Archive for the rasuah Category

PEKONG DAP SEMAKIN BERNANAH…

Posted in rasuah, Selangor, SPRM on July 25, 2009 by Hambali Abd Latiff

Terdedah sudah modus operandi rasuah DAP Selangor.

Pemimpin PAS dalam, kerajaan pakatan pembangkang Selangor, terutamanya Datuk Hassan Ali kenalah sensitif sikit mengenai perkara ini kerana ia akan turut memburukkan nama baik PAS jika terus bersekongkol dengan mereka ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya dihubungi Utusan Malaysia.

Rasanya pada ketika ini Abu Kassim sudah pasti melayari blog berkenaan.

Jelas, dalam tulisan pertama blog memberitahu, Teoh tidak seronok dengan kerjanya. Dikatakan Teoh telah dalam diam-diam buat salinan pelbagai dokumen dan soft copy maklumat dalam komputer dan notebook yang diserahkan kepada seorang lain.

Nampaknya dia bagai menjangkakan akan ada apa-apa berlaku. Mungkin dia suruh dedahkan jika apa-apa berlaku pada dirinya.

Blog ini ternyata telah mendedahkan modus operandi rasuah DAP Selangor yang mana didedahkan pecah-pecahan tertentu kepada pelbagai pihak termasuk DAP dan ahli politik tertentu.

Turut terdedah adalah dokumen yang menunjukkan senarai kontrak dan projek yang diberi kepada kroni Ronnie Liu bernama Wong Chuan How bagi peruntukkan kawasan Sg Pelek yang diletak bawah pengurusan Ronnie. Katanya ada 89 kontrak semuanya.

Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Exco berkenaan.

Dakwa laman blog itu, Exco berkenaan dikatakan telah mencipta projek, syarikat dan invois palsu bagi membolehkan mereka mengeluarkan peruntukan ADUN sebanyak RM500,000.
“Ini sebenarnya kes kecurian kerana jika rasuah, seseorang itu memperoleh duit secara haram daripada individu yang lain,” dakwa blog itu.

Antara lain, blog itu mendakwa seorang individu telah memperoleh sehingga 84 projek berlainan bernilai lebih RM200,000 secara rundingan terus bagi tahun 2008 di kawasan DUN Exco tersebut.

Penulis blog itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘T4TBH’ atau ‘truth for Teoh Beng Hock (kebenaran untuk Teoh Beng Hock)’ turut mendakwa mendiang telah meninggalkan salinan bukti berupa senarai lebih 300 projek kecil tersebut.

“Bagi menyelamatkan diri, Beng Hock telah membuat salinan semua dokumen, lengkap dengan nama syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan parti pembangkang dan Exco Selangor.

“Mendiang kemudiannya meninggalkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyelewengan tersebut yang disimpan di dalam cakera keras kepada seseorang,” dakwa blog itu lagi.

Ini adalah antara dakwaan melalui blog berkenaan:

Selected documents containing list of projects for Sg Pelek constituency
Documents containing 83 projects (item 89 to 172) in Sg Pelek constituency given to one Wong Chuan Chow. The constituency is under the purview of Ronnie Liu.


The DAP’s corruption modus operandi in Selangor

Teoh Beng Hock is dead. Let not his death be forgotten and for nothing. The reason why Teoh died is because of the massive scale of corruption by the DAP since they took over the running of the Selangor state government in March 2008.

For the first time we have documents evidence, names, cheque nos, vouchers and projects which the MACC, the Police, the Royal Commission of Inquiry, the Magistrate Court Inquest, the NGOs, the DAP itself and any member of the public can verify themselves.

The DAP (not the PAS or PKR) has been stealing the rakyat’s money in Selangor. They have been doing this without the knowledge of the other Pakatan partners like PKR and PAS. They have cheated not only the rakyat but also their own Pakatan partners from enjoying some of the stolen money.

This is actually not corruption. Corruption means you get money illegally from someone else. In the UMNO style, someone gets a project. Then they pay through a runner 10% or 20%, usually in cash inside a bag. Very simple and also quite smart.

But the DAP are quite stupid. They set up their own dummy companies, create fake invoice, fake projects and then take the money out. This is stealing, not corruption. But because they abuse their power it is also involving corruption. In the process they leave behind a very long trail of documents and evidence.

The late Teoh Beng Hock was involved in this scandal also but he was forced by Ean Yong and Ronnie Liu. He did not really like what was happening. To protect himself, Teoh made copies of all the false documents and dummy companies that was set up by the DAP. Teoh left behind a hard disk with someone which contains a stack of information detailing the corruption by the DAP in Selangor.

They followed a simple but silly method. Each Kawasan DUN (like Kajang, Teratai, Balakong) is given RM500,000 funds which the Pakatan ADUN can spend on projects. The DAP has been stealing this money – a little at a time. Few thousand ringgit at a time. But there are more than 300 small projects – Teoh gave us a long list.

The Selangor govt has said that they will tender every single project. This is their lying. In the list provided by Teoh, some people and some companies sapu many of the projects.

Among the biggest players are WONG CHUAN HOW (in the Kawasan DUN Sungai Pelek) under YB Ronnie Liu who was given 84 projects totalling over RM200,000 (Tarian Cina Persatuan Bahasa, Perayaan Persatuan Buddha Huan Chian Chuen, Kejohanan Bola Keranjang). Other names include Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise and many more. Teoh gave a full list. We have scanned some of the documents (from about 100 pages of documents)

How can one person get 84 different contracts?

The amounts are small but the method they use is very big. This is just in one year. Imagine if the DAP take over the federal govt? Here are some examples how DAP do it. The names and the projects are all real.
1. Rombongan Lawatan Penduduk 21/10/2008

WSK Enterprise paid RM1,800 by Selangor state govt using rakyat money as the contractor / coordinator. The money is paid out as follows:
Invoiced by WSK Services: RM1,800
Less 10% for DAP ADUN: 180
Net: RM1,620
Pay for ‘Books’: RM600 (this RM600 goes to DAP Malaysia)
Net: RM1,020
For Invoices / Stationery: 50
Balance RM 970 paid to Lee Sau Lan Public Bank cheque 254059 – cheque not clear)
2. WSK Services
Invoiced amount: RM3,455.00
Less 10% DAP ADUN: RM345.00
Invoices: RM 50.00
To Lee Sau Lan: RM3,059.00
3. Hong Chae Enterprise
Invoiced amount: RM 10,000.00
Less 5% DAP ADUN: RM500.00
Net: RM9,500.00
Cheque paid (no name given) 5,000.00
Net: RM4,500.00
DAP Serdang Aman: RM3,000.00
To DAP Fund: RM1,500.00
4. WSK Services
Invoiced amount: RM 1,665.00
Less 10% DAP ADUN: RM166.50
Net: RM1,498.50
DAP Serdang Aman: RM379.15
To Hong Chae Enterprise: RM1,119.35
Pay to Teoh Beng Hock: RM112.00
Pay to DAP Fund: RM1,007.35
5. WSK Services
Invoice amount: RM4,200.00
Less 10% DAP: RM420.00
Net: RM3,780.00
DAP Serdang Aman: RM3,754.76
For Tahun 2008 (ADUN Sg Pelek) projects under YB Ronnie Liu list there are 172 projects.

Of this number, Items No. 89 to 172 (83 projects in Sg Pelek) have been awarded to Wong Chuan Chow worth RM216,950 in just one year. The list of projects given to Wong Chuan Chow have been scanned here*.

* The documents will be scanned and posted in next posting.

Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah dilaporikan menafikan dakwaan beliau terlibat dalam aktiviti mengelapkan wang peruntukan pembangunan ADUN.

Katanya, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam laman blog hari ini adalah tidak berasas dan satu cubaan untuk memburukkan imej beliau serta ADUN DAP di Selangor.

“Saya nak jelaskan dakwaan dalam blog mengenai saya adalah tidak benar, tidak berasas dan hanya mahu memburukkan nama saya serta ADUN pakatan pembangkang,” katanya.

Hian Wah yang juga Exco kerajaan negeri menjelaskan mungkin ada pihak tertentu yang mahu mengenakannya dengan mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa Beng Hock.


Advertisements

ALHAMDULLILAH…SYUKUR…

Posted in Kerajaaan, rasuah on July 25, 2009 by Hambali Abd Latiff

Kerja kuat dan tidak mengira masa bagi kakitangan kerajaan tidak menjamin mereka akan mendapat pembelaan orang penting atau yang berkuasa di sesuatu kementerian.

Itulah yang menimpa Ketua Pengarah Tourism Datuk Mirza Mohammad Taiyab yang terumbang-ambing selama empat tahun, sehinggalah dibebaskan semalam.

Orang boleh lupa panas setahun tetapi akan mengingati hujan walau setengah sehari.

Ramai kawan-kawan yang menjauhi Mirza apabila beliau dituduh melakukan rasuah.
Perkaranya – menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 empat tahun lalu.

Kini ternyata Mirza tidak berlaku salah, namun empat tahun yang menyukarkan, termasuk digantung kerja atau menyakitkan.


BEBAS TUDUHAN RASUAH..Ketua Pengarah Tourism Datuk Mirza Mohammad Taiyab bersama ahli keluarganya sempat melambaikan tangan kepada penyokong beliau sebaik sahaja dibebaskan daripada tuduhan Foto THE STAR

Mirza mengakui setelah digantung tugas beliau berdepan dengan penghinaan akibat tuduhan tersebut.

Beliau digantung tugas sejak 13 Ogos tahun lalu dan beliau akan memutuskan langkah seterusnya apabila lembaga disiplin kementerian berkenaan bersidang.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia itu daripada tuduhan rasuah tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin berkata, pihak pendakwaraya telah gagal membuktikan kes terhadap Mirza.

Oleh itu, katanya, Mirza dilepas dan dibebaskan dari tuduhan tersebut.

Mirza, 52, dituduh menerima suapan RM13,860, daripada Zulhisyam Ayob, 48, pengarah syarikat Perunding Pakar Media, di mana syarikat itu telah membiayai rawatan pergigian Mirza di Clinical Practise Prosthodontic.

Dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di klinik itu di No.15, Tingkat Bawah, Jalan 2/71 Off Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, antara 17 Januari dan 26 Julai 2005.

Pada masa itu, Mirza adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 di Kementerian Pelancongan, manakala abangnya, Mirza Mohd Tariq merupakan rakan pengurusan di syarikat Perunding Pakar Media.

Jika didapati bersalah, Mirza berdepan dengan hukuman dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Mirza berkata keputusan mahkamah itu membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan.

WARTAWAN UTUSAN MELAYU UGUT PENGURUSAN?

Posted in Najib, rasuah, utusan on July 23, 2009 by Hambali Abd Latiff

Selepas dikejutkan dengan wartawan menulis mengenai ‘reban ayam’ menjadi ‘restoran berahi’ Sabtu lalu, kita dikejutkan pula dengan wartawan mahu berarak ke pejabat Perdana Menteri.

Gara-garanya kerana isu pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu NUJ dikenakan tindakan disiplin kerana membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seingat saya inilah kali pertama kejadian seumpama ini jika berlaku tetapi cara main-main ugutan seperti ini tidak baik.

Masyarakat melihat wartawan sebagai kumpulan manusia rasional dan tidak wajar ugut-mengugut dilakukan, apalagi berarak ke pejabat perdana menteri.

Kepada Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan timbalannya, Othman Mohamad, tenguk-tenguk perkara ini sebaik mungkin.

Ini kerana semua kita naik bermula dengan wartawan biasa dan pernah menjadi ahli NUJ sebelum ke pangkat eksekutif.

Saya yakin Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin yang pernah menjadi wartawan dan setiausaha akhbar Perdana Menteri mampu menyelesaikan isu ini sebaik-baiknya dengan bantuan Aziz.

Kesatuan itu dilaporkan mengancam berarak ke pejabat perdana menteri jika pengerusinya Amran Ahmad dipecat selepas mengadukan dua kes perbelanjaan syarikat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli majlis eksekutif NUJ itu Wan Syamsul Amly Wan Seadey berkata, mereka “tidak teragak-agak untuk bertindak lebih jauh” jika organisasi media itu terus-menerus “cuba menindas suara pekerja”.

“Mula-mula syarikat keluarkan surat tunjuk sebab. Lepas ini mereka akan pecat Amran dan mana-mana ahli yang bersuara lantang membela hak pekerja-pekerja di Utusan Melayu.

“Jika ini berlaku, kami semua membantah sekeras-kerasnya dan mungkin membawa perkara ini ke perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang merupakan presiden Umno,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Julai lalu, Amran dikenakan tindakan disiplin tersebut atas dakwaan “menfitnah” kumpulan media berpengaruh itu susulan tindakannya membuat dua aduan kepada SPRM seperti dilaporkan di Malaysiakini dan Harakahdaily.

Difahamkan, beliau diminta membuat penjelasan bertulis kepada pengurusan Utusan Melayu (M) Berhad selewat-lewatnya Selasa lalu – kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan yang lebih serius diambil terhadapnya.

Bagaimanapun masih belum jelas bentuk-bentuk tindakan tersebut.

Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut.

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa “terlalu mahal” RM160,000.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Kesatuan sekerja itu masih lagi bergelut untuk memeterai perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

ISUNYA RASUAH ATAU BUNUH DIRI ATAU DIBUNUH?

Posted in bunuh, rasuah on July 18, 2009 by Hambali Abd Latiff

(Isu Sabtu)

Bunuh diri atau dibunuh?

Atau kemungkinan lain seperti disebut oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Teoh Beng Hok mati kerana jenayah atau politik?

Di sebalik isu kematian, kejadian pada Khamis 15 Julai, lebih kepada isu rasuah dan politik apabila lima pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat anggota Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di Shah Alam mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

Pada serbuan kira-kira 5 petang, SPRM turut merampas sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) dari pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Seri Kembangan itu yang terletak di tingkat 15 bangunan berkenaan.

Setiausaha politik Hian Wah, Teoh Beng Hock, turut ditahan oleh pegawai SPRM untuk disoal.

Dalam konteks politik yang amat jelas, Hian Wah adalah antara tujuh ADUN dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRM kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling.

Dalam konteks kematian – sama ada membunuh diri atau dibunuh – yang pasti kes kematian mengejut Teoh, 30, kini dalam siasatan polis. Sebelum polis mengumumkan keputusannya, akan banyaklah spekulasi timbul.

Mayat Teoh, yang berkhidmat dengan Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui jam 1.30 tengah hari di koridor tingkat lima bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 keesokan harinya, iaitu Jumaat.

Beberapa perkara menarik membabitkan kematian Teoh:

1. Teoh adalah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan oleh kerajaan negeri.

2. Teoh ditemui mati selepas kira-kira lapan jam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata mangsa datang sebagai saksi kes itu kira-kira jam 5 petang kelmarin dan memberi keterangan sehingga jam 3.45 pagi semalam.

3. Teoh dibenar pulang sebaik selesai memberi keterangan dan berjanji datang semula keesokan harinya bersama beberapa lagi dokumen bagi membantu siasatan.

4. Walaupun dibenar pulang, dia meminta kebenaran berehat di tempat duduk pejabat SPRM. Sehingga jam 6 pagi, beliau dilihat masih tidur di tempat duduk berkenaan. Selepas itu, beliau tidak lagi kelihatan sehingga ditemui mati. Apa berlaku antara 6 pagi dan 1.30 petang? Kenapa beliau tidak pulang?

5. Teoh memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan dan hanya seorang pegawai SPRM mengambil keterangan dan lapan jam yang diambil untuk berbuat demikian adalah perkara biasa bagi melengkapkan siasatan. Apakah ada tekanan terhadap Teoh? Dan

6. Paling penting, komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) yang dirampas adalah milik atau dalam kawalan Teoh yang bersedia menjadi saksi.

Persoalan ini bermain di kepala orang biasa tetapi polis mungkin mempunyai banyak lagi persoalan lain.

Apa jawapan mereka yang disiasat? Apapula yang ada dalam komputer riba dan CPU?

Kenapa DAP dan PKR menjadikan isu kematian ini sebagai yang paling utama sehingga tidak menyatakan langsung isu rasuah atau penyalahgunaan peruntukan yang menyebabkan Teoh turut disiasat?

Bolehkah DAP dan PKR Selangor mengalih isu siasatan oleh SPRM dengan kematian Teoh?

Juga, mungkinkah Teoh yang mempunyai ‘banyak maklumat’ menerima padah kerana sebelum ini mendiang dikatakan mempunyai ramai musuh dalam DAP?

Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, kita serahkanlah perkara ini kepada pihak berkuasa kerana sebagai orang biasa, telahan dan andaian kita tidak sampai ke mana-mana.

Namun satu lagi yang pelik ialah Kerajaan Selangor mahu mengadakan perhimpunan solidariti “Perhimpunan Rakyat” Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh .

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

“Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.

Persoalannya apakah ada milage untuk PKR dan DAP dalam isu kematian Teoh? Wajarkah perhimpunan diadakan pada ketika bukti sedang dikumpul dan siasatan sedang dijalankan.

Kerajaan Selangor tidak payah memberitahu SPRM atau mana-mana pihak bahawa proses penyiasatan penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

Yang penting ialah kenapa Teoh ‘membunuh diri’ atau ‘kenapa dia dibunuh”?

Apakah ia ada kaitan dengan siasatan penyalahgunaan peruntukan dan ada pula pihak yang berusaha menutupnya?

Ini kerana jika benar ada kes, SPRM tidak akan melepaskan mereka ini dan kesannya besar kepada kedudukan kuasa politik di Selangor.

Kes ini jika dikaitkan dengan isu ‘underworld’ yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ada rantaiannya.

Wee membuat dakwaan wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti ‘gelap’ di Selangor.

Cuma masa akan menentukan apakah apa yang cuba diselakkan oleh Wee akan berjaya atau sebaliknya.

DUA ANGGOTA TERIMA ANUGERAH INTEGRITI

Posted in polis, rasuah on July 1, 2009 by Hambali Abd Latiff

Ini adalah antara contoh yang patut diketegahkan. Walaupun setengah juta ringgit cuba disuap, mereka menolaknya.

Selain menolak suapan, dua anggota polis ini turut membantu memerangi penyebaran syabu yang kesannya bukan kecil, khususnya kepada anak-anak muda.

Dengan menolak rasuah, mereka ini menjayakan satu operasi penting polis yang ternyata menjadi kebangaan kita seluruh rakyat Malaysia.

Syabas. Perkara baik seperti ini perlu dihebahkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewajarnya memikirkan ‘habuan’ untuk mereka kerana memberikan perkhidmatan sebegini. Bukan mudah dan bukan selalunya kejadian seperti ini berlaku!

Dengan kata lain, bukan ramai kakitangan yang cekap selain amanah seperti ini.

Kerana adanya sikap ‘bersih dan amanah’ dua anggota polis yang menolak rasuah lebih setengah juta ringgit daripada dua pengedar dadah bagi mengelak 480 bungkusan syabu bernilai RM280 juta dirampas pada Mei lalu, dianugerahkan Anugerah Integriti hari ini.

Detektif Koperal Mohd Surani Sarbini, 44, dan Lans Koperal Mohd Tarmazi Arbayee, 25, juga dinaikkan pangkat masing-masing kepada Detektif Sarjan dan Koperal atas kejayaan terbesar dalam sejarah PDRM.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan anugerah berkenaan kepada kedua-dua anggota polis itu dalam satu upacara selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Bangunan Parlimen di sini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada kejadian 2 Mei lalu, Mohd Surani dan Mohd Tarmazi yang dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Cenderawasih, Rompin, Pahang pada jam 6.45 pagi, ternampak sebuah lori yang mencurigakan lalu memeriksa dan mendapati lori itu membawa muatan 96 kotak serta 480 bungkusan plastik disyaki dadah jenis syabu.

Kedua-dua anggota polis itu bertindak menahan dua suspek lelaki yang kemudiannya menawarkan suapan rasuah sebanyak RM10,000 dan berjanji akan menyerahkan lagi RM500,000 sebagai ganjaran membebaskan mereka.

Musa, ketika ditemui pemberita, berharap masyarakat tidak memberikan rasuah kepada penjawat awam dan pegawai penguatkuasa kerana mereka boleh dikenakan hukuman berat.

“Saya minta masyarakat janganlah beri rasuah, kalau hadapi apa-apa masalah terimalah masalah tetapi jangan merasuah kepada pegawai kerajaan kerana kita mempunyai kuasa untuk menangkap kalau orang memberi rasuah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada kedua-dua anggotanya itu serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana pengiktirafan itu.

“Saya rasa gembira dan rasa bahawa pegawai dan anggota bawahan saya telah melakukan tugas dengan baik. Alhamdulillah apa yang selama ini saya utarakan untuk membetulkan pasukan polis supaya anggota dan para pegawai mempunyai integriti yang tinggi berhasil,” katanya.

Tahniah untuk PDRM dan carilah seberapa ramai lagi kakitangan seperti ini.

SPRM AKAN DEDAH BANYAK KES BESAR

Posted in politik, rasuah, SPRM on July 1, 2009 by Hambali Abd Latiff

Buktikanlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jangan lagi menggunakan kata-kata ‘akan’ tetapi hasil siasatan yang dituntut rakyat.

SPRM dilaporkan akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi.

Yang menariknya, enam orang ahli politik turut disiasat yang turut melibatkan politik wang.
Apakah kita berpeluang untuk mengetahui siapa dan sejauh mana politik wang dijalankan oleh mereka.

Jika ada pendakwaan, ia akan menjadi pengajaran. Tetapi kalau SPRM hanya caka-cakap, rakyat akan hilang kepercayaan.

Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata hari ini pendedahan itu penting demi tuntutan rakyat.

“Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah,” katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di Alor Setar semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keskes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.

Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Idrus Jaafar kini menyandang jawatan Pengarah SPRM Kedah, mengambil alih tugas daripada Nooraziah Abdul Manaf yang ditukarkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menjawat jawatan baru sebagai Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

Mohd Jamidan berkata berkata hasil perisikan yang dibuat berdasarkan maklumat orang ramai, pihaknya telah dapat menembusi sindiket-sindiket tertentu dan mendapati ada kes yang perlu didedahkan.

“Walaupun ada kes yang sukar untuk dibuktikan tetapi SPRM mempunyai sistem, keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan menembusi sindiket terbabit dan dapat mengatasi kebijaksanaan mereka.

“Saya berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras rasuah atau sebarang penyelewengan,” katanya.

Menurutnya, menerusi kerjasama orang ramai, SPRM mencapai banyak kejayaan tahun lepas antaranya kes rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sindiket rasuh yang melibatkan Jabatan Hutan Sabah dan sindiket mencuri besi di Pahang.

Idrus pula berkata enam penjawat awam dalam kumpulan sokongan di Kedah adalah antara 19 orang yang ditahan oleh SPRM sejak Januari lalu yang membabitkan rampasan wang sogokan keseluruhan berjumlah RM20,518.

BUMBUNG STADIUM RUNTUH – SPRM ‘MENGAMUK’

Posted in rasuah, SPRM, Terengganu on June 21, 2009 by Hambali Abd Latiff

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan akan ‘mengamuk’ minggu ini untuk melengkapkan siasatan mereka berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang runtuh 2 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, separuh daripada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan kos RM292 juta sebagai tempat utama temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008, runtuh kira-kira pukul 9.30 pagi ini iaitu kira-kira setahun selepas ia siap dibina pada Mei tahun lepas.

Menurut sumber, SPRM akan turut menyoal kakitangan syarikat arkitek dan perunding yang terbabit dengan projek itu bagi melengkapkan lagi siasatan mereka.

Sumber memberitahu, pegawai SPRM akan turun padang dan tidak memanggil mereka yang dikehendaki datang ke pejabat SPRM negeri.

Ia bertujuan meninjau sendiri keadaan pejabat dan kelengkapan pejabat berkenaan bagi menentukan ia benar-benar berfungsi sebagai pejabat arkitek atau perunding.

Pada 13 Jun dilaporkan sekurang-kurang tiga orang bekas Exco kerajaan negeri dan beberapa pegawai kanan dari Jabatan Kerja Raya negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal.

Menurut laporan sebelum ini, bekas Exco kerajaan negeri mempunyai maklumat penting dalam membantu merungkai kejadian yang memalukan 2 Jun lalu.

Sumber tersebut turut menyebut dokumen melibatkan pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan atap stadium yang dikatakan bernilai lebih RM20 juta.

Menurut laporan, tiga orang yang bertanggungjawab memastikan stadium tersebut siap menjelang SUKMA 2008 adalah Dato’ Wan Hisham Wan Salleh (Kemudahana Awam dan Infrastruktur), Dato’ Din Adam (Belia dan Sukan) dan Dato’ Rasol Wahid (Islam Hadhari dan Kebajikan)

Din dan Rasol masih berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelumnya menjadi Exco kerajaan dibawah bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pada 9 Jun, SPRM berkata pihaknya sudah mempunyai nama beberapa individu yang akan diambil keterangan bagi siasatan kes keruntuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun lalu.

Menurut sumber, SPRM akan mendapatkan dokumen daripada individu terlibat serta membuat pemeriksaan untuk siasatan yang menyeluruh dan tepat.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mendedahkan mereka yang tersenarai sama ada ia turut membabitkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Wan Hisham pada 8 Jun lalu berkata, dia sedia disiasat oleh SPRM berhubung kejadian itu.
Runtuhan yang membabitkan bumbung di bahagian timur stadium itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.

Selain Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri turut menempatkan stadium tertutup bernilai RM160 juta serta pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain termasuk skuasy serta Pusat Boling Si Diman yang mempunyai 48 lorong.

Pembinaan kompleks yang boleh menampung kapasiti 40,000 penonton itu yang bermula pada tahun 2005 sepatutnya siap pada April 2008, namun sehingga berlangsung Pra Sukma 2008 pada 1 hingga 5 Mei, ia hanya 90 peratus siap.

Pembukaan kompleks itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 iaitu 21 hari sebelum Sukma 2008 berlangsung dari 31 Mei hingga 9 Jun.

Sebenarnya siasatan oleh SPRM ini sudah bermula sejak hari bumbung stadium runtuh lagi.

Pada hari kejadian, sekurang-kurangnya tiga pegawai suruhanjaya itu dilihat mengambil gambar serta mengumpul butiran kejadian itu untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah SPRM Terengganu yang baru, Ahmad Sabri Hussin turut kelihatan meninjau pada tempat kejadian itu.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, SPRM mempunyai asas untuk bertindak apabila berlaku kejadian seumpama itu.

Menurutnya, pemantauan dilakukan untuk mengenalpasti sekiranya ada perkembangan yang membolehkan kertas siasatan dibuka.

Menurutnya, siasatan berkemungkinan berkaitan sistem pengurusan atau masalah kerja-kerja kontrak sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

Banyak pihak menyatakan kesediaan untuk disiasat termasuk mereka yang terbabit dengan kontrak dan pembinaan stadium dan bumbung stadium berkenaan.

Malah dikatakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong yang mengetuai Jawatankuasa Tender Negeri turut menjadi sasaran SPRM untuk memberi keterangan.

Walaupun Mokhtar enggan mengulas ketika ditanya dakwaan bahawa jawatankuasa itu bertanggungjawab melantik kontraktor dari Korea untuk membuat reka bentuk dan pemasangan bumbung stadium itu, sebagai ketua jawatankuasa, beliau juga disoal.

Blog ini dalam laporan bersiri (siri dua) 17 Jun lalu menyebut bahawa nombor kontrak untuk pembinaan bumbung ialah JKRNT(T)2/2005.

Kontrak yang diputuskan bagi kerja-kerja bumbung diperuntukkan sebagai Wang Kos Prima (prime cost sum) ialah sebanyak RM28,000,000.00. Bagaimanapun, keputusan mesyuarat Lembaga Jawatankuasa Perolehan Negeri pada 9 April 2006 memutuskan kontrak diberikan kepada Swissma Building Technologies , Nam Fatt/Sowon Plant Construction Compony Ltd (Korea) JV bernilai RM35,246,600.00.

Banyak persoalan mengenai pembinaan bumbung stadium ini.
Harapan ialah siasatan SPRM akan menjawab banyak persoalan yang bermain di kepala rakyat – apakah projek ini benar-benar dilaksanakan mengikut piawaian , siapa penyelia, siapa arkitek, siapa kontraktornya dan siapa pula yang mengawas.

Apakah kosnya berpadanan dan kenapa kontrak diberikan kepada syarikat dari Korea.
Ini belum lagi termasuk individu dan pemain penting berkaitan projek ini.