ADUN PKR MULA PERSOALKAN ANWAR…

Persoalan kenapa Anwar sengaja berusaha melengah-lengahkan perbicaraan meliwat bukan bermain di kepala orang biasa sahaja tetapi juga ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Malah, isterinya Wan Azizah sering dipalitkan kerana enggan mengulas dakwaan terhadap Anwar.

Ternyata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata beliau keluar PKR.

Hmm..ini baru satu. Berapa ramai lagi yang tidak yakin dengan Anwar dalam kes liwatnya?

Badrul berkata, beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Beliau juga mendakwa bahawa presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, juga enggan untuk menjelaskan mengenai dakwaan liwat tersebut.

Katanya, ia merupakan sebab utama beliau membuat keputusan keluar PKR kerana beliau tidak boleh berkompromi dengan isu-isu moral seperti yang dihadapi oleh pemimpin PKR.

Tegas Badrul, sebagai seorang Muslim yamg berpegang teguh kepada prinsip Islam, katanya, moral seseorang pemimpin itu amat penting untuk mendapatkan sokongannya.

Ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung dan berkata “saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang mempunyai cerita begini”.

Badrul hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi ADUN bebas yang ‘mesra’ BN.

Beliau membuat keputusan itu beberapa jam selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul meletak jawatan kerana didakwa gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Dalam kenyataan yang dibacanya dan dilaporkan Malaysiakini, Hisham juga mendakwa beliau telah dianaktirikan oleh kerajaan Selangor yang diterajui PKR yang didakwanya telah menahan peruntukan kepadanya sejak bulan Mac. Beliau mendakwa, kerajaan negeri enggan menyelaraskan dengan beliau pemberian peruntukan tetapi sebaliknya, bertindak membuka pusat perkhidmatan yang berasingan di Pandamaran Indah untuk berurusan dengan pengundi di situ.

Tindakan itu, katanya, seolah-olah menganaktirikan dirinya berbanding dengan ADUN yang lain.

Badrul juga menyifatkan tindakan itu sebagai satu percubaan untuk meminggirkannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Bila ditanya teorinya mengapa beliau ‘dianaktirikan’, Badrul menjawab: “Tanyalah menteri besar”.

Awal tahun ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa setiausaha politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil alih tugas Badrul yang didakwanya gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Nik Nazmi juga merupakan ADUN Seri Setia.

Ditanya mengenai dakwaan beliau tidak menunjukkan prestasi yang baik, Badrul berkata, ia kerana peruntukan tidak disalurkan kepadanya tetapi diambil alih oleh setiausaha menteri besar, di samping wujudnya dua pusat perkhidmatan di kawasan.

Oleh itu, katanya, bagaimanakah beliau hendak memberi perkhidmatan kepada rakyat, sementelah pula beliau juga bukan exco kerajaan negeri.

“Saya masih keluar jumpa rakyat. Saya orang yang tak suka diraikan, berkompang kompang, bunga mangga. Saya tak suka. Saya keluar dengan pemandu saya untuk tengok keadaan di kawasan saya,” katanya.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat di Perak digulingkan Februari lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa Badrul akan keluar parti untuk menyertai Umno.

Khabar angin itu bertambah kencang apabila beliau tidak menghadiri sidang DUN dan jarang dilihat di khalayak ramai.

Bagaimanapun, Badrul ketika itu mengeluarkan kenyataan menegaskan komitmennya bersama PKR.

Bagaimanapun, khabar angin itu timbul semula awal bulan ini, ekoran kehadiran Badrul di rumah terbuka Hari Raya Ketua Umno Klang Datuk Mazlynoor Abd Latif dan sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti.

Dalam sidang akhbar hari ini, Badrul duduk di sebelah bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli, dikenalii sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor, yang meninggal parti itu dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar.

3 Responses to “ADUN PKR MULA PERSOALKAN ANWAR…”

  1. BelokKiriKanan Says:

    Kes Anwar,ramai orang berfikiran di atas termasuk penyokong PKR. Kalau kes pertama dahulu, ramai yang menganggapnya konspirasi politik. Untuk kali kedua, ramai cakap takkanlah pisang berbuah dua kali…walaupun ada yang cakap kes liwat senang direkacipta berbanding kes rogol.namun demikian ramai yang masih tidak percaya ketelusan sistem perundangan negara yang diperkosakan oleh pemimpin BN. Kalau kes yang melibatkan pemimpin BN, didiamkan begitu saja atau dibakulsampahkan, yang didakwa, cuma pemimpin BN yang expired.

  2. Iskandar Zulkarnain Says:

    saya tak nak komen pasal kes liwat anwar tetetapi soal lompat parti.seingat saya ketika anwar menwar-warkan pd 16 sept lbh 30 ahli parlimen akn melompat ke pr semua pimpinan umno mengkritik anwar krn mahu tukar kerajaan di luar kaedah pilihanraya.tetapi bila 2 bekas adun pr perak,seorang bekas adun pr kedah dan sekarang seorang adun pr selangor lompat umno dan bn terpaksa menjilat balik apa yg mereka ludah dlm isu lompat parti.sy secara peribadi memnag tak setuju samaada man-mana wakil rakyat bn atau pr melompat krn bg saya ianya satu perbuatan khianat.mereka yg bertanding guna lambang parti harus sedar tindakan mereka melompat bukan semata2 krn kebolehan calon tetapi krn parti.walaupun undang2 menghalalkan tindakan melompat ini tetapi bg saya ia tidak bermoral.kpd YB yg melompat,"tahniah" diucapkan.dlm sistem poltik negara yg tidak mementingkan dosa-pahala anda harus bertanggungjwb terhadap apa yg anda lakukan

  3. Tuan,Sebenarnya ramai di kalangan ahli dan peyokong PKR ini terdiri dari mereka yang jemu dan bosan kepada UMNO . Lebih-lebih lagi imej pemimpinnya yang nampak elit . Berbicara dengan mereka lebih banyak bercakap soal projek untuk mendapatkan wang dari berbicara bagaimana untuk membantu rakyat . Mereka mencari alternatif parti lain untuk disokong.Namun ramai juga di kalangan mereka ini sekarang seolah-olah terkapai-kapai bagai hilang pedoman. Ini disebabkan PKR sekarang menghadapi krisis kepimpinan yang agak teruk. Kes perbicaraan liwat Anwar sangat menganggu mereka . Awalnya dulu mereka meyokong PKR kerana yakin dengan perubahan yang hendak dibawa dalam struktur politik Malaysia . Kini mereka sangat hampa. Andak percaya sekiranya ada yang berwawasan jauh menubuhkan satu parti politik baru yang mewakili rakyat Malaysia , parti itu akan mendapat sokongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: