TUNGGU TINDAKAN TERHADAP MENTERI, MENTERI BESAR

Sekali lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi tumpuan dan perhatian umum.

Ini berikutan laporan Berita Harian bahawa SPRM sudah menyerahkan kertas siasatan empat kes berprofil tinggi kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Kita berharap sangat agar kertas siasatan ini menjadi tindakan untuk mengelakkan SPRM ‘ditertawakan’.
Menurut sumber, empat kes itu membabitkan bekas seorang menteri, seorang Menteri Besar, seorang timbalan menteri dan dua ahli perniagaan bergelar Datuk yang terbabit dalam projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Katanya, laporan itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara sejak beberapa bulan lalu, selepas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dibuat pelbagai pihak terhadap mereka.

“Sekarang terserahlah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kertas siasatan yang diserahkan oleh SPRM.

“Kita berharap Pejabat Peguam Negara akan mempercepatkan proses pendakwaan kerana keempat-empat kes ini membabitkan kepentingan umum,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas status siasatan SPRM membabitkan beberapa kes berprofil tinggi yang dilaporkan pelbagai pihak kepada badan siasatan itu.
Harap kali ini kepentingan umum diberikan perhatian mendalam oleh Pejabat Peguam Negara.

One Response to “TUNGGU TINDAKAN TERHADAP MENTERI, MENTERI BESAR”

  1. andakmaon Says:

    Tuan,Biasa juga kita dengar Menteri atau Tim Menteri didakwa kerana kes rasuah tetapi kali ini tentu lebih menarik lagi kerana ia melibatkan seorang MB yang nak pergi Haji 'free'. Lebih menarik lagi dia menuduh semua orang jahat dan hanya dia seorang saja yang baik.Nampaknya hukum Allah kepada mereka yang mempersendakannya akan kita lihat hukumannya di dunia lagi !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: