BACA DAN SIASAT DULU…

Jangan percaya bulat-bulat…

Terkejut juga membaca entri ini dan sukar mempercayai. Tak kanlah gara-gara ada kereta maka tuannya pun ada dalam kereta.

Kalau tidak benar, tolaklah ke tepi – tapi kalau benar bagaimana?

Entri ini dibuat oleh salah sebuah blog 15 Oktober (Khamis lalu)

Apa pun, entri ini amat menarik untuk dibaca:

Kereta KJ10Q, pertemuan Anak Omak dengan Bapa mertuanya WCH 13 Gambar ini diambil di hadapan Bangsar Village pada jam 9 malam tadi. Beginilah keadaannya apabila seorang bekas PM pergi ke sesuatu tempat, semua bekas PM diberi ‘pengawal peribadi kerajaan’

Apa yang kami ingin ceritakan disini ialah tentang seorang bekas PM yang tidak berpegang pada janjinya, sepatutnya malam ini Abdullah sleepy ada majlis rumah terbuka di Ancasa hotel, bersebelahan Puduraya, setelah kami membuat siasatan kami dapati yang Abdullah telah memberitahu orang-orang Kepala Batas yang dia tidak dapat hadir ke majlis tersebut disebabkan demam.

Sekiranya benar Abdullah demam, kenapa kereta dia bersama-sama dengan menantu dia berserta dengan pengawal peribadi kelihatan di Bangsar? Majlis rumah terbuka kepala Batas itu sepatutnya bermula jam 9 malam tadi.

Hebat betul mainan anak-beranak ini, mereka bersama-sama menipu rakyat Kepala Batas, sekiranya Abdullah sakit dan tidak mampu untuk ke majlis rumah terbuka, bagaimana pulak dia boleh berada di Bangsar Village? Siang tadi sepatutnya Abdullah ke PWTC untuk menghadiri persidangan itu namun kelibatnya tidak kelihatan langsung hingga persidangan ditangguh.

Kami juga diberitahu sebanyak 7 buah bas turun dari Kepala Batas untuk meraikan Abdullah, akhirnya mereka tertipu, kami amat bersimpati dengan orang-orang kampung dia!

“DOLLAH TIPU ORANG PALA BATAIH, DALAM NGANTUK-NGANTUK, AKAI DOK JALAN JUGAK, HARAM!”

Sumber: Anak Omak!

House PK: Apa nak jadi ni wahai Dollah Al Flip wal Floppy? Kenapa kau sanggup buat macam ni? Tak habis-habis nak menipu je kau ni ya Dollah? Apa inikah ajaran Islam Hadhari? Ada ke patut, orang tengah tunggu nak jumpa kau, depa tu datang dari jauh pulak tu, tapi kau boleh pi lepak dengan menantu hantu kau! Kesian orang-orang kampung kau Dollah oi!

Pastu aku terbaca keratan akhbar Berita Harian online yang berbunyi:
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dihubungi berkata Abdullah telah menghubungi beliau dan memaklumkan tidak dapat hadir hari ini kerana mengalami batuk dan sakit tekak.

“Tun telah menghubungi saya dan Presiden, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi untuk memaklumkan perkara itu,” katanya.

Tengku Adnan berkata tengah hari ini Abdullah sekali lagi menghubungi beliau untuk memaklumkan beliau baru pulang daripada mendapatkan pemeriksaan doktor.

Aku confuse sekarang ni, nak pi rumah terbuka tak boleh na, nak pi perhimpunan pun tak leh tapi nak pi Bangsar Village boleh pulak ya, awat Dollah Al-Flip wal Floppy, sana ada hospital besar ka? Atau tengah plan macamana nak jadikan menantu hang Menteri kot?

Jawab la Dollah Sleepy head, kita pun nak dengar jugak apa penjelasan kau pasal isu ni!!!

3 Responses to “BACA DAN SIASAT DULU…”

  1. abe MIE 'TERJAH' Says:

    Pak Lah jumpa micheal yeoh…

  2. AZIZAN & HAFIZAH Says:

    jom lawati http://www.jombinabadan.comdapatkan panduan badan tough sekarang

  3. Nik Amir. Says:

    Ini cerita dogeng! tambah dosa yang sedia ada.Pak Lah dah pencen. kesian dia. Tak habis-habis gomol pak Lah.Apa salah kalau KJ nak jadi menteri? Dia layak apa? Kalau Ali Rustam masih boleh kekal Ketua menteri dan Isa boleh jadi YB semula, kenapa KJ tak boleh. UMNO tidak pernah 'double standard'. Sentiasa adil dan saksama.Ada sorang budak cerdik habis semua pembesar dengki. Tak ubah macam cerita 'singapura dilanggar Todak"

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: