DR ASRI JADI OBJEK KEPENTINGAN POLITIK?

Baru semalam saya memperkatakan mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abdin yang kecewa terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Dan semalam juga beliau ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.Bagaimanapun, beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Benarkah JIAS tidak berani dakwa Dr Asri?

Banyak pihak mempertikaikan penahaan berkenaan dan bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, menyifatkan penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Asri Zainul Abidin sebagai ‘agenda tersembunyi’ pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dalam isu tersebut.

“Tangkapan yang dibuat ini semacam ada ‘agenda tersembunyi’ bagi kepentingan peribadi dan kepentingan kelompok tertentu kerana ianya dilakukan ketika Perdana Menteri bercadang melantiknya sebagai Yang DiPertua YADIM.

“Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakkan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?,” katanya.

Dr Asri ditahan pada pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika ketika Dr Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Selepas dibebaskan, Dr Asri dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Beberapa penjenguk blog saya semalam turut memberikan pelbagai reaksi kepada kenyataan Dr Asri yang kecewa dengan memorandum berkenaan.

Dr Asri sendiri hari ini menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi. Kata Dr Asri: “Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu. Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah… itu sahaja,” katanya dalam satu sidang media selepas dibebaskan hari ini.

Cuma pertanyaan ialah apakah kehadiran dua ADUN pembangkang itu secara kebetulan atau sebaliknya.

Siapakah yang menganjurkan ceramah berkenaan sebenarnya?

Saya tidak hairan kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mengikuti perkembangan ini kerana seperti dilapoekan, mengatakan Najib ada mempelawa Dr Asri menyertai YADIM.

Perdana Menteri mempunyai hak untuk mempersoalkan apakah motif di sebalik penahanan bekas Mufti Perlis itu.

Ini kerana menurut Najib, Dr Asri adalah seseorang penceramah agama yang jujur dan semua ceramahnya disokong oleh bukti dan dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Pendapat Najib ini bertentangan dengan memorandum yang disokong oleh 13 NGO Islam yang berpendapat Dr Asri terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkalibertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain.

Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri dikatakan telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya.

Malah, sikap Dr Asri turut didedahkan melalui memorandum itu apabila mengatakan ketika menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media.

Dr Asri juga dikatakan mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya.

Bekas Mufti Perlis itu juga dikatakan tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

Berikutan itu pendekatan Dr Asri dan pengikutnya dikatakan telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, seolat hajat, wirid selepas solat.

Beliau juga dikatakan mencerca ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka. Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi.

Jelas sekali bagi Najib, beliau hairan dan tidak tahu apakah motif disebalik penahananDr Asri ini.
Najib berpendapat, kejadian ini dilakukan oleh jabatan agama negeri dan ia tiada kaitan dengan kerajaan pusat.

Soalnya ialah kenapakah Dr Asri dijadikan objek untuk politik pihak-pihak tertentu?

2 Responses to “DR ASRI JADI OBJEK KEPENTINGAN POLITIK?”

  1. YANG GAMBI Says:

    Salam bro, ada blog pro pembangkang seolah-olah menuduh kerajaan UMNO-BN yang menaja penangkapan Mohd Asri.Biasalah tu…masakan mereka tak tahu, Selangor dibawah kerajaan pakatan rakyat yang mana Dr Hasan Ali adalah Exconya, sepatutnya pihak JAIS lebih peka dengan isu ini kerana kerajaan pakatan yang menentukan arahan penangkapan.Mengapa mesti timbul isu sebegini dalam penangkapan tersebut…

  2. Che Leh Jangok Says:

    Dalam masa yang sama kerajaan selangor dah beri keizinan kepada pusat pusat hiburan di Selangor untuk beroperasi sehingga pukul 3.00 pagi. Keliru sakan hamba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: