RIBUT PAS – ‘GELORA DALAM SECAWAN KOPI?

Pagi tadi, saya terserempak dengan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ketika sama-sama menunggu untuk menaiki pesawat Air Asia ke Kuala Lumpur.

Tujuan beliau ke Kuala Lumpur tidak lain dan tidak bukan – menghadiri mesyuarat khas PAS di Ibu Pejabat PAS yang sedang berlangsung malam ini.

Beliau mempelawa saya duduk semeja dengannya di kafe lapangan terbang itu sambil beliau menikmati nasi lemak dan saya meneguk secawan teh.

Perbualan kami sudah pasti mengenai mesyuarat khas malam ini dengan saya sekali cuba menyelami apa yang ada di fikiran beliau. Seperti biasa, Harun yang ramah dan bijak mengelak untuk menjawab beberapa ‘persoalan’ yang saya kemukakan jelas mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada mesyuarat ini.

Ada pihak berkata tiada banyak perkara boleh dicapai pada mesyuarat mala mini, khususnya dalam isu sama ada perlu diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) atau sebaliknya.

Jelas pada Harun yang spontan menjawab ‘saya tidak baca blog’ bagaikan merasakan ada pihak tertentu yang ‘bercakap bagi pihak Mursyidul Am PAS’.

Baginya apa yang berlaku dalam PAS sekarang sepatutnya tidak terjadi. “Tiba-tiba sahaja PAS bagaikan bergolak, tidak sepatutnya begini’. Saya berkongsi pandangan dengan beliau kerana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh meluahkan amarah atau geramnya’ bukan melalui blog atau akhbar.

Namun, tidak menghairankan kerana Nik Aziz pernah memarahi Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa secara terbuka.

Kali ini Nik Aziz hingga sanggup mengatakan ‘biar PAS berpecah’ tetapi individu yang menyebabkan PAS ‘rosak’ perlu disingkirkan.

Politik dalaman PAS bergelora apabila Nik Aziz melalui blognya Jumaat lalu mencadangkan EGM diadakan bagi membersihkan parti itu daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.

Nik Aziz berharap dengan adanya EGM itu ia mampu membincangkan kedudukan ‘dua tiga kerat pemimpin bermasalah’ termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan dalam laman webnya http://www.blogtokguru.com. berkata, perlu ada perubahan dalam ‘pemain-pemain penting’ yang menduduki kerusi kepimpinan Pas di peringkat pusat.

Nik Aziz berkata beliau juga bersedia sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

Harun jelas masih tidak percaya pendapat dan kata-kata itu dikeluarkan oleh Nik Aziz. “Saya nak dengar dulu…” katanya ringkas.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu sebelum ini menyatakan mahu bertemu Nik Aziz dan tetap pendirian bahawa kenyataan di dalam blog tersebut bukan daripada Nik Abdul Aziz sendiri.

Namun di sebalik sikap pemimpin tertinggi PAS mahu mendengar sendiri daripada ‘mulut Nik Aziz’, sedikit menghairankan ialah Mursyidul Am PAS itu mengesahkan akan hadir pada mesyuarat khas parti itu mengatakan kehadirannya lebih disebabkan oleh ‘desakan yang kuat daripada akhbar’.

Utusan Malaysia yang memetik sumber yang rapat dengan Nik Aziz bahawa beliau berkemungkinan besar tidak hadir pada mesyuarat khas yang diadakan bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu di Kuala Lumpur malam ini.

Apakah Nik Aziz mengikut kata akhbar dan bukan ‘kerelaannya’ selain alasan mengaku keletihan selepas mengikuti sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang panjang.

Lebih aneh beliau turut meminta PAS Pusat supaya menjemput pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari hadir pada mesyuarat itu ekoran penulisan artikel yang kemudian mencetuskan reaksi kerasnya itu.

”Esok saya terpaksa pergi walaupun saya sudah serah kepada Naib Presiden Pas, YB Salahudin (Ayub) sebab surat khabar sudah besarkan. Sepatutnya bukan saya pergi tetapi Aziz Bari. Dia patut dijemput sebab dia yang kritik PAS, macam PAS tak boleh kritik langsung. Saya hanya menyusuri artikel dia saja. Saya terpaksa pergi walaupun keletihan selepas lapan hari berada dalam sidang DUN dan kebetulan pula malam ini bertembung dengan jadual mingguan saya,” katanya semalam.

Yang menarik pada mesyuarat malam ini ialah bukan sekadar mahu mendengar pendirian Nik Aziz mengenai EGM tetapi bagaimana beliau berhadapan dengan tiga pemimpin tertinggi PAS yang diselar oleh beliau.

Selain itu, Harun sendiri sudah pasti akan meminta Nik Aziz supaya berterus terang, siapa sebenarnya menulis untuk blog Nik Mat itu?

Sebagai orang yang mengenali Nik Aziz untuk satu jangkamasa yang panjang dan sangat arif dengan gaya tulisan beliau, rasanya sukar untuk Nik Aziz mengelak untuk tidak menyatakan kedudukan sebenar.

Ini kerana selepas membaca tulisan tersebut di laman blog Nik Aziz, Harun percaya orang lain yang menulisnya bukan Nik Aziz sendiri.

Oklah kalau bukan Nik Aziz siapa? Tetapi Nik Aziz mempertahankan penulisan itu?

Sebelum ini Harun berkata: “Saya tidak mahu menuduh sesiapa tanpa bukti tetapi saya percaya ada unsur-unsur dalaman dan luaran yang sedang menganggu-gugat PAS,’’ ujar beliau.

Mungkin akan ada jawapan kepada persoalan, namun mesyuarat yang dijangka ‘sedikit hangat’ akan dingin kembali kerana dalam PAS, apa juga rebut yang melanda parti berkenaan ia hanya ‘bergelora dalam secawan kopi.

Advertisements

2 Responses to “RIBUT PAS – ‘GELORA DALAM SECAWAN KOPI?”

  1. Che Leh Jangok Says:

    Dalam cawan kopi pun kalau sudu yang keras itu berterusan menghentak cawan pecah juga cawan kaca tu. Kalau cawan juga besi bisingnya boleh memecah gendang telinga. Prof Aziz pun dah parah dah rasa terhina oleh kecaman yang melupai kesopanan orang Islam.

  2. YANG GAMBI Says:

    Salam bro, telah menjadi kebiasaan di dalam PAS semenjak mereka merasa kuat dan gagah apabila bersama dengan DAP dan PKR, perkara begini sudah lumrah berlaku dalam kemelut PAS…. apa-apa pun kita harap PAS tidak berterusan mengecam UMNO dengan lebel 'kafir'….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: