Archive for the Ahmad said Category

WAN AHAMAD BUKAN PILIHAN MAT SAID

Posted in Ahmad said, SUK on January 5, 2010 by Hambali Abd Latiff

(WAN AHMAD DALAM PENTADBIRAN & POLITIK TERENGGANU – Bahagian Kedua)

Penjajaan nama Wan Ahamad Wan Muda – Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Terengganu – yang akan mengambil alih jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu menggantikan Datuk Mokhtar

Nong ternyata brmatlamatkan ‘udang di sebalik batu’.

Ia dilakukan dengan niat dan tujuan negatif. Yang memang sah ialah nak mengutuk ‘Mat Said’ !

Juga matlamat dilihat adalah permainan pihak tertentu untuk menyekat Wan Ahmad meningkat lebih tinggi!
Itu saja kerana hakikatnya mereka yang dilantik oleh Menteri Besar dan diperkenankan istana untuk jawatan penting kerajaan negeri tidak membabit atau kena mengena dengan Wan Ahamad.

Semua kita sewajarnya menunggu sahaja jawapan sebenar apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dijangka bersetuju melantik Datuk Mazlan Ngah sebagai Pemangku Setiausaha Kerajaan berkuatkuasa 16 Januari 2010 ini bagi mengantikan Datuk Moktar Nong yang akan cuti sebelum bersara mulai tarikh itu.

Cakap-cakap kononnya memetik sumber pentadbiran negari, Mokhtar akan bersara pilihan sendirii mulai 1 April 2010.

Kekosongan jawatan Pegawai Kewangan Negeri dikatakan akan diganti oleh Datuk Abdul Razak Ismail, yang sekarang ini Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.

Bersih lah nama pegawai kanan ini.

Persaraan awal atau persaraan pilihan sendiri Setiausaha Kerajaan bukan baru kerana ia merupakan satu tradisi dalam pentadbiran negeri Terengganu. Setiausaha Kerajaan di era Tan Sri Wan Mokthar, Datuk Wira Jaya telah bersara pilihan bagi memberi ruang kepada Datuk Setia Wangsa dilantik sebagai pengganti.

Ketika Datuk Seri Hadi Awang mentadbir, Datuk Che Mat Jusoh telah bersara awal bagi memberi laluan kepada Dato’ Senara Muda dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan.

Pada era Datuk Seri Idris Jusoh meneraju negeri, Datuk Muhatar Abdullah, SUK ketika itu memohon bersara awal bagi memberi laluan kepada Mohtar.

Nothing new dan tidak patut dipolitikkan!

Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, bagaimanapun terus memberi kepercayaan kepada Mokhtar mentadbir negeri semasa beliau menerima tekanan dari kumpulan yang mahu jatuhkan beliau dari kerusi Menteri Besar.

Mohtar terus diberi kepercayaan untuk menyelesaikan isu berbangkit pentadbiran dan diharapkan menjadi pagar pentadbiran.

Bagi Ahmad, pentadbiran tidak dipolitikkan. Apabila semunya selesai, kumpulan 10 budak hitam dibubarkan dan majoritinya berMBkan Ahmad Said, baru kedengaran Mokhtar memohon bersara awal bagi memberi laluan kepada Mazlan menjadi pengganti.

Sekiranya Mokhtar tidak bersara awal, Mazlan tidak berpeluang menjawat jawatan SUK kerana mereka dilahirkan dalam tahun yang sama.

Yang penting lagi Razak yang lagi senior perkhidmatannya sebagai TCS tidak akan mempunyai peluang meningkat lebih tinggi. Pilihan yang dibuat Dato’ Mohtar Nong sekurang kurangnya memberi ruang kepada Razak yang lebih mesra dengan panggilan’ Abang Jak’ menjawat jawatan Pegawai Kewangan Negeri yang juga bertitle ‘Yang Berhormat’.

Juga keputusan yang telah dibuat oleh Mohtar memilih untuk bersara awal, telah memberi ruang kepada dua’ super senior TCS’ mengambil alih ‘sarang’ terpenting.

Ternyata Wan Ahamad bukanlah pilihan Ahmad Said untuk tempatkan di ‘sarang’ yang terbesar itu. 

Perlu diingat, Setiausaha Kerajaan mahu pun Pegawai Kewangan Negeri, yang kedua-duanya jawatan bergelar Yang Berhormat yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tahniah kepada ‘Abang Lan’ dan ‘Abang Jak’, selamat berjaya dalam kerjaya…!

(Bersambung di Bahagian Ketiga, esok)

WAN AHAMAD DALAM PENTADBIRAN & POLITIK TERENGGANU

Posted in Ahmad said, MB, SUK, Terengganu on January 3, 2010 by Hambali Abd Latiff

(Bahagian Pertama)
Ketika ini ada ada pihak menjaja nama Wan Ahamad Wan Muda – Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Terengganu – sebagai akan mengambil alih jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu menggantikan Datuk Mokhtar Nong.

Bagi saya tujuannya bukan untuk positif tetapi negatif. Nak mengutuk ‘Mat Said’ lah tu!

Dari mana sumber dipetik dan siapa menyiarkan berita entahlah…tapi orang di Pejabat SUK ada menceritakannya walaupun hakikatnya ia tidak benar walaupun 10 peratus.

Yang menarik pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini – 21 – 23 Disember 2009, nama Wan Ahamad ditimbulkan oleh ADUN Barisan Nasional (BN) dan sudah pastilah soal negative.

Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said terpaksa mempertahankan Wan Ahamad dan kenapa beliau dilantik.

Bagi mereka yang ‘tak selesai’ dengan Wan Ahamad, akan tetap mengungkit Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar ini dan paling menonjol melalui beberapa blog milik mereka yang terang-terangan menentang Ahmad Said atau juga melalui pembantu atau ‘macha-macha’ mereka, termasuklah sebuah blog seorang guru yang banyak mempertikaikan dasar-dasar kerajaan negeri.

Melalui satu blog bekas pegawai kanan Datuk Din Adam ketika menjadi Exco kerajaan negeri di bawah tajuk ‘Yang Popular & Terpopular’ (21 November 2009), entri berkenaan menyebut:

“MB Mat Said kehilangan seorang lagi orang kuat dan orang kanan yang boleh dikatakan amat dipercayai dan 100 peratus cakap-cakapnya dipatuhi oleh MB Mat Said. Orang kuat kedua ini menjadi amat berkuasa dan digeruni oleh banyak orang dalam pentadbiran kerajaan negeri, sehinggakan bos nombor satu dalam pentadbiran negeri pun seperti kehilangan kuku serta tidak mampu untuk mengatasi orang ini. Demikian hebatnya ‘budak tingkat 16’ ini. Demikian berpengaruh dan berkuasanya orang yang juga mendapat ‘jawatan baru’ sebagai Menteri Besar Kedua (MB2) sepanjang berada di Tingkat 16 Wisma Darul Iman itu. Dan sekarang MB Mat Said telah kehilangan lagi. Sama ada sengaja dihilangkan mahupun terhilang, yang pasti ‘budak tingkat 16’ ini sudah sah menghilangkan diri. Bagaimana kaedah ‘menghilangkan’ budak tingkat 16 atau MB2 ini, hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu. Pun demikian, khabarnya budak tingkat 16 ini telah di…….. (diluluskan atau diarahkan atau diminta atau disyorkan atau dipohon atau dihalalkan cara – pilih satu yang paling sesuai) untuk melanjutkan pelajaran. Di mana, ke mana dan berapa lama, itu kena tanya MB Mat Said.”

Cara penulisan dengan menggunakan perkataan seperti ‘100 peratus cakap dipatuhi’, “amat berkuasa dan digeruni”, ‘bos nombor satu dalam pentadbiran negeri seperti kehilangan kuku’ serta “di mana, ke mana dan berapa lama” (melanjutkan pelajaran), memberikan kesan negatif kepada pentadbiran dan nama Ahmad Said sendiri.

Tujuan dan matlamat blog ini menimbulkan isu Wan Ahamad ini ibarat membaca buku nipis (mengambil istilah digunakan Ahmad Said untuk membandingkan cara mentafsir dalam politik – antara buku tebal dengan buku nipis).

Maknanya, buka muka surat pertama dan kedua sudah tahu tujuan atau isi penulisannya!

Walaupun penulisnya membiarkan persoalan dijawab sendiri tetapi matlamatnya jelas dan sudah pasti Wan Ahamad tahu untuk memberikan jawapan, mungkin di mahkamah!

Nama Wan Ahamad mula melonjak naik apabila isu pertukaran kakitangan kerajaan Terengganu (TCS) akhir tahun 2008 (mulai 1 Januari 2009).

Beliau dikatakan merancang pertukaran berkenaan, walaupun hakikatnya yang mengeluarkan senarai ialah bahagian.

Sepanduk-sepanduk yang digantung mempersoalkan ‘siapa yang mentadbir Terengganu sekarang”? Nama Wan Ahamad (ejaan salah di sini) terpampang besar malah beliau dikatakan bersekongkol dengan Wan Lutfi dan Husin Botak. Nama lain tidak penting tetapi

Selepas isu itu reda beberapa ketika, tup-tup nama Wan Ahamad melonjak lagi. Kali ini lebih hebat.

Beliau dikatakan orang yang memiliki telefon bimbit yang menghantar sms ugut bunuh kepada beberapa ADUN yang menyebabkan wujudnya ‘Kumpulan 10’ yang memboikot sidang DUN Terengganu pertengahan tahun lalu.

(Ikuti bahagian kedua)

DUA WARKAH UNTUK AHMAD SAID

Posted in Ahmad said, Menteri Besar, Terengganu on January 3, 2010 by Hambali Abd Latiff

Saya tidak mahu komen dua entri berikut. Pertama daripada www.teganukini.blogspot.com dan yang kedua daripada www.msomelayu.blogspot.com.

Baca dan telitilah:

SALAM TAHUN BARU BUAT AHMAD SAID – TINTA MERAH & SINAR HARIAN

Daripada www.teganukini.blogspot.com (2 Januari 2010)


Blogger Tinta Merah seorang sifu … memulakan Salam Tahun Barunya kepada Ahmad Said mencurahkan pemerhatian ikhlas beliau dengan kata secantik bahasa…’ walaupun dia (Ahmad Said) nampak ‘komang’ kata orang Terengganu, tidak hebat, nampak darat macam orang kampung tetapi dia ada kelebihan. Yang pastinya kalau bukan ada kelebihan dan keistimewaan, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak akan perkenan untuk dia jadi MB.’

Syabas diucapkan kepada Tinta Merah yang Berjaya merungkai jawapan kepada kecelaruan dan persoalan sebilangan golongan menengah Terengganu terhadap Ahmad Said. Bagi orang kampong dan golongan bawahan mereka tiada masalah dan amat-amat berkenan dengan Ahmad Said yang mengutamakan rakyat.

Kepada yang arif dengan sejarah Terengganu, pemilihan Menteri Besar memang dibuat oleh Istana bedasarkan saki baki kuasa yang beri oleh Perlembagaan Negeri. Pemilihan dibuat daripada calon-calon daripada parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Istana telah memilih Ahmad berasaskan beliau orang paling kanan dalam parti yang menang, yang merupakan salah seorang daripada dua(2) Ketua Bahagian parti yang bertanding di kerusi negeri dalam pilihanraya yang lalu, selain daripada fakta yang akan dinukilkan oleh Tinta Merah berikutnya nanti…. Ini lah apa yang paling asas dalam amalan ‘Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berpelembagaan’. Istana telah membuat pertimbangan yang seadilnya dalam memilih Menteri Besar.

Persoalan Selamat Tahun Baru yang dilontarkan oleh Tinta Merah iaitu… ‘ Masih ramai lagi Adun BN yang dianggap dan merasakan diri lebih hebat dari Mat Said. Ada 20 orang lagi,(sebenarnya 23 orang) tetapi kenapa Mat Said yang dipilih jadi MB oleh Sultan. Yang lebih hebat daripada bekas MB, Idris Jusoh pun ada, seperti Rosol Wahid, Din Adam, tetapi tidak dipilih, Mat Said juga diambil Sultan. Kenapa? ‘

Tinta Merah telah mempunyai ketepatan fakta dalam meberi jawapan…’.Selalunya istana hanya akan memberi perkenan kepada orang yang baik budi, perangai comel dan tahu adat istiadat istana sahaja untuk menjadi menteri, wazir dan pegawainya. Orang yang sumpah seranah sultan takkan diambil! Hatta untuk jadi tukang kebun dan jong masak pun kena ada takmaninah. Istana tidak akan ambil orang perangai buruk, cakap besar berjalan lenggak ke langit dan berperasan tinggi.’

Kehebatan Ahmad digambarkan lagi oleh Tinta Merah dalam dialog seorang rakannya dengan beliau dari Kuala Lumur….“Hebat! Dia buat kerja dia tidak peduli apa orang nak kata kepadanya…” jelas rakan ini menunjukkan wajah kekagumannya. Ulasnya lagi, walaupun kawan-kawan sepertinya kritik dia, palu dia, dia buat tidak peduli saja. Dia hadapi dengan selamba saja.

“Jarang orang boleh lakukan begitu, selalunya kalau kena kritik seseorang itu akan give-up. Tetapi tidak bagi Mat Said. Seolah-olah hentaman dan kritikan itu dijadikan cabaran untuk dia buktikan kemampuannya. Inilah saya maksudkan hebat! Dan dia berjiwa besar,” 

Akhbar Sinar Harian dalam Selamat Tahun Barunya kepada Ahmad Said mencatatkan rasa terima kasih dan pujian daripada seorang rakyat…….’semasa menerima beg berisi kurma istemewa dan air zam-zam daripada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said… hati saya terdetik…inilah kali pertama dalam hidup saya sebagai rakyat Terengganu mendapat hadiah daripada Menteri Besar tanpa pilih kasih. Saya bukan penyokong partinya.. jadi apa-apa pun sentiasa tersisih..

Berkat hadiah ini, barulah saya mula menjejak langkah Ahmad Said .. MasyaAllah inilah satu-satunya Menteri Besar yang kerjanya untuk rakyat Terengganu.. tidak semacam pemimpin terdahulu.
Walaupun kurma itu menjadi isu besar, RM 7 juta.. namun inilah RM 7 juta dikongsi dengan kita semua.. bukan untuk penyokongnya sahaja..bagi saya kurma itu lebih bernilai dari RM20..
Terima kasih Menteri Besar.. Ahmad Said Berjaya membuktikan beliau memang Menteri Besar kita…’

Kini terbukti Ahmad Said berjaya menghidupkan hubungan beliau dengan rakyat, beliau bijak menyusun program dan mengutamakan rakyat selaras dengan mottonya ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan.” 


SELAMAT TAHUN BARU MAT SAID

Oleh Mohd Sayuti Omar (www.msomelayu.blogspot.com – 31 Disember 2009)

SAYA pernah bercanda menerusi tulisan mengatakan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu ada ilmu Pak Dogol. Maksud saya walaupun dia nampak ‘komang’ kata orang Terengganu, tidak hebat, nampak darat macam orang kampung tetapi dia ada kelebihan. Yang pastinya kalau bukan ada kelebihan dan keistimewaan, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak akan perkenan untuk dia jadi MB.

Masih ramai lagi Adun BN yang dianggap dan merasakan diri lebih hebat dari Mat Said. Ada 20 orang lagi, tetapi kenapa Mat Said yang dipilih jadi MB oleh Sultan. Yang lebih hebat daripada bekas MB, Idris Jusoh pun ada, seperti Rosol Wahid, Din Adam, tetapi tidak dipilih, Mat Said juga diambil Sultan. Kenapa? Cuba tanya Zabidi Saidi rakan saya berasal dari Terengganu itu.

Sebab itu saya kata Mat Said ada ilmu Pak Dogol. Tenguk Pak Dogol dalam wayang kulit dia, nampak hodoh, perut buncit, hidung besar tetapi keramat dan baik budi. Lidah juga masin ‘barang minta barang boleh barang kata barang jadi.’

Selalunya istana hanya akan memberi perkenan kepada orang yang baik budi, perangai comel dan tahu adat istiadat istana sahaja untuk menjadi menteri, wazir dan pegawainya. Orang yang sumpah seranah sultan takkan diambil! Hatta untuk jadi tukang kebun dan jong masak pun kena ada takmaninah. Istana tidak akan ambil orang perangai buruk, cakap besar berjalan lenggak ke langit dan berperasan tinggi.

Malam tadi saya minum dengan seorang rakan, bekas pegawai tinggi kerajaan. Dia baru balik dari Terengganu kerana menghadiri satu seminar mengenai sukan. Dia terlibat dalam membentangkan kertas kerja berhubung pengembangan dan pembangunan sukan di negeri itu.

Rakan ini sejak bersara, lebih mirip kepada pembangkang menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim. Bukan apa kerana Anwar rakannya! Hubungannya dengan Anwar kukuhnya macam akar tunjang bumi. Semasa Anwar dalam penjara di Sungai Buloh dulu dialah antara orang yang ‘membantu’ Anwar menerusi bidang kuasanya. Beli meja pingpong dan lengkapkan peralatan sukan dan riadah dalam penjara untuk kemudahan Anwar.

Baru inilah dia ke Terengganu. Beliau diundang disebabkan kepakarannya dalam bidang sukan. Banyak pembangunan sukan negara ditangani dan jaya. Apa nak diceritakan dan mengejutkan saya ialah bila dia menceritakan mengenai kehebatan Mat Said.

“Hebat Mat Said ni rupa-rupanya?” katanya. Saya terkejut dan terpaksa bertanya balik takut dia tersalah cakap atau sengaja nak perli MB Terengganu itu.

“Hebat macam mana?” soal saya agak hairan kerana jarang saya dengar di Kuala Lumpur ada orang puji Mat Said sebegitu. Banyaknya memperleceh dan memperlekeh Mat Said. Yang kata Mat Said MB cap ayam pun ada.

“Hebat! Dia buat kerja dia tidak peduli apa orang nak kata kepadanya…” jelas rakan ini menunjukkan wajah kekagumannya. Ulasnya lagi, walaupun kawan-kawan sepertinya kritik dia, palu dia, dia buat tidak peduli saja. Dia hadapi dengan selamba saja.

“Jarang orang boleh lakukan begitu, selalunya kalau kena kritik seseorang itu akan give-up. Tetapi tidak bagi Mat Said. Seolah-olah hentaman dan kritikan itu dijadikan cabaran untuk dia buktikan kemampuannya. Inilah saya maksudkan hebat! Dan dia berjiwa besar,” sambung kawan yang sudah mencecah 60 tahun itu.

Mulanya saya tidak merasa apa-apa kelebihan kalau setakat itu. Tetapi bila kawan ini menceritakan bagaimana Mat Said menumpahkan ilham merangka pembangunan infrastruktur dan sosial untuk Terengganu baru saya faham apa yang hendak dimaksudkan itu. Dalam bidang sukan misalnya Mat Said mahu jadikan Terengganu cemerlang dalam semua bidang sukan. Dia tidak sebut saja, tetapi disediakan peruntukan yang banyak.

“Saya yakin dengan apa yang Mat Said nak buat akan berjaya. Sepanjang seminar itu saya lihat sambutan dan semangat peserta sungguh tinggi. Ini menampakannya pegawai kerajaan yakin dan seronok dengan Mat Said..” jelasnya.

Katanya kalau seorang MB mendapat kerjasama dari pegawai kerajaan tidak ada masalah kalau pun Adun lain tidak menyokongnya. Bagi rakyat yang penting kebajikan untuk mereka dan bukan mereka nak lihat cita-cita peribadi seseorang Adun itu yang dicapai.

“Tetapi katanya Pas Terengganu yakin akan tumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang?” kata saya menyeka perasaan kagumnya berdasarkan dakwaan sesetengah orang Pas.

“Saya tidak nampak kalau lihat kepada cara Mat Said berkerja. Sikap humble dan juga perhubungannya dengan rakyat berjalan baik. Rakyat suka kepadanya. You mungkin tidak tahu dia baik dengan Adun Pas. Mat Said tidak pun ada masalah dengan Pas. Yang buat masalah ialah dua tiga orang rakannya yang dengki dan cemburu dengannya,” kata rakan ini lebih mengetahui maklumat politik Terengganu dari saya.

Apa lagi katanya dengan wang ehsan yang banyak dicampur dengan approach Mat Said yang pedulikan rakyat, sediakan peruntukan RM10 juta untuk OKU…susah untuk Pas dan Pakatan Rakyat gugat Terengganu. Lainlah ada isu besar atau mistik yang Mat Said lalukan seperti mana Idris Jusoh buat dulu.

Tambahnya lagi kenapa Idris Jusoh tidak disukai kerana melambakkan pembangunan di Besut dan menambunkan projek kepada kroni. “Kalau Mat Said belajar dari kesilapan Deris ini saya fikir susah juga untuk Pas ambil Terengganu,” tekannya.

Dalam perjalanan pulang saya terfikir-fikir mengenai kawan ini. Dia bekas pegawai kerajaan yang kini sudah mulai membenci kerajaan. Semua masalah dalam kerajaan termasuk serbanika penyelewengan dia tahu. Jadi bila dia mentafsirkan kerajaan Terengganu dan kehebatan Mat Said begitu mungkin benar kerana dia sudah melihat dengan hati yang bebas.

Dan saya tidak pelik kalau Mat Said berjaya menghidupkan hubungan beliau dengan rakyat dan mengurangkan masalah dengan publik. Rahsianya ialah beliau bijak menyusun program mengutamakan rakyat.

Manakala serentak itu beliau mengurangkan isu-isu buruk mengenainya terdedah di media massa.

Mungkin kehebatan Mat Said ini orang tidak sedar yang beliau dibantu oleh seorang wartawan profesional yang luas pengalaman.

Saya yakin apa yang diterima oleh Mat Said ini kerana kegigihan dan nasihat Hambali Abd Latiff salah seorang pegawai khasnya di pejabat MB.

Selalunya tuan akan jadi baik kalau kuli turut memberi pedoman secara berhemah dan fatanah.

APA MAINAN MOKHTAR NONG?

Posted in Ahmad said, SUK, Terengganu on December 30, 2009 by Hambali Abd Latiff

Benarkah Setiausaha KerajaanNegeri tidak mengetahui kereta kerajaan negeri yang hilang ?

Amat parah lagi beliau gagal memberi fakta perjawatan sebenar mengenai pertukaran dan penempatan

pegawai TCS yang beliau sendiri menandatangani arahan pertukaran berkenaan.

Apakah ini berlaku kerana beliau tidak memberi tumpuan dalam mengetuai pentadbiran negeri di bawah Datuk Ahmad Said? Amat mengejutkan lagi apabila Datuk Haji Mokhtar Nong hadir untuk bersama-sama kumpulan yang ‘tidak sukakan’ Ahmad Said di Motel Desa, Bukit Pak Apil dipertengahan tahun ini.

Sepatutnya sebagai ketua pentadbir, beliau berkecuali daripada pertembungan politik di negeri Terengganu.

Dalam sidang DUN Terengganu yang lalu Adun Alor Limbat, Alias Abdullah telah bangkitkan isu pegawai 48 di bayar JUSA dan pegawai 54 diletakkan pada ‘sarang’ 48 secara sensasi dengan menggunakan kekebalan DUN.

Setelah dicabar oleh Ahmad Said supaya bercakap di luar dewan bagi memberi keadilan kepada pegawai yang dituduh, rakan seperjuangan yang merupakan saki baki budak hitam, Datuk Rosol Wahid telah menyambut cabaran Ahmad Said dengan membuat pendedahan dalam laman blognya mengenai maklumat yang telah disensasikan dalam sidang DUN itu bagi mengambarkan pentadbiran Ahmad Said berada dalam caca merba.

Selaku orang yang sebelum ini bersama sama di Bukit Pak Apil, mereka patut berbincang dengan Setiausa Kerajaan terlebih dahulu sama ada betul atau tidak dari segi peraturan atas apa yang Pentadbiran Negeri lakukan.

Setiausaha Kerajaan juga perlu merujuk kepada Pengurusan Sumber Manusia sama ada perkara yang sama beliau sendiri lakukan secara peribadi atau bersama seseorang lain yang mempunyai kuasa.

Terjadi di sebuah Yayasan, pengarahnya dinasihat untuk bersara awal ketika pentadbiran Menteri Besar lalu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Seorang Pegawai TCS Gred 48 telah dilantik mengganti Pengarah Yayasan berkenaan. Setiausaha Kerajaan Sendiri melalui jawatankuasa Perjawatan Yayasan itu telah memberi kelulusan kepada Pengarah gred 48 itu dibayar JUSA.

Dikatakan keputusan ini tidak pernah disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan berkenaan serta tidak diangkat kepada Pentadbiran Negeri bagi persetujuan Pihakberkuasa Kewangan Negeri.

Pembayaran JUSA kepada pegawai TCS juga dilakukan di peringkat Persekutuan. Seorang TCS Gred 48 telah dipinjamkan ke peringkat persekutuan menjadi ketua jabatan (Pengelola) dan di bayar gaji JUSA. Perkara ini tidak pernah disensasikan kerana diperingkat Persekutuan, Ketua Pentadbirnya ada masa untuk semak perintah am dan peraturan yang berkaitan, malah tidak pernah menyebelahi kumpulan penentang bosnya.

MB merupakan Pihak berkuasa Kewangan Negeri yang diberi kuasa perundangan oleh Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan meminda perjawatan, bukan “sarang”.

Idris ketika meneraju negeri telah memberi taraf JUSA kepada YDP MPKT, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri.

Selepas menganti DSIJ, Ahmad Said mengekalkan semua anugerah DSIJ kepada pegawai TCS . Oleh itu tiada isu bagi SUSK dibayar JUSA kerana mengikuti kelulusan sebelumnya.

Perkiraan perbezaan puluhan ribu ringgit satu angka yang sengaja disensasi daripada insan yang tiada pengalaman mentadbir . Oleh itu isu yang dibangkitkan oleh Alias dan Rosol sama ada dibuat tanpa ilmu mentadbir atau penerusan fitnah dan konspirasi!

Disamping mengekalkan apa anugerah yang telah Idris beri kepada pegawai TCS, Ahmad Said menambah lagi kemudahan kepada pegawai TCS selepas Dungun dinaik taraf kepada Perbandaran, Yang Dipertua Dungun dan DO Dungun telah diberi kemudahan JUSA bersama dengan DO Kemaman.

Oleh itu sekiranya SetiausaHa Kerajaan memberi penerangan yang betul dalam pre concil, tidaklah Alias membazirkan masa dalam DUN mensensasikan perkara tidak benar dan Rosol pula membazir masa dalam blognya.

Banyak masa yang diperlukan mereka untuk menganti masa terbuang sebelum ini dalam usaha menjatuhkan Ahmad Said untuk tugasan hakiki mereka kepada kawasan DUN yang mereka diamanahkan oleh pengundi.
Dalam blognya Dato’ Rosol nyatakan isu Pegawai N 54 diletakan pada ‘sarang’ N 48, adalah untuk disensasikan. Perkara ini tak sepatutnya disensasikan kerana dilakukan oleh oleh Pentadbiran bagi membangun kawasan Rosol sendiri.

Seorang pegawai kanan 54 yang berpengalaman dari segi pentadbiran, perancangan dan pembangunan telah diletakan mengetuai sebuah Jabatan penting disitu.

Ini selaras dengan hasrat Ahmad Said untuk majukan Tasik Kenyir menjadikan kawasan pelancongan. Tasik yang indah ini telah 30 tahun ketinggalan pembangunannya . Sekiranya Kenyir berjaya dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, pengundi Rosol pasti mendapat limpahannya. Tidak ketinggalan juga hasrat Ahmad Said untuk menyediakan sebuah bandar baru Ajil yang Rosol jadi Tok Wakilnya. Semua ini dibuat berdasarkan kepada keperluan. Pegawai berkenaan tidak kerugian dari segi pendapatan malah untung kerana mendapat elaun pegawai pinjaman, elaun mesyuarat penuh dan jawatankuasa.

Tapi apa yang berlaku zaman sebelum ini semasa Rosol menjadi Exco, Mokhtar Nong juga sebagai Setiausaha Kerajaan yang mana mereka menggunakan kuasa secara luar biasa .

Bayangkanlah seorang TCS 54 telahpun dianugerah Datuk yang pernah menjadi Timbalan SUK dan Pesuruhjaya Agama ditempat pada tempat yang tiada “sarang”, beliau ambil keputusan bersara awal dan sekarang dalam tindakan mohon gantirugi daripada kerajaan di mahkamah, Begitu juga dengan pegawai TCS 54 bekas DO dijerok tanpa ‘sarang’hingga ‘sekarang’.

Tiga Pengarah dari Bandaraya diletakan di Jabatan tanpa “sarang” dan ada yang hingga sekarang. Bekas DO yang pernah dibayar JUSA juga ditempatkan kejawatan yang tiada “sarang”.

Seorang lagi pegawai TCS N 54 diletakan menjaga Air di “sarang” lebih sempit . Pegawai paling kanan dari SEDC bersara kerana tidak hendak masuk “sarang” takut diperam.

Lebih menakutkan lagi pegawai-pegawai kanan, Skim VSS telah diperkenalkan yang sama sekali bertentangan dengan perundangan yang terpakai kepada pegawai awam.

Beberapa pegawai TCS yang kanan telah hampir menjadi mangsa dan sudah pun tidak lena tidur malam. Lebih mendukacita lagi ramai anak muda calon TCS yang telah berjaya dalam ujian bertulis dan temuduga serta menerima surat tawaran “sarang” (jawatan), malah telah ada yang lapor diri, telah ditarik balik dan dibatalkan surat tawaran “sarang” (jawatan) kepada mereka.

Kegagalan Setiausaha Kerajaan memberi penjelasan kepada ADUN ini menyebabkan mereka bercakap secara tiada ilmu di sidang DUN bagi tujuan mensensaisikan perkara ini dengan mengutuk pegawai yang tidak mempunyai kapasiti untuk memberi jawapan kepada sidang dewan.

Mereka telah menyalahgunakan kekebalan mereka dalam DUN yang mulia, khusus bagi menunjukan kepada tuan mereka bahawa pentadbiran Ahmad Said yang sebenarnya amat popular dan di amat senangi oleh rakyat bawahan ini digambarkan sebaliknya.

Harap Setiausaha Kerajaan Negeri akan berubah dan memberi sokongan padu kepada Menteri Besar selaku bosnya sebagaimana kesetiaan kepada MB terdahulu bagi memastikan Terengganu terus maju dengan Bajet yang telah diluluskan.

Yang lebih penting lagi saki baki Budak Hitam ini patut terimalah hakikat. Ikutilah jejak majoriti Budak Hitam yang balik ke pangkal jalan sekiranya ikhlas ingin melihat parti yang mereka dokongi itu bertapak lagi di negeri Darul Iman. Jangan lagi mengikuti jejak penjual ubat kurap.

Apakah mereka ini berfikir jika UMNO jatuh dari negeri ini, mereka akan menjadi pemimpin yang akan dilantik menjadi pengawal kepada berbilion Wang Ehsan sebagaimana di zaman PAS memerintah dulu ?

Sumber: teganukini (Tajuk asal: Setiausaha Kerajaan Negeri Gagal Beri Fakta Yang Betul Kepada Rosol dan Alias)

AHMAD SAID CUBA DIMALUKAN PADA SIDANG DUN…

Posted in Ahmad said, Sidang DUN on December 22, 2009 by Hambali Abd Latiff


KETERANGAN GAMBAR – Dulu bersama kini tidak lagi…tinggal empat sahaja…ada yang meminta maaf secara terbuka dan ada yang sudah boleh duduk semeja dengan Mat Said. Pada barisan depan yang masih belum bersama Mat Said, dua di tengah dan dua di belakang (sebelah kiri).

Daripada sepuluh, hanya ada empat – seorang melepaskan ‘bom’semalam dan tiga lagi membisu.

Itulah kedudukan terkini ‘10 Budak Hitam VS Mat Said’ kerana enam pemain 10 Budak Hitam sudah

bertukar gelanggang bermain dengan berkaptenkan Mat Said.

Malang sedikit ada seorang pemain yang sepatutnya bermain untuk memenangkan pasukan pimpinan Mat Said — semalam kerana sebab-sebabnya sendiri – sumbat gol sendiri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Memburukkan keadaan pemain berkenaan adalah kesayangan pengurus pasukan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Malah, gajinya dibayar oleh Hishamuddin.

Apakah pemain ini (Datuk Din Adam) diarah atau dibayar oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bagi ‘menyumbat gol sendiri?”. Inilah yang menjadi pertanyaan.

Apakah pengurus pasukan UMNO Terengganu itu sengaja kacau kapten Atau memang pemain ini tidak mampu dikawal oleh Hishamuddin sebagai pengurus pasukan?

Berikutan itu, Ahmad Said Said pada sidang DUN ketika soal jawab mengingatkan pemain-main UMNO (Barisan Nasional) supaya “Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.

“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam

Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi” itu yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.

“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya.

Laporan-laporan oleh laman web dan blog semalam menyebut Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar  Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar.

Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.
Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.

Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Hishamudin yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.

Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara  ‘menyerang’ Ahmad Said

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.

“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.

“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.

Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad Said cuba mengelirukan dewan (Sidang DUN) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.

“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).

“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.

Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?

Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.

“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.”tegs Ahmad Said.

Dalam pada itu, Din Adam meimbulkan isu beliau tidak tahu bahawa akan ada perlombangan semula di Bukit Besi.

LEPAS SATU, SATU – TAK HABIS-HABIS

Posted in Ahmad said, runtuh, stadium, Terengganu on July 30, 2009 by Hambali Abd Latiff

Sudah 4 – 0. Cakap salah, tak cakap lagi salah.

Bukan saja-saja nak cakap tetapi jika semakin membebankan dan memburukkan imej kerajaan negeri, bukan Ahmad Said sahaja akan melenting. Rakyat juga tertanya-tanya.
Apakah dah jadi?

Mulanya bumbung stadium runtuh, kemudian Pusat Akuatik bocor dan selepas itu, Stadium Tertutup Gong Badak terpaksa ditutup. Kini atap lapangan terbang pula melayang.

Entahlah, Menteri Besar pasti perlu menjawab banyak persoalan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Dalam usahanya meletakkan rakyat segala-galanya, kejadian yang melanda satu persatu pastinya menggugat pentadbiranya yang menekankan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Apa nasib malang. Semuanya terpaksa ditanggung kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said ketika ini.
Malu ada, geram pun ada. Seolah-olah Terengganu ini lekeh sangat. Cap ayam katakan.

Tapi semua ini siapa punya angkara?

Fikirkan sendiri kejadian-kejadian ini, apakah ia ujian untuk Ahmad Said atau memang ia ketentuan Tuhan :

1. Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh dan ditutup ke tarikh yang belum diketahui;

2. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut ditutup untuk orang ramai. “Kolam renang ini baru siap setahun, tetapi tetapi keadaannya sekarang seolah-olah sudah berusia lebih 10 tahun,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang meninjau pusat itu.

Pusat Akuatik MBKT bernilai RM18 juta itu dikesan berlaku kebocoran dan besi berkarat serta mempunyai beberapa kecacatan yang membahayakan keselamatan orang ramai.

3. Jabatan Kerjaraya Pusat turut mengeluarkan arahan supaya Stadium Tertutup Gong Badak ditutup buat sementara kerana kerosakan kecil pada peralatan stadium berkenaan.

4. Terbaru, siling di bahagian bumbung utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhampiran Kompleks Menara Kawalan tertanggal lagi. Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood berkata, pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu.

Dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.

Ini sudah pasti menjejaskan pemandangan terminal berharga RM123 juta itu.

Hakikatnya, masalah siling tanggal di beberapa bahagian LTSM ini menjejaskan imej satu lagi projek mega negeri ini yang baru hampir setahun digunakan. Ahmad Ramli menjelaskan, setiap kali MAB mengesan masalah itu, kontraktor akan membaikinya tetapi tidak berapa lama kemudian kejadian sama akan berulang.

LTSM sudah melaporkan masalah ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Apa yang pasti, semua masalah ini ada kaitan dengan JKR.

Kita hanya berharap JKR bukan sahaja terbabit dengan kerja-kerja memperbaiki kemudahan-kemudahan ini tetapi juga menunaikan janji untuk membawa mereka yang ‘menyeleweng dan cuai’ ke muka pengadilan.

Berbuatlah segera kerana tidak lama lagi rakyat pula akan membuat perhitungan apabila tiba pilihan raya.

ROMBAKAN EXCO – BERITA PEMANAS MENJELANG SIDANG DUN?

Posted in Ahmad said, DUN, MB, Terengganu on July 17, 2009 by Hambali Abd Latiff

Tergamam saya membawa blog www.teganuku.blogspot.com kelmarin yang membawa tajuk “Tiada rombakan exco dalam tempoh terdekat – MB Terengganu”.

Ingatkan ia soalan semata-mata dan apabila Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengatakan tiada rombakan, ia tidak menjadi bahan berita.

Akhbar harian tempatan di Terengganu menjadikan jawapan Menteri Besar itu sebagai tajuk utama. Bagi saya mungkin kerana tidak ada isu politik yang panas di Terengganu sehari dua ini maka soalan ‘cepu emas’ seperti itu itu mampu menghidangkan bahan untuk berita lebih panas.

Saya tidak faham bagaimana wartawan boleh tanya soalan mengenai rombakan Exco.

Kata orang, tiada angin dan tiada rebut, tiba-tiba soalan diajukan kepada Menteri Besar selepas mesyuarat Exco petang Rabu (kelmarin).

Seperti biasa Ahmad Said tenang tetapi di wajah setiausaha akhbarnya, Rosli Zakaria, nampak gusar dengan soalan yang tidak diduga sama sekali. Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam tenang seperti bosnya juga.

Ketika berbual dengan wartawan Bernama dan The Star sebelum itu, saya ditanya apakah mendengar sesuatu mengenai perkara itu. Oleh kerana memang tidak dengar apa-apa, saya tidak begitu melayan tajuk berkenaan kerana ada dua tiga perkara lain lebih penting.

Namun ternyata bagi beberapa wartawan Terengganu –soalan itu memang sudah tersedia untuk ditanya. Apakah ia soalan ‘planted’ atau memang ada desas desus di mengenai perkara itu.

Yang pasti, selepas mesyuarat Rabu lalu tidak nampak pun sebarang tanda ada ‘krisis Exco’. Yang tidak hadir mesyuarat pula bukan memulaukannya tetapi kerana ada tugas di luar negara.

Bagi saya oleh kerana suasana politik di Terengganu ketika ini dingin sedikit dan cerita ini mungkin sebagai pemanas berita menjelang pertengahan Ogos apabila sidang DUN akan diadakan.

Apapun, Ahmad Said menafikan dakwaan akan ada rombakan barisan Exco.

Tidak timbul persoalan untuk memperkuatkan jentera pentadbiran, selain menyingkirkan anak buah yang tidak ‘sebulu’ dengannya.

Itu bukan gaya kepimpinan Ahmad Said kerana baginya selepas beliau melantik dan diperkenankan istana semua pihak harus bekerja sebagai satu pasukan menjayakan misi ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Jika ada yang mahu menikam atau menembak dari belakang itu Ahmad Said tidak ambil peduli. Yang penting agenda pentadbiran dan pembangunan yang menekankan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya perlu dilaksanakan.

Mereka perlu diberikan peluang dan kini baru masuk setahun setengah dan tidak wajar mengatakan mereka lemah atau tidak membantu Menteri Besar.

Sambil menegaskan perkara itu tidak pernah berbangkit, Ahmad berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan barisan Exco sedia ada dan tidak pernah merancang untuk membuat rombakan.

“Siapa kata? (rombakan Exco). Setakat ini semuanya (pelaksanaan tugas Exco) berjalan dengan sempurna. Kita berilah peluang pada mereka (Exco) sekurang-kurangnya pegang jawatan satu penggal. Kalau satu setengah tahun nak tengok prestasi memanglah tak dapat.

“Tidak adillah jika (baru) setengah jalan kita tukar (barisan Exco). Buat masa ini, saya berpuas hati dengan kerjasama serta prestasi mereka (Exco) dan tidak ada perancangan untuk membuat perubahan barisan Exco,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Khabar mengenai kemungkinan Ahmad Said merombak barisan Exco tersebar luas dan menjadi buah mulut orang ramai di negeri ini sejak kebelakangan ini.

Hanya akhbar yang mengatakan Ahmad Said merancang merombak kepemimpinan beberapa Exco sedia ada bagi memperkukuhkan barisan pentadbirannya untuk mengurus dan merencana agenda pembangunan negeri.

Juga akhbar yang mengatakan wujud dakwaan bahawa Ahmad Said mahu menyingkirkan Exco tertentu yang tidak sealiran dan tidak boleh bekerjasama baik untuk membantunya memacu pembangunan Terengganu.

“Saya tidak tahu dari mana anda dengar berita ini. Setakat ini, saya berpuas hati dengan barisan Exco yang ada dan tidak pernah merancang untuk membuat rombakan. Kata orang, tahun pertama tahun bulan madu, tahun kedua baru nak laksana perancangan, jadi kita bagi masa pada mereka buktikan kemampuan,” katanya.

Memanglah banyak cakap-cakap bahawa pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Ahmad dikatakan agak goyah kerana tidak mendapat kepercayaan dan sokongan sebahagian besar wakil rakyat di negeri ini, terutamanya golongan yang sebelum ini menjadi penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Namun mereka bukan kalangan Exco dan selepas mengangkat sumpah mereka seharusnya beriringan dengan Ahmad Said bukan melencong kepada pihak lain.

Kalaupun ada ‘musuh dalam selimut’ itu bukan masalah Ahmad Said. Yang harus dipersalahkan ialah Exco berkenaan kerana tidak ‘setia’ tetapi Menteri Besar tidak pernah pun menimbulkan rasa tidak puas hatinya kepada barisan Exco.

Kemelut politik di negeri ini yang bermula sejak Ahmad dilantik menggantikan Idris pada Mac 2008 memuncak pada April lalu apabila sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikatakan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya kerana tidak puas hati dengan corak pentadbiran Ahmad yang dikatakan tidak telus dan membuatkan wakil rakyat berasa mereka dipinggirkan.

KELEWATAN LPT2 – AKIBAT KERENAH KONTRAKTOR ‘KRONI’?

Posted in Ahmad said, LPT, Terengganu on June 20, 2009 by Hambali Abd Latiff

Datuk Ahmad Said hanya menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas mempengurusikan Mesyuarat Exco Rabu lalu. Ahmad Said tidak mendedahkan dan tidak merujuk kelambatan projek pembinaan Fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) sebagai kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Projek LPT Fasa 2 adalah sambungan kepada LPT Fasa 1 bermula dari Jabur hingga ke Gemuruh sepanjang 180 kilometer.

Ahmad Said juga tidak menamakan kontraktor ‘kroni’ apabila menjawab soalan pemberita. Setiap patah perkataannya merujuk kepada kontraktor (dua kontraktor) dan tidak lebih daripada itu.

Perbuatan laman ‘Media Informasi Terkini’ menambah-nambah cerita mengenai kelewatan LPT2 ini disengajakan untuk merancakkan semula pertelingkahan dalam UMNO.

Laman yang pro-PAS ini jelas menyimpang sama sekali mengemukakan pendapat apabila mengatakan kenyataan Menteri Besar mengenai kelewatan LPT2 sebagai suatu pendedahan oleh Ahmad Said umum ‘dilihat mempunyai kaitannya dengan perbalahan kumpulan yang menyokongnya dengan kumpulan Idris Jusoh.’

Menurut blog berkenaan, ”Ahmad mendedahkan masalah pembinaan LPT2 yang terlewat selepas runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan,Ia akan memberikan impak negatif berganda kepada kegagalan Idris mentadbir negeri Terengganu kerana kedua-dua projek mega itu dilaksanakan pada zaman Idris,”tambahnya.

Kenapakah nama Datuk Seri Idris Jusoh dikait-kaitkan dengan isu ini?

Ahmad Said menjelaskan Rabu lalu, berikutan kegagalan kontraktor berkenaan, Fasa dua LPT yang sebelum ini dijadualkan siap pertengahan 2011, dijangka mengalami kelewatan setahun lagi.

Ahmad Said menjelaskan, kontraktor itu menarik diri berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi.

Beliau berkata setakat ini seorang kontraktor sudah menghantar surat menarik diri, manakala seorang lagi dalam proses untuk berbuat demikian.

“Harga bitumen yang tinggi menyebabkan kontraktor itu menarik diri kerana tidak mampu. Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan mengalami kerugian yang besar,” katanya.

Menurut laman itu, berasaskan sumber dalamannya, kedua-dua kontraktor yang menarik diri itu adalah kontraktor ‘kroni’ yang tidak mampu meneruskan pembinaan tersebut kerana hanya mengharapkan sokongan dan bantuan kerajaan.

Beliau yang turut terlibat dengan pembinaan lebuhraya itu berkata, kontraktor berkenaan dianggap istimewa kerana bukan hanya mendapat satu pakej, sebaliknya telah dianugerahkan dua pakej projek lebuhraya yang pertama ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya itu.

”GPQ/Bukit Puteri JV mendapat pakej mendapat pakej 1C dan pakej 11 manakala Arah Jitu Sdn Bhd mendapat pakej 8 dan pakej 9B,”katanya.
Semakan lalan itu mendapati GPQ merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang beralamat di Tingkat 2, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.

GPQ/ Bukit Puteri JV adalah syarikat usahasama yang ditubuhkan untuk mendapatkan tender pembinaan LPT2 bagi tujuan mengagih-agihkan konrak tersebut kepada beberapa kroni dizaman pemerintahan Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pakej 1C adalah kontrak membina lebuhraya sepanjang 6.2 km dari Sungai Jabur ke Ladang Bukit Sah di Kemaman dan Pakej 11 sepanjang 5.9 km dari Bukit Petiti ke Telemong di Hulu Terengganu.

Selepas mendapat tender pakej 11 pada tahun 2005, dua tahun kemudian, GPQ/Bukit Puteri dianugerahkan pula pakej 1C pada tahun 2007.

Melalui kedua-dua tender anugerah itu, GPQ/Bukit Puteri JV meraih projek bernilai hampir RM 150 juta dengan pakej 1C bernilai RM90,000,000.00 dan pakej 11 bernilai RM57,961,710.50.

GPQ/ Bukit Puteri JV menarik diri dari membina pakej 1C kerana sehingga April, 2009 syarikat tersebut gagal mencapai sasaran dan hanya melaksanakan 3.7% kerja dari sasaran 15.1% sebagaimana jadual (dibawah).

Syarikat kedua, Arah Jitu Sdn Bhd. pula beralamat di 343E Bangunan Umno, Kuala Terengganu 21700, Terengganu dan, atau No. 47, Jalan 2/27 F Seksyen 5, Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSE), 53300 Kuala Lumpur.

Arah Jitu Sdn Bhd mendapat pakej 8 sepanjang 6.8 km dari Felda Kerteh 6 ke Hutan Simpan Santong, dan pakej 9B sepanjang 5.2km di lokasi Hutan Simpan Bukit Bauk dan Ladang Ternak Genetik, Dungun.

Dengan dianugerahkan kedua-dua tender tersebut, Arah Jitu Sdn Bhd sepatutnya mendapat perolehan sebanyak RM 110 juta dengan tender pakej 8 yang bernilai RM50,823,220.00 manakala pakej 9B bernilai RM59,215,000.00.

Arah Jitu Sdn Bhd mungkin menarik diri dari pembinaan pakej 9B kerana syarikat tersebut hanya mampu melaksanakan 14.6% dari sasaran 26.7% mengikut jadual.

Sumber tersebut memberitahu, kegagalan kerajaan UMNO/BN menyiapkan LPT2 pada tempoh sebagaimana yang dijadualkan adalah disebabkan oleh dasar kerajaan sendiri.

Katanya harga bitumen yang melambung disebabkan oleh kerajaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa dan melampau pada Jun 2008.

Walaupun kini, harga minyak telah turun, namun kebanyakkan harga barang dan perkhidmatan
tidak turun kerana kerajaan telah hilang kawalan terhadap pemborong dan pembekal.

”Bitumen adalah bahan yang berasaskan minyak, sepatutnya harga bitumen turun sekiranya harga minyak turun,

”Namun hingga kini, harga bitumen tidak turun, walaupun harga minyak telah lama diturunkan,”jelasnya.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab keatas kenaikkan kos yang berlaku keatas pembinaan lebuhraya berkenaan.

LPT PULA TERGENDALA

Posted in Ahmad said, LPT, Rakyat on June 18, 2009 by Hambali Abd Latiff

Macam-macam hal.

Kini Fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula tergendala kerana kerenah kontraktor.

Sepatutnya Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said tidak menyebut mengenai dua kontraktor yang ‘tidak berupaya’ melaksanakan Fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kerana ia akan menimbulkan banyak pertanyaan.

Dua kontraktor yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu kini menarik diri.

Persoalannya, pertama kontraktor mana? Kedua, siapa bagi peluang kepada kontraktor berkenaan? Ketiga, apakah pihak yang memberikan ruang kepada kontraktor berkenaan tidak melihat latar belakang kontraktor berkenaan? Keempat, apakah kontraktor yang menarik diri itu mengalami kerugian atau membuat untung kerana menarik diri?

Yang jelas, sebarang kelewatan kepada LPT itu akan menjejaskan peluang rakyat menikmatikan lebuh raya berkenaan dan hasrat kerajaan negeri membuka Tasik Kenyir untuk pelancong secara besar-besaran akan terjejas.

Anehnya, ketika mendengar taklimat mengenai LPT baru-baru ini, pegawai Jabatan Kerja Raya yang ditugaskan untuk menyelia pakej yang membabitkan dua kontraktor berkenaan bagai ‘tidak merasa apa-apa’ dan ‘tidak mengapa’ dengan kelewatan itu.

Berikutan kegagalan kontraktor berkenaan, Fasa dua LPT yang sebelum ini dijadualkan siap pertengahan 2011, dijangka mengalami kelewatan setahun lagi.

Ahmad Said menjelaskan, kontraktor itu menarik diri berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi.

Beliau berkata setakat ini seorang kontraktor sudah menghantar surat menarik diri, manakala seorang lagi dalam proses untuk berbuat demikian.

“Harga bitumen yang tinggi menyebabkan kontraktor itu menarik diri kerana tidak mampu. Jika mereka teruskan juga kerja-kerja itu, mereka akan mengalami kerugian yang besar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu semalam.

Fasa Dua LPT yang melibatkan 11 pakej pembinaan bermula dari laluan Jabor sehingga ke Kampung Gemuroh, membabitkan kos keseluruhan RM3.7 bilion.

Ahmad berkata berikutan penarikan diri dua kontraktor itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuka tender bagi mendapatkan kontraktor baru.

Sebelum ini pembinaan lebuh raya itu sudah beberapa kali terganggu antara tiga dan empat bulan disebabkan bahan binaan yang tinggi, namun projek itu diteruskan semula setelah harga bahan itu kembali stabil.

Bila soal ini diperkatakan, aka nada pula tuding-menuding.

Itu memang tidak baik tetapi kenapa perkara ini boleh berlaku?

Tidakkan lebuh raya untuk rakyat dan kenapa tidak didahulukan rakyat dalam kerja atau kontrak seperti ini?

Benar jugalah Perdana Menteri menekankan rakyat didahulukan dan Kementerian Kerja Raya pula meletakkan slogan untuk JKR sebagai Jasa Kepada Rakyat.

Kalau tidak entahlah jasa untuk siapa dan siapa pula didahulukan!

UMNO TERENGGANU – SIAPA LAYAK?

Posted in Ahmad said, MB, Terengganu, UMNO on June 18, 2009 by Hambali Abd Latiff

Menarik juga sidang media Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika menjawab soalan pemberita mengenai kepimpinan UMNO Terengganu, di Tingkat 16 semalam.

Mungkin bagi pemberita yang tidak dapat menangkap apa yang tersirat di kepala Ahmad Said, mereka tidak boleh membuat sebarang berita atau analisis.

Memangpun sukar untuk membuat analisis. Pertama ia kurang mampu dilakukan pemberita masa kini dan kedua mungkin pengarang di Kuala Lumpur enggan pakai analisis kalau bukan daripada pemberita atau wartawan pengalaman.

Namun dengan kehadiran wartawan yang sudah agak lama di Terengganu pada sidang media itu umpamanya Saudara Helmi (Bernama), Aziah (Utusan Malaysia) dan Wan Ramli Wan Muhamad (Utusan Malaysia), saya mengharapkan ada sesuatu perkara yang akan ditimbulkan oleh mereka mengenai tajuk ini.

Ahmad Said hanya menjawab ‘tidak tahu’ bila Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri akan diadakan, ‘tidak tahu’ siapa akan dilantik dan ‘tidak tahu’ mengenai kemungkinan dua orang kuat yang dilantiknya, iaitu Setiausaha dan Bendahari Badan Perhubungan UMNO Negeri akan diganti.

Jawapan itu bagi saya bukan untuk mengelak spekulasi tetapi meminta wartawan mentafsir dan membuat andaian berasaskan perkembangan semasa politik Terengganu dan nasional seluruhnya.

Selain pergolakan dalam UMNO dan ‘kuasa melantik’ kini beralih ke Kuala Lumpur dan bukan Kuala Terengganu selepas Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, PAS Terengganu kelmarin dengan jelas sudah menyatakan matlamat perjuangan mereka.
PAS Terengganu dengan penuh yakin sudah menetapkan bahawa kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan KERAJAAN BARU.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yakin dengan gandingan pimpinan baru yang mantap dari pelbagai lapangan dan bidang professional, PAS mampu menang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

”InsyaAllah, agenda utama selain memperkuatkan parti ialah mengambil alih (kerajaan) atau mengajak rakyat Terengganu untuk menubuhkan kerajaan,”katanya dalam sidang media khas di Pejabat PAS Terengganu semalam.

Dalam kegawatan politik yang melanda PAS Pusat ketika ini, PAS Terengganu menunjukkan kepada rakyat Terengganu, mereka mantap dan wujud perpaduan di kalangan mereka – matlamatnya KERAJAAN BARU menggantikan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
UMNO pula bagaimana?

Yang nyata ia masih terkial-kial dan mesyuarat pertama Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi melantik ‘petugas UMNO’ di Terengganu masih belum diumumkan.

Apakah Hishamuddin sukar membuat pilihan kerana ramai yang berwibawa atau ramai yang tidak berwibawa dan meninggalkan kumpulan yang dikira kurang mantap untuk menjamin kemenangan kepada UMNO dan BN?

Laman web dan pencacai politik mula meramalkan bahawa dua Datuk R – Setiusaha dan Bendahari Rosli Mat Hassan dan Roslan Awang Chik – akan digugurkan dan digantikan dengan muka baru.

Begitu juga dengan lantikan-lantik ahli jawatankuasa lain, termasuklah juga Datuk Zuber Embong sebagai Ketua Penerangan.

Namun ada persoalannya. Pertama, siapa yang layak; Kedua, mampukah mereka memenangkan UMNO kerana yang dilantik dijangka akan kekal sehingga pilihanraya umum akan datang dan beberapa orang daripada mereka akan menjadi calon; dan Ketiga, bagaimana mereka akan menyumbang kepada kekukuhan kepimpinan negeri yang akan memberi kesan kepada kedudukan Hishamuddin sebagai Naib Presiden UMNO dan Ahmad Said untuk jawatan UMNO di peringkat pusat.

Tetapi paling penting ialah soal pilihan raya umum akan datang.

Dalam konteks UMNO Terengganu ketika ini, jika Rosli dan Roslan atau Zuber tidak layak, siapa yang sebenarnya layak?

Ikuti Bahagian Kedua esok