NIK AZIZ TOLAK PENAJAAN, ‘SIDANG MEKAH’ DITANGGUH?

(Isu Sabtu)

Tolonglah jangan samakan perangai dan sikap akhbar dan blog Malaysia dengan orang Qurishy zaman jahiliah.

Adalah silap jika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat marah atau membidas laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu. Tidak wajar Nik Aziz mengatakan ia bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Elok juga jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendekati kes ini bagi membersihkan nama Nik Aziz dan orang yang menajanya.

Lagipun ada sumber mengatakan penaja ini bukan sekadar menaja Nik Aziz seorang tetapi ‘secara berpasukan’.

Baguslah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat keputusan untuk tidak ke Mekah. Setidak-tidaknya beliau boleh meredakan isu penajaan pemergiannya ke Tanah Suci (kalau bolehlah) dan juga menghapuskan kekusutan pertelingkahan antara Kickdefella dan menantunya, Mohd Ariffahmi Abdul Rahman.

Yang pasti, meloponglah orang yang berangan-angan untuk memangku jawatan Menteri Besar ketika Nik Aziz ke Mekah. Apa nak buat, kita hanya merancang, Tuhan menentukan.

Bagaimanapun, dengan membatalkan pemergiannya, Nik Aziz belum bebas daripada ikatan penajaan dengan beliau.

Nik Aziz tidak pergi adalah keputusan peribadinya. Namun, beliau sudah menerima tawaran pelawaan itu dan pasti pembayaran sudah dibuat untuk pemerigian beliau dan keluarganya.
Kerana itu, rasanya SPRM masih boleh menyiasat, untuk apa dan berapa jumlahnya Nik Aziz ditaja.

Nik Aziz sendiripun sudah mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan SPRM.

Apapun, adalah tidak wajar Nik Aziz menyamakan mereka yang mendedahkan penajaan dengan orang Quraisy dengan mengatakan, “Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia.”

Bak kata rbf (http://ruangbicarafaisal.blogspot.com): Nik Aziz telah menyamakan saya selaku penulis blog dan blogger-blogger lain serta media yang melaporkan tentang tajaan beliau ke Mekah sebagai kaum Quraisy Malaysia. Ini kerana blog saya adalah salah satu blog yang awal melaporkan siapa yang menaja Nik Aziz ke Mekah.

Allahuakbar ! Maknanya Nik Aziz telah mengkafirkan saya serta kawan-kawan saya. Kerana kaum Quraisy adalah orang-orang jahiliah yang sudah tentunya kafir. Kalau Nik Aziz ini orang muda-muda seperti Mahfuz,Husam atau Salahuddin saya dah ajak dia bergocoh. Mengenangkan dia orang tua maka saya terpaksa bersabar.

Nik Aziz makin sombong nampaknya…”

Sepatutnya Nik Aziz tidak mengatakan demikian ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu semalam.

Berat tuduhan itu dan akhbar serta blog bukan membuat andaian tetapi penajaan itu benar-benar wujud.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu “pelahap” (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

“Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,” katanya.

Selain itu, Nik Aziz berkata beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Soalan mudah ialah, jika orang seperti saya, berapa ramaikah yang sudi untuk menaja sahaja menunaikan ibadah haji?

Jika Nik Aziz boleh memberikan sebab– untuk memenuhi niat orang yang ingin menaja – sebagai alasan untuk ke Mekah, apakah orang lain yang ditaja ke luar negara atau hal-hal lain tidak boleh memberikan sebab yang serupa?

Jika Nik Aziz boleh, apa bezanya dengan orang lain? Apa istimewanya Nik Aziz? Kerana dia ‘Tok Guru’ maka halal untuknya menerima penajaan. Persoalannya kena menaja dan apa balasannya? Penajaan free atau saja-saja?

Kenyataannya bahawa beliau membatalkan hasratnya kerana ‘bosan’ dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu hanya berlaku selepas dipersoalkan punca wang penajaannya juga tidak kukuh.

Kalau penajaan itu wajar, bersih dan tidak ‘ada udang di sebalik batu’ teruskanlah. Kenapa takut dan ‘bosan’ dengan kritikan?

Menteri Besar itu bukan tidak tahu bahawa soal ‘penajaan’ ini akan menjadi bising kerana orang PAS juga sering bising mengenai pemimpin UMNO dan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam isu-isu membabitkan penajaan seperti ini.

Malah, Nik Aziz sendiri pun turut terbabit untuk bising dalam beberapa perkara yang lebih kurang sama dengan kesnya, kecuali wang bukan digunakan untuk ke Mekah, tetapi ke tempat lain.

Apakah pemimpin PAS, khususnya anak didik beliau Datuk Husam Musa tidak pernah memperkatakan mengenai tajaan seorang hakim ke New Zealand?

Dengan menangguhkan pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini akibat media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu, tidak bermakna bahawa dakwaan penajaan itu mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS sewajarnya dari awal-awal lagi tidak menerima penajaan sedemikian. Ini kerana lambat laun ia akan ‘pecah’.

Persoalannya, siapa yang membuka tembelang? Siapa yang tahu mengenai penajaan ini?

Saya diberitahu oleh seseorang mengenai penajaan ini lebih awal daripada media dan blog mendedahkannya. Ada yang mengatakan ia berjumlah lebih RM150,000 untuk ‘pasukan Nik Aziz’ ini.

Pemergian ini bukan untuk haji semata-mata tetapi sebenarnya mungkin akan berlaku sidang Mekah.

Untuk apa sidang Mekah? Kata sumber itu, sidang ini akan membincangkan peralihan kuasa. Ia bermaksud untuk membincangkan siapa akan menggantikan beliau, jika berundur.

Tetapi dengan penangguhan ini nampak gayanya, sidang Mekah itu juga perlu ditangguh dan semakin resahlah mereka yang bercita-cita untuk menggantikan Nik Aziz.

Dan untuk sementara, meloponglah siapa juga yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Menteri Besar kerana sidang berkenaan terpaksa ditangguhkan, selain masalah baru membabitkan anak menantunya pula berbangkit.

Hai banyak sungguh cabaran kepada Nik Aziz ketika ini!

8 Responses to “NIK AZIZ TOLAK PENAJAAN, ‘SIDANG MEKAH’ DITANGGUH?”

  1. Buat RBF…jangan dipertikai sikap TGNA tidak melihat muka bila bersalam dengan orang ramai.Kalau tidak mengaji dan tidak skolah..lebih baik diam.Anda memang layak digelar Quriasy Malaysia…menuduh TGNA riak dengan sikap begitu.Nasihat saya..cari guru yang benar-benar mursyid, tanya guru tersebut "kenapa orang-orang alim tidak melihat muka bila bersalam dengan orang ramai?"…minta guru jelaskan.Selepas dapat penjelasan tu, saya nasihatkan tuan bertaubat lah banyak-banyak.Tuan ni memang jhail agama…ADUN Behrang nak jadikan saksi..elok ke 'rupa' adun tu?..elok ke akhlak dia tu?…amal ibadah dia macamana?…'munafik' dalam perjungan. Siapa dia nak dibandingkan dengan TGNA.Saya kalau bersalam dengan ADUN Behrang tu pun saya tidak akan melihat mukanya…kenapa dan mengapa?..tuan RBF pi belajar agama biar habis dulu kemudian baru jagi blogger..kalau tidak, tuan akan menjadi jutawan dosa je la…Keras sikit ayat saya tetapi untuk kebaikan..apa salahnya?…jangan kita suka-suka busuk hati dengan orang alim, mereka berbuat sesuatu dengan ilmu yang mereka pelajari.Mereka lebih takut kepada Allah berbanding kita…

  2. Anafakir…. tak payahlah nak mengecam orang itu munafik ke ataupun tidak. Siapalah kita disisi tuhan nak menghukum seseorang dan kalau memang ianya jahil, apakah kita cukup arif dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. Janganlah mendabik seolah-olah TGNA tidak pernah melakukan kesilapan, MSO pun pernah mengakui yang TGNA sejak akhir-akhir ni semacam sudah hilang kawalan dan soal alim ke tidak itu antara TGNA dengan Tuhan. Nasib kita ni belum tentu lagi, asyik nak menjatuhkan hukum saja, kadang-kadang kita tak sedar perbuatan kita lebih teruk. Kalau terlalu taksub dan seolah-olah TGNA seorang yang keramat serta suci, sehingga selipar TGNA pun dianggap berkat jika ada sesiapa yang dapat mengambilnya. Apakah itu memuja namanya. Bertaubatlah.

  3. Buat payabakau..perkata munafik tu saya buat dalam bentuk pengikat kata bermakna bukan munafik berpura-pura dalam agama tetapi munafik dalam perjuangan, berpaling tadah dari parti yang memberi kita peluang untuk menjadi YB…Saya tidak taksub kepada sesiap pun tetapi dalam soal tok guru pi Mekah saya menyokong beliau…dia pi buat ibadah.Mufti Perak pun cakap pi HAJI dengan TAJAAN ,sah haji tersebut.Isu selipar pun berkata..bukan tok guru yang cakap tetapi orang yang mengambil selipar tok guru yang beranggapan begitu.Tok guru tidak riak dengan isu tu cuma dia nak bagi tau, manusia ni macam-macam kerenah.Kisah wali2 pun banyak yang karamah, dan karamah itu bukan wali yang bagitau tetapi mereka yang pernah bersama dengan wali2 berkenaan.tiada sesiapa taksub dengan tok guru, cuma yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.itu sahaja…lain lah kalau tok guru ditaja perempuan ke,ditaja oi nite club ke..saya pun bising dan menentang.Hasan al-bana pernah pi nite club..tetapi kehadiranya ke nite club bukan untuk berfoya2,dia pergi cuma untuk melihat apa yang berlaku kat dalam nite club tu…dan akhirnya nite club tu ditutup kerana tidak sanggup nak berhibur kerana seorang ulamak melihat kelakuan mereka…begitulah hikmahnya pengaruh orang alim, cuma kalau tok guru pi nite club dengan tujuan yang sama..rasanya satu Malaysi akan cakap tok guru munafik…nampak alim tetapi pi nite club sedangkan muslihat tok guru tidak begitu.Jarang manusia yang jahil agama mampu melihat disebalik apa yang dilihat oleh mata kasar…siapa yang nak menegur kaki2 disko tu, masjid mungkin tak pegi, tak dengar ceramah atau kuliah agama..so siapa yang nak nasihatkan mereka?Harapkan pemuka UMNO?..mereka pun turut sama menyesakkan kelab-kelab malam.Cuma skop berdakwah dipandang serong.Orang alim nak menjalankan dakwah sukar sebab manusia melihat selapis.kemudian media masaa mula memasukkan racun, memutarbelitkan isu..maka sampai bila pun mereka yang hanyut kat nite club tu terus tenggelam dengan khayalan mereka.Pemuka UMNO tidak pulak nak menutup nite club kepada orang Melayu yang mengaku Islam…nak lewatkan waktu operasi ada laaa.Tu yang susah nak tarbiah.

  4. Tuan,Tak perginya Nik Aziz ke kota suci Mekah itu sendiri merupakan petunjuk dari Allah betapa bumi Mekah menolak kehadirannya. Terlalu banyak sebenarnya dosa Nik Aziz kepada orang melayu Islam di Malaysia ini. Ini baru permulaannya Allah memberikan petanda kepada Nik Aziz dan pengikut-pengikutnya yang taksub itu supaya sedar diri.Kalaulah ada pun sekelumit rasa kesedaran diri nak pergi haji, gunalah duit sendiri. Takkan Nik Aziz yang konon seliparnya pun diambil orang untuk direndam lalu airnya diminum buat berkat tak tahu hukum hakam kelayakan untuk mengerjakan haji. Tambahan pula ditaja oleh orang yang 'ada udang di sebalik batu ' dengannya.anafakir… dalam membicarakan soal Nik Aziz yang telah ditunjukkan Allah petunjuk , anda memfitnahkan UMNO pula . Kenapa tuan tak tarbiah saja kerajaan pakatan rakyat di Selangor yang didukungi PAS untuk menghalang orang melayu orang melayu ke nite club ? Atau mungkin disebabkan Nik Aziz tak dibenarkan Allah ke Mekah , pakatpakat ajak dia ke nite club buat tarbiah di sana . Sama macam Hasan AlBana yang tuan katakan itu. Mungkin ramai orang Islam yang akan menyesal diri dan bertaubat.

  5. Tuan andakmaon..tengok songkok pun dah kenal siapa tuan ni.Saya memang menasihati rakan-rakan terdekat dengan saya..saya bukan pemimpin tetapi pihak ketiga,bukan UMNO dan bukan PAS.Cuma saya kagum dengan cara hidup TGNA.Tuan macamana?…ke tuan pun suka juga pi nite club?.Selalunya macam tu la…tuan dah pi Mekah ke?…kalau selalu pi tempat maksiat, ada berani ke nak pi Mekah?..Cuba banding TGNA dengan tuan..agak2 pada pendapat 'pihak ketiga' la siapa yang lebih baik dan lebih disayangi?…Mungkin tuan akan cakap mesti diri tuan kot…he he..ada hati.Mungkin TGNA tidak pegi Mekah dengan cara tu..tetapi banyak cara lain untuk dia pegi Mekah.Dia MB, dia ada hubungan yang baik dengan Kerajaan Saudi, mungkin dia akan pegi dengan saluran orang kenamaan..siapa tahu?Tuan pun kena tarbiah kawan-kawan tuan dalam UMNO tu jangan pulak hanyut bersama mereka yang pi nite club…banyak saya kenal, Pemuda UMNO ke, orang UMNO ke, suka sangat berhibur kemudian bercakap pasal perjuangan…kalau asyik pi nite club, lemas dengan harta dunia macamna nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab?..fikir-fikirkanlah..dulu Anwar Ibrahim, UMNO puja bagikan dewa tetapi bila dipecat, dikutuk macam2..siapa yang pecat dia?..abis kalau dah di pecat, dia bebas untuk berpihak dengan siapa2 yang dia mahu.UMNO yang tak nak dia..bukan dia keluar UMNO.UMNO memang perangai jumud, siapa yang masuk pihak lawan difitnah habis2an, tetapi kalau orang yang difitnah itu join UMNO, boleh pulak terbalik persepsi..dibelanya pulak cukup2..sedangkan masih orang yang sama.Tengok 2 ADUN PKR yang jadi bebas tu..dulu UMNO juga yang pekenakan mereka..lepas jadi ahli bebas, tengokkkk?..macamana sikap UMNO?…haiyaaaa…itu macam kaaaa?Begitulah UMNO..dulu,kini dan selamanya..sentisa berpura2.Kalau Najib jujur, belum tentu juak2nya jujur. SatuMalaysia akan gagal jika juak2nya asyik tikam belakang,Semua nak rebut projek je..sokong gitu2 je.Yang penting masyuuukkkkk…Sekian, untuk menjadi renungan.

  6. Wahai Nik Aziz yang budiman,Bertaubatlah sejujurnya. Bumi Mekah telah menolak kehadiran tuan . Tentu ada rahsia yang Allah nak terjemah dan beritahu tuan . Tentu tuan dapat merasakanya. Ada baiknya tuan bermuhasabah diri dengan peristiwa ini. Seterusnya letaklah jawatan Menteri Besar yang tuan pegang itu. Jelas, tuan telah menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan diri dan keluarga. Mungkin ramai juga akan timbul rasa hormat pada tuan , dan mungkin juga melupakan apa yang tuan dah buat selama ini. Namun , rasanya payah tuan nak tinggalkan harta dunia ini.Mungkin tuan belum puas lagi!

  7. Iskandar Zulkarnain Says:

    Sokong hujah anafakir..ada sesetengah ornag suka buat fitnah merata-rata.Pergi haji salah.tak pergi pun salah.Kalau pemimpin PR cepat-cepat nak suruh siasat sedangkan banyak lagi kes rasuah dalam UMNO dan parti komponen BN yang lain.Ada sesetengah pemimpin UMNO dan BN "disucikan" di mahkamah dan ada yang jadi "kambing hitam".Apakah Najib dan Muhyiddin begitu bersih,Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO yang didapati bersalah terlibat dengan politik wang dengan bangga dapat jadi Ketua Pemuda.Langsung tidak ada rasa bersalah Ali Rustam yang di dapati bersalah dalam poltik wang tetapi masih boleh kekal sebagai ketua kerajaan dan ketua parti di Melaka.Lebih menyedihkan lagi,orang yang pernah terlibat dengan politik wang boleh menang besar pula dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.Saya bukan pertahankan mana-mana individu pemimpin politik.SPRM dipersilakan siasat semua akaun dan harta pemimpin PAS dan PR.Tetapi pada waktu yang sama SPRM jangan memilih kes siasatan.SEmua pemimpin UMNO dan BN juga wajib disiasat.Tuan Hanbali Abdul Latiff(pemilik blog Rakyat Malaysia ini).Kebanyakan tulisan tuan dipenuhi lebih cenderung dengan parti "di sebelah sana".Sya tidak mahu menuduh tetapi dari segi gaya penulisan sememangnya dilihat begitu.Penuh dengan prejudis di sebelah pihak yang satu lagi.Tetapi tidak mengapa,itu hak tuan dari segi demokrasi.

  8. Buat Iskandar, tiada siapa pun nak pertikaikan pemergian TGNA ke Mekah, pergilah sekerap mana pun. Sebagai Ulamak PAS TGNA semestinya tahu tujuan apa beliau ditaja dengan pakej yang cukup lumayan. Kalau penaja tersebut benar-benar jujur dan tidak bias, masih ramai lagi fakir miskin yang perlu dibantu untuk ke Mekah. Kalau TGNA berasa niat nya benar, teruskanlah tujuan ke Mekah tu, kenapa ditangguhkan seolah-olah tuduhan dan tanggapan umum terhadap pembiayaannya Ke Mekah berunsur …… adalah benar. Mungkin TGNA tersilap dan tidak sedar akan tindakannya itu telah mengundang berbagai-bagai tohmahan. Quraisy Malaysia tidak menhalang pemergian TGNA ke Mekah, jangan jadikan kelemahan serta kesilapan diri sendiri itu untuk MENGHALALKAN kita menghukum orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: