ANWAR SEMAKIN TERSISIH

Ternyata Datuk Seri Ibrahim Anwar kini di situasi yang amat runcing apabila pentadbiran negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Australia kini semakin pudar untuk menyokong perjuangan Anwar.

Australia yang dahulu bertindak memberi sokongan kini mula tidak memandang Anwar dan Anwar mula menunjukkan belangnya dengan membalas layanan buruk ini dengan mengkritik pentadbiran negara itu.

Paling menarik apabila Amerika di bawah pentadbiran Barrack Hussein Obama kini seakan-akan lebih yakin dengan pentadbiran Malaysia sekarang di bawah Najib. Ini dibuktikan Pentadbiran Obama seiring menjemput Najib dan wakil kerajaan ke majlis mereka. Mereka seakan-akan tahu siapa yang sebenarnya mencemarkan demokrasi. Hanya Al Gore yang menjadi talian nyawa kepada Anwar tetapi rakannya itu kian mengikut rentak pentadbiran Obama.

Anwar mahu tidak mahu terpaksa mula melakukan bermacam perkara seperti memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa beliau masih diyakini masyarakat antarabangsa di blognya. Tapi itu semua hanya palsu, kebenarannya Anwar makin tersisih.

Disebabkan itu tidak hairan pelbagai anugerah dan pengiktirafan canangan yahudi diberikan kepada Anwar semata-mata mahu menyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa beliau masih relevan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Tapi hari demi hari, Anwar kian tersisih daripada sokongan negara-negara besar. Pentadbiran Indonesia dan Thailand pun semakin menyisihkan Anwar. Seakan-akan mereka tahu IMF yang menyebabkan ekonomi mereka terjejas dan lambat pulih ada kaitan dengan Anwar. Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Thailand lebih selesa berjabat tangan dengan Najib daripada memandang Anwar.

Kegagalan Anwar mula nampak apabila tarikh 16 September 2008 yang diisytiharkan sebagai tarikh keramat untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat ternyata tidak terlaksana dan masyarakat antarabangsa mula dapat membaca tarikh itu hanya dipilih Anwar mengalihkan isu tuduhan kes liwat beliau.

Apatah lagi kelakuan Anwar itu hanya mencemarkan demokrasi. Hasil usaha keras Anwar itu ternyata berbaloi apabila masyarakat antarabangsa kini menggelarkan beliau sesumpah atau “the Chameleon”. Satu gelaran yang mampu menggugat gelaran Tun yang diberikan kepada Dr Mahathir Mohamad.

Sepuluh tahun dahulu, Anwar ingin mencemarkan demokrasi dengan menganjurkan reformasi. Ratusan ribu rakyat tertipu dengan Anwar dan menyalahkan Tun Dr Mahathir.

Dan kini ratusan ribu telah hilang dan semalam hanya 30 orang masih menyokong beliau mungkin kerana terpaksa dan inginkan habuan.

Yang menyokong beliau pun dahulu terdiri daripada pelbagai warna kulit kini bertukar kepada hanya warna cerah sahaja. Kerana mereka yakin hanya Anwar sahaja mampu membawa impian mereka untuk menjadikan negara ini seperti Singapura.

Daripada : http://analisisringan.blogspot.com

One Response to “ANWAR SEMAKIN TERSISIH”

  1. DIARI PKGMEN Says:

    Saya setuju.Sekarang ni Wan Azizah saja yang sokong anuar.Yang lain dah sokong ds najib dah.Esok PKR nak bubar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: