BERILAH PELUANG DR ZAMBRY BENTANG BAJET 2010

Harap-harap jangan ada pihak membuat kacau atau mencabar polis di Ipoh hari ini.

Ini kerana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini untuk pembentangan Bajet 2010 negeri. Berilah peluang untuk Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjalankan tugasnya.

Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak (BN BBC Perak) malam semalam meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap rancangan pihak tertentu untuk mengganggu DUN Perak hari ini.

Pengerusinya, Datuk Nadzri Ismail, berkata beiau difahamkan ada pihak terbabit akan menggunakan taktik kotor dengan menyamar sebagai ahli Pergerakan Pemuda Umno dan penyokong kerajaan.

Katanya, mereka terbabit merancang untuk membuat kecoh dengan menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terutama daripada pakatan pembangkang daripada menghadiri sidang DUN itu.

“Ini akan membuktikan tuduhan liar yang Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan kekerasan bagi menghalang mereka daripada menghadiri sidang DUN.

“Saya ingin menegaskan kegiatan tidak bertamadun dan biadap ini bukan tradisi dan budaya Umno.

“Saya juga memohon supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan supaya cubaan ini tidak dapat direalisasikan,” katanya pada sidang media di Ipoh malam tadi.

Polis boleh berjaga-jaga dan menyiasat dakwaan ini.

Nadzri berkata, beliau sudah mendapat jaminan daripada Ketua Pemuda Umno Perak bahawa ahli pergerakan itu tidak pernah berniat atau berhasrat untuk menghalang mana-mana Adun daripada menghadiri sidang DUN itu.

Katanya, taktik kotor itu bukanlah satu perkara luar biasa kerana sejak Barisan Nasional menubuhkan kerajaan negeri pihak terbabit mencuba pelbagai cara untuk meruntuhkannya.

“Saya bagi pihak Adun penyokong kerajaan mengutuk sebarang usaha tidak bertamadun ini,” katanya.

Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak semalam turut menafikan khabar angin akan bertindak ganas bagi menghalang ADUN Pakatan Rakyat menghadiri sidang DUN esok.

Ketuanya Maslin Sham Razman menegaskan perbuatan tidak bertamadun itu bukanlah budaya yang diamalkan Pemuda Umno dan BN selama ini.

“Kami menghormati undang-undang dan sistem demokrasi yang menjadi tulang belakang negara ini. Saya yakin dan percaya cerita yang tersebar ini dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab bertujuan memburuk-burukkan imej BN,” katanya dalam sidang akhbar di Ipoh malam semalam.

Polis sudah mengingatkan orang ramai supaya tidak berhimpun berhampiran bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sepanjang tempoh berlangsung Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama tiga hari yang bermula hari ini.

Ia bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata, polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin-pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini yang menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK.

“Perhimpunan tanpa permit adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang.
Tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram, termasuk mereka yang merancang atau yang menganjur perhimpunan-perhimpunan itu,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

2 Responses to “BERILAH PELUANG DR ZAMBRY BENTANG BAJET 2010”

  1. Che Leh Jangok Says:

    Kenyataan Datuk Zulkefli Abdullah bahawa "polis banyak menerima maklumat terdapat pemimpin pemimpin parti tertentu dalam ceramah mereka sebelum ini yang menyeru orang ramai supaya berhimpun di bangunan SUK" sudah cukup jelas. Ini bermakna jika sekiranya berlaku sebarang perhimpunan tidak diingini dengan tujuan atau kelakuan tidak sihat; pihak polis sudah mempunyai cukup alasan nyata untuk mengaitkan mereka yang sudah pun direkodkan itu sebagai pimpinan cetusan berkenaan.Dah jelas dah. Maka wahai pengikut; jika anda sayangkan pemimpin anda janganlah cuba cuba mencabar polis. Kelak bukan anda sahaja yang akan kena; pemimpin anda juga akan terbabit.

  2. YANG GAMBI Says:

    Salam bro, Nizar itu bukan ke dah dijadikan badut oleh DAP, jadi dia kenalah buat show, kalau tidak nanti tak dapat cari makan pulak…….Mungkin hari ini Nizar akan buat show lagi……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: