Archive for the Nik Aziz Category

JANGAN BIMBANG, KELUARGA NIK AZIZ SEJAHTERA

Posted in MANEK URAI, Nik Aziz on July 14, 2009 by Hambali Abd Latiff

Rakyat bawahan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tok Guru Nik Aziz. Mereka doakan Tok Guru dan keluarga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Berkat doa mereka, keluarga Nik Aziz hidup bahagia.

Baca dan renungkan apa yang dicatatkan oleh blogger www.pisau.net.

Apakah ini satu fitnah terhadap Tok Guru?

ANAK BERANAK NIK AZIZ KAYA…

Hari ini adalah hari terakhir tempoh berkempen untuk Manek Urai, saban hari banyak ceramah di merata tempat menghambur segala “keborbrokan” UMNO, tetapi mereka terlupa satu jari yang menunding orang lain 4 jari lagi menunding diri sendiri.

Ya,ramai penyokong PAS yang begitu taksub dengan Tok Guru, bagi mereka adalah menjadi kesalahan & kesilapan besar jika menyerang tok guru yang wahid ini. Ibaratkan untouchble & maksum.

STESEN MINYAK NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA
Buat penyokong PAS di Manek urai, adakah anda akui tok guru maksum? jika dia maksum mana mungkin melakukan sebarang kesilapan. Adakah pendedahan demi pendedahan yang dibuat dikatakan fitnah? mereka yang menutup pemikiran & jumud barangkali akan marah apabila sesuatu yang pincang didedahkan terhadap tok guru.

Penyokong PAS seolah olah mengambarkan pemimpin mereka adalah orang orang suci,tidak terpalit langsung dengan kekotoran & kesalahan. Psy war di mainkan hingga orang UMNO sendiri percaya kempen melondehkan kesalahan & kekhilafan Tok Guru & PAS adalah salah.

Di Manek Urai,adalah medan mendedahkan kesalahan mereka yang maksum ini.
Stesen Minyak Petronas hak milik Nik Mohd Asri Bin Nik Aziz (anak Nik Aziz). Asalnya stesen ini diurus oleh Mesra Makmur Trading yang dimiliki oleh Hood Bin Mohd Isa KP:691119105535. Beliau berasal dari Selangor bekas pemandu Nik Aziz dan menantu Nik Aziz. Hood selaku pengurus pada masa itu telah berjaya memajukan perniagaan ini. Beliau membantu Nik Aziz dalam pilihanraya 2004 dengan cara memberi petrol percuma pada hari mengundi jika motosikal atau kereta membawa bendera bulan – PAS.

Apabila Stesyen ini maju maka anak- anak Nik Aziz iri hati melihat penguasaan Hood keatas stesyen ini. Perbalahan telah berlaku, Nik Aziz gagal menyelesai krisis dalam keluarganya sehingga Hood telah disingkirkan dan membawa diri ke Trengganu. Sekarang stesyen itu diserahkan kepada Nik Mohd Asri pemilik tunggal As Sobru Jaya Trading.

Hood tahu cerita sebenar mengenai bagaimana tipu helah untuk membina stesyan minyak ini. Nik Aziz telah membeli tanah Lot 550 Kg Pulau Melaka tapak stesyen itu dengan memaklumkan kepada tuan tanah bahawa untuk membina asrama kesiankan pelajar tidak cukop tempat menginap. Tetapi setelah tanah dimiliki oleh Datin Tuan Sabariah isteri Nik Aziz, tanah itu telah dibangunkan stesyen minyak. Terkejut yang amat sangat tuan tanah, kerana tanah itu dijual dengan harga yang murah.

Nik Aziz makan pun menyamar kepada rakyat. Kesian orang PAS kena tipu kononnya cara hidup Nik Aziz sederhana. Rupanya Jutawan.

RUMAH MENANTU NIK AZIZ BERNILAI RM 1 JUTA

Rumah menantu Nik Aziz terletak di belakang rumah Nik Aziz Pulau Melaka. Nilainya RM1 juta. Ada jaga 24 jam sehari. Kalau rakyat nak jumpa dengan Nik Aziz maka dia akan tunggu di rumah lama, untuk rakyat tengok dia hidup sederhana. Tapi bila nak berehat pergi rumah banglow milik menantu. Menantu pakai kereta mewah kalau baru harganya RM250,000 sebuah.

Apa nama menantu Nik Aziz?..Nik Arif Fahmi Abdul Rahman, orang yang paling berkuasa dalam kerajaan Nik Aziz.

Menantu Nik Aziz bekerja sebagai CEO Perbadananan Menteri Besar (PMB), Kereta Mercedes berserta dengan pemandu disediakan. Semua projek yang nak join vanture dengan PMB sebelum angkat kepada Pengerusi PMB mesti diluluskan oleh CEO dulu. Siapa Pengerusi PMB? tak lain dan tak bukan Nik Aziz. PMB sudah jadi hak anak beranak. Banyak syarikat pelaburan PMB mengalami kerugian. Habis lah duit rakyat Kelantan di pulon mertua dan menantu.

Bila rakyat nak jumpa datang lah kerumah depan, kecil dan sederhana.
Kereta Mercedes RM500,000 dan CRV Rm 70 ribu untuk Tuan Sabarian
ulang alik ke pasar. Rumah inilah yang selalu ditonjol oleh Nik Aziz.

TUAN SABARIAH SEORANG JUTAWAN.

Kononnya Bandaraya Islam Kota Bharu berkembang tapi ada udang disebalik batu, sama hebat dengan pengumpulan harta oleh keluarga Nik Aziz. Tuan Sabariah kuat berniaga, pernah berniaga jualan langsung, hampir semua muslimat PAS di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kubang Krian menjadi ahli.

Sekarang mengalami kerugian ada muslimat PAS yang mengalami kerugian RM50,000 seorang. Kita boleh bayangkan berapa banyak wang muslimat PAS hangus. Apabila muslimat minta ganti katanya tak ada wang.
Dalam pada itu sempat Tuan Sabariah membeli dua unit Rumah Kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat Bandar Kota Bharu nilainya RM2 juta.
Kata penduduk Pulau Melaka banyak tanah orang kampong sekarang menjadi milik keluarga Nik Aziz yang bernilai berjuta-juta ringgit. Dari mana Nik Aziz dapat duit bergitu banyak?

Ini lah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Isteri Ulamak, dalam diam juga seorang jutawan.

Hanya Allah Mana Mengetahui!

MSO, NASHARUDDIN & MANEK URAI

Posted in MSO, Nik Aziz on July 12, 2009 by Hambali Abd Latiff

Satu dua hari ini Mohd Sayuti Omar (MSO) kena belasah teruk gara-gara postingnya bertajuk “Lepas Fatah & Cikgu Rahim, Kini Nik Aziz Pula Meraban”.

Walaupun tajuknya sedemikian tetapi boleh dimaknakan sebagai “Nik Aziz memang bercakap menipu sejak dulu !!”

Posting bertarikh 10 Julai 2009 (semalam) itu menyebabkan beliau layak dipanggil ‘kurang ajar’ serta ‘pelesit’ oleh sesetenggah blogger.

Ada mengatakan MSO menulis sedemikian kerana dendam kesumatnya kepada Nik Aziz tidak dapat dibendung lagi. Meletup-letup kritikan dan hamburan kata-kata yang kurang enak dilemparkan kepada Nik Aziz di blognya hanya demi mempertahankan Nasharudin Mat Isa yang menjadi sanjungannya selama ini.

Ada mengatakan bagai nak rak MSO berkempen untuk memenangkan Nasharuddin dan kini dia merasakan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz sudah melampaui batas lalu Nik Aziz dijadikan bahan lepas geramnya.

Menurut blog berkenaan, marahnya MSO terhadap Datuk Husam Musa mungkin masih membara dan kini giliran Nik Aziz pula yang menjadi sasaran terbaru amarahnya.

“Jika PAS masih lagi menyimpan MSO di Pejabat PAS dan juga Siasah, amat mudah sekali kerja pihak gerombolan untuk memecah-belahkan pimpinan PAS sepertimana yang berlaku di dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Dan tidak mustahil juga kerja-kerja menjayakan kerajaan perpaduan akan digerakkan secara senyap-senyap oleh penulis ini yang disifatkan sebagai api didalam sekam,” kata blog berkenaan.

Seorang lagi blogger berkata: “Kali ini pelesit MSO naik nafsu amarahnya bila TGNA menyentuh boneka UMNO yang menjadi idola MSO.. itu yang ia marah sangat, sudahlah dulu TGNA menghalang Kerajaan Perpaduan, tup-tup sehari dua ini TGNA menyentuh pulak lagi PASal boneka UMNO tersebut, kenapa tidak turun berkempen di Manik Urai, salahkah TGNA berterus terang dalam hal tersebut, perlukah ia nak berselindung lagi, sedangkan bukan sahaja ahli PAS, malah semua rakyat Malaysia yang berminat dengan politik mengetahui hal sebenar.

Tak perlu TGNA nak menghormati kaPASiti boneka UMNO itu sebagai Timbalan Presiden, kalau kelakuannya secara peribadi tidak mengembirakan ahli dan penyokong, mana satu yang perlu TGNA nak jaga, Timbalan Presiden atau keseluruhan Ahli dan Penyokong PAS.

Ada sahabat yang kata kepada aku, kita bukan hormat kepada Timbalan Presiden, tetapi kita kena hormat kepada perwakilan PAS yang melantiknya… betul.. yang itu aku setuju, tetapi aku nak tanya balik, apakah perwakilan akan lantik Timbalan Presiden yang ada sekarang ini jikalau di adakan sekali lagi pemilihan atau muktamar……dalam suasana perangainya itu… kenapa selepas muktamar baru nak tunjuk jaguh ketegaknya itu, kenapa sebelum muktamar buat baik, betul-betul macam ulama…

Apapun Timbalan Presiden PAS hari ini mengakui bahawa beliau telah ‘diminta’ untuk tidak turun berkempen di Manek Urai sebelum ini.

“Tapi saya mula berubah hati bila PAS Kelantan mengubah pendirian dan menarik semula larangan tersebut,” katanya.

Berikutan itu Nasharudin Mat Isa akhirnya muncul di Manek Urai – di Masjid Sg Peria pagi tadi. Nasharudin berada di masjid berkenaan kira-kira sejam.

Sebelum ini PAS Kelantan memutuskan untuk tidak ‘mempelawa’ Nasharudin daripada turun berkempen pada pilihan raya kecil di Manek Urai yang sedang berlangsung.

Difahamkan keputusan dicapai pada mesyuarat perhubungan negeri PAS Kelantan pada 25 Jun lalu.

Nasharudin yang sebelum ini menjadi topik ‘hangat’ kempen di Manek Urai mengakhiri tanda tanya tersebut dengan muncul dan menunaikan solat sunat Dhuha berjemaah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz pertengahan bulan lalu ada meminta Nasharudin keluar PAS dan sertai Umno berhubung soal idea kerajaan perpaduan tetapi mereka berdamai kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar masjid berkenaan, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, beliau berada di Manek Urai selama sehari sahaja.

“Saya mungkin tidak dapat memberi ceramah sebab belum sihat sepenuhnya. Saya baru sahaja lepas jalani pembedahan,” katanya.

Beliau menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang kelmarin.

Saya perturunkan posting yang membolehkan MSO dianggap ‘kurang ajar’ dan ‘pelesit’ oleh blogger yang taksub dengan Nik Aziz.

LePAS Fatah & Cikgu Rahim, Kini Nik Aziz Pula Meraban

Friday, July 10, 2009

SATU masa dulu sekitar tahun 90-an seorang ahli parlimen bergelar ustaz meminta saya memohon maaf kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebabnya, kata bekas wakil rakyat itu kerana saya derhaka kepada Tok Guru. Saya dikatakan derhaka kerana mengkritik dan menegur sikap Tok Guru itu menerusi buku berjudul “Kesan dan Akibat – Pindaan Perlembagaan Kelantan.”

Apa yang saya kritik dalam buku itu ialah mengenai sikap Tok Guru itu yang bercakap berubah-rubah dan tidak konssten, meraban. Saya mengistilahkan sikap itu sebagai berdolak dalih.

Permintaan bekas ahli Parlimen itu dibuat menerusi seorang bekas kawan saya, (bukan orang itu tetapi orang lain).

Saya menjawab kepada orang yang menyampaikan permintaan bekas wakil rakyat berkenaan; Kenapa saya harus memohon maaf, dan bila saya derhaka kepada tok guru? Apakah kritikan kepada orang politik dianggap derhaka? Apakah konotasi derhaka sebenarnya?

SelePAS itu saya bersemuka dengan bekas wakil rakyat berkenaan di parlimen. Saya bertanya beliau apakah istilah yang boleh saya pakai terhadap seseorang yang bercakap tidak betul dan merubah-rubah isi kata-katanya? Saya tidak mahu menanyai hukumnya, tetapi bertanya apakah sifat orang berkenaan.

Hari ini cakap begini esok cakap lain pula dan lusa menarik balik apa yang dicakapkan. Kata saya kepada bekas wakil rakyat itu kalau dalam bahasa Inggeris orang yang bercakap tidak tetap dan berubah-rubah dipanggil over laping. Atau dalam bahasa Kelantan dikatakan ‘belawak” (bohong). Manakala dalam bahasa Arabnya disebut munafik.

Orang munafik kalau menurut ustaz-ustaz otodoks di kampung-kampung bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.

Saya bertanya kepada bekas wkail rakyat, bila Tok Guru Nik Aziz cakap begitu apakah istilah yang tepat untuk dipakai? Perkataan apakah yang tepat untuk dikiaskan? Dia tidak menjawab dan hanya diam saja seolah cuba menafikan yang dia ada mengatakan sesuatu kepada saya.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.

Tidak menurut sifat-sifat derhaka yang sebenarnya. Ia dibuat kerana rasa taksub dan teruja bekas wakil rakyat itu kepada Tok Guru berkenaan. Menegur sesuatu kesalahan seseorang bukan derhaka tetapi tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan bijaksana.

Moral kisah yang saya cuplikkan itu bagi menunjukkan bahawa perangai Nik Aziz bercakap tidak betul dan berputar-putar itu bukan baru berlaku. Ianya sudah lama diamalkan sebelum ini. Kalau orang mengatakan dia nyanyuk dengan cakap yang tidak istiqamah itu adalah tidak betul. Dia bukan nyanyuk tetapi itu mungkin tektik politiknya. Mungkin strateginya untuk jadi popular.

Mungkin Nik Aziz menerima pakai berbohong itu adalah sebagai strategi politik yang ampuh. Mungkin dia tahu hukumnya mengenai itu. Mungkin juga dia menerima pakai istilah bohong sunat yang diamalkan oleh para pengawal poligami! Ataupun berbohong itu adalah keistimewaan yang PAS berikan kepada orang yang memegang jawatan Mursyidul Am.

Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur. Makanya mereka yang memiliki kecemerlangan itu tidak mungkin mudah untuk ‘berjibah’ dengan dosa-dosa kecil dan dosa besar.

Justeru apabila Nik Aziz berdolak dalih atau berbohong dalam kes membabitkan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ia tidak menghairankan kerana itulah stail Tok Guru itu. Jika diperhatikan apa yang berlaku ke atas Nasharudin jelas Timbalan Presiden PAS itu menjadi mangsa stail politik Nik Aziz yang dibatasi susila Melayu dan Islam!

Hari ini beliau telah menjadikan Nasharudin sebagai bola politiknya. Dia boleh tendang ke mana saja dia suka. Sekejap dia suruh Nasharudin letak jawatan, keluar PAS dan menyertai Umno. Pada masa lain pula dia menafikan apa yang dihemburkan itu dan meminta maaf. Nik Aziz melihat semua itu hanya sebagai satu tektik saja tanpa merasai perasaan orang lain.

Serangan atau tendangan kepada Nasharudin tidak habis-habis. Terbaru dia meminta Nasharudin berkempen di Manik Urai pula. Sebelum ini dia yang melarang Nasharudin daripada hadir ke Manik Urai. Macam-macam alasan digunakan bagi menghalkan tindakan itu, kononnya untuk mengelakkan Nasharudin dari diboo.

Anihnya perbuatan Nik Aziz itu tidak dicela oleh orang PAS. Kedudunaya sebagai Menteri Besar Kelantan, sebagai Mursyidul Am dan panggil Tok Guru seolah-olah menghalalkan untuk dia melakukan itu semua. Orang PAS jadi ‘malu mata’ untuk menegur kesalahan Nik Aziz dan rela membiarkan dia larut dalam kesalahan yang dilakukan.

Apa yang dilakukan ke atas Nasharudin sebenarnya sesuatu yang teruk dan melampau. Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh orang berjawatan Mursyidul Am. Kalau perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang terdesak dan gilakan kedudukan, ada kulihanya. Tetapi bila Nik Aziz sendiri turut sama bersikap sebagai orang pendendam ia memberi gambaran nilai saksyiah yang murni sudah tidak ada dalam PAS.

Kalaulah orang seperti Nik Aziz boleh bercakap bohong, bermain politik sesama sendiri, apalah lagi pemimpin lain yang cetek dan kewarakannya boleh dipertikaikan serta menerima bulat-bulat politik sekular, apalah hendak diharapkan kepada mereka untuk membawa kebenaran dan kemurnian dalam PAS.

Cara Nik Aziz layan Nasharudin seolah-olah Nashardin seorang ahli biasa PAS dan langsung tidak menghormati kepada kedudukan Nasharudin sebagai timbalan presiden yang dipilih oleh muktamar. Satu masa dia berpegang kepada keputusan muktamar, misalnya mengenai konsensus sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dibuat dalam muktamar di Ipoh tetapi dalam masa lain dia sendiri memungkiri keputusan muktamar. Ada sikap double standard di sini.

Justeru itu kalau sekiranya Nasharudin terus merasa ‘malu mata’ untuk tidak turun ke Manik Urai walaupun Nik Aziz merayu dan mempelawanya janganlah marahkan kepada Nasharudin. Sebagai orang yang ada perasaan, hati, perut dan pedal Nasharudin juga harus membela dirinya sendiri yang sudah dicarik-carikan itu.

Elok juga kalau Nasharudin tidak duduk satu pentas dengan Nik Aziz di Manik Urai. Saya cukup bimbang kalau Nasharudin duduk sepentas nanti ia akan dieksplotasikan oleh orang tertentu untuk terus memburukkannya. Tidak mustahil kalau kehadiran itu kelak akan dipusing menjadi cerita lain pula kononnya Nasharudin yang menangis-nangis meminta untuk turun ke Manik Urai. Dalam politik apa saja boleh berlaku tidak ada apa yang mustahil. Jadi bagi mengelakan kecelakaan berlaku bertimpa-timpa Nasharudin kena bijak mentafsiran pelawaan itu.

Persoalanya apakah bila tiba-tiba PAS Kelantan teringat kepada Nasharudin menandakan PAS ada masalah di Manik Urai? Biasanya kalau manusia sudah sakit dan terhimpit mulalah dia meraban tidak tentu fasal. Waktu inilah baru dia teringat kepada waris waras yang selama ini dijauhinya. Dasar manusia! [d'kota kl 2:15 pm 10/07/09]

NIK AZIZ SUDAH ‘SAWAN’

Posted in MANEK URAI, Nik Aziz, UMNO on July 8, 2009 by Hambali Abd Latiff

Satu pendapat dalam mStar hari ini (8 Julai 2009) bertajuk “Nik Aziz tidak patut buang masa PM” berkata adalah lebih baik sekiranya Dato’ Nik Abdul Aziz dapat mengatur suatu syarahan bagi sekutu PASnya di Kedah berkenaan bagaimana mentadbir negeri Kedah dengan lebih baik.

Selain itu, Nik Aziz juga wajar menasihati mereka untuk membatalkan mana-mana dasar yang tidak menguntungkan semua rakyat Malaysia di Kedah.

Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang menghantar pendapatnya kepda mStar merujuk kepada jemputan yang berterusan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri kita, Dato Seri Najib Razak untuk suatu debat antara mereka.

“Seperti yang diketahui oleh Datuk Nik Abdul Aziz, Perdana Menteri kita sedang menumpu perhatiannya untuk memperkukuhkan ekonomi negara kita dan menjalankan perkara-perkara lain yang akan menguntungkan semua rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, Dato’ Nik Abdul Aziz perlu dengan serta merta berhenti membazirkan masa Perdana Menteri kita dengan perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat Malaysia”, kata Tan.

Saya melihat apa yang cuba ditimbulkan oleh Tan ini manifestasi orang muda Cina yang mahukan supaya PAS memperbetulkan perjalanan dalamannya dahulu sebelum cuba menasihati atau memperbetulkan kepimpinan parti lain, khususnya Barisan Nasional (BN).

Belainan dengan Tan, saya melihat Nik Aziz kini bukan lagi meroyan seperti Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak) tetapi lebih jauh itu ‘sawan’.

Tidak guna menjelaskan kepada beliau apa Najib sedang lakukan kerana dia tidak akan melakukan kerja-kerja memulihkan ekonomi atau memulihkan semangat orang Islam tetapi mengusut dan mengelirukan lagi rakyat, termasuk orang Melayu sendiri dan Islam yang menjadi pegangan 100 peratus orang Melayu di Malaysia.

Sudah jelas lagi bersuluh bahawa apabila kerajaan perpaduan (bukan kerajaan campuran) berjaya dihalang oleh beliau (termasuk menundukkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang), Nik Aziz merasakan dirinya kini berada pada peringkat terlalu tinggi – sama dengan Perdana Menteri.

Nik Aziz lupa bahawa sebagai pemimpin utama negara. Najib boleh berjumpa sesiapa sahaja beliau suka – rakyat biasa atau pemimpin – tetapi selepas memburuk-burukkan kepemimpinan BN, Nik Aziz kembali mahu bersemuka.

Nik Aziz mungkin sudah ‘nyanyuk’ apa yang dikatakannya kepada UMNO sebelum ini dan sedarkah siapa Presiden UMNO yang diburuk-burukkan olehnya.

Kalau Nik Aziz boleh membenci, Najib juga ada hak untuk ‘membenci’ kepada PAS, walaupun tidak semua.

Kita lihat sendiri bagaimana di Manek Urai kelmarin, Hadi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh begitu akrab walaupun memimpin parti masing-masing pada penamaan calon.

Kenapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian. Kenapa benci Nik Aziz kepada UMNO dan Melayu begitu buruk sekali?

Nik Aziz kena tanya ‘apa salah dengan Melayu’ bukan “Melayu ada apa?” seperti yang saya ulas semalam.

Yang pasti, Nik Aziz mungkin kini terasa bahangnya kerana walaupun berjaya menyekat kerajaan perpaduan yang mendapat sokongan lebih 60 peratus perwakilan PAS di muktamarnya sendiri, beliau tetap bertegas dengan pendapatnya berpandukan istiqamah.

Jika demikian dan UMNO itu ‘pengkhianat’, buat apa mahu bertemu Najib.

Bukankah elok kalau bertemu dan bertanya terlebih dahulu – kenapa UMNO mahu berbaik dengan PAS dalam konteks kerajaan perpaduan – daripada mengulangi kebencian yang dikaibatkan oleh ranapnya kerjasama UMNO dan PAS pada 1978?

Bukankah kebencian, dendam kesumat dan syak wasangka itu bercirikan sifat syaitan?

Apakah Nik Aziz masih berpegang kepada falsafahnya ‘boleh bekerjasama dengan syaitan?”

Eloklah kalau Najib tidak layan pemimpin seperti ini.

Baik juga kalau Najib mengusahakan semula perbincangan awal dengan Presiden PAS atau Timbalannya mengenai bagaimana membantu umat Islam yang ketinggalan kerana masalah ekonomi atau tekanan ekonomi dunia yang semakin parah.

Atau bagaimana menjadikan orang Islam lebih bersatu untuk ekonomi sejagat daripada melayan Nik Aziz yang seperti orang kena sawan memaki hamun UMNO dan memperlekehkan orang Melayu.

Tugas ini rasanya lebih berfaedah. Lagipun Nik Aziz jenis ‘keras keng’ dan sukar menerima pandangan orang.

KALAU DIA SEMUA OK…

Posted in Nik Aziz, PAS on June 29, 2009 by Hambali Abd Latiff

Bila Dia Memandai-mandai OK…orang Lain Tidak Boleh!

Itulah perangai Nik Aziz sebenarnya. Kalau orang lain buat perkara seperti itu, sudah pasti ada pula yang akan disuruh keluar PAS, masuk UMNO atau parti lain, asalkan bukan sekutu pakatan pembangkang.

Ternyata kini Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah terasa ‘besar sangat’ dan tidak memerlukan pendapat orang lain dalam PAS.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata beliau tidak dimaklumkan oleh Nik Aziz berhubung cadangannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu Pas dan Umno.

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang, berkata beliau akan menemui Nik Aziz untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Nik Aziz, yang merupakan Mursyidul Am Pas, telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, pula mencadangkan agar debat itu disiarkan secara langsung melalui televisyen untuk menunjukkan amalan demokrasi tetapi Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak bersetuju debat itu diadakan secara terbuka.

Sebaliknya beliau mencadangkan kedua-dua pihak menggunakan platform lebih sesuai iaitu berbincang untuk mencari kesepakatan Islam dan Melayu.

“Saya lebih suka jika diadakan dialog secara tertutup dan berbincang dalam bentuk kumpulan. Kita akan tahu apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di antara kita semua.

“Dialog secara berkumpulan itu lebih berkesan dari cadangan untuk berdebat yang tidak akan membawa manfaat kepada sesiapapun,” katanya.

Bukan sekadar itu sahaja, Nik Aziz mengeluarkan beberapa istilah bahasa Arab yang bahasa Melayunya juga ada. Namun kalau bunyi Arab itu sedap sikit sebab PAS kan ‘Parti Islam’ sementara “UMNO parti…..”. Kena tanya Nik Aziz apa itu UMNO – Ayah Pin atau Komunis’.

Apabila saya mengatakan perlunya muzakarah antara pemimpin PAS dan UMNO peringkat tertinggi pada posting saya semalam, saya terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar, betajuk “Muzakarah, Muqabalah dan Terbaru Mujadalah… Semua Tak Jadilah” mengemukakan pendapat berikut:

“Bahasa Arab atau istilah pertama untuk mendamaikan Umno dengan Pas yang yang didengari sejak lama dulu ialah perkataan MUZAKARAH. Muzakarah ini dicadang oleh pihak Pas. Maksud muzakarah ialah berbincang ataupun berunding dengan Umno bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti itu untuk kebaikan negara dan rakyat.

Muzakarah ini bermakna duduk berbincang dengan waras, berunding dengan penuh berhemah, terbuka dan penuh semangat ukhwah Islamiyah. Natijah daripada itu akhirnya membuat rumusan bagaimana mencapai jalan penyelesaian untuk kesejahteraan umat dan keamanan negara.

Paling baru istilah muzakarah ini keluar atau menjadi sebutan umum selepas pilihan raya umum ke-13 lalu apabila beberapa pemimpin Pas telah ‘bermuzakarah’ secara sulit dengan pemimpin Umno untuk mengatasi kemelut politik yang dihadapi kedua parti itu kesan pilihan raya umum lalu yang dikatakan mencemaskan!

Malangnya idea itu tidak jadi, dan pemimpin yang bercadang mengadakan muzakarah itu dimarahi dan dituduh dengan pelbagai tuduhan kononnya gilakan pangkat, membelakangkan ahli dan sebagainya. Sebahagian pemimpin Pas yang lain menentang idea berkenaan. Tentangan itu turut melibatkan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap pemimpin bertaraf ulama tertinggi dalam parti itu.

Mulanya Nik Aziz tidak setuju dengan cadangan atas nama muzakarah itu. Beliau lalu mencadangkan supaya Pas tidak mengadakan muzakarah, tetapi hendaklah mengadakan MUQABALAH dengan Umno. Muqabalah juga bemaksud hampir sama denga muzakarah tetapi bezanya ia dibuat tanpa ada syarat dan tanpa ada rumusan atau kata sepakat. Dalam bahasa Melayu berbincang secara lisan saja tanpa ada apa-apa komitment.

Orang sudah faham bila Nik Aziz menukar istilah atau term itu bermakna beliau tidak bersetuju dengan menentang cadangan agar Pas berbaik dan berbincang dengan Umno. Ternyata akhirnya bukan saja muzakarah tidak disetujui, muqabalah juga akhirnya tidak disukai.

Maka tertinggallah dua istilah itu MUZAKRAH dan MUQABALAH dalam karung geram buruk yang kemudian dicampak ke laut!

Dan hari ini terkeluar satu lagi perbendaharan baru berbahasa Arab, MUJADALAH. Ianya disebut dan dicadang oleh Nik Aziz. Mujadalah ertinya berdebat atau dalam bahasa mudah berbalas menggunakan ‘keng’ di tempat terbuka. Kalau ikut hati si pencadang itu mahu diadakan dalam televisyen.

Perkataan atau istilah itu diterbitkan apabila Nik Aziz mengajak untuk bermujadalah dengan Najib Razak selalu presiden Umno. Tujuannya sama bagi menyelesaikan kemelut Pas – Umno yang berlarutan sejak tahun 50-an dulu.

Menurut Nik Aziz mujadalah diajar oleh para Nabi dan bukan pandai-pandainya. Katanya Nabi ajar agar berdepan dengan musuh secara bersemuka. Ia bukan baru. Beliau mendomankan kepada Musa yang berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim dengan Namrud dan Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Bagi orang yang faham tektikal politik dan arif dengan sepak terang politik Menteri Besar Kelantan itu tahu ke mana dan mengapa beliau tidak semena-mena ingin berdebat pula dengan Najib.

Apa yang menimbulkan kemusyilan di sini berhubung kata-kata Nik Aziz itu apakah para Nabi tidak mengajar ummahnya berbincang dan berunding secara baik jika berhadapan dengan masalah. Apakah Nabi tidak menganjurkan supaya bermuzakarah atau bermuqabalah? Dan kalau Nabi juga ada menganjurkan begitu kenapa mujadalah yang menjadi pilihan?”

Selepas membaca apa yang dikatakan oleh Sayuti itu, saya semakin faham dengan sikap Nik Aziz.

Ini kerana saya tahu Sayuti memahami dan mengkaji sikap Nik Aziz sejak sekian lama, sebelum pun pemimpin PAS seperti Datuk Husam Musa rapat dengan Nik Aziz.

Ertinya, bagi Nik Aziz kalau terkeluar daripada mulutnya mengenai sesuatu keputusan untuk PAS, ia adalah dasar PAS tetapi kalau daripada orang lain, kalaupun ia dibahas atau dimaklumkan pada Muktamar PAS, ia bukan dasar PAS tetapi pendapat peribadi.

Apakah ajakan Nik Aziz untuk berdebat dengan Perdana Menteri pendapat peribadi atau parti PAS?

Kalau pendapat peribadi, tidak usah layan kerana Perdana Menteri tidak layak melayan kepentingan peribadi.

Kalau ia keputusan parti kenapa Hadi tidak diberitahu. Dalam keadaan ini Najib juga tidak perlu melayannya kerana ia belum dibincangkan di peringkat parti itu, nanti jadi keputusan peribadi sahaja.

Macam kerajaan perpaduan, nanti oleh kerana ia bukan keputusan parti, UMNO dikatakan ‘tergila-gila cuba memujuk PAS’.

Kepada yang menyokong debat, seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pemuda PAS dan Sallehudin, tunggu dulu.

Jangan mendahului keputusan PAS nanti jadi ‘lebih sudu daripada kuah’.

KENAPA DEBAT BUKAN MUZAKARAH WAHAI ‘TOK GURU’?

Posted in Anwar, Najib, Nik Aziz on June 28, 2009 by Hambali Abd Latiff

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu dan sekarang jauh berbeza.

Kini beliau semakin terikut-ikut dengan perangai Anwar Ibrahim yang memang suka berdebat.

Jelas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam cukup gembira apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri.

Ia untuk mencari jalan penyelesaian politik kepada kemelut kedua-dua parti.

Anwar memang jenis ‘keras keng’ (kata orang Kelantan) dan itulah senjatanya paling berbisanya sejak menyertai UMNO dan kini Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar bijak spin dan menggunakan segala ‘kepakarannya memujuk rakyat’ kononnya untuk menegakkan kebenaran. Namun persoalannya, apakah kebenaran beliau itu adalah kebenaran yang sebenarnya?

Tidak hairan apabila Anwar menyambut baik cadangan Nik Aziz untuk berdebat dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut politik kedua-dua parti.

“Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz),” katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang ingin mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Apa untungnya debat? Menang debat boleh jadi Perdana Menteri atau bentuk kerajaan?

Menghairan sekali kerana selama ini apabila UMNO mengajak PAS berbincang atau mencari sesuatu jalan penyelesaian, PAS akan mencadangkan muzakarah.

Tetapi kali ini apabila PAS khususnya Nik Aziz sendiri mengajak penyelesaian, dicadangkankan oleh mereka debat.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Tidak dipastikan apakah debat boleh mengatasi masalah, bak kata bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, adalah baik supaya PAS dan Umno supaya menyelesaikan kemelut antara dua parti itu secara perbincangan dan bukan berdebat secara terbuka.

Beliau berkata, pendekatan berdebat itu tidak akan membawa keduadua parti itu ke manamana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.

“Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih baik keduadua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di kalangan orang Melayu.

“Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan perselisihan faham dan menyebabkan Umno dan Pas bercanggah pendapat dan pendirian,” katanya di Kepala Batas.

Abdulah berkata, Pas dan Umno harus mewujudkan perpaduan demi masa depan Melayu dan agama Islam tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh berbeza pendapat dan pandangan.

“Apa yang penting ialah mencari jalan penyelesaian berhubung isu Melayu dan agama Islam dan tidak bergaduh tentang perkara ini lagi,” katanya.

Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdebatan antara UMNO dan PAS tidak akan membawa sebarang faedah malah beliau menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.

Dr Mahathir berkata debat di Malaysia tidak sama dengan debat pemilihan presiden Amerika Syarikat yang banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

“Perdebatan itu hanya membuang masa dan sebagai hiburan semata-mata,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, wakil rakyat dipilih bukan untuk menghiburkan rakyat dengan perdebatan yang tidak memberi makna.

Melihat kepada telatah Nik Aziz dan Anwar ini jelas sekali mereka jauh terpesong dalam mencari kesepakatan dan penyelesaian.

Yang mereka mahu ialah ‘untung politik’ semata-mata dan mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah juara.

Apakah dengan menjadi juara mereka mampu membawa kebaikan dalam konteks pentadbiran dan kerajaan?

Rekod Nik Aziz dan Anwar tidak secemerlang mana dalam kedua-dua bidang berkenaan dan baik juga jika Najib tidak usah layan mereka berdua itu.

Membuang masa dan tidak ada maknanya!

ORANG PAS PUN AKAN ADA YANG KECEWA

Posted in MANEK URAI, Nik Aziz, PAS on June 26, 2009 by Hambali Abd Latiff

Apabila spin Harakahdaily keterlaluan. Paku Dulang, Paku Serpih, mengata orang dia yang lebih.
Kononnya ada kalangan pemimpin UMNO yang kecewa di Manek Urai. UMNO sahaja, PAS tidak?

Menurut Harakahdaily semalam, biar pun PAS akan mengumumkan nama calon bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam ini, namun Umno masih lagi berteka teki.

Katanya, keadaan nampak bercelaru apabila Datuk Seri Najib Razak seakan-akan belum pasti bila calon Umno akan diumumkan.

Perdana Menteri sekadar menyebut hari Ahad ini, namun ia tidak lebih sebagai satu kemungkinan sahaja.

Harakahdaily menyebut, Presiden Umno juga seperti berlepas tangan apabila pengumuman calon tersebut hanya diwakilkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata Harakahdaily, ini memperlihatkan Umno tidak yakin untuk membawa cabaran di Dun Manek Urai, biarpun menguar-uarkan mampu merampas Dun terbabit, kata laporan Harakahdaily itu.

Jika demikian di pihak UMNO, bagaimana pula dengan berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam berbunyi, ada tiga nama yang disebut-sebut menjadi calon PAS di Manek Urai.

Mereka ialah bendahari PAS kawasan Fauzi Abdullah, setiausahanya Mohamad Harun dan bekas calon pada pilihanraya umum 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim.

Yang menariknya mesyuarat PAS Kuala Krai terpaksa dibatalkan walaupun mesyuarat itu dirancangkan untuk mencadangkan nama baru.

Bukankah sebelum ini nama Fauzi Abdullah sudah ditonjolkan? Kenapa tidak jadi pula?
Jelas, pandangan pihak bawahan tidak akan didengar kerana PAS Kelantan sudah menetapkan calon untuk bertanding di DUN Manek Urai.

Dengan kata lain keputusan parti di peringkat negeri dibuat setelah mengambil kira senarai calon yang dikemukakan hasil mesyuarat jawatankuasa kawasan tersebut, sebelum ini.

Seorang pemimpin kawasan, yang enggan dikenali, berkata PAS kawasan Kuala Krai ada memberikan pandangan mengenai calon PAS berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapa yang dipilih. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan akan mengumumkan nama calon parti di Markas PAS Kg Manek Urai Lama, 9 malam ini.

Laporan Harakahdaily selanjutnya menyebut di tengah-tengah kekalutan itu pula kedengaran nada kecewa diluahkan beberapa pemimpin Umno kerana mereka seperti dipinggirkan.

Antaranya, bekas Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Zulkefli Omar yang juga bekas Adun Manek Urai pada penggal lalu.

Harakahdaily difahamkan beliau tidak lagi turun berkempen sebagaimana sebelum ini memandangkan namanya telah dicicirkan Umno Kelantan.

Sedangkan beliau dikatakan sudah lama keluar masuk kampung sebaik sahaja mendengar berita Haji Ismail Yaakob (Paksu Wil) terlantar sakit.

Nama Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zuki di kalangan masyarakat dikatakan sudah tercicir, biar pun ada pengalaman untuk mewakili Umno pada pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Pertanyaan ialah pernahkah PAS atau Harakahdaily memeriksa rekod perkhidmatan Zuki dan kenapa beliau kalah?

Manakala di Laloh di kalangan penyokong Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid juga sudah kedengaran rasa kecewa apabila nama Kak Ani dicicirkan dari awal lagi.

Seorang penduduk memberitahu kemungkinan besar penyokong Kak Ani tidak akan bekerja membantu kempen Umno pada pilihan raya itu kerana Perhubungan Umno Kelantan mengenepikan Kak Ani.

Sedangkan katanya, Kak Ani seorang pemimpin tempatan yang mempunyai pengalaman luas di Manek Urai memandangkan terbabit dengan Umno sejak muda lagi.

Situasi yang sama juga dikatakan berlaku di Manek Urai Lama, tempat Kak Ani tinggal. Penyokong dan keluarganya dikatakan tidak lagi agresif berkempen.

Harakahdaily yang memerik seorang penduduk memberitahu Umno Kelantan hanya mahu memberi peluang kepada bukan anak tempatan bertanding di Manek Urai seperti berlaku pada 2004 apabila Zuki yang tinggal di Kuala Krai bertanding di Dun berkenaan.

Antaranya pemimpin bukan tempatan yang cuba diketengahkan di Manek Urai iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dan bekas Adun Mengkebang, Azizuddin Hussien.

Manakala anak tempatan yang difahamkan mendapat sokongan padu Ketua Bahagian Kuala Krai, Dato’ Ramzi Abdul Rahman iaitu naib ketua bahagian, Che Jalal Muda.
Che Jalal tinggal berhampiran Pejabat Perhutanan di Manek Urai Baru.
Namun beliau difahamkan kurang menjadi pilihan kepada Perhubungan Umno Negeri yang lebih cenderong kepada Tuan Aziz, yang kini berkhidmat sebagai pegawai Kesedar.

Jadi apa bezanya dengan PAS apabila PAS Negeri yang akan menentukan calonnya? PAS buat boleh, dan jika benar UMNO Perhubungan tentukan, apakah tindakan ini salah?

Selepas diselidiki blog pro-BN, tidak ada pun yang spin seperti dibuat oleh Harakahdaily yang sepatutnya memperkatakan soal-soal kebenaran dan tidak cuba melaga-lagakan orang UMNO.

Mungkin fungsi Harakahdaily kini bukan sekadar melaporkan yang benar belaka tetapi beralih kepada bentuk spin, ramalan dan juga tugas baru ‘melaga-lagakan pemimpin dan ahli UMNO’ kerana mereka mungkin percaya melalui cara itu UMNO atau BN mudah ditewaskan!

KE MANA BERAKHIRNYA PAS?

Posted in Husam, Nik Aziz, PAS on June 18, 2009 by Hambali Abd Latiff

Beranikah kita katakan “tidak ada apa berlaku dengan PAS’?

PAS OK..yang tidak OK cuma orang UMNO kerana mahu bebaik-baik dan berpakat dengan orang PAS.

Atau yang tidak OK ialah orang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana bimbang PAS ‘berlembut’ dengan UMNO dan cita-cita menubuhkan kerajaan pembangkang akan tergencat.

Atau yang tidak OK cuma Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa kerana menentang kerajaan perpaduan (UG).

Yang pasti, sekarang semua dah berkecamuk dalam PAS. Bukan sahaja Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Mustapa Ali diherdik, dipersenda dan diburuk-burukkan.

Lebih teruk, Nik Aziz dan sekutunya Husam turut menerima padah. Bilakah akan berakhirnya kata-mengata antara pemimpin PAS ini?

Kini ada PAS Kelantan dan PAS Terengganu. Juga ada PAS yang boleh pergi kempen ke Manek Urai dan PAS yang dilarang masuk ke Manek Urai. Yang disapproved sahaja boleh datang ke Manek Urai.

Mungkin kerana PAS tidak OK, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia satu isu yang besar.

“Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja…kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas. Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan,” katanya.

“Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. InsyaAllah, selepas diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu,” kata Harun, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Apa yang berlaku dalam PAS bukan sekadar desakan Mursyidul Am PAS supaya Nasharuddin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, tetapi Nasharuddin menerima tekanan lebih jauh.

Ada beberapa blog proPAS, mengatakan Nasharuddin lebih ‘gembira’ tidur di katil empuk di hotel daripada melawat kawasan parlimennya – Bachok.

Malah, ada blog mengatakan Timbalan Presiden PAS itu tidak gemar turun ke kawasannya.
Ada juga yang mengatakan Nasharuddin lebih baik kosongkan sahaja kerusi yang dimenanginya.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau memang terkejut dengan kenyataan yang agak keras oleh Nik Aziz terhadap Nasharuddin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap ianya adalah satu permulaan perpecahan parti.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula berkata, mengikut tradisi parti, perkara sedemikian akan diputuskan pada mesyuarat parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Taib Azamuddin Md Taib pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara tersebut.

Tempias kemarahan terhadap Nasharuddin juga terkena kepada Abdul Hadi apabila penulis Azizi Abdullah mengatakan “Tuan Guru Haji Hadi dilihat sekarang sebagai Presiden yang tidak mempunyai kekuatan politik tetapi hanya berilmu tinggi dalam hal agama. Maka kerana itu beliau sudah diperalat dengan golongan cerdik pandai, yang kononnya dihebuh sekarang sebagai profesional, cerdik pandai. Dengar khabar, kerana angkara ini Pas mungkin mengadakan Muktamar Khas. Bayangkan kerana karenah seorang dua ini seluruh jemaah jadi bercelaru.”

Kata Azizi lagi, kita selalu membuat ukuran dalam politik mestilah ulama maka atas nama ini ditekanlah pula mesti kena walak. Walhal berapa ramai pemimpin yang tidak ulama, tidak Islam yang melakukan kerja politiknya lebih dari ulama.

Kerana itu Azizi berpendapat, jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin ( bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana Menteri? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?

Ini contoh yang marah kepada Abdul Hadi, Nasharuddin dan Mustafa.

Bagaimana pula dengan yang marah kepada Nik Aziz dan Husam?

Blog Lawi Ayam (http://lawi-ayam.blogspot.com) bertanya, apakah Nik Aziz berang kerana kerajaan perpaduan atau anak didiknya – Datuk Husam Musa kalah pada pemilihan parti baru-baru ini?

Apakah Nik Aziz jenis yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa majoriti perwakilan PAS tidak dapat menerima Husam?

Kenapa tidak tanya Mohd Sayuti Omar kenapa Husam kalah. Jangan tanya penyokong atau pengampu Husam untuk tahu sebab sebenar.

Atau juga Nik Aziz merasakan pengaruhnya dalam PAS semakin mengecil?

Atau juga Nik Aziz merasakan dia sudah hilang pengaruh kerana sokongan kuat kepada kem Datuk Seri Abdul Hadi Awang + Nasharuddin + Datuk Mustapa Ali?

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan Nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan PAS dan menegaskan bahawa kerajaan perpaduan adalah boneka UMNO.

Ramli Abdul Halim (Kapak Jangak) berkata, macam mana seorang yang menang jawatan tanpa tentangan dan orangnya yang menang dalam pertandingan mahu dinyahkan dari parti dan kerusi Ahli Parlimen oleh orang yang hanya dapat satu pencalonan untuk menentang presiden dan calon-calon yang pronya semuanya kalah, boleh mahu jadi lebih berkuasa.

Katanya: “Teori dan undang-undang rimba mana yang mahu dipakai. Nak pongoh, nak bengken bukan tak boleh, nak tunjuk ek’oh pun bukan tak boleh tetapi biarlah pongoh, bengkeng dan ek’oh sakan hanelah kita biar profesional dan bersesuaian dengan keadaan dan ketika. Agaknya Mohamad Nizar Jamaluddin yang menampakkan ciri-ciri kurang bertamadun pun kerana menteladani tokoh dari Kelantan yang disangka ‘BEGHES BELAKA’ kerana lebih berpengalaman dalam membentuk kerajaan dan memulihara kemenangan tetapi hakikatnya adalah ‘REBEH’ dan kualitinya semakin EXPIRED.”

Bermula dengan ALLAH PUN MENCARUT, TUHAN PUN SAMSENG, SANGGUP BEKERJSAMA DENGAN SYAITAN membawa kepada isu KERAJAAN PERPADUAN, nampak ada bibit-bibit kesongsangan bagi destinasi politik Tok Guru sehingga boleh berlaku percanggahan secara terbuka antara beliau dan Presiden dan kalangan yang sealiran pemikiran politiknya, kata Ramli

“Saya tidak dapat meramalkan KUASA KERAMAT apa yang beliau ada bagi memulihkan kembali retak menunggu belah PAS gara-gara penentangan dan prejudis mengkkhizir butanya terhadap gagasan kerajaan perpaduan yang seolah-olah kerajaan perpaduan itu lebih bahaya dari peluru berpandu atau bom pintar berangkai.”

Mohd Sayuti Omar (MSO) yang selama ini dianggap rapat dengan Nik Aziz turut terkejut beruk kerana menurutnya, “…ia satu kenyataan yang kurang manis dan sungguh malang sekali yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tua bertaraf separuh wali berjawatan Mursyidul Am Pas. Kenyataan begitu sangat beremosi. Cara itu ialah tidak bijaksana dan berhemah sama sekali dan ‘berkadas’ dengan usianya. Mengenang aksi Tok Guruku itu lakunya tidak ubah seperti tindakan seorang bapak menghalau anaknya keluar rumah kerana anaknya dikatakan nak bernikah dengan gadis yang tidak disukainya. Tindakan itu selalunya dilakukan oleh orang-orang zaman dulu yang kurang ilmu diplomasi dan rendah pula ilmu siasahnya.”

Menurut Sayuti: “ Nik Aziz nampak langsung tidak menghormati kepada perwakilan Pas yang memberi mandat kepada Nasharudin dalam muktamar lalu…Media juga melaporkan Tok Guruku itu sebagai berkata, Pas Kelantan kesal kerana beri peluang kepada Nasharudin bertanding di Bachok dan menganggap Nasharudin sebagai sampah yang menyusahkan. Kenapa begitu sekali? Apakah tidak ada tindakan lain yang lebih lunak yang boleh dilakukan Nik Aziz selain meluahkan kata-kata itu?”

Katanya lagi: “…kalau Nik Aziz panggil Nasharudin dan minta supaya dia serahkan jawatan timbalan presiden PAS kepada orang baju petak-petak merah, Nasharudin akan akur. Siapalah Nasharudin hendak menderhaka kepada Tok Guru. Tetapi kenapa Nik Aziz tidak berbuat begitu? Kenapa menyimpan marah dalam sekam? Walaupun beliau mengatakan kemarahan itu tidak ada kena mengena dengan kekalahan anak ayam didiknya itu, tetapi seluruh orang tahu. Itik ayam pun tahu apa yang berlaku.”

Sayuti member amaran, dalam posting sebelum ini saya sudah berikan ingatan, jangan sampai Pas ada dua mazhab- “Mahzab Haji Hadi” dan “Mazhab Nik Aziz”. Nampaknya apa yang saya bimbangkan itu sudah nak menjadi. Benih sudah mulai nak tumbuh.

Kerana itu Sayuti mengajak ahli dan penyokong PAS supaya ramai-ramailah solat hajat minta selamatkan PAS. “Berdoa dan bermunajatlah. Sebab kalau tidak kena gaya Pas mungkin akan berpecah dua. Mungkin satu lagi parti baru serpihan dari Pas akan wujud!”

Selanjutnya Sayuti dengan beraninya menyebut: “Dan sekiranya difikirkan perlu, boleh dipertimbangkan permintaan Mursyidul Am Pas itu. Iya kalau orang sudah tidak sukakan kita, tunggu apa lagi. Sekiranya saya jadi Nasharudin saya akan serahkan surat mengosongkan kerusi parlimen Bachok kepada Nik Aziz. Sedarlah diri kita hanya menumpang belas kasihan di bumi orang. Nasharudin hanya dagang Pak Malau! Bila orang benci maka kita kena tahu bila masa kita perlu keluar dari rumah itu… semua orang memukul dan mengodam kita. Kerusi timbalan presiden mungkin tidak perlu dikosongkan kerana kerusi itu ditentukan oleh ahli Pas. Apa yang perlu diingat kuasa memilih dalam parti antara ahli biasa di cawangan Kampung Tok Naga, Kuala Terengganu sama saja dengan undi seorang Mursyidul Am Pas.”

Persoalan sekarang ialah, apakah Muktamar Khas boleh menyelesaikan ‘perang ini’? Bagaimana sekiranya ‘Mazhab Nik Aziz’ terus menyerang.

Apakah mazhab itu akan termakan umpan Azizi yang mengatakan “kerana karenah seorang dua ini seluruh jemaah jadi bercelaru” dan serangan tidak akan berhenti kerana ‘Mazhab Haji Hadi’ pun kuat juga.

Bagaimana jikaNasharuddin membuat keputusan ‘gila habis’ dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok?

Atau kalau susah sangat, serahkan juga jawatan itu kepada Husam – habis cerita!

RASUAH BUKAN BARU BAGI PAS

Posted in Nik Aziz, PAS, UMNO on May 20, 2009 by Hambali Abd Latiff

Saya seronok baca mengenai rasuah dalam PAS.

Selama ini pemimpin PAS berkokok tidak henti-henti bahawa pemilihan UMNO penuh dengan rasuah.

Tetapi PAS sendiri bukan sahaja bergelumang dengan rasuah tetapi juga menggalakkan rasuah.

Yang nyata, Musyridul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku rasuah ataupun politik wang semasa berlangsung pemilihan peringkat kawasan bulan lepas. Beliau tidak menolak mentah-mentah dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama, Mohamed Daud Iraqi.

Nik Aziz juga tidak dapat menentukan apakah Mat Iraq memberi nasihat ataupun beliau (Mat Iraqi) ada bukti bila menuduh berlaku rasuah dalam pemilihan PAS.

Saya ingin penjenguk fikir satu perkara sebelum menilai tulisan saudara Mohd Sayuti Omar bertajuk “Jangan Sembunyi Rasuah Bawah Kupiah “Celoteh Murai 45” melalui blognya untuk renungan bersama. Saya perturunkan beberapa para untuk tetapan.

Hakikatnya PAS sudah lama bergelumang dengan RASUAH SECARA TERANG-TERANGAN.

Bukan sekadar menawarkan ‘syurga’ dan perkara-perkara Islam sahaja.

Ambil sahaja fatwa Nik Aziz “Beri duit ambil, beri kain pakai, beri gula kacau, bila mengundi pangkah bulan. …”

Kata-kata ini merujuk kepada kononnya ‘rasuah UMNO dan Barisan Nasional (BN)’ kepada pengundi pada musim pilihan raya.

Pokoknya – jika DUIT, KAIN, KOPI, GULA bersifat rasuah, apakah wajar pengundi PAS (sudah pasti Islam) mengambilnya? Apakah agama Islam menggalakkan orang Islam pejam mata mengambil apa sahaja bentuk pemberian berunsur rasuah.

Tidakkah PAS menganggap wang, kain dan minuman itu rasuah? Kenapa kepada penyokong dan pengikut PAS ‘pemberian UMNO dan BN itu halal’ dan kepada penyokong UMNO dan BN haram?

Setahu saya rasuah berlaku apabila ada orang memberi dan menerima. Dia bukan di pihak pemberi sahaja. Malah lebih buruk, apabila Nik Aziz berfatwa ‘menghalalkan orang PAS menerima rasuah, walaupun wang, kain, kopi dan gula’.

Jadi tidak hairan kalau dalam pemilihan parti, ada perbuatan rasuah dilakukan dan cita-cita untuk menang dalam pemilihan tetap tinggi, kalaupun pemimpin PAS mendakwa merekalah benar-benar Islam.

Jadi jom kita tinjau apa kata Sayuti:

1. Mat Iraq tidak dikenakan apa-apa tindakan. Kalau benar tidak ada rasuah dalam PAS kenapa Mat Iraq tidak dikenakan tindakan disiplin? Apakah PAS memberi amaran kepada Mat Iraq? Kalau amaran kenapa pula tidak disebut ia diberikan amaran? Logik dan adilnya kalau dah buat fitnah, hukum saja jangan taruh dan simpan lagi. Pas tentu arif mengenai bahaya fitnah dan kata-kata Rasulullah mengenai anaknya Fatimah! Apakah PAS juga mengamalkan tindakan double standard macam parti cap keris itu?

2. Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) cuba menyembunyikan isu rasuah atau politik wang di bawah kupiah kerana nak jaga maruah parti. Tentu Hadi tahu apa hukumnya hipokrit dan munafik serta persoalan di Mahsyar kelak. Kalau Hadi juga berbuat begitu bermakna Hadi juga mengamalkan politik tusuk punca dalam kain?

3. Murai cukup benci kalau orang bercakap; berkatalah yang benar walaupun pahit, tetapi bila kena gilirannya sendiri yang pahit tidak mahu dikatakan dan hanya suka mengatakan yang manis-manis sahaja. Keputusan yang Pas ambil berhubung dengan rasuah itu menjelaskan bagaimana wibawa para ulama dalam PAS itu sendiri!

Sebenarnya bagi PAS, memang dia pandai menutup kelemahan parti dan pemimpinnya.

PAS berbeza dengan UMNO bukan dalam konteks Islamnya tetapi cara pemimpin utama PAS menutup dosa dan kelemahan pemimpinnya.

Saya bersetuju dengan Sayuti kalau beliau mengandaikan PAS menutup perbuatan rasuah dengan kopiahnya.

Bukan ini kali pertama PAS menutup kelemahan pemimpinnya. Ada beberapa kes rasuah lain PAS selindungkan, termasuk rasuah dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

PAS juga bijak menutup malu parti dan pemimpinnya. Lihatlah berapa banyak kes khalwat dan ‘main dengan bini’ orang PAS boleh tutup rapat-rapat.

Inilah sahaja kelebihan pemimpin dan ahli PAS. Pemimpin tutup kesilapan dan ahli menerima dan kunci mulut. ‘Tidak baik memperkatakan dan menyebarkan aib orang lain”

Tetapi UMNO, pemimpin dan hali tidak reti tutup atau lindungi salah laku pemimpinnya.

Pemimpin buka mulut seluas-luasnya kalau ada perbuatan rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO jadi tukang karut yang menjaja ke seluruh negara. “Lebih banyak dedah, walaupun aib, lebih seronok”.

Lihat sahaja isu rasuah dalam pemilihan parti UMNO yang lalu. Yang dipanggil dan didakwa beratus-ratus. Belum tentu salah sudah nampak bersalah.

Yang kena tindakan seorang dua tetapi hebohnya sampai satu dunia.

Lebih memburukkan keadaan yang tidak didakwa ada beratus-ratus dan selepas pemilihan, Jawatankuasa Disiplin pun tidak berfungsi dan UMNO dilihat parti yang mengamalkan rasuah.

Sewajarnya kalau mahu nampak bersih, bicara dan dakwa dan bagi yang bersih, umumkan nama mereka sebagai ‘bersih daripada rasuah’, bukan longgokkan dengan yang memang sewajarnya didakwa.

Akhirnya, kononnya mahu dilihat bersih dan bersedia menjadi telus – UMNO dilihat parti kotor dan rasuah sedangkan PAS parti bersih dan Islam.

Tiba pilihan raya UMNO yang telus putih mata dan PAS yang menutup dosa dan kejahatan di bawah kopiah di lihat bersih dan disokong oleh rakyat yang dibutakan mata melalui fatwa – termasuk fatwa Nik Aziz mengenai duit, wang, kopi dan gula.

NIK AZIZ – ASAL UMNO/BN TIDAK MAHU

Posted in Anwar, bubar, Nik Aziz, perak on May 17, 2009 by Hambali Abd Latiff

Tidak apa dengan DAP atau PKR. Jangan dengan UMNO.
Entahlah apa dah jadi dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Asalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) beliau tidak setuju. Dengan PKR, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP boleh saja!
Bagi Nik Aziz , UMNO penipu hangit.
Semalam, beliau tidak tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan BN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.
Jelas bagi Nik Aziz, beliau tidak percaya dengan perbincangan kerana “Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,” katanya di Kota Bharu
Bincang dan dengarlah dulu cadangan daripada orang lain.

Mentang-mentang bergelar Tok Guru, Nik Aziz main veto sahaja pandangan orang lain.
Nik Aziz mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.
Sebelum ini Nik Aziz menegaskanpendiriannya untuk menolak pembentukkan kerajaan perpaduan dengan UMNO walaupun ia menjadi topik hangat menjelang muktamar agung parti itu, Jun ini.

Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak percaya bahawa UMNO benar-benar ikhlas untuk bekerjasama dengan Pas.

Dengan jelas lagi terang beliau berkata: “Tidak boleh, saya dengan UMNO, saya tidak percaya keikhlasan dia (UMNO) sebab dia telah tipu Pas masa dulu. Disebabkan itu, Pas telah berpecah kepada tiga ada yang sokong dan saya tergolong dalam orang yang menyokong masuk Barisan Nasional (BN), ada pula yang menjadi Hamim dan Berjasa.

“Apa jaminan mereka tidak akan ‘tendang’ kita lagi, bila kami ‘ditendang’ dulu, kami cuma jadi orang yang tolak kereta buruk UMNO, bila hidup kami ditinggalkan ‘makan asap dan selut’ dia,” katanya pada sidang akhbar pada 13 Mei lalu.

Sebelum ini akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu diketengahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mac lalu, bagaimanapun ia ditentang oleh banyak pihak termasuk, Nik Abdul Aziz.

Pada bulan lepas, Abdul Hadi menarik balik cadangan tersebut dengan alasan kepimpinan negara telah bertukar dan pihaknya perlu melihat perkembangan terbaru sebelum ia diteruskan semula.
Isu pembentukan kerajaan perpaduan juga menjadi polemik berpanjangan menjelang pemilihan parti itu yang mana golongan pro-Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, manakala golongan konservatif dilihat lebih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Jelas pendirian Nik Aziz sama saja dengan ‘anak didiknya’ Datuk Husam Musa yang sanggup menemui Tengku Razaleigh Hamzah.

Malaysiakini menyebut, Naib Presiden PAS, itu mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Yang pasti kini bagi Nik Aziz dan Husam, apa saja atas nama UMNO dan BN mereka akan menolaknya.

Alasannya bukan kerana UMNO dan BN tetapi kerana Anwar.
Husam sudah mengaku dia kawan Anwar dan apa lagi mahu dikata? Ini kerana melalui kerajaan perpaduan, Anwar tidak mungkin jadi Perdana Menteri.

Dan sebagai orang kuat Anwar, Husam tidak akan berkompromi dengan UMNO dan BN, malah suara Husam sebenarnya adalah suara bapa politik yang mendidiknya – Nik Abdul Aziz Nik Mat.

HADI TIDAK BERKUASA DALAM PAS

Posted in hadi, Nik Aziz, PAS on March 21, 2009 by Hambali Abd Latiff

(Isu Sabtu)

Jelas sudah bahawa perpecahan dalam PAS mengenai isu bekerjasama dalam konteks kerajaan campuran UMNO/BN-PAS menyerlah.

Juga jelas, selagi ada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ia tidak akan berlaku.

Dengan kata lain, perpaduan umat Islam UMNO-PAS tidak akan berlaku selagi Nik Aziz ada dalam PAS.

Ini kerana PAS bukan diterajui oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi oleh Nik Aziz.

Musyridul Am PAS itu sudah menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal dalam kepimpinan parti itu.

Beliau turut mengingatkan presidennya, Hadi, agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS.

Nik Aziz mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada Muktamar Agung PAS di Ipoh tahun lalu.
“Saya Mursyidul Am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak,” katanya.

Baginya, jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.

Kenyataan Nik Aziz ini membuktikan PAS ‘rigid’ dengan sebarang keputusan muktamarnya dan tidak akan mengubahnya biarpun keadaan berubah.

Kalaupun perpaduan umat Islam memerlukan tindakan segera, PAS tidak akan melakukannya jika muktamar berbuat demikian.

Demokrasi? Ya tetapi tidak mengikut keperluan semasa!

Kenyataan bahawa beliau sedia berbincang dengan Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan BN hanya untuk menyedapkan hati sahaja.

“Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAs) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu,” katanya.

Itulah sikap keras dan tidak mahu bertolak ansur Nik Aziz.

Beliau berpendirian sedemikian mungkin kerana serik dan menganggap ditipu oleh BN ketika wujudnya kerjasama antara UMNO-PAS di Kelantan pada 1974 hingga 1978.

Namun, bagi saya ada perkara lain sebenarnya kenapa Nik Aziz bersikap demikian.
Saya tidak melihat kenyataan Nik Aziz sebagai kenyataan daripadanya semata-mata.

Ada orang di belakang Nik Aziz yang tidak mahu wujud kerajaan campuran. Ini kerana kalau ada kerajaan campuran orang yang menyokong Anwar Ibrahim akan kehilangan segala-galanya.

Orang ini berharap sangat akan menjadi Menteri Besar dan kalaupun tidak ‘memerintah Kelantan’, beliau amat teruja dengan Anwar dan mempunyai keyakinan penuh bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menjadi Perdana Menteri.

Apa lagi dengan serangan bertalu-talu terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak sekarang, beliau semakin ‘meroyan’.

Kegilaannya untuk menjadi menteri di bawah kerajaan pakatan pembangkang begitu menyerlah apabila orang ini asyik ‘ikut bontot’ Anwar, malah menjamin Anwar menang di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil sebelum ini.

Dengan kenyataan Nik Aziz beliau nakhoda, jelas Nik Aziz akan mempertahankan orang ini untuk menjamin beliau akan meningkat .

Tanda-tanya jelas bahawa jika Hadi ‘gagal memimpin PAS dengan baik’, orang yang dipersiapkan oleh Nik Aziz ini mungkin ‘melanggar Hadi’ pada pemilihan PAS Julai depan.

Kita tunggu dan saksikan bagaimana pertelingkahan Nik Aziz-Hadi ini dipenghujungnya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.