Archive for January, 2009

TIADA PILIHAN RAYA KECIL WAKAF MEMPELAM

Posted in PAS, Terengganu, UMNO on January 31, 2009 by Hambali Abd Latiff

Nampak gayanya berehat panjang sedikitlah pekerja parti UMNO dan PAS di Terengganu, khususnya di Wakaf Mempelam.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut, menafikan beliau akan meletakkan jawatan.

Penafian sendiri oleh Mohd Wahid ini dengan sendirinya menamatkan spekulasi akan adanya pilihan eaya kecil bagi DUN Wakaf Mempelam.

Baik juga ia tiada kerana banyak tenaga, wang dan kata-mengata dapat dielakkan.
Mohd Wahid marah dengan laporan mingguan Watan yang menurut beliau menyalahi etika kewartawanan dan tidak profesional, kerana mengatakan akan letak jawatan ADUN selepas kini menjadi Ahli Parlimen.

Mohd Wahid menang pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu, 17 Januari 2009 dengan mengalahkan calon BN dan Bebas.

Laporan akhbar berkenaan di muka hadapan Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari lalu dianggap bersifat ‘bohong’ oleh Mohd Wahid selain dikatakan sengaja diada-adakan tanpa merujuk kepada mana-mana pihak terbabit.

“Saya tidak pernah berjumpa dihubungi oleh wartawan akhbar itu (Watan) dan tidak pernah jumpa dengan dia (wartawan) sepanjang tempoh berkempen ini.

Portal rasmi PAS – harakahdaily.net – semalam melaporkan laporan berita itu sengaja diada-adakan oleh mingguan Watan kononnya pilihan raya kecil sekali lagi bakal diadakan bagi tujuan memalukan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, semua laporan berkenaan tidak benar kerana beliau dipilih oleh rakyat dan tidak akan mengkhianati amanah tersebut.

Justeru, beliau bersedia mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan kecuali pihak terbabit memperbetulkan semula laporan berkenaan dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, laporan berita bertajuk ‘Wahid Lepas Adun’ yang disiarkan akhbar berkenaan telah menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat.

Berikutan itu katanya, beliau rasa terganggu akibat banyak menerima panggilan telefon dan sms dari pelbagai pihak yang bertanyakan perkara tersebut.

Apapun, oleh kerana pilihan raya kecil tidak akan diadakan dan Wahid sedia memaafkan pihak terbabit jika permohonan maaf dibuat serta diperbetulkan semula melalui akhbar berkenaan, adalah saman-menyaman.

Saya kira penerbit dan juga pengarangnya Saudara Baha Azuwan boleh mengambil langkah proaktif dalam hal ini, iaitu minta maaf sahaja kepada Mohd Wahid.

Kesilapan perkara biasa.

Lain kali kita juga boleh minta harakahdaily.net dan akhbar Harakah turut minta maaf jika membuat kesilapan dalam laporan atau spekulasi liar.

Advertisements

NAJIB TIDAK ADA KENA MENGENA

Posted in Najib, Terengganu on January 31, 2009 by Hambali Abd Latiff

Kenapa kaitkan Najib?

Najib tidak boleh dipersalahkan.

Kenapa mahu menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana kekalahan BN pada pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu?

Pertanyaan harakahdaily.net semalam (30 Januari 2009), “Mengapa tidak Pengarah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu BN, Datuk’ Seri Najib Tun Razak tidak dipertanggungjawabkan di atas kekalahan memalukan Umno di sana?,” tidak tepat sama sekali.

Suara rasmi PAS itu memetik kata-kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar bahawa tindakan Umno/BN mempertanggungjawabkan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berikutan kemasukan Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat menunjukkan UMNO sebagai berat sebelah.
Kamaruddin bertanya: “Mengapa Tajol sahaja yang perlu dipertanggungjawabkan berikutan isu kemasukan Adun Bota ke dalam Keadilan?
Sedangkan kata Kamarudin, dalam kes Najib, ia lebih memalukan kerana Parlimen Kuala Terengganu adalah kerusi yang dimenangi UMNO/BN pada pilihan raya umum Mac 2008.
“Terang-terang kekalahan di Parlimen Kuala Terengganu amat memalukan Umno dan mengapa Najib tidak diambil tindakan seperti Tajol?,” katanya lagi.
Dua perkara yang Kamaruddin menyimpang di sini.

Pertama, seperti ditegaskan di atas, Najib bukan Pengarah pilihan raya kecil dan kedua, bukan UMNO atau pemimpin UMNO menyalahkan Tajol Rosli tetapi beliau sendiri menerima hakikat dan menyalahkan diri sendiri.

Malah, Tajol Rosli mengakui beliau tidak mampu menggembalikan Perak kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Jadi kenapa pula salahkan Najib?

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam semalam (29 Januari 2009) menerima peletakan jawatan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempat Tajol Rosli digantikan Najib.
Bercakap kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau bagaimanapun memberitahu bahawa Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung Umno Mac ini.
Menurut Perdana Menteri, langkah ini diputuskan berdasarkan kehendak Tajol Rosli sendiri yang merasakan perlu ada pemimpin lain yang mengetuai UMNO Perak.
Jelas, MT membuat keputusan berdasarkan apa yang dimahukan oleh Tajol Rosli dan bukan kerana orang lain.
Berbalik kepada peranan Najib di Kuala Terengganu, seperti pemimpin lain dari luar Terengganu, beliau hanya datang membantu.
Malah, dalam menetapkan calon, Najib hanya mengumumkan apa yang dipersetujui dengan Presiden UMNO.
Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bukan keputusan Najib seorang.
Jadi Kamaruddin jangan bermain kata-kata atau cuba spin dengan hanya kerana seorangh ADUN UMNO melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Secara jujur saya ingin mengatakan di sini bahawa tidak pernah saya melihat Najib turun padang seperti di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Berbanding dengan di Permatang Pauh, Najib ketika di Kuala Terengganu sanggup “bermandi peluh gila”. Malah beliau dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berpecah dalam dua pasukan untuk menemui rakyat sehinggakan ada yang bertanya siapa yang bertanding sebenarnya?
Kerana itu, tidak terkejut jika Najib tertanya-tanya, apakah yang dimahukan oleh orang Kuala Terengganu sebenarnya apabila menolak BN setelah bekerja begitu kuat?
Juga apakah punca sebenar kekalahan di Terengganu? Apakah kerana onar yang dibuat oleh UMNO Kuala Terengganu sendiri?
Perbuatan menanggguk di air keruh sewajarnya tidak dijadikan strategi oleh PAS kerana komen dan perbuatan yang cuba mengambil untung daripada kemelut UMNO tidak akan membawa banyak keuntungan kepada PAS.
Apa lagi jika komen yang dibuat tidak tepat, PAS bagaikan mementingkan pembohongan dan gosip liar untuk mencari pengaruh.

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam semalam (29 Januari 2009) menerima peletakan jawatan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta merta.
Presidennya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempat Tajol Rosli digantikan Najib.
Bercakap kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau bagaimanapun memberitahu bahawa Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung Umno Mac ini.
Menurut Perdana Menteri, langkah ini diputuskan berdasarkan kehendak Tajol Rosli sendiri yang merasakan perlu ada pemimpin lain yang mengetuai UMNO Perak.
Jelas, MT membuat keputusan berdasarkan apa yang dimahukan oleh Tajol Rosli dan bukan kerana orang lain.
Berbalik kepada peranan Najib di Kuala Terengganu, seperti pemimpin lain dari luar Terengganu, beliau hanya datang membantu.
Malah, dalam menetapkan calon, Najib hanya mengumumkan apa yang dipersetujui dengan Presiden UMNO.
Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bukan keputusan Najib seorang.
Jadi Kamaruddin jangan bermain kata-kata atau cuba spin dengan hanya kerana seorangh ADUN UMNO melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Secara jujur saya ingin mengatakan di sini bahawa tidak pernah saya melihat Najib turun padang seperti di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Berbanding dengan di Permatang Pauh, Najib ketika di Kuala Terengganu sanggup “bermandi peluh gila”. Malah beliau dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berpecah dalam dua pasukan untuk menemui rakyat sehinggakan ada yang bertanya siapa yang bertanding sebenarnya?
Kerana itu, tidak terkejut jika Najib tertanya-tanya, apakah yang dimahukan oleh orang Kuala Terengganu sebenarnya apabila menolak BN setelah bekerja begitu kuat?
Juga apakah punca sebenar kekalahan di Terengganu? Apakah kerana onar yang dibuat oleh UMNO Kuala Terengganu sendiri?
Perbuatan menanggguk di air keruh sewajarnya tidak dijadikan strategi oleh PAS kerana komen dan perbuatan yang cuba mengambil untung daripada kemelut UMNO tidak akan membawa banyak keuntungan kepada PAS.
Apa lagi jika komen yang dibuat tidak tepat, PAS bagaikan mementingkan pembohongan dan gosip liar untuk mencari pengaruh.
Hakikatnya, PAS boleh mendapatkan pengaruh atau sokongan melalui cara bersih jika ia menawarkan perjuangan asasnya.
PAS tidak perlu spin atau melalui kenyataan yang cuba mengelirukan persepsi rakyat. Jelas perbuatan seperti ini hanya dilakukan oleh mereka yang merasakan diri mereka lebih PAS daripada ahli PAS sebenar.
Apapun, saya tidak pelik dengan Kamaruddin kerana walaupun sudah beberapa ketika dalam PAS, guru sebenar beliau ialah Penasihat Keadilan yang memang seorang doktor spin yang akan melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkan kuasa!

NAJIB, ZAHID KEMUDI PERAK

Posted in perak, Tajol Rosli, UMNO on January 30, 2009 by Hambali Abd Latiff

Bagus mengaku daripada menafi.

Saya tidak faham kenapa Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali petang semalam menafikan beliau meletak jawatan.

Berita Harian kelmarin melaporkan tindakan Tajol Rosli menyerahkan surat meletak jawatan kepada Najib sebagai bertanggungjawab atas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Apa pun, selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam, Tajol Rosli mengakui beliau melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak kerana berasa “tidak cukup kuat” untuk membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali Perak pada pilihan raya umum akan datang.

“Demi kekuatan BN dan Umno di Perak, ini keputusan yang terbaik yang saya buat untuk negeri Perak.

“Saya rasa tidak terpikul tanggungjawab untuk memenangkan semula Umno Perak jika saya jadi pengerusi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, malam tadi.

Namun ‘klu-klek’ Tajol Rosli tetap terpancar.

Lupakan isu beliau menafikan perletakan jawatannya tetapi kejadian di hadapan pintu masuk Menara Dato Onn pagi semalam mengejutkan.

Apabila diserbu wartawan untuk kali pertama, beliau mengatakan tidak mahu membuat ulasan dan meminta wartawan bertanyakan Timbalan Presiden UMNO, datuk Seri Mojhd Najib Razak.

Di kepala saya bermain fikiran, apakah beliau sudah dipecat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak?

Ini kerana kalau beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang didakwanya petang semalam tetapi melalui MT semalam, beliau digantikan dengan orang lain, bermakna beliau sudah dipecat atau dipaksa melucutkan jawatan.

Mungkin kerana itu beliau enggan mengulas.

Wartawan yang mulanya ingatkan Tajol Rosli yang enggan mengulas benar-benar menyerahkan kepada Najib untuk memperkatakan mengenai kedudukan dirinya, kemudian tergamam.

Tetapi tidak sampai lima minit kemudian, beliau muncul kembali menemui kumpulan wartawan berkenaan.

Menjawab soalan wartawan berkenaan baru Tajol Rosli mengakui beliau memaklumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu.

“Bila BN kalah pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, saya dah umum letak jawatan tapi diminta timbang semula,” katanya.

Jadi jelas Berita Harian yang betul dan yang klu-kleknya Tajol Rosli!
Apa pun kini jelas Tajol Rosli sudah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Datuk Seri Najib Razak menggantikan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkan perkara itu, berkata MT Umno juga bersetuju memilih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan jawatan itu.

“Kedua-dua jawatan berkenaan akan disandang sehingga selesai pemilihan Umno Mac ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno selama hampir empat jam pagi ini.

Dalam pada itu, Tajol Rosli berkata, beliau tidak memanggil Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak bagi memaklumkan hasrat untuk meletakkan jawatan kerana tidak mahu ada pihak memujuknya supaya tidak berbuat demikian.

”Selepas pilihan raya umum lalu saya juga pernah mengumumkan untuk meletakkan jawatan berkenaan dan telah diminta timbang balik. Jadi kali ini saya tidak panggil mesyuarat kerana tidak mahu ia berulang,” ujarnya.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Kampar, Perak, Tajol Rosli berkata, beliau akan meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik pada 29 Mac dan memutuskan tidak bertanding mempertahankan jawatan MT.

”Pada akhir Mac ini, saya bukan lagi ahli MT dan pada 29 Mac pula saya akan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan bila habis MT gugurlah semua jawatan yang dilantik,” jelasnya.

”Selepas pilihan raya umum lalu saya juga pernah mengumumkan untuk meletakkan jawatan berkenaan dan telah diminta timbang balik. Jadi kali ini saya tidak panggil mesyuarat kerana tidak mahu ia berulang,” ujarnya.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Kampar, Perak, Tajol Rosli berkata, beliau akan meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik pada 29 Mac dan memutuskan tidak bertanding mempertahankan jawatan MT.

”Pada akhir Mac ini, saya bukan lagi ahli MT dan pada 29 Mac pula saya akan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan bila habis MT gugurlah semua jawatan yang dilantik,” jelasnya.

HARUMKAN SEMULA UMNO

Posted in Terengganu, UMNO on January 30, 2009 by Hambali Abd Latiff

Sebahagian masa empat jam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam semalam (29 Januari2009) digunakan untuk membincangkan punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya kecil Po36 Kuala Terengganu.

Pengerusi Perhubungan BN Terengganu, Datuk Ahmad Said dikatakan melaporkan punca kekalahan BN dan UMNO kpada ahli MT.

Laporan post-mortem pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari itu akan diperhalusi lagi oleh Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk tindakan lanjut.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Ismail tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Hakikatnya, laporan kepada MT itu hanya proses formaliti kerana semua ahli MT terbabit dalam kempen pilihan raya berkenaan dan sudah tahu punca sebenar kekalahan berkenaan.

Cuma sehingga kini, tiada siapa dapat menjawab dengan tepat siapa sebenarnya Pengarah Pilihanraya Kecil itu, sedangkan PAS dengan jelas meletakkan Wan Mutalib Embong sebagai pengarah pilihan raya kecil Po36 untuk PAS. Beliau dibantu oleh Datuk Mustafa Ali.

Amatlah pelik bin ajaib apabila UMNO sendiri tidak melantik pengarah pilihan raya pada ketika parti itu berdepan dengan cabaran besar.

Ada mengatakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang juga calon melantik Timbalannya menjadi Pengarah tetapi apakah ia sesuatu yang rasmi?

Bagaimanapun jika benar, kenapa jentera UMNO Kuala Terengganu begitu lemah seolah-olah tidak bergerak. Jika tidak kerana bantuan jentera UMNO luar Kuala Terengganu dan luar Terengganu, kesan keputusan pilihan raya akan menjadi semakin parah.

Apakah tidak boleh kita meletakkan walau sedikit kelemahan jentera itu kepada UMNO Bahagian Kuala Terengganu sendiri yang menjadi punca kekalahan itu?

Apakah tidak boleh sedikit sebanyak kita persalahankan orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi ‘pengarah’ pilihan raya itu kerana gagal berfungsi?

Yang aneh, sehingga kini tidak ada satu kenyataan pun daripada UMNO Kuala Terengganu atau ‘pengarah’ mengakui kelemahan dan cuba mengambil tanggungjawab mengakui punca kekalahan.

Tindakan Ahmad Said mengemukakan punca dan sebab-sebab kekalahan BN Terengganu semalam kepada MT dengan sendirinyas sudah mengambil alih peranan UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu. Dengan kata lain Ahmad Said memikul beban sebelum, ketika dan selepas pilihan raya berkenaan. Sedangkan beliau bukan pengarah bagi pilihan raya itu.

Apapun, UMNO perlu terus hidup di Kuala Terengganu dan kembali melantun pada pilihan raya umum akan datang.

Sesiapa juga yang ditugaskan untuk membina semula UMNO Kuala Terengganu perlu memikir dan merancang memulih dan memperkukuh UMNO.

Percayalah, undi untuk BN pada pilihan raya kecil baru-baru ini sebanyak 30,252 itu adalah undi solid – sokongan genuine kepada BN – adalah aset penting untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Saya mengatakan demikian kerana undi yang pergi kepada PAS adalah kerana kombinasi kemarahan rakyat Terengganu kepada UMNO dan calon, termasuk juga undi protes kerana duit tidak sampai dan sebagainya.

Undi kepada calon PAS sebanyak 32,883 melalui peratusan 79.09 peratus banyak diakibatkan oleh kelemahan UMNO dan sendiri untuk menjamin pengundi keluar mengundi dan kalaupun keluar mengundi untuk mereka.

Yang penting sekarang UMNO Kuala Terengganu perlu melihat ke hadapan.

Bukan sahaja ia perlu memperkemas dan menilai kelemahannya sebelum ini tetapi bersedia lebih awal untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka dalam tempoh kira-kira dua tahun setengah dari sekarang.

Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai ‘penyelaras Parlimen Kuala Terengganu’ perlu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mengenal pasti kelemahan diri dan jentera parti.

Beliau akan dibantu oleh ‘penyeleras DUN’ Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam yang saya kira sudah ada di kepala Ahmad Said.

Mereka ini perlu bergerak dari sekarang dan hakikatnya, peluang tetap ada untuk menang di ketiga-tiga DUN ini bagi menjamin kemenangan bersih di Kuala Terengganu dengan MCA sudah menguasai DUN Bandar.

Tidak ada yang kebal dan kukuh dalam pilihan raya. Jika Kota Melaka yang menjadi kubu kuat DAP boleh runtuh, tidak mungkin DUN Wakaf Mempelam yang lima penggal dipegang ooleh PAS tidak boleh dirobohkan.

Sementara DUN Ladanhg dan Batu Burok tidak sukar jika ‘cakna rakyat UMNO dan BN” diteruskan walaupun selepas pilihan raya kecil. Yang dimahukan oleh rakyat ialah wakil atau penyelaras memberikan khidmat sebaik mungkin.

Ia bukan soal projek dan peruntukan semata-mata. Rakyat memerlukan kemesraan dan ‘belaian’ bukan kesombongan dan lagak yang tidak tentu hala.

Pengerusi BN Negeri perlu menjamin ‘penyelaras’ adalah mereka daripada sepsis ‘mesra rakyat’ bukan yang ditolak kerana keangkuhan dan melihat kiuasa sebagai tempat memperkaya dan mementingkan diri.

UMNO Kuala Terengganu sendiri patut bermuhasabah. Wan Farid sebagai ketua kena melihat apakah mereka yang menjadi pemimpin di bahagian benar-benar boleh membantunya melakukan ‘kerja rakyat’ sesuai dengan tema pentadbiran Terengganu – Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Terengganu memerlukan pemimpin yang turun padang bukan pemimpin yang mengarahkan orang lain turun padang untuk dirinya.

Pentadbiran UMNO juga perlu dirakyatkan kerana UMNO parti rakyat untuk rakyat. Ia tidak boleh slogan semata-mata tetapi sehingga ke praktiknya dan ‘jelira hingga ke akar umbi’.

Amalan ‘touch & go’ seperti kempen pilihan raya kecil baru-baru ini tidak lagi menjadi boleh dijadikan umpan. Rakyat tahu yang mana satu kaca dan yang mana permata.

Wan Farid boleh menggilap dirinya dari sekarang untuk menjadi sebiji permata. Wan Farid boleh mengenal pasti apa jenis umpan untuk patut dilontarkan.

Mana-mana pemimpin yang difikirkan tidak mampu membantunya dan UMNO bolehlah digantikan dengan pemimpin yang benar-benar ada ‘touch’ dengan rakyat.

Wan Farid tidak boleh lagi meletakkan kepentingan kawan dan regu jika mereka boleh membawa rebah.

Belajarlah daripada keputusan dan kesan pilihan raya kecil baru-baru ini.

Masa masih ada. Gunakanlah masa itu sebaik-baiknya untuk UMNO dan rakyat Kuala Terengganu.

Mereka mungkin menghukum UMNO baru-baru ini tetapi pada pilihan raya akan datang mereka akan kembali menyokong UMNO jika pemimpin UMNO tahu menghargai apa sebenarnya keinginan dan kemahuan mereka yang sebenarnya.

Persepsi bahawa UMNO parti ‘busuk’ perlu diatasi segara. Carilah ramuan untuk menjadikan UMNO harum kembali.

TAJOL ROSLI KLU-KLEK?

Posted in perak, Tajol Rosli, UMNO on January 29, 2009 by Hambali Abd Latiff

Aikk…akhbar silap lagi, terutamanya Berita Harian.

Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali naïf letak jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.
Menurut laporan Utusan Malaysia Online petang ini, Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Jadi siapa yang klu-klek, Tajol Rosli atau Berita Harian?

“Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,” dakwa Tajol Rosli.

Berita Harian melaporkan dari Parit, Perak semalam bahawa Tajol Rosli memang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di lewat petang kelmarin.

Tajol Rosli menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya. Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

Untuk mencari kebenaran, kita kena tanya Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman yang turut hadir sama ada beliau benar-benar buat kenyataan sedemikian.

Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.
Dan pastinya malam ini, wartawan boleh tanya Najib sama ada benar atau sebaliknya berita itu.
Jika benar Tajol Rosli berkata sedemikian, Berita Harian memang tidak beretika tetapi jika sebaliknya, Tajol Rosli pun memang tidak beretika.

Harap janganlah ada saman menyaman kerana banyak sangat pun kes saman-menyaman tidak baik untuk dunia persuratkhabaran negara ini.

UMNO PERLU DIJENAMAKAN SEMULA

Posted in Muhyiddin, Najib, Pemilihan UMNO on January 29, 2009 by Hambali Abd Latiff

Bukan nak mengajar tetapi bertindak cepatlah jika mahu selamatkan UMNO.
Jangan biarkan rakyat, termasuk penyokong UMNO sendiri meluat dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini dikatakan akan membincangkan mengenai beberapa perkara termasuk perkembangan terkini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar daripada Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara penting sewajarnya diperkatakan ialah mencari jalan supaya UMNO menjadi produk yang boleh ‘dijual semula’ khususnya kepada orang Melayu.

Kedudukan hari ini ternyata UMNO mengalami krisis identiti dan UMNO tidak lagi menjadi produk utama tetapi sampingan.

Jangan biarkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi produk utama pilihan orang Melayu.

Datuk Seri Mohd Najib Razak wajar mengemukakan pelan bertindak menyelamatkan UMNO.
Najib kena mengubah cara bertindak dan pelan tindakan perlulah yang sesuai dengan kehendak orang ramai, bukan segelintir pemimpin UMNO yang mahu menyelamatkan kedudukan dan kuasa mereka.

Yang sudah melepasi tempoh guna, buang saja. Tanpa melakukan ini, UMNO akan terus parah. Kekalahan UMNO banyak risikonya. Orang Melayu akan turut tenggelam kerana PAS dan Keadilan bukan memperjuangkan kepentingan Melayu.

Biarkan orang PAS bercakap Islam tidak mengiktiraf Melayu walaupun hakikatnya ketika ini majoriti orang Melayu beragama Islam. Biarlah pemimpin PAS mahu berfalsafah sebanyak mana kerana akhirnya Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia bukan jasa PAS tetapi UMNO.

Hanya melalui UMNO, sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan bersama-sama dengan komponen utamanya, MCA, Gerakan, MIC serta parti-parti di Sarawak dan Sabah.
Tanyalah calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimana mahu merawat UMNO.

Beliau begitu banyak memberikan idea untuk menggembalikan maruah UMNO. Muhyiddin pula jangan hanya membuat cadangan kononnya UMNO kena itu dan ini hanya kerana bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Apa perubahan yang beliau mahukan sebagai calon Timbalan Presiden? Muhyiddin tidak sepatutnya sekadar mengkritik dan mahu menunjukkan beliau pemimpin yang wajar disegani.
UMNO sekarang bukan lagi ‘zaman khayalan’. Calon UMNO perlu diterima rakyat bukan memaksa rakyat menerima mereka.

MT hari ini juga perlu melihat dan mencari ubat mengatasi masalah politik wang. Bukan sekadar merawat tetapi mencegah.

MT wajar bicang isu politik wang yang melibatkan beberapa pemimpin Umno yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya berulang kali menegaskan maslah politik wang perlu diatasi melalui pencegahan bukan secara hukuman.

Malu melihat guru, pegawai kerajaan dan individu tertentu digari hanya kerana rasuah RM200 hingga RM500. Kalau kena gari rasuah RM5 juta atau RM50 juta berpadanan.

Apa pandangan rakyat jika rasuah berleluasa dengan jumlah kecil seperti yang disiasat SPRM sekarang?

UMNO politik murahan. Boleh beli pemimpin dengan hanya RM100 atau RM200 sahaja?
Apa maruah UMNO?

Sebab itu perlu ada cara pencegahan mengatasi masalah ini supaya Jawatankuasa Disiplin hanya membicarakan kes-kes yang terpilih sahaja bukan kes yang bertimbun-timbun.

Kerana banyak sangat kes, maka aka nada cadangan ‘nakal’ umpamanya membubarkan sayap seperti Puteri dan Putera.

Masalah di depan bukan kerana ahli kedua-dua sayap ini budak-budak tetapi kerana UMNO tidak mencegah rasuah, budak-budak ini mahu melonjak menggunakan wang. Masuk UMNO mesti jadi kaya kalau mahu kuasa.

Apakah ini matlamat menubuhkan kedua sayap berkenaan? Bukan dan tidak sama sekali.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semalam, mesyuarat bulanan MT Umno itu akan membincangkan mengenai pelbagai isu mengenai keadaan politik semasa.

Bagaimanapun beliau menafikan mesyuarat tersebut khusus bagi membincangkan mengenai tindakan Nasaruddin menyertai parti pembangkang pada Ahad lalu.

“MT adakan mesyuarat bulanan seperti biasa, bukan ada sebab-sebab tertentu atau kerana perkara-perkara tertentu.

“Tak ada apa yang boleh dibuat dengan ADUN Bota itu, mesyuarat ini bukan khusus bincangkan mengenai beliau,” katanya.

Tidak apalah, kes Nasarudin akan menjadi rujukan dan begitu juga kes rasuah dan sebagainya.
Ini mendewasakan UMNO. Namun jika kita berbangga dengan dewasanya UMNO, jangan jadikan UMNO sebagai ‘kelas dewasa’. UMNO bukan lagi tempat mengajak A, B, C dalam politik.
Tanggungjawab UMNO kini besar dan bermaruah.

UMNO – berkuasa dan memerintah dengan cemerlang, bukan parti yang terus menerus menghadapi masalah ahli yang korup, pentingkan diri dan menjadi kaya melalui parti.
Jadikan UMNO yang berjasa kepada semua rakyat Malaysia – dulu, kini dan selamanya!

PENJENAYAH HERO, POLIS SYAITAN?

Posted in kugan, penjenayah, polis on January 28, 2009 by Hambali Abd Latiff

(Kemaskini) Syukur, setakat ini tiada keganasan yang berlaku. Suasana hanya tegang.
Sewajarnya kita berterima kasih kepada semua pihak kerana kebimbangan akan berlaku kejadian tidak diingini, terhakis sudah.

Bagaimanapun, persoalan tetap bermain di benak saya, apakah wajar kita berarak atau menyanjung seseorang yang disyaki melakukan jenayah?

Ternyata perarakan pengebumian Kugan oleh kira-kira 500 orang dilaporkan tegang, apabila sebahagian daripadanya cuba menghalang tugas-tugas polis yang mengadakan kawalan.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari di lokap Balai Polis Taipan, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, ditemui mati pada 20 Januari semasa dalam siasatan.

Mayat suspek curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, A. Kugan dibawa keluar oleh ahli keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pukul 2 petang ini.

Mendiang Kugan dibawa menaiki kereta keluarga menuju ke tempat tahanannya di Balai Polis USJ 8, Taipan, Subang Jaya.

Difahamkan, keluarga Kugan melakukan upacara sembahyang di balai polis berkenaan sebelum mayat lelaki berusia 22 tahun itu dibakar di Batu 14, Puchong.

Persoalan sama ada mereka yang disyaki penjenayah wajar dianggap sebagai hero turut diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Syed Hamid tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

Bercakap secara umum, Syed Hamid berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang. Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis.

“Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta,” katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.

Syed Hamid enggan mengaitkan kenyataan yang dibuatnya secara umum itu mengenai penjenayah, dengan kematian suspek curi kereta A. Kugan semasa dalam tahanan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas.

“Saya tidak menuding jari kepada sesiapa,” tegas menteri itu.

Beliau menjelaskan dalam siasatan 19 kes curi kereta dan samun bersenjata, polis telah menahan tiga yang disyaki termasuk Kugan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, lima lelaki ditahan kerana menimbulkan kekecohan ketika menyertai upacara pengebumian A. Kugan yang mati semasa ditahan di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan berkata polis menahan seorang suspek bunuh semasa perarakan pengebumian tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada suspek berkenaan adalah salah seorang daripada lima yang ditahan sebelum ini.

Penangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki cuba merempuh kearah pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan orang ramai yang berkumpul bersurai.

Dua lagi ditahan kerana cuba melalui sekatan polis di PPUM.

Manakala dua lagi ditahan polis kerana didapati cuba untuk menyebarkan provokasi dikalangan orang ramai yang berkumpul di kawasan PPUM.

Empat daripada mereka memakai kemeja-t Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) – pertubuhan yang diharamkan sejak Oktober tahun lalu.

Salah seorang dipercayai bekas penyelaras kumpulan itu, R.S. Thanendran.

Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia (JPPHAM) bagaimanapun menyifatkan amaran polis untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam perarakan tersebut petang ini sebagai “satu lagi bentuk salah guna kuasa” pihak berwajib itu untuk cuba menakutkan orang ramai.

Penyelaras NGO itu S Jayathas menambah, jika polis awal-awal lagi bertindak profesional, perarakan tersebut tidak akan berlaku.

Perarakan lebih 20 kilometer itu dijadual mulai 2 petang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) ke kawasan perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul bagi menyertai perarakan dari PPUM ke krematorium di Batu 14 Puchong.

Bagaimanapun orang ramai yang berkumpul di perkarangan PPUM sejak pukul 8 pagi, mematuhi nasihat polis dan bersurai dari kawasan itu pada kira-kira pukul 1.45 petang.

Kereta jenazah yang membawa mayat Kugan, meninggalkan bilik mayat PPUM selepas pukul 2 petang untuk upacara pengebumian.