NIK AZIZ JENIS TIDAK RETI MENGAKU BERSALAH!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata dalam isu perlantikan menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), beliau tidak boleh dipersalahkan walaupun perkara itu dikatakan” salah”.

Ini kerana menurut Menteri Besar Kelantan itu, tiada orang memaklumkan perkara itu kepadanya bahawa perkara itu salah.

Katanya, Penasihat Undang-Undang Negeri (LA) pun tidak memberitahu kepada beliau bahawa perlantikan itu salah.

Persoalannya, apakah benar Nik Aziz ‘tidak tahu’?

Jawapannya itu juga menggambarkan beliau tidak bersalah. Jadi nak salah “beliau macam mana?

Tambahnya, pelantikan menantunya dilantik dibuat dengan mempertimbangkan kelebihan jurutera muda itu, antaranya yang aktif dan mudah berkomunikasi dengan beliau.

Kadang-kadang nak gelak dengar sebab dan kenapa beliau melantik menantunya.
Oklah, kalau orang PAS semua segan dan takut dengan Nik Aziz untuk menyatakannya.

Tetapi kenapa beliau mempertahankan Mohd Ariffahmi Abdul Rahman ketika Tan Sri Annuar Musa memperkatakan mengenai isu nepotisme ini di DUN Kelantan pada 2007?

Kenapa beliau tidak bertanyakan LA atau sesiapa juga, sebaliknya buat tidak tahu?

Juga, apakah peringatan mesti daripada orang PAS semata-mata kerana mereka sahaja ‘Islam’? Peringatan daripada pemimpin UMNO seperti Annuar tidak bersifat Islam?

Dengan mengatakan beliau tidak tahu-menahu bahawa tindakannya melantik menantu sendiri menerajui PMBK melanggar peruntukan undang-undang adalah kenyataan politik untuk melepaskan diri.

Jelas Nik Aziz sebenarnya banyak ‘tidak tahu’ dan melalui perkataan tidak tahu beliau cuba melindungi dirinya daripadanya rasa bersalah.

Dengan tidak mengakui diri dan menerima melakukan sesuatu yang bersalahan bukan sifat Islamik. Ramai yang akan hilang hormat kepada Nik Aziz jika beliau terus berdalih sebegini.

Ikuti kata-kata Nik Aziz bagi menggambarkan beliau sebagai pemimpin Islam sanggup menyalahkan orang lain dan bagaikan tidak peka melakukan kesalahan:

“Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh. Ada penasihat undang-undang negeri (LA),” kata menteri besar Kelantan…Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah,” kepada Malaysiakini.

Ditemui di pejabatnya oleh wartawan portal berita itu di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz diminta mengulas kontroversi panjang yang melanda syarikat berkaitan kerajaan itu susulan tindakannya melantik Abdul Ariffahmi Ab Razak sebagai ketua pengarah eksekutif PMBK.

Pelantikan menantunya itu didakwa amalan nepotisme sehingga pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 23 November lalu meminta Nik Aziz menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan.

Abdul Ariffahmi, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, akan berundur secara rasmi pada Mac tahun depan apabila merancang menyerahkan notis berbuat demikian pada 24 Disember ini.

Ketika diwawancara Khamis lalu, Nik Abdul Aziz ditanya pendiriannya sama ada pelantikan Abdul Ariffahmi merupakan satu kesalahan.

Nik Abdul Aziz berkata,

Ketika Malaysiakini ingin terus mengajukan soalan-soalan berhubung perkara itu, mursyidul am PAS yang berusia 78 tahun bagaimanapun menghentikan wawancara kira-kira 35 minit itu dengan alasan sudah keletihan.

Berikut petikan wawancara berhubung isu PMBK:

Tentang Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ini, apa yang sudah terjadi?

PMBK ini perbadanan menteri besar. Waktu kami ambil alih, tidak ada fail apa pun dalam PMBK. Menteri besar dulu (BN) buat bagaimana, (kita) tidak tahu. Jadi, waktu ambil alih dulu, kami lantik seorang perempuan berpengalaman dari Kuala Lumpur. Dia buatlah ala kadar, kemudian dia letak jawatan.

Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang (ini) tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat

penuh, ada penasihat undang-undang negeri (LA). Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah.

Tahu-tahu bising pula. Tetapi saya rasa kedudukan saya benar. Jadi benar kerana LA tidak bersungut apa (membantah). Maka itulah kedudukannya.

Dan pada saya, bukan sahaja masalah menantu sahaja. Selain (sebagai) menantu, dia ini pula ada ilmu. Dan rumah dia dekat dengan rumah saya. Dia pergi sembahyang di masjid, insya Allah dia naik ke rumah. Makan, bercakap, berunding, pergi sembahyang Subuh.


Sebab mudah hendak jumpa?

Ini dekat rumah. Kalau menantu saya duduk jauh seperti orang lain, saya pun tidak tertarik pada dia (untuk melantiknya). Dan dia ini orang muda.

Dia aktif. Jadi saya sayang pada dia kerana dia ini aktif, orang muda dan rumahnya dekat dengan rumah saya. Dia duduk bersama (saya) bertahun-tahun. Selama tiga atau empat tahun.

Sebenarnya salah atau tidak melantik dia?

Mengikut katanya salahlah. Tetapi saya pun tidak tahu. Orang pun tidak beritahu saya. LA pun tidak sebut apa. Nak salah saya macam mana? Jadi bila timbul macam ini, saya kata letak jawatanlah.


Tok Guru tidak terfikir waktu hendak lantik dulu, akibatnya boleh timbul fitnah?

Fitnah ini, tidak lantik dia pun, orang fitnah juga. Saya ini orang PAS, orang Islam. Orang Melayu sendiri benci pada saya. Cina tidak benci saya. Melayu yang benci pada saya. (Gejala) ini pelik.

Ada kemungkinan LA takut, segan hendak tegur Tok Guru sebab Tok Guru menteri besar?

Itu wallahu ‘alam (hanya Allah yang mengetahui). Itu tanya dialah.

One Response to “NIK AZIZ JENIS TIDAK RETI MENGAKU BERSALAH!”

  1. Fazli Salleh Says:

    Apa yang salahnya Tok Guru melantik menantunya? Mana peruntukan yang kata salah?Salahkah Tun Razak melantik Tun Hussein ke jawatan timbalan perdana menteri sedangkan Tun Hussein adalah sepupunya?Salahkah DS Najib melantik DS Hishamuddin sebagai menteri sedangkan mereka adalah dua pupu?Isu perlantikan ini bukanlah satu kesalahan tetapi tidak manis dipandang. Nepotisme berbeza dengan kronisme. Isu Anwar dan anaknya sebagai AP Lembah Pantai, Lim Kit Siang dan anaknya, Karpal Singh dan anaknya adalah isu nepostisme. Kedudukan mereka ditentukan oleh pengundi, bukan bapa-bapa mereka.Sama juga isu melantik sedara mara ke jawatan awam. Mereka itu bekerja makan gaji. Tak lebih dari itu.Yang menjadi salah ialah, mereka yang menyalurkan projek kepada anak menantu mereka atau geng-geng mereka. Ariffahmi tak dapat projek kerajaan negeri.Isu minta maaf tak timbul. Kalau nak timbulkan juga, lihat siapa adik beradik perdana menteri dulu. Lihat anak beranak bekas perdana menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: