Archive for the Altantuya Category

KES ‘BINI PUAKA’ – REPUTASI NAJIB MUNGKIN TERJEJAS!

Posted in Altantuya, Najib, Rosmah on December 8, 2009 by Hambali Abd Latiff

Ketiga-tiga pelajar Universiti Malaya yang dituduh mencerca isteri Perdana Menteri dikatakan memberikan kerjasama baik kepada polis dan diringankan ikat jamin terhadap mereka.

Apakah ini bermakna mereka mungkin punyai sebab kukuh untuk melakukan cercaan itu?

Silap haribulan, mereka selepas ini dilihat bukan sebagai ‘yang patut menerima hukuman’ serta melakukan khianat tetapi hero pelajar kerana menentang isteri Perdana Menteri.

Reputasi mereka di kalangan sesetengah rakyat, khususnya pelajar akan naik mendadak kerana mahkamah mungkin memutuskan mereka bukan ‘jahat’ sebaliknya berjuang menegakkan kebenaran menentang isteri Perdana Menteri yang digambarkan oleh sesetengah media, khususnya media elektronik sebagai ‘bini puaka’.

Ketiga-tiga mereka semalam dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes menconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” yang ditujukan kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketiga-tiga mereka – Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani didakwa bersama dua lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang telah dituduh lebih awal, Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Saya yakin akan banyak perkara diperkatakan mengenai ‘bini puaka’ apabila kes tiga pelajar Universiti Malaya (UM) disebut di mahkamah sesyen pada 12 Januari depan.

Perbicaraan akan menggabungkan tiga tertuduh baru itu dengan dua lagi rakan mereka, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

Semalam , bapa-bapa lima pelajar itu kelihatan berjabat tangan, sementara ibu-ibu mereka saling berpelukan antara satu sama lain, sebagai tanda perkenalan.

Lebih meriahkan lagi suasana di mahkamah ialah kehadiran pemimpin pelajar antaranya exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM, Mohd Aizat Mohd Salleh, presiden Gabungan Pelajar Islam Semenanjung (Gamis) Mohd Idris Mohd Yusoff dan timbalan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Hilman Idham.

Galeri mahkamah semalam penuh sesak dengan anggota keluarga kelima-lima tertuduh dan pelajar yang hadir sewaktu tiga mahasiswa itu didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui Rosmah – dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui Rosmah – dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Selepas mengaku tidak bersalah, ketiga-tiganya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,500 seorang dengan seorang penjamin.

Hakikatnya, kalaupun ketiga-tiga pelajar itu gagal mempertahankan diri, reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib tetap terjejas kerana perbicaraan akan mendedah banyak perkara mengenai Rosmah.

Biarpun Rosmah mungkin menang kes ini (apa lagi jika kalah), pembelaan terhadap tiga pelajar yang dituduh akan membuka ‘banyak perkara’ dan akan tetap memberikan imej dan kesan negatif terhadap Najib.

Bagi saya walaupun keadilan cuba ditegakkan, ia tidak akan menguntungkan pihak yang mendakwa dan sedikit sebanyak akan berkait dengan Perdana Menteri.

Jelas, sejauh ini mahkamah nampaknya memberikan kelebihan kepada tertuduh kerana walaupun Timbalan pendakwa raya berhujah di mahkamah semalam bahawa jumlah jaminan yang dituntut peguam bela terlalu rendah berbanding dengan tiga pertuduhan yang dibacakan kepada mereka, namun hakim membenarkan permohonan berkenaan.

Apakah sikap ‘murah hati’ mahkamah itu membayangkan bahawa cercaan mereka itu ada kebenaran atau memang jaminan hanya berasaskan kerana mereka itu di bawah tanggungan?

Pertuduhan kepada ketiga pelajar itu dibacakan di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah kerana hakim yang sepatutnya mendengar kes tersebut Rozana Ali Yusof sedang bercuti.

Ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh empat orang peguam yang diketuai oleh Mohamad Arfizi Mohd Ramli, manakala timbalan pendakwa rayanya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Pihak pendakwa memohon kepada mahkamah agar ketiga-tiga agar mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun ia dibantah oleh peguam bela yang memohon budi bicara hakim mengurangkannya kerana anak guamnya sedang menuntut dan masih ditanggung keluarga masing-masing.

Tambahan pula, kata Mohamad Arfizi, ketiga-tiga pelajar itu memberikan kerjasama yang baik kepada polis sewaktu siasatan dijalankan.

Hakim kemudian memanggil pegawai menyiasat Inspektor Mohd Najib Mohd Esam, dan bertanyakan sama ada ketiga-tiga tertuduh benar-benar memberikan kerjasama.

Pegawai polis itu menjawab bahawa tiga pelajar terbabit memberikan kerjasama kepada polis sewaktu mereka ditahan untuk soal siasat.

Ini memberikan tanggapan bahawa ‘ada harapan’ untuk pelajar berkenaan dan mereka menuntut keadilan dan gambaran mula terukir bahawa seolah-olah Rosmah yang ‘bersalah’ dalam kes ini.

Apakah ia akan menguntungkan Rosmah? Tidak sama sekali apa lagi Perdana Menteri sendiri.

Biarpun ketiga-tiga mereka kini diarahkan melaporkan diri di balai polis di Jalan Pantai Baru sebulan sekali, perbicaraan mereka mereka akan tetap ‘menyusahkan Rosmah dan Najib’ selepas ini.

MAHASISWA INI HERO SIAPA?

Posted in Altantuya, Najib, Rosmah, suhakam on July 24, 2009 by Hambali Abd Latiff

Mulai pagi ini kita akan menyaksikan pula sekumpulan mahasiswa universiti bermain politik dan mencabar polis.

Apabila pelajar universiti mula berpolitik dengan cara kekerasan dan cuba menunjukkan kekuatan, ia tidak baik untuk suasana politik dan kampus di negara ini.
Jelas bahawa polis kini berdepan dengan keadaan yang tidak selesa dan tindakan pelajar untuk membuat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tidak akan meletakkan jabatan itu pada kedudukan yang baik.

Sudah pasti ada pihak di belakang mahasiswa berkenaan, bukan sahaja dalam tindakan mereka untuk ke Suhakam tetapi juga tindakan sebelum ini yang ada kaitan dengan kes contengan “bini puaka”.

Seorang pelajar Universiti Malaya mendakwa dia diugut dengan pistol polis sewaktu ditahan berhubung kes contengan “bini puaka” selain cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.

Dikatakan anggota polis yang berpakaian biasa itu, tanpa menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap, menayangkan senjata apinya yang terselit di pinggang.

Ia dilakukan sewaktu Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli ditangkap di rumah sewanya di Kampung Kerinchi, 25 Jun lalu.

Mohd Syahruldeen yang dituduh bersama rakannya Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Persoalannya, kenapa kedua-dua mahasiswa ini membiarkan diri mereka sehingga berada pada kedudukan sedemikian?

Untuk pihak siapa mereka menggadaikan diri mereka sehingga terjerumus dalam kancah bekenaan?

Dengan menconteng dinding dengan perkataan seperti “C4″, “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” , ia bukan sahaja suatu tuduhan berat dan perbuatan menulis di dinding itu sendiri sewajarnya bukan perbuatan mereka yang bergelar siswa.

Bukan itu sahaja, selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.

Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label liar “puaka” dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Dikatakan, sekumpulan mahasiswa akan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 10 pagi ini.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham memberitahu Malaysiakini semalam, kedua-dua tertuduh kes tersebut dijangka turut serta membuat laporan.

“Tidak sepatutnya berlaku perkara tersebut, polis ada etika dan cara untuk menjalankan soal siasat,” katanya semalam.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan berhubung insiden awal pagi 24 Jun lalu, beberapa jam sebelum isteri perdana menteri Rosmah Mansor hadir untuk satu program di dewan berkenaan.

Mereka didakwa cuba melakukan perbuatan khianat di pintu dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API).

Kedua-duanya pelajar tahun dua jurusan syariah API Univerisiti Malaya.

Menurut Hilman lagi, selain aduan berhubung kes tersebut, kumpulan mahasiswa tersebut turut membuat aduan berhubung penahanan tujuh mahasiswa, termasuk dua wanita pada Jumaat lalu.

Mereka ditahan berhubung perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada kedutaan Thailand bagi membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.

Selain itu, tambah Hilman, aduan itu juga berkaitan penahanan dua aktivis Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema) yang didakwa menceroboh Universiti Malaya, 12 Julai lalu.

Kedua-dua pelajar tersebut – setiausaha Dema, Ong Jing Cheng dan penyelaras pelajar Dema Yap Heng Lung – ditahan di kampus kira-kira jam 9 malam.

Mereka ditahan reman selama dua hari.

Selain KAMI dan Dema, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan hadir di pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut.

BETUL KE JJ TAWAR RM30,000?

Posted in Altantuya, Najib on May 6, 2009 by Hambali Abd Latiff

Ini cerita memang menarik.

Mana JJ (Datuk Seri Jamaluddin Jarjis), wakil rakyat Rompin yang berjambang yang memang glamour sewaktu menjadi Menteri dulu?

JJ adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dilihat sebagai ‘rapat’ dengan Datuk Seri Najib Razak.
Kerana apa menarik? Kerana beliau kini dikaitkan dengan kes wanita Mongolia yang diletup – Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra Kamaruddin mendakwa melalui tulisan terbaru melalui blognya semalam bahawa beliau ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.

Tidak semema-mena JJ kini terpalit dengan kes ini gara-gara dakwaan Raja Petra itu.

Benarkah JJ mahu Raja Petra berhenyi menulis? Kalau tidak benar kena jawap atau saman terus! Haha…
Ini bukan kes kecil DS JJ. Ia membabitkan maruah DS dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga kena melihat dakwaan ini. Kerana apakah Najib tahu mengenai tawaran itu? Ini merana dakwaan Raja Petra itu membawa pelbagai tohmahan:

1. Apakah benar ada arahan daripada Perdana Menteri, atau

2. Tawaran itu pandai-pandai JJ saja?

Seronok dengan perkembangan terbaru ini.
Menurut laporan Malaysiakini, Raja Petra dalam tulisan terbarunya juga mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara, Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya dibunuh.

Tuduhan terhadap Rosmah itu bukan lagi berat tetapi sungguh menakutkan. Takut apa? Takut tidak benar. Kenapa? Raja Petra akan mendapat bahananya.

Reputasi Rosmah dan Najib terjejas teruk dengan dakwaan itu!
Selain itu siapa saksi atau sumber Raja Petra apabila membuat tuduhan itu? Penggendali blog Malaysia Today itu mendedahkan, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, “orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera” Malaysia.
Kata Raja Petra, beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.

Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi. Namun ada mengatakan Nik Azmi bukan pembantu tokoh politik berkenaan. Yang mana satu betul?

Raja Petra mendakwa beliau memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.

Melihat kepada individu yang membantu Raja Petra (kalau benar), mengejutkan juga, khususnya pembantu Tengku Razaleigh. Apakah ada ‘udang di sebalik batu’ kenapa pembantu veteran UMNO itu membantu Raja Petra dalam konteks mengesahkan kredibiliti Leftenan Kolonel Azmi?

Dan mengenai Anwar, tidak perlulah diperbincangkan lagi kerana Najib kini adalah ‘musuh nombor 1’ Anwar.

Dakwaan Raja Petra ini sudah pasti akan menjadi salah satu tajuk penting perbincangan rakyat Malaysia kerana ia membabitkan isteri Perdana Menteri.

CERITA ALTANTUYA DAN PETAI

Posted in Altantuya, Najib on November 21, 2008 by Hambali Abd Latiff

(Rehat Minda 1)

Tergelak besar saya dan anak membaca komen Seladang – orang Lanchang – sebagai reaksi kepada posting saya bertajuk ‘Altantuya – Jangan Fitnah Najib’ semalam.

Apa tidaknya beliau bertanya apakah kedatangan Altantuya ke Malaysia untuk mencari petai.

Ya tak ya jugak. Tak kan dia datang ke Malaysia mencari petai.

Tanya Seladang: “Adakah Altuntuyya datang ke Malaysia nak mencari petai sehingga terpijak jerangkap samar C4?”

Komen Seladang memang kelakar tetapi memedihkan.

Saya terus ke blog beliau (http://tokperan.blogspot.com) dan Seladang seorang yang puitis tetapi garang seperti namanya. Blognya dihiasi pantun jenaka dan sajak kiasan disertai gambar-gambar menarik.

Saya mohon petik satu daripada karya Seladang yang sangat menarik untuk melupakan sekejab isu Altantuya.

Cerita paling pendek ….

OB vs OB

Di Amerika Syarikat hanya ada seorang OB!
Di Malaysia banyak-banyak OB!
Di Amerika Syarikat OB – Obbama!
Di Malaysia OB – Oh Bangau!

Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus

Pemimpin banyak yang gemok!

Pemimpin oh Pemimpin
Mengapa engkau gemok?
Macam mana aku tak gemok
Lantak duit rakyat!!!
Lantak duit rakyat!!!
Lantak duit rakyat!!!

SELADANG: Pantang disergah!

ALTANTUYA – JANGAN FITNAH NAJIB

Posted in abdul razak baginda, Altantuya, Najib on November 20, 2008 by Hambali Abd Latiff

“Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Dato Sri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri dan isterinya. Saya tahu bahawa Dato Sri dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya. Terlalu banyak fitnah yang dilernparkan kepada TPM dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.

Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran.”
Demikian rayuan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 31 Oktober lalu, hari ini.

Razak membuat rayuan pada ketika usaha ‘membunuh karier Najib’ dilakukan dengan cara berbagai, termasuk menggelarkan Najib sebagai ‘pembunuh”.

Kes pembunuhan Altantuya yang mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam, berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lalu.

Tidak diketahui sama ada rayuan Abdul Razak ini akan meredakan perbuatan memfitnah Najib atau sebaliknya.

Abdul Razak membuat rayuan itu pada satu perjumpaan pertama dengan media selepas dibebaskan di sebuah hotel di Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Razak juga mengesahkan bahawa Najib tidak pernah menemui Altantuya seperti didakwa pihak tertentu sebelum ini.

Kenyataan ini juga dijangka akan membuka semula perdebatan mengenainya, termasuk isu gambar, akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan banyak lagi.

Menurut laporan sebelum ini sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam yang diadakan sebelum ini, percaya P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.

Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).

Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.

Abdul Razak, yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, terlepas daripada tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan Altantuya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara jam 9.45 pagi 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam 19 Oktober 2006.

Azilah dan Sirul Azhar bagaimanapun diperintah membela diri terhadap tuduhan membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Puncak Alam, Selangor antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Beliau turut merayu semua pihak berhenti daripada melemparkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila ikuti kenyataan akhbar Razak seperti berikut:

Kenyataan akhbar Abdul Razak Baginda

(Malaysiakini, 20 November 2008)

lzinkan saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada sdr/sdri sekalian di atas kehadiran sdr/sdri pada pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu sdr/sdri sebelum ini. lzinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdullah, segala pujian bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya di sini hari ini, di antara sdr/sdri sebagai seorang yang bebas.

Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan petunjuk Allah SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya. Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini.

Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhingga yang memberi saya kekuatan. Setiap hari Sabtu tanpa gagal, keluarga saya akan datang melawat saya semasa tempoh lawatan mingguan. Sejumlah lebih 100 kali mereka datang melawat dan lawatan mereka adalah kemuncak dari seminggu saya. Sungguh, saya sungguh bertuah. Mungkin lumrah manusia apabila seseorang di dalam kesusahan, ramai yang rnenjauhkan diri.

Saya telah menjangkakan ini dan tepat sekali, lumrah manusia ini tidak pernah mungkir. Saya telah menyambut dua kali Hari Raya di dalam penjara. Sebelum dipenjara, menjelang Hari Raya saya akan terima ratusan kad raya. Bagi dua tahun yang lepas, saya terima tidak lebih dari dua puluh keping kad. Kepada mereka yang telah menghantar ucapan selamat kepada keluarga saya dan kepada yang segelintir yang pernah hadir di mahkamah, saya mengucapkan terima kasih.

Kehadiran dan sokongan anda bermakna kepada saya dan keluarga saya. Terirna kasih yang tidak terhingga dari saya kepada para peguam saya yang bukan sahaja telah berkerja keras di dalam kes saya tetapi juga telah datang melawat saya di penjara. Semasa Perang Dunia Kedua, apabila askar ditawan sebagai tawanan perang, memang menjadi tugas mereka untuk melepaskan diri.

Tentu sekali, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melepaskan diri, bagaimanapun saya tetap terlepas kerana fikiran saya sentiasa bebas. Zahirnya seseorang boleh dipenjara tetapi fikirannya tidak mungkin terpenjara. Keluarga saya, kawan karib, para peguam saya dan buku-buku saya telah membantu saya melepaskan diri, kerana fikiran saya tidak pernah terpenjara. Kepada saya, inilah pelepasan diri yang bermakna. Ramai orang cenderung mempunyai tanggapan yang sempit dan negatif tentang penjara dan pihak penguasanya. Bagaimanapun, saya ingin menyatakan di sini, ia bukanlah satu tugas yang mudah dan umumnya saya dapati pihak penguasa penjara telah menunjukkan satu tahap profesionalisma yang tinggi.

Penghargaan saya juga untuk mereka. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada tahanan-tahanan lain. Mereka telah menolong saya melalui kehidupan di penjara yang antaranya, mereka menunjukkan kebaikan yang ikhlas kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan semoga yang terbaik untuk mereka. Tidak ada perkataan yang rnarnpu rnenyatakan dan menggambarkan kesengsaraan yang di lalui keluarga saya selama hampir dua tahun.

Sejak saya ditahan dalam bulan November 2006, banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang. Pembohongan dan tanggapan yang tidak berasas telah dijadikan asas yang kononnya dikatakan kebenaran. Kebenaran sebenar sudah tidak lagi menjadi penting. Seolah-olah tiada siapa yang berminat lagi untuk mengetahui perkara yang sebenar. Beberapa pihak telah membuat yang bersepadu untuk rnemutarbelitkan kisah sebenar sehingga menjadi timbunan sampah sarap. Pembohongan cepat sekali memintas kebenaran. Seperti yang dikatakan Shakespeare dalam Henry IV, “Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya”.

Saya akui saya sendiri merasa terperanjat rnenyaksikan bagaimana kes saya telah digembar-gemburkan sebegitu liar dan orang yang tidak tahu-menahu muncul di tengah persoalan dan berjaya memesungkan pandangan sedemikian ramai orang. Ramai yang telah ikut serta dan terbawa dengan perbuatan yang tidak benar ini. Yang tidak bersalah menjadi mangsa sementara yang berdusta bermaharajalela.

Oraqg ramai diperdaya dan mereka percaya apa yang ingin mereka percaya, tanpa menghiraukan kebenaran. Saya sedar akan adanya mereka yang sentiasa mencurigai dan memutar-belitkan segala apa yang saya katakan untuk meremeh dan menyalah tafsir kata-kata saya. Saya terperangkap dalam situasi “dipersalahkan jika berbuat sesuatu dan dipersalahkan jika tidak berbuat sesuatu”.

Ada yang menasihatkan saya supaya tidak memberi kenyataan kerana ia akan hanya menjadi satu usaha yang sia-sia. Kata mereka, apapun yang saya katakan tiada bezanya kerana orang lebih suka dengan tafsiran mereka sendiri meskipun di ceritakan yang sebenarnya. Walaupun setelah kisah yang sebenar muncul, orang-orang seperti ini akan mempunyai penjelasan mereka sendiri. Seakan suatu yang tidak boleh dimenangkan.

Bagaimanapun, saya rasa jika saya tidak berani dan cuba melawan arus untuk menyatakan yang sebenarnya, saya hanya memejamkan mata dan malah membenarkan pembohongan berterusan. Saya akan cuba dengan rasa penuh tanggungjawap menegakkan kebenaran rnengatasi kepalsuan. Bagi saya, rnengambil sikap tidak peduli adalah tidak bertanggung jawap. Seperti kata Martin Luther, “Di sini saya berdiri, saya tidak dapat berbuat lebih, tolonglah saya Tuhan”. Ahli Media Sekalian, Saya merayu kepada anda semua supaya berhenti menyebarkan fitnah tentang YAB Dato Sri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri dan isterinya. Saya tahu bahawa Dato Sri’ dan isteri tidak pernah menemui si mati, Altantuya.

Terlalu banyak fitnah yang dilernparkan kepada TPM dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti. Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Sdr/Sdri mungkin cukup mengenai perbicaraan kes masih berlangsung.

Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya tidak rnenyentuh secara khusus kes saya demi memelihara keluhuran perbicaraan tersebut. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT bagi membenarkan dan menguatkan lagi bukti yang saya tidak bersalah di mahkamah.

Saya juga ingin rnenjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan kesalahan kepada si mati. Walaubagairnanapun, saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarga simati keatas kehilangan rnereka. Ribuan terima kasih di atas perhatian sdr/sdri.

NAJIB, ALTANTUYA, MOHD SAIFUL & MUFTI PERLIS

Posted in Altantuya, Anwar, Mohd Saiful, Najib, Rosmah, UMNO on October 6, 2008 by Hambali Abd Latiff

Selepas 916 tenggelam, kita kini menanti tarikh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menetapkan sama ada bertanding jawatan Presiden UMNO atau sebaliknya.
Sebagai rakyat Malaysia, saya merasakan semakin ‘dipermain-mainkan’ oleh pemimpin kita sendiri, tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maksud saya di sini, selepas menunggu 916 tidak menjadi, kini menunggu pula apakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bertanding jawatan Presiden atau menyerahkannya kepada Datuk Seri Mohd Najib.
Kedudukan tidak menentu seperti ini amat meresahkan.
Penantian adalah penyeksaan.
Saya tidak pastilah bagaimana peniaga, usahawan atau juga pelabur merasakannya.
Dalam keresahan menunggu perubahan atau peralihan kepemimpinan ini, saya tertarik dengan pandangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis (blog Minda Mufti) dalam tulisannya
“Tanggungjawab Mencari Pengganti Yang Berwibawa”.
Beliau menyifatkan bahawa soal mencari pengganti ini adalah perkara besar yang akan mengundang sama ada redha atau murka Allah di akhirat nanti.
Katanya, ia bukan soal melepaskan bebanan semata. Menurut beliau, jawatan pemerintahan pula, bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja.

Menurut beliau, sahabat Rasulullah, Abu Bakr al-Siddiq pada penghujung hayatnya, menulis surat mencadangkan penggantinya dan menggambarkan betapa cadangan penggantinya atas asas tanggungjawab di hadapan Allah tanpa sebarang kepentingan diri.
Beliau juga memikirkan masa depan umat di bawah penggantinya, juga perasaan gerunnya kepada Allah tentang apa yang akan dilakukan oleh penggantinya.
Rumusan beliau ialah tanggungjawab rakyat dan kepimpinan yang memiliki kuasa untuk memastikan bahawa jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat itu tidak akan jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak. Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas.

Selepas membacanya terus terang saya tertanya-tanya dengan berbagai persoalan mengenai Anwar dan Mohd Najib, iaitu dua tokoh bakal pengganti.
Ia memang menuntut jawapan jelas kerana kedua-duanya menghadapi pelbagai tuduhan yang tetap digembar-gemburkan kerana belum ada penjelasan sebaik-baiknya:

1. Dakwaan yang Najib kenal Altantuya dan melakukan hubungan seks seperti di dakwa oleh Kickdefella pada 2 Oktober 2008 di bawah tajuk “We Know What Najib and Spouse Did Last Raya”.

I was told, few months before my arrest, of Balasubramaniam’s whereabouts. Remember Bala? Yes, our brother Bala whom has made then retracted the information below,
• He (Razak) had been introduced to Aminah (Altantunya Shariibuu) by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore.
• Datuk Seri Najib informed Razak that he (Najib) had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.
• Datuk Seri Najib wanted Razak to look after Aminah as he did not want her to harras him since he was now the Deputy Prime Minister.
I was told that Najib’s wife has met Bala in the British Isle few days after the private eye went missing and paid Bala RM5 Million. I was told that Bala and family are seeking the Indian citizenships. I truly hope this is not true and Rosmah will make a statement to deny this. At the same time, I hope the good Malaysians in certain places can check on the validity of the timing to ensure that Rosmah was actually somewhere in the British Isle during the few days after the disappearance of Mr. Bala.

2. Najib juga dituduh mengupah Mohd Saiful dalam konspirasi liwat Anwar supaya bersumpah dengan membayar berpuluh-puluh juta RM seperti didakwa oleh penceramah, Ustaz Badrul Amin di Pasir Puteh, Kelantan; dan CD ceremah beliau diedarkan ke seluruh negara!

3. Anwar pula sewajarnya membersihkan diri daripada tuduhan sodomi untuk diterima sepenuhnya sebagai Perdana Menteri; dan

4. Abdullah pula tidak wajar meninggalkan kita dengan wujudnya dua tuduhan baru bahawa beliau menerima RM200 juta daripada rasuah setengah billion ringgit yang diterima Razak Baginda.

Menurut Kickdefella dalam “We Know What Does This Raya”.
1. Meanwhile, it is good if Abdullah Ahmad Badawi denies he ever received RM200 Million from the total of half a billion Ringgit commission that we alleged Razak Baginda got it from the submarine deal. My source said Rosmah paid Abdullah RM200 million from the commission of the submarine deal. He however said nothing about Razak though.Well, with such big amount of money involved, it should not be so difficult to trace it even though it shall not be in the name of all the prominent figures. What we need is just somewhere to start or someone who could lead us to where it all begins. So someone somewhere out there, please lead us to it!
2. What Dollah failed to tell all Malaysian was that, Kamaluddin Abdullah, yes the son of Abdullah the PM is the ’secret agent’ for Eurocopter. Kamaluddin too is trying to win the bid to lease helicopter to PDRM. Among the first thing done by Dollah was announcing the Eurocopter – Ministry of Defense thingy.
2. Agreed for transition of power to be flexible and maybe earlier but asking for extension of 3 months till March 2009 as The Prime Minister. The Eurocopter deal will mean Kamaluddin will get RM250 Million a year for the next 30 years?

Hakikatnya seperti kata Mufti Perlis, krisis kepimpinan dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berpunca kerana ada pihak pihak yang hanya menumpukan di sudut al-Quwwah iaitu kemampuan atau kewibawaan atau karismatik seseorang tokoh dalam politik, tetapi melupakan sudut amanah yang membabit mengenai pegangan agama atau kesolehan seseorang pemimpin.
Sehingga akhirnya, ada yang memiliki kemampuan kepimpinan politik, tetapi kontang dari nilai-nilai takwa sehingga mudah terjerumus ke dalam kancah penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sementara, ada pihak yang lain begitu memberikan perhatian kepada soal kekuatan pegangan agama sehingga mengabaikan soal kemampuan dalam kepimpinan politik.

Ini juga menyebabkan ramai orang yang atas kepercayaan orang ramai tentang pegangan agama mereka lalu diberikan jawatan politik, akhirnya mereka gagal menguruskannya. Bukan kerana tidak amanah, atau tidak takutkan Allah, tetapi kerena tidak mempunyai ciri al-Quwwah atau kemampuan dalam menguruskan kepimpinan yang diamanahkan kepadanya.

Sebab itu Rasulullah s.a.w tidak memberikan jawatan kepada sahabah-sahabat yang tidak berkemampuan sekalipun dia seorang yang soleh.

Seperti sabda baginda kepada Abu Zar r.a.:
“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim”.

Hakikatnya menurut Mohd Asri, walaupun Abu Zar terkenal baik dan soleh, namun itu belum cukup untuk melayakkannya memimpin.