GPMS – TAHNIAH UNTUK JAIS ABDUL KARIM

Tahniah kepada Jais Abdul Karim yang sebelum ini Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), kerana menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 pertubuhan itu.

Jais, 36, menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan itu, kelmarin.

Presiden GPMS itu berkata, GPMS selepas ini menjadi lebih lantang dalam menangani isu berkaitan pelajar Melayu dan orang Melayu secara amnya.

Katanya, GPMS adalah pertubuhan yang tidak berpihak kepada parti politik dan menjadi pertubuhan pertama tampil memperjuangkan apa saja isu berkaitan Melayu.

Pengerusi GPMS Johor, Rosdi Amir dipilih Timbalan Presiden GPMS selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Syed Anuar Syed Mohamad.

Persidangan itu diadakan di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam semalam.

Tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan pula menyaksikan kerusi itu diisi oleh Hasnul Fairus Hushin Amri selepas mendapat 432 undi, Ezarudin Abdul Rahman (317 undi) dan Hishammuddin Abdul Rahman, 254 undi.

Jawatan Naib Presiden Wanita yang dilantik pula kekal milik Rafidah Mohd Ariffin.

Penolong Setiausaha Agung GPMS, Zambri Md Isa dilantik Setiausaha Agung pertubuhan itu, manakala Bendahari diisi Anas Ahmad. Mereka yang dilantik ke jawatan itu adalah dari GPMS Pulau Pinang.
Irmohizam Ibrahim dari GPMS Selangor dilantik Ketua Penerangan.

2 Responses to “GPMS – TAHNIAH UNTUK JAIS ABDUL KARIM”

  1. Tuan,Diharapkan GPMS akan dapat menggembalikan zaman kegemilangannya dan juga kembali kepada teras perjuangan.GPMS sudah terlalu lama lesu dan tak bermaya terutamanya apabila diterajui oleh orang yang ada kepentingan politik . Suara GPMS seakan-akan telah hilang dari arus perdana negara. Perjuangan untuk memperjuangkan anak melayu dalam bidang pelajaran tidak lansung menonjol dan menampakkan hasil . Di mana GPMS semasa isu pembelajaran matapelajaran matametik dan sains dalam bahasa inggeris hangat diperkatakan ?Ternyata ramai pemimpinnya yang lebih gah berpolitik dari membuat kerja.

  2. Iskandar Zulkarnain Says:

    Diharapkan GPMS tidak lagi terus bertindak sebagai cawangan pemuda UMNO.Pemimpin GPMS yang dulu jelas dipegang oleh orang-orang poltik yang berkepentingan.GPMS bukan milik UMNO dan bukan milik PAS atau milik mana-mana parti politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: