MOHD NIZAR BERJUANG UNTUK PERIBADI

(Isu Sabtu)

Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin semalam memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Selepas melihat gelagat Mohd Nizar di Dewan Rakyat dan perjuangannya dalam isu Menteri Besar Perak bagaikan bersaorangan, timbul persoalan – apakah Mohd Nizar berjuang untuk kedudukan peribadi atau pakatan pembangkang.

Bagai samseng, Mohd Nizar menunjukkan warnanya di Dewan Rakyat yang menyebabkan beliau digantung bersama beberapa yang lain.

Dengan memakai lilitan kepala dan tidak menghiraukan Speaker Dewan Rakyat, rakyat meluat melihat sikapnya dan tindakannya itu bertujuan menggambalikan kuasa kepadanya.

Apakah Mohd Nizar melihat jawatan itu ekslusif untuknya? Juga apakah beliau masih tidak sedar bahawa istana mempunyai hak dalam isu perlantikan Menteri Besar?

Apakah kini beliau pada tahap riak dan menderhaka kepada Sultan Perak apabila terus mempertikai dan menunjukkan aksi bantahannya kepada istana apabila bertindak liar di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Apakah Mohd Nizar terlalu yakin akan menang kes rayuannya tetapi apakah dua parti pakatan pembangkang – DAP dan PKR – akur supaya Mohd Nizar terus menjadi Menteri Besar?

Maksudnya di sini, jika menang kes ini di mahkamah, apakah jika diminta oleh DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Nizar rela melepaskan jawatan itu untuk orang lain atau dia sahaja layak menjadi Menteri Besar Perak.

Ini kerana dengan kedudukan PAS yang bercelaru dan lagipun PAS hanya ada tiga kerusi DUN di Dewan Undangan Negeri Perak, apakah parti lain yang lebih besar perwakilannya akan membiarkan parti yang terumbang ambing it uterus mengetuai kerajaan Perak jika mampu dibentuk.

Selain itu imej Mohd Nizar dengan istana sudah tercalar dan selagi Mohd Nizar terus memperkatakan kes ini, rakyat akan melihat Mohd Nizar sebagai ‘gilakan kerusi Menteri Besar’.
Buktinya, Mohd Nizar dari serendah-rendah mahkamah akan ke setinggi-tinggi mahkamah berusaha menjamin Dr Zambry tidak menjadi Menteri Besar.

Mohd Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, semalam, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira pukul 3.30 petang melalui Tetuan Leong & Tan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.

Dalam permohonannya juga, Mohd Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.
(Mahkamah Persekutuan ketika ini mempunyai 12 orang hakim)

Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Mohammad Nizar) sebagai menteri besar yang sah.

Mohd Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, beliu turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:

i. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

ii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

iii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;

iv. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;

v. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;

vi. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.

Mohd Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah sama dengan Fasal 16(6) UTKP dan sebarang keputusan berkenaan Fasal itu akan memberikan impak atau kesan berkenaan Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung jawatan Perdana Menteri.

“Ini bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong hendak memecat Perdana Menteri, Baginda boleh berbuat demikian. Baginda boleh menelefon Perdana Menteri dan memberitahu bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat,” kata Mohammad Nizar dalam sidang media selepas menfailkan permohonan itu.

Ketika ditanya mengapa beliau memohon supaya kesnya didengar di hadapan 11 hakim, beliau berkata: “Apabila ada ramai hakim, kita harap supaya dapat memberikan keputusan yang adil kerana rakyat negara ini sangat menagih keadilan.”

Mohd Nizar juga berkata beliau gembira kerana akhirnya permohonan itu berjaya difailkan walaupun keputusan hujahan bertulis oleh Mahkamah Rayuan masih belum diperolehi.

Pada 22 Mei lepas, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Raus, dalam penghakiman lisannya memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membuat keputusan yang betul ketika melantik Zambry sebagai menteri besar yang baru, berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Mohd Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Md Raus yang bersidang bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, mendapati bahawa Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Pertikaian jawatan Menteri Besar Perak bermula apabila tiga daripada wakil rakyat pakatan DAP-PKR-PAS keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional pada Februari lepas.

Mohd Nizar, 52, kemudiannya memfailkan semakan penghakiman untuk memohon satu writ bersifat “quo warranto” atau “melalui kuasa apa” dikeluarkan terhadap Zambry bagi menyatakan tunjuk sebab atas asas apakah beliau menjadi menteri besar yang sah.

Apa yang boleh dirumuskan di sini ialah Mohd Nizar kini bagaikan orang hilang akal selepas dilucutkan jawatan dan dendam kesumatnya ialah mengganggu-gugat Kerajaan BN pimpinan Dr Zamry selain mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa ‘istana tidak betul dan tidak adil kerana melucutnya’.

Persoalannya kenapa tunjuk belang di Dewan Rakyat bukannya secara langsung kepada istana kerana perlantikan Dr Zambry ialah kerana perkenan istana.

Sewajarnya Mohd Nizar mendapatkan perkenan istana walau apa cara juga sekali pun terlebih dahulu sebelum ke mahkamah rayuan kerana kalau menang pun beliau tetap akan menghadapi halangan.

Jika halangan berterusan, Mohd Nizar terpaksa akan melupakan niatnya dan putihlah matanya untuk menjadi Menteri Besar.

Ironinya, jika jawatan Menteri Besar itu menjadi matlamat peribadinya, tidak pelik jika beliau akan ‘membuat kacau’ pula kepada rakan-rakan politik dalam pakatan pembangkang kerana matlamat Mohd Nizar hanyalah satu iaitu mendapatkan kembali kerusinya – kerusi Menteri Besar Perak.

Advertisements

5 Responses to “MOHD NIZAR BERJUANG UNTUK PERIBADI”

  1. Nostalgia abkk Says:

    Yang samseng bukan nya Nizar dan PR tetapi UMNO dan terpulang lah kepada saudara untuk mednilaikan nya.

  2. Detguaq Says:

    Samsengkah untuk parti yang memenangi 27 kerusi diPerak, iaitu UMNO berbanding PAS yang hanya memenangi 6 kerusi?Rugikah nusa Perak bila berubah barisan kerajaan baru menjadikan Melayu sebagai majoriti dalam EXCO negeri?Rugikah rakyat majoriti Perak bila iklim ini menggamit pembangunan yg terbantut kerana kongkalikong DAP yang begitu rakus mengatur agenda mereka dgn memperkudakan nizar?Bandingkanlah kedudukan kerusi UMNO dgn kerusi mana-mana partipun dlm negeri Perak sebelum menetapkan keputusan. Kepada nostalgia abkk itulah penilaian aku berasaskan fakta.AWAT? YANG UNDI UMNO TU BUKAN RRRRAKKKYYYATTTT KA?

  3. gua sudah cakap berkali2 sinizar tu sedang sakit tenat keran mengidamkan kerusi MBP,JADI GUA MINTAK SANGAT2 ITU TUAN GURU KAH TUAN HAJI KAH .tolong bacakan talkin sinizar tu supaya semboh kalau tidak gua takut nati sinizar baca talkin untok orang PASSSSS.

  4. ahmadsofian Says:

    Zaman UMNO/BN di Selangor dulu…ceramah ugama dan tazkirah selalu kena ambushed. Bulan ramadhan tak boleh tazkirah, malah ada pekeliling mengharamkan majlis ilmu. Tapi sekarang ini, surau di tempat saya sudah dinaik taraf masjid, majlis ilmu sepanjang minggu. Sekarang ini Majlis Ugama tidak cukup guru pulak untuk memenuhi masjid-masjid dan surau-surau. Saya nampak dan merasakan perubahan ini. Surau ditempat saya penuh sepanjang minggu. Sebah apa ye? Sebab Selangor di kuasai kerajaan Pakatan Rakyat. Di perak sebelum ini pun, semasa Nizar menjadi MB perubahan begitu pun sedah mula kelihatan. Sayang, sekarang ini UMNO/BN memerintah semula, apa yang dicari lebih kepada keduniaan. Dulu MB sendiri boleh mengadakan majlis ilmu, MB sekarang? Fikirlah.

  5. Ahmad Putra Says:

    AssalamualaikumKenapa Ir Nizar berbuat demikian?Sdra pernah tak rasa macam mana rumah sdra yang dijaga selama ini, dirampas orang lain kerana anak saudara dengan senyap-senyap dan tukar hakmilik pada orang lain.Macam mana agaknya rasa? Geram x? begitulah rasa Ir Nizar. Orang jahat macam UMNO memang wat cam tu. Orang jahat ni senyap je, sebab dah buat salah. Nanti banyak cakap lagi terbongkar slahnya.Tapi Ir Nizar menjerit "Hidup Rakyat!!" kerana dia benar dan begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: