Archive for the palestin Category

APABILA BERCAKAP DARIPADA KEPALA LUTUT

Posted in israel, palestin, PAS, zionis on January 12, 2009 by Hambali Abd Latiff

Jika diukur kepada apa yang keluar daripada mulut Mahfuz Omar, Ketua Penerangannya, PAS memang boleh digolongkan sebagai parti ‘bahlol’.

Kenapa?

Kerana Mahfuz hari ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengusir keluar Duta Amerika dari negara ini kerana negara tersebut bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza.

Betullah pendapat mengatakan Mahfus sering mengeluarkan kenyataan berbau emosi dan agak keras yang dikira bertentangan dengan naluri PAS masa kini yang mengambil pendekatan sedarhana.

Malah Mahfuz adalah seorang yang suka bercakap apabila hampir semua isu digaulinya walaupun isu itu tidak relevan. Adakalanya ulasannya mengenai sesuatu isu sangat dangkal sekali.

Paling mendukacitakan pandangan peribadinya juga diterapkan atas kapasitinya sebagai Ketua Penerangan PAS ini secara tidak langsung akan memberi kesan buruk kepada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

“Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.

“Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza,” tegas beliau.

Saya ingin bertanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau bersetuju atau tidak menghalau Duta Amerika seperti disarankan oleh Mahfuz.

Rasanya Anwar pasti tidak sanggup menyokong seruan Mahfuz ini kerana sebab-sebab tersendiri. Apalagi saranan Mahfuz itu bunyinya ‘kelakar’ dan ‘tidak jejak di bumi”.

Bagi saya, jelas Mahfuz, sekali lagi membuat kenyataan peribadi – bukan kenyataan PAS – rasanya kerana PAS tidak akan mendesak sehingga melakukan sedemikian, walaupun menentang keras tindakan Israel membunuh rakyat Arab.

Selain daripada mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.

“Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir,” jelas Mahfuz.

Mahfuz hari ini tidak dapat hadir ke Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membincangkan isu di Palestin hari ini menjalni pembedahan kecil Sabtu lalu dan masih berada di wad Hospital Besar Alor Star.

Sebenarnya, bukan sekali Mahfuz membuat kenyataan ‘ikut mulutnya’. Semalam Mahfuz ditegur oleh ‘penyokong kuat PAS’ sendiri kerana sikapnya yang membuat kenyataan ‘bodoh’.
Kalau sudah “tidak cerdik”, beginilah jadinya.

Dalam postingnya semalam (11 Januari 2009), Mohd Sayuti Omar(MSO) –membidas Mahfuz yang dianggapnya sebagai ‘tidak membantu PAS’.

Menurut MSO, dalam usaha PAS membawa pendekatan kempen merayu dan memujuk, rakyat tidak perlu didesak agar berbuat sesuatu aksi yang melampau dan emosi walaupun asasnya ada untuk berbuat demikian. Isu Palestin dan Israel tidak relevan untuk dilambakkan dalam pilihan raya kecil itu.

Kenapa MSO berpendapat demikian?

Ini kerana Mahfuz yang juga Pengerusi Gerakan Anti Zionis (Gaza), mengharapkan pengundi Kuala Terengganu bertanggungjabwa menghukum BN atas hipokrasinya dalam membela rakyat Palestin.

MSO merasakan Mahfuz melampau dan kenyataan peribadinya itu tidak banyak membantu Pas pada pilihan raya itu. Tidak sepatutnya Mahfuz membawa isu Palestin ke dalam kawasan pilihan raya Kuala Terengganu.

Kata MSO, Pas dan BN sepatutnya bersama bertanggungjawab untuk mengekang apa yang berlaku di Semananjung Gaza dan bukannya saling tunding menunding dan mendabik dada kononnyalah akulah juara dan pembela yang hebat.

Mahfuz beranggapan BN hipokrit dengan usaha untuk memberi simpati kepada rakyat Palestin yang kini diserang dan dibunuh oleh Israel berpandukan kepada alasan penangkapan 21 penunjuk perasaan anti perang di Kuala Lumpur malam tadi.
Baca posting oleh MSO kelmarin:

Pandangan Mahfuz Tidak Membantu Pas

Pandangan Pengerusi Gerakan Anti Zionis (Gaza), Mahfuz Omar yang pengundi Kuala Terengganu bertanggungjabwa menghukum BN atas hipokrasinya dalam membela rakyat Palestin dikira melamapu dan tidak banyak membantu Pas pada pilihan raya itu.

Tidak sepatutnya Mahfuz membawa isu Palestin ke dalam kawasan pilihan raya Kuala Terengganu. Dalam usaha Pas membawa pendekatan kempen merayu dan memujuk, rakyat tidak perlu didesak agar berbuat sesuatu aksi yang melampau dan emosi walaupun asasnya ada untuk berbuat demikian.

Isu Palestin dan Israel tidak relevan untuk dilambakkan dalam pilihan raya kecil itu. Pas dan BN sepatutnya bersama bertanggungjawab untuk mengekang apa yang berlaku di Semananjung Gaza dan bukannya saling tunding menunding dan mendabik dada kononnyalah akulah juara dan pembela yang hebat.

Mahfuz beranggapan BN hipokrit dengan usaha untuk memberi simpati kepada rakyat Palestin yang kini diserang dan dibunuh oleh Israel berpandukan kepada alasan penangkapan 21 penunjuk perasaan anti perang di Kuala Lumpur malam tadi. Penangkapan itu adalah urusan polis yang dibuatnya tentu tidak ada kena mengena dengan proses pemilihan di Kuala Terengganu. Begitu juga tunjuk perasaan itu bukan satu pembelaan tulen ke atas nasib rakyat Palestin. Justeru kenapa ianya harus dibawa sama ke Kuala Terengganu untuk dijadikan modal murahan dalam pilihan raya itu.

Mungkin pandangan demikian tidak menjadi kesalahan kalau ianya dibuat oleh orang di luar Pas. Walaupun Mahfuz dipetik sebagai berkata atas nama Pengerusi Gaza, tetapi umum tahu dia adalah Ketua Penerangan Pas dan ahli Parlimen Pas kawasan Pokok Sena. Atas nama apa beliau bercakap orang tetap mengenali warna dirinya. Mahfuz sering mengeluarkan kenyataan berbau emosi dan agak keras yang dikira bertentangan dengan naluri Pas masa kini yang mengambil pendekatan sedarhana.

Beliau juga dilihat sebagai seorang yang suka bercakap apabila hampir semua isu digaulinya walaupun isu itu tidak relevan. Adakalanya ulasannya mengenai sesuatu isu sangat dangkal sekali. Paling mendukacitakan pandangan peribadinya juga diterapkan atas kapasitinya sebagai Ketua Penerangan Pas ini secara tidak langsung akan memberi kesan buruk kepada Pas. Barangkali elok kalau untuk masa akan datang Mahfuz memikirkan kesan dan implikasi serta koheransinya sebelum beliau mengulas atau bercakap mengenai sesuatu itu.

Jadi, janganlah kita hairan atau mengambil berat apa yang Mahfuz kata kerana memang Mahfuz bukan bercakap berasaskan otak tetapi kepala lutut!

Advertisements

LAKUKAN SEDAYA KITA MENENTANG ZIONIS

Posted in israel, palestin, zionis on January 10, 2009 by Hambali Abd Latiff

Saya menerima e-mail ini daripada seorang insan bernama Maznah Haji Harun

ASSALAMUALAIKUM.

PEMIMPIN HIZBULLAH, SYED HASSAN NASRALLAH MEMINTA SELURUH MUSLIM UNTUK MELAFAZKAN SURAH AL-FATH AYAT 26-27:

إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَا‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦) لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ‌ۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧)

DAN SURAH YUNUS AYAT 85 DAN 86

فَقَالُواْ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَا رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٥) وَنَجِّنَا

بِرَحۡمَتِكَ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٨٦
DAN SURAH YUNUS AYAT 88 PADA MALAM INI DAN SETIAP KETIKA

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُ ۥ زِينَةً۬ وَأَمۡوَٲلاً۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ‌ۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٲلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ (٨٨)

TOLONG BACA DAN SEBARKAN AGAR ISRAEL LAKNATULLAH HANCUR.

MALU KITA KEPADA ALLAH, JIKA MASIH TAK MAMPU MENGHULURKAN SELEMAH-LEMAH BANTUAN INI KEPADA SAUDARA SEAGAMA.

HARAP DAPAT SEBARKAN.

Lalu teringatlah saya kepada ribuan orang yang menyertai protes di kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat (9 Januari 2009) semalam.

Laporan Malaysiakini menyebut, ribuan orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tengahari tadi sebagai membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut saksi, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan dari bangunan Tabung Haji – yang terletak tidak sampai satu km dari kedutaan Amerika – selepas solat Jumaat.
Perarakan tersebut dianjurkan oleh Gabungan NGO Prihatin yang turut disertai oleh penyokong parti PAS.

Di sepanjang jalan, mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.

Di Masjid Negara Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap kepada kira-kira 500 orang mengutuk serangan Israel di Gaza.

Beliau berulangkali mendesak supaya diboikot barangan Amerika dan matawang mereka.
“Rakyat mesti memboikot McDonalds dan Starbucks selama sebulan,” katanya.

Di perhimpunan tersebut, Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut melancarkan kempen memboikot barangan Amerika.

Sementara itu delegasi PAS 15 orang yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika.

Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel. Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di sini.

Di Kampung Baru, menurut Malaysiakini, kira-kira 200 orang berhimpun selepas solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Kampung Baru sebagai membantah serangan Israel ke atas Gaza.

Mereka meluahkan kemarahan mereka dengan membakar bendera Amerika dan Israel di simpang empat, berhadapan dengan bangunan masjid tersebut.

Kumpulan tersebut sebahagian besar terdiri daripada anggota Pemuda Umno dari bahagian Titiwangsa.

Mereka memulakan perhimpunan tersebut selepas solat Jumaat dan solat hajat. Ia diketuai oleh ahli jawatankuasa Pemuda bahagian, Mohamed Muizz Shadik Mohamed.

“Kita mengutuk kekejaman Israel. Kita mesti timbul kesedaran mengenai serangan mereka (di Gaza),” tambahnya.

Beliau turut menggesa rakyat supaya memulaukan barangan Amerika.
Turut menyertai perhimpunan tersebut NGO, antaranya Persatuan Setiakawan dan Persahabatan Malaysia-Palestin dan Gerak Keramat Bersatu.

Mereka kemudiannya bergerak menuju ke jalan utama – Jalan Raja Abdullah – di mana mereka membakar dua bendera Israel dan satu bendera Amerika – mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas hampir 10 minit.

Orang ramai kemudiannya bergerak balik semula ke perkarangan masjid sebelum bersurai.

Tiada anggota polis yang berpakaian seragam kelihatan di situ.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Naib Ketua Pemuda Umno Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bertindak menutup selama seminggu KFC, Starbucks dan McDonalds – semuanya merupakan syarikat Amerika.

SIDANG PARLIMEN KHAS MENGENAI PALESTIN

Posted in israel, Kabinet, palestin on January 8, 2009 by Hambali Abd Latiff

Kabinet semalam memutuskan memanggil satu Sidang Parlimen Khas pada Isnin ini bagi mengeluarkan resolusi berhubung langkah-langkah penyelesaian yang perlu disegerakan dunia untuk menamatkan kekejaman Israel yang kini bermaharajalela di bumi Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, persidangan akan diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan disertai semua ketua parti politik kerajaan dan pembangkang serta para duta asing termasuk Duta Palestin ke Malaysia, Abd. Elaziz Abu Ghoush.

Kata beliau, persidangan yang dijadual bermula pukul 2.30 petang itu akan mengutuk serangan kejam tentera Israel ke atas Genting Gaza yang setakat ini mengorbankan hampir 600 penduduk Palestin serta mencederakan ribuan yang lain.

“Perdana Menteri akan memberikan ucapan manakala Menteri Luar akan membuat penggulungan. Sesi ini mungkin berlanjutan tetapi pada hari itu (Isnin) adalah sesi khas.

“(Persidangan) Ini bersesuaian dengan hasrat kolektif dunia untuk menangani kekejaman Israel dan Malaysia menyalurkannya menerusi badan tertinggi legislatifnya iaitu Dewan Rakyat,” kata beliau.

Desakan Malaysia supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membincangkan isu kekejaman Israel di Palestin mendapat sokongan pemimpin Asean dan negara Islam.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata beliau sudah menerima maklum balas daripada Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan dan Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda, yang menyatakan sokongan terhadap cadangan itu.

Perdana Menteri Syria, Mohammed Naji OtriSyria, yang kini dalam lawatan ke negara ini turut menghargai usaha Malaysia.

“Ia petanda awal bahawa pendirian Malaysia yang cepat bertindak terhadap isu berkaitan kekejaman rejim Yahudi itu, mendapat perhatian pemimpin dunia,” kata Dr Rais selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan kementeriannya di Wisma Putra, semalam.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata Malaysia akan menggerakkan usaha bagi mendesak PBB mengadakan sidang khas itu menerusi permuafakatan dalam Kumpulan Hubungan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Sokongan pemimpin negara NAM, OIC dan Asean berupaya membentuk desakan kuat untuk meneruskan sidang tergempar di PBB itu. Daripada 192 negara anggota PBB, negara OIC mewakili 57 ahli dalam pertubuhan dunia itu, NAM (114) dan Asean (10).

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pergerakan itu akan mewujudkan gerakan besar-besaran bagi menunjukkan bantahan terhadap pencabulan dan keganasan Israel di Semenanjung Gaza yang setakat ini mengorbankan lebih 500 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak.

“Gerakan massa secara besar-besaran oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia melalui NGO telah diambil maklum dan dipersetujui oleh Kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata, keangkuhan dan kezaliman berterusan rejim Zionis menuntut seluruh rakyat tanpa mengira usia, kaum dan agama untuk sama-sama berganding bahu menggerakkan tentangan besar-besaran.

“Kita akan membabitkan semua pihak, termasuk setiap sekolah dan golongan masyarakat bagi menjayakan inisiatif keamanan ini dengan berkesan sehingga kezaliman ini dihentikan,” katanya.

KUTUK ISRAEL – TAHNIAH PEMUDA KITA

Posted in Khairy, palestin, zionis on January 3, 2009 by Hambali Abd Latiff

(Utusan Malaysia dan Harakahdaily)

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan penubuhan Tabung Barisan Bertindak Menentang Keganasan Israel sebagai tanda simpati serta kesungguhan negara ini membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, buat permulaan, Pemuda BN menyumbang RM100,000 kepada tabung tersebut yang diharap mampu mendorong sektor korporat negara ini untuk turut menderma.

“Kita dan Palestin bagaikan satu keluarga dan kesakitan yang dirasai mereka turut dirasai di sini. Kita akan membantu mereka bagi meringankan keperitan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh di sini hari ini.

Penyerahan memorandum itu diadakan selepas perhimpunan khas Pergerakan Pemuda BN yang disertai kira-kira 2,000 orang di hadapan kedutaan tersebut bagi membantah tindakan kejam rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza sejak kebelakangan ini.

Memorandum tersebut turut menggesa Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) segera mengarahkan Israel menghentikan kekejaman mereka di bumi Palestin.

Turut hadir Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican; Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Azizuddin Ahmad serta wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, semalam, api kemarahan dan kebangkitan umat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap ‘kebinatangan’ Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa.

Akibat daripada itu, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur sejumlah 500 umat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti.

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya “Support Palestin” di samping laungan penuh benci orang ramai seperti “Jahanam Israel!” “Hancur Yahudi!” berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.

Himpunan hari ini diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.

Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari ini selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh.

Manakala Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) juga mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin dengan mengadakan himpunan sama di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini.

Pada 30 Disember lalu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut. Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA

AYUH KUTUK KEGANASAN ISRAEL

Posted in israel, keganasan, palestin on December 29, 2008 by Hambali Abd Latiff

Sedih dan pilu menyambut Awal Muharam tahun ini.

Butakah masyarakat antarabangsa? Peralihan kuasa George Bush kepada Barrack Hussein Obama digunakan oleh Israel untuk terus mengganas.

Apakah pertubuhan Islam antarabangsa seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak dapat membaca gerak-geri Israel mengenai kemungkinan serangan ini?

Kenapa ia tidak mendesak Washington dan sekutu Israel supaya mengelakkan kejadian ini daripada terjadi?

Saya menyokong penuh usaha Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang mengajak umat Islam bantah serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin!

Ayuh ke demonstrasi di kedutaan Amerika Syarikat pada Selasa, 30 Disember 2008, 11 pagi. Sebarkan!

Pada ketika kita mengingati betapa Rasulullah saw dan para sahabat bersusah-payah berkorban menyeberangi bahang padang pasir, meninggalkan Makkah menuju Madinah dan akhirnya menegakkan Daulah Islamiyah yang pertama, itu 1430 tahun yang lalu, rakan kita di Genting Gaza terkornan dan mengalami trauma serangan yang menyakitkan.

Sudah sah rejim Israel yang melancarkan serangan menurut tindakan balas umat Islam.
Pada ini kereta kebal tentera Israel dilapor memenuhi sempadan Gaza dengan pesawat pejuang berlegar-legar di kawasan sasaran Hamas yang padat penduduk, hari ini.

Berpuluh kereta kebal dan kereta perisai memenuhi kawasan strategik berhampiran sempadan selepas Israel memberi amaran akan melancarkan serangan darat besar-besaran selepas ini.

Hamas pula memberitahu akan bertindak balas untuk melancarkan serangan bom dan tembakan roket ke arah Israel berdekatan sebuah pelabuhan kedua terbesarnya iaitu Ashdod.

Serangan terbaru ke atas Genting Gaza awal pagi semalam dan mengorbankan sekurang-kurangnya enam lagi rakyat Palestin. Beratus-ratus lagi cedera selain memusnahkan harta benda.

Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara menjelang sambutan tahun baru Hijrah itu ke atas beberapa kedudukan Hamas di Genting Gaza, termasuk sasaran ke atas sebuah trak yang membawa bahan bakar yang sedang bergerak di luar Rafah dekat sempadan Mesir.

Stesen radio Hamas melaporkan enam orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan terbaru Israel di wilayah Hamas di utara Genting Gaza itu.

Serangan itu, merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas rejim zionis melancarkan serangan udara ke atas perkarangan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam yang menyebabkan hampir 290 rakyat Palestin maut, manakala 700 lagi cedera.

Kepulan asap tebal kelihatan di bandar ini. Bunyi siren kedengaran sejurus selepas serangan itu memberi amaran kepada penduduk Palestin tentang serangan Israel.

Israel turut melancarkan serangan di kem pelarian Khan Younis dan Rafah di Selatan wilayah ini semalam menyebabkan 23 orang terbunuh dan 30 orang lagi cedera.

Ekoran keganasan terbaru itu Malaysia bersama negara-negara lain telah mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza.

Dalam serangan awal hari ini, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Shifa di bandar ini.
utusan.com.my melaporkan, bumi Gaza dihujani lebih 100 tan bom dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat pejuang Israel dalam serangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel di Tel Aviv mengesahkan serangan tersebut.
Perdana Menteri Israel Ehud Olmert berkata, serangan kedua tentera Israel itu bertujuan mengekang tindakan Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel.

“Serangan ini bagi mengembalikan ketenangan di selatan Israel, yang sering diancam serangan roket-roket pejuang Hamas.

Malaysia mengutuk keras serangan udara Israel terhadap kawasan Khan Younis, Palestin, di Selatan Gaza semalam (27 Dis) yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 225 rakyat Palestin terbunuh dan 400 lagi cedera.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia berpendirian teguh bahawa seharusnya tidak ada alasan untuk membolehkan penggunaan kekerasan yang berlebihan di Gaza, dan menolak sepenuhnya tindakan ‘menghukum’ yang dikenakan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

“Serangan Israel di Gaza sama sekali membelakangkan undang-undang antarabangsa dan menyalahi Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Malaysia menganggap ia sebagai satu perbuatan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya Malaysia menggesa semua pihak melakukan segala yang termampu bagi mengelak lebih ramai orang awam yang tidak berdosa terkorban, di samping mengelak daripada melakukan tindakan-tindakan yang akan memusnahkan prasarana serta harta benda awam, dan menjauhi sebarang tindakan yang hanya akan mengeruhkan keadaan.

“Tindakan ketenteraan dan keganasan hanya akan menambah rasa benci dan membantut usaha oleh semua pihak dan komuniti antarabangsa untuk membawa perdamaian serta harapan bagi penyelesaian secara aman kepada konflik di rantau itu,” katanya.

Menurutnya komuniti antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu melakukan segala yang termampu bagi memastikan bahawa tindakan ketenteraan Israel itu tidak membawa kepada konflik yang lebih besar yang membabitkan lain-lain negara di rantau itu.

“Mereka perlu meningkatkan usaha untuk melaksanakan gencatan senjata dengan segera dalam usaha meredakan konflik dan menstabilkan keadaan, di samping menggerakkan langkah membina keyakinan di kalangan setiap pihak yang terlibat, dalam usaha menyambung kembali usaha membawa proses perdamaian.

“Malaysia percaya proses rundingan adalah satu-satunya cara bagi memastikan keselamatan, kestabilan dan keamanan yang berpanjangan dapat diwujudkan di rantau itu,” katanya.

Menurutnya Malaysia menggesa supaya diwujudkan penyelesaian yang menyeluruh, adil dan muktamad, dengan merealisasikan kewujudan dua negara, Israel dan Palestin, tinggal berjiran dalam suasana aman mengikut sempadan kawasan yang selamat dan diiktiraf, berdasarkan kepada usaha damai dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.