala Lumpur dan menjelajah ke seluruh negara, kecuali Sarawak?

Menurut Presiden UMNO semalam, pelobi dan perayu undi bagi calon bertanding pemilihan parti, yang banyak dikesan berada di hotel di sekitar Kuala Lumpur dan negeri-negeri, digesa supaya pulang ke kawasan masing-masing atau menghadapi tindakan disiplin.

“Laporan yang diterima, ramai mereka ini sedang berada di hotel-hotel di KL (Kuala Lumpur) dan negeri untuk kempen secara langsung dan tidak langsung untuk dorong undi atau jangan mengundi (calon tertentu).

“Ini berleluasa di hotel sebagai tempat pertemuan. Bagi elak jadi lebih teruk, saya ingin beri amaran (kepada mereka) agar pulang ke kawasan masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau yang sudah mula jalankan tugas masing-masing,” katanya.

Kalau benar, berguni-gunilah duit kini berlegar di Kuala Lumpur.

Kesan bukan politik ialah, hotel banyak ditempah, coffee house atau ‘pusat-pusat melobi’ semakin rancak bisnesnya dan penjual makanan, pemandu teksi dan lain-lain, termasuk kedai menjual roko0k dan cerut juga kini untung berlipat ganda.

Apabila pelobi di suruh pulang, sunyilah kembali tempat-tempat yang kini meriah tetapi ia
mungkin rancak semula dua tiga bulan akan datang.

Persoalan lain, balikkah mereka ke tempat masing-masing?