TINDAKAN TERHADAP AHLI PARLIMEN BN PERLU TEGAS

Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu patut disokong dan dipuji.

Kenyataan Najib semalam yang berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat

adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku sangat tepat.

Kita menyokong jika Perdana Menteri mengenakan tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Lagipun bak kata Perdana Menteri, arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.

“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Copenhagen, Denmark malam semalam.

Bukan sahaja kegagalan itu mencerminkan sikap ‘tidak endah dan tidak menunjukkan pentingnya Bajet 2010’ tetapi tindakan Ahli Parlimen BN itu menyebabkan kerajaan hampir menanggung malu besar.

Ini kerana Bajet 2010 diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi saja menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Malah, Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam itu.

Seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran Ahli Parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Selain soal ‘ketidak bertanggungjawaban’ Ahli Parlimen BN pada pengundian berkenaan, Bajet 2010 dikatakan kurang dibahaskan oleh Ahli Parlimen BN.

Malah ada pihak mempersoalkan apabila Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Najib dituduh pembangkang hilang kredibiliti apabila inilah kali pertama berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan.

Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen ?

Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula pula dianggap sangat bertepatan oleh pembangkang.

Apapun, Najib perlu tegas dalam soal ini kerana sekiranya sikap tidak ambil kisah Ahli Parlimen walaupun di Dewan Rakyat yang menjadi tugas hakiki mereka, apakah ia juga mencerminkan sikap mereka di kawasan masing-masing?

Seperti saya katakan sebelum ini, wajarkah ‘ponteng’dibiarkan berterusan? Kalau kalah kerana peruntukan lemah tidak apa tetapi kalau gara-gara Ahli Parlimen BN ponteng, ia menggambarkan betapa Perdana Menteri tidak boleh mengawal penyokong dan Ahli Parlimen BN sendiri.

Memalu dan mengaibkan kalau malam semalam undi BN kurang daripada pembangkang dan kalah di Parlimen gara-gara kurang penyertaan Ahli Parlimen BN.

Kerana itu bertindaklah sewajarnya agar BN tidak dimalukan oleh sikap Ahli Parlimen yang mewakili BN sudah tidak berminat.
Saya ulangi – Yang tidak berminat itu, tidak payah bertanding lagilah pada pilihan raya akan datang. Menyusahkan parti, rakyat dan Perdana Menteri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: