JIKA BERASAS KENAPA TAKUT?

Buktikanlah pada sidang inkues jika benar pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand tidak mendedahkan atau membocorkan laporan bedah siasat kedua.

Juga buktikan sejauh mana Dr Pornthip ditekan akibat laporan polis oleh dua kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Parti politik seperti DAP jangan campur tangan dalam inkues ini dengan menjadi ‘juara’ di tempat yang salah.

Pada ketika Dr Pornthip dilihat ‘condong kepada kepentingan politik’ pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom yang mewakili SPRM tidak pula menimbulkan sebarang kontroversi.

Tiada siapa mahu menutup fakta. Jika berniat demikian, kenapa kerajaan mewujudkan inkues untuk mencari kebenaran?

Kenapa perlu bimbang peguam yang terbabit dengan inkues kematian Teoh Beng Hock, mungkin menarik dari daripada kes tersebut ekoran laporan polis yang dibuat terhadapnya kelmarin.

Peguam yang mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sawar juga menyifatkan laporan polis oleh pegawai SPRM semalam sebagai tidak mempunyai asas sewajarnya.

Bercakap di Medan Damansara, Malik berkata Pornthip telah menafikan dakwaan bahawa beliau telah membocorkan laporan bedah siasat kedua.

Malik berkata, Suara Keadilan hanya menyebut dikatakan Dr Pornthip akan mengesahkan pendirian awalnya di inkues tersebut.

Oklah jika demikian dan janganlah membuat tanggapan awal atau ramalan-ramalan yang kononnya SPRM seperti sengaja mahu ‘menyusahkan’ bakar patologi Thai itu.

Semalam, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid “Suara Keadilan” dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff, 30, kelmatin membuat laporan polis terhadap tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung.

Manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Kedua-dua mereka membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut laporan polis, yang salinannya turut diedar kepada pemberita Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas beliau membaca akhbar itu yang bertarikh 29 Dis 2009 – 5 Jan 2010 bilangan 213 itu semalam, dan mendapati artikel berkenaan membuat kesimpulan bahawa setiausaha politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati akibat dibunuh.

Dalam laporannya Hisham berkata berdasarkan artikel itu, Teoh yang ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lepas disahkan mati dibunuh berdasarkan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB), 22 November lepas.

“Saya sebagai salah seorang pegawai SPRM memohon polis membuat siasatan terperinci berhubung penyiaran artikel oleh Suara Keadilan itu kerana saya merasakan bahawa apa yang disebarkannya adalah satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih lagi berjalan pada masa ini,” menurutnya dalam laporan itu.

“Malah ia juga selaras dengan peringatan oleh ketua polis Selangor yang melarang mana-mana pihak membincangkan kes berkaitan Teoh Beng Hock itu,” tambahnya.

Sementara itu dalam laporan Raub yang merujuk kepada artikel sama berkata, beliau membuat aduan polis terhadap Dr Pornthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

“Tujuan laporan ini dibuat kerana perbuatan yang dilakukan oleh Dr Pornthip adalah perbuatan yang melampaui keputusan mahkamah dan perbuatan ini akan memburukkan lagi imej SPRM, dan orang ramai perlu bersabar menunggu keputusan mahkamah,” katanya.

Malik menegaskan Suara Keadilan tidak sama sekali menyebut bahawa Pornthip mendedahkan sebarang maklamut dan malah ia menyatakan bahawa sumber maklumat yang ditulis itu bukanlah Dr Pornthip.

Kepada DAP pula, jangan cepat menyelar SPRM kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand itu.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata ini merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di Pulau Pinang untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran,” katanya.

Lim berkata tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patalogi itu bagi menyembunyikan kebenaran.

Pada 16 Julai tahun lepas, Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor selepas memberikan kenyataan sebagai saksi berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan oleh wakil rakyat di Selangor, di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.

Inkues mengenai punca kematiannya sedang berlangsung di Mahkamah Koroner.

Mayat Teoh, 30, dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor dan digali semula empat bulan selepas itu apabila Mahkamah Koroner Shah Alam membenarkan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 November lepas.

Bedah siasat kedua dikendalikan oleh Ketua Unit Patologi HSB Dr Shahidan Md Noor dengan dihadiri oleh Dr Pornthip yang bertindak sebagai pemerhati mewakili kerajaan negeri Selangor, manakala SPRM diwakili pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar pula berkata beliau akan memanggil wartawan Suara Keadilan yang menulis artikel itu tidak lama lagi bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: