AHMAD SAID CUBA DIMALUKAN PADA SIDANG DUN…


KETERANGAN GAMBAR – Dulu bersama kini tidak lagi…tinggal empat sahaja…ada yang meminta maaf secara terbuka dan ada yang sudah boleh duduk semeja dengan Mat Said. Pada barisan depan yang masih belum bersama Mat Said, dua di tengah dan dua di belakang (sebelah kiri).

Daripada sepuluh, hanya ada empat – seorang melepaskan ‘bom’semalam dan tiga lagi membisu.

Itulah kedudukan terkini ‘10 Budak Hitam VS Mat Said’ kerana enam pemain 10 Budak Hitam sudah

bertukar gelanggang bermain dengan berkaptenkan Mat Said.

Malang sedikit ada seorang pemain yang sepatutnya bermain untuk memenangkan pasukan pimpinan Mat Said — semalam kerana sebab-sebabnya sendiri – sumbat gol sendiri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Memburukkan keadaan pemain berkenaan adalah kesayangan pengurus pasukan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Malah, gajinya dibayar oleh Hishamuddin.

Apakah pemain ini (Datuk Din Adam) diarah atau dibayar oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bagi ‘menyumbat gol sendiri?”. Inilah yang menjadi pertanyaan.

Apakah pengurus pasukan UMNO Terengganu itu sengaja kacau kapten Atau memang pemain ini tidak mampu dikawal oleh Hishamuddin sebagai pengurus pasukan?

Berikutan itu, Ahmad Said Said pada sidang DUN ketika soal jawab mengingatkan pemain-main UMNO (Barisan Nasional) supaya “Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.

“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam

Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi” itu yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.

“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya.

Laporan-laporan oleh laman web dan blog semalam menyebut Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar  Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar.

Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.
Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.

Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Hishamudin yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.

Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara  ‘menyerang’ Ahmad Said

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.

“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.

“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.

Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad Said cuba mengelirukan dewan (Sidang DUN) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.

“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).

“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.

Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?

Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.

“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.”tegs Ahmad Said.

Dalam pada itu, Din Adam meimbulkan isu beliau tidak tahu bahawa akan ada perlombangan semula di Bukit Besi.

7 Responses to “AHMAD SAID CUBA DIMALUKAN PADA SIDANG DUN…”

  1. abe MIE 'TERJAH' Says:

    Ganu nak jadi Kelantan ke..bonus kat Haji Hadipkrpasdap.blogspot.com

  2. Salam Tuan,Yang saya heran kenapa sedutan sidang adun tersebut termasuk komen tajam MB disiarkan berita tv3 pukul 8pm, waktu primetime dimana hampir seluruh negara berada didepan tv. Gambar clear molek.Bukannya penting sangat kerana ia lebih bersifat domestik Tganu, apalagi ia bukan antara BN-PR seperti yang biasa disiarkan tv3.seperti ada usaha terancang untuk memalukan/menjatuhkan Mb.Apa yang pasti, kesannya lebih memalukan Najib juga kerana kes sekecil ini tidak dapat diselesaikan ( 1Umno ), apalagi 1Msia ! Ada hati nak selesaikan masalah dunia melalui 1world !!Melayu juga yang rugi…

  3. Salam Tuan;Sdr Dinturtle, pemimpin yang begini lemah. Mereka memperjuangkan diri sendiri. Hak mereka rakyat sudah tunaikan. Hak rakyat gagal mereka tunaikan. Hujjah mereka ialah "inilah perjuangan untuk rakyat, tapi si pulan itu rampas periuk nasi aku". Hakikatnya mereka bercakaran sesama sendiri.Puncanya?Mereka dahulu masuk politik kerana periuk nasi. Bukan kerana rakyat. Sekarang bila kerak lebih besar dari periuk mereka …. mereka berkelakuan seperti anak-anak umur dua tahun … berebut mainan .. bukan bermain bersama.Pemimpin dewasa berumur DUA TAHUN ini berebut jawatan … bukan berebut-rebut memenuhi amanah jawatan.

  4. Setiausaha Kerajaan Gagal Beri Fakta Yang Betul Kepada Rosol dan Alias Wajarkah Setiausaha Kerajaan tidak mengetahui kereta kerajaan negeri yang hilang ? Tapi amat parah lagi beliau gagal memberi fakta perjawatan sebenar mengenai pertukaran dan penempatan pegawai TCS yang beliau sendiri menandatangani arahan pertukaran berkenaan.Apakah ini berlaku kerana beliau tidak memberi tumpuan dalam mengetuai Pentadbiran Negeri di bawah Ahmad Said. Amat mengejutkani apabila Dato'Haji Mokhtar Nong bersama sama kumpulan yang tidak sukakan Ahmad Said di Motel Desa Bukit Pak Apil dipertengahan tahun ini. Sepatutnya sebagai ketua pentadbir beliau berkecuali dari pertembungan politik di negeri ini.Dalam sidang DUN Terengganu yang lalu YB Alias Alur Limbat telah bangkitkan isu pegawai 48 di bayar jusa dan pegawai 54 diletakan pada 'sarang' 48 secara sensasi menggunakan kekebalan DUN. Setelah dicabar oleh Ahmad Said supaya bercakap diluar dewan bagi memberi keadilan kepada pegawai yang dituduh Rakan seperjuangan yang merupakan saki baki budak hitan , Dato' Rosol telah menyambut cabaran Ahmad Said dengan buat pendedahan dalam laman blognya mengenai maklumat yang telah disensasikan dalam sidang DUN itu bagi mengambarkan pentadbiran Ahmad Said berada dalam caca merba.Selaku orang yang sebelum ini bersama sama di Bukit Pak Apil, mereka patut berbincang dengan Setiausa Kerajaan terlebih dahulu samada betul atau tidak dari segi peraturan atas apa yang Pentadbiran Negeri lakukan. Setiausaha Kerajaan juga perlu merujuk kepada Pengurusan Sumber Manusia samada perkara yang sama beliau sendiri lakukan secara peribadi atau bersama matan Menteri Besar.Terjadi di sebuah Yayasan, pengarahnya dinasihat untuk bersara awal di masa matan MB. Seorang Pegawai TCS Gred 48 telah dilantik mengganti Pengarah Yayasan berkenaan. Setiausaha Kerajaan Sendiri melalui jawatankuasa Perjawatan Yayasan itu telah memberi kelulusan kepada Pengarah gred 48 itu dibayar Jusa. Dikatakan keputusan ini tidak pernah disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan berkenaan serta tidak diangkat kepada Pentadbiran Negeri bagi persetujuan Pihakberkuasa Kewangan Negeri.Pembayaran Jusa kepada pegawai TCS juga dilakukan diperingkat Persekutuan. Seorang TCS Gred 48 telah dipinjamkan ke peringkat persekutuan menjadi ketua jabatan (Pengelola) dan di bayar gaji Jusa. Perkara ini tidak pernah disensasikan kerana diperingkat Persekutuan, Ketua Pentadbirnya ada masa untuk semak perintah am dan peraturan yang berkaitan malah tidak pernah menyembelahi kumpulan penentang bos nya.

  5. MB merupakan Pihakberkuasa Kewangan Negeri yang diberi kuasa perundangan oleh Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan meminda perjawatan, bukan “sarang”. DSIJ semasa meneraju negeri telah memberi taraf Jusa kepada YDP MPKT, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri. Selepas menganti DSIJ, Ahmad Said mengekalkan semua anugerah DSIJ kepada pegawai TCS . Oleh itu tiada isu bagi SUSK dibayar Jusa kerana mengikuti kelulusan sebelumnya. Perkiraan perbezaan puluhan ribu ringgit satu angka yang sengaja disensasi daripada insan yang tiada pengalaman mentadbir . Oleh itu isu yang dibangkitkan oleh Alias dan Rosol samada dibuat tanpa ilmu mentadbir atau penerusan fitnah dan konspirasi ?Disamping mengekalkan apa anugerah yang telah DSIJ beri kepada pegawai TCS, Ahmad said menambah lagi kemudahan kepada pegawai TCS. Apabila Dungun dinaik taraf kepada Perbandaran, Yang Dipertua Dungun dan DO Dungun telah diberi kemudahan Jusa bersama dengan DO Kemaman. Oleh itu sekiranya Setiausaa Kerajaan memberi penerangan yang betul dalam pre concil, tidaklah Alias membazirkan masa dalam DUN mensensasikan perkara tidak benar dan Rosol pula membazir masa dalam blognya. Banyak masa yang diperlukan mereka untuk menganti masa terbuang sebelum ini dalam usaha menjatuhkan Ahmad Said untuk tugasan hakiki mereka kepada kawasan DUN yang mereka diamanahkan oleh pengundi.Dalam blognya Dato' Rosol nyatakan isu Pegawai N 54 diletakan pada 'sarang' N 48, perkara ini disensasikan. Perkara ini tak sepatutnya disensasikan kerana dilakukan oleh oleh Pentadbiran bagi membangun kawasan Rosol sendiri. Seorang pegawai kanan 54 telah yang berpengalaman dari segi pentadbiran, perancangan dan pembangunan telah diletakan mengetuai sebuah Jabatan penting disitu. Ini selaras dengan hasrat Ahmad Said untuk majukan Tasik Kenyir menjadikan kawasan pelancongan. Tasik yang indah ini telah 30 tahun ketinggalan pembangunannya . Sekiranya Kenyir berjaya dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, pengundi Rosol pasti mendapat limpahannya. Tidak ketinggalan juga hasrat Ahmad Said untuk menyediakan sebuah bandar baru Ajil yang Rosol jadi Tok Wakilnya. Semua ini dibuat berdasarkan kepada keperluan. Pegawai berkenaan tidak kerugian dari segi pendapatan malah untung kerana mendapat elaun pegawai pinjaman, elaun mesyuarat penuh dan jawatankuasa.Tapi apa yang berlaku zaman sebelum ini semasa Rosol menjadi exco, Mohtar Nong juga sebagai Setiausaha Kerajaan yang mana mereka menggunakan kuasa secara luar biasa . Bayangkanlah seorang TCS 54 telahpun dianugerah Dato’ yang pernah menjadi Timbalan SUK dan Pesuruhjaya Agama ditempat pada tempat yang tiada "sarang", beliau ambil keputusan bersara awal dan sekarang dalam tindakan mohon gantirugi dari kerajaan di mahkamah, begitu juga dengan pegawai TCS 54 bekas DO dijerok tanpa 'sarang'hingga ‘sekarang’. Tiga Pengarah dari Bandaraya diletakan di Jabatan tanpa "sarang" ada yang hingga sekarang. Bekas DO yang pernah dibayar Jusa juga ditempatkan kejawatan yang tiada "sarang". Seorang lagi pegawai TCS N 54 diletakan menjaga Air di "sarang" lebih sempit . Pegawai paling kanan dari SEDC bersara kerana tidak hendak masuk "sarang" takut diperam.

  6. Lebih menakutkan lagi Pegawai-pegawai kanan, Skim VSS telah diperkenalkan yang sama sekali bertentangan dengan perundangan yang terpakai kepada pegawai awam. Beberapa pegawai TCS yang kanan kanan telah hampir menjadi mangsa dan dah pun tak lena tidur malam. Lebih mendukacita lagi ramai anak muda calon TCS yang telah berjaya dalam ujian bertulis dan temuduga serta menerima surat tawaran "sarang" (jawatan), malah telah ada yang lapor diri, telah ditarik balik dan dibatalkan surat tawaran "sarang" (jawatan) kepada mereka.Kegagalan Setiausaha Kerajaan beri penjelasan kepada ADUN ini menyebabkan mereka bercakap secara tiada ilmu di sidang DUN bagi tujuan mensensaisikan perkara ini dengan mengutuk pegawai yang tidak mempunyai kapasiti untuk memberi jawapan kepada sidang dewan. mereka telah menyalahgunakan kekebalan mereka dalam DUN yang mulia. Khusus bagi menunjukan kepada tuan tuan mereka bahawa pentadbiran Ahmad Said yang sebenarnya amat popular dan di amat senangi oleh rakyat bawahan ini digambarkan sebaliknya.Harap Setiausaha Kerajaan Negeri akan berubah dan memberi sokongan padu kepada Menteri Besar selaku bosnya sebagaimana kesetiaan kepada MB terdahulu bagi memastikan Terengganu terus maju dengan Bajet yang telah diluluskan.Yang lebih penting lagi saki baki Budak Hitam ini patut terimalah hakikat. Ikutilah jejak majoriti Budak Hitam yang balik ke pangkal jalan sekiranya ikhlas ingin melihat parti yang mereka dokongi itu bertapak lagi di negeri Darul Iman. Jangan lagi mengikuti jejak penjual ubat kurap.Apakah mereka ini berfikir jika UMNO jatuh dari negeri ini, mereka akan menjadi pemimpin yang akan dilantik menjadi pengawal kepada berbilion Wang Ehsan hasil Petroleum sebagaimana di zaman PAS memerintah dulu ?

  7. haha rakyat skarang bukannya bodoh..tahu beza mana baik mana buruk..berita skarang mmg xguna..aku malas nak percaya…alih2 semua pembangkang salah..alih2 rakyat tertindas kat kelantan..xabes2..xnak cerita ke kes2 rasuah dato'2 kat dalam berita? xnak cerita ke korupsi dalam kroni2 kerajaan? banyak sangat cerita pasal kelantan la..macam teruk sangat je..padahal rakyat pon tau kerajaan pusat sendiri banyak benda2 xguna..aku bukan org pas atau pkr atau UMNO..aku cuma seorang rakyat yang tgk situasi kerajaan2 dalam negara kita ni 'dari atas'..terlalu obvious..sekian terima kasih…walau apa pon..ISLAM IS THE PRIORITY. sebagai pemimpin, tunjuk contoh2 elok kat rakyat..tutup aurat..jgn amalkan rasuah..banyakkan ibadat..bukan pentingkan pembangunan fizikal saja..balance-kan dengan rohani..selamat dunia akhirat..insya ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: