MARI BANGKIT BERSAMA NAJIB

Sebelum ini “Bekerja Bersama Saya, bukan kerja untuk saya“, kini “Bangkitlah Bersama Saya”.
Apakah pemimpin dan ahli UMNO sedang ‘tidur’ apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengajak “Bangkitlah semua bersama-sama saya.”

Rasanya bukan begitu maksud Najib. Pemimpin dan ahli bukan tidur tetapi ‘terlelap’ seketika.
Ajakan Najib bertujuan menggembalikan keyakinan dan semangat kepada ahli dan pemimpin UMNO bahawa ‘ You Can Do It’ selepas UMNO malap beberapa tahun.

Kenapa ia dikatakan malap?

Kerana selepas mencapai kejayaan gemilang pada pilihan raya 2004, UMNO selepas itu bagaikan tidak bermaya.

Salah siapa? Salah Tun Abdullah Ahmad Badawi? Bukan. Salah semua kepimpinan UMNO termasuk Najib sendiri kerana tidak mampu bekerja bersama Pak Lah untuk menjamin UMNO terus terbilang.

Yang nyata UMNO mengalami kesuraman yang amat sangat pada pilihan raya umum 2008 dan pada siri pilihan raya kecil, UMNO kecundang kesemuanya, kecuali Bagan Pinang.

Kemenangan Tan Sri Mohd Isa Samad itupun bukan kerana UMNO sepenuhnya tetapi sebahagian besar disumbangkan UMNO – Bahagian UMNO Teluk Kemang memang ‘solid’.

Tidak ada cantas mencantas seperti di bahagian-bahagian UMNO di Kelantan atau Kuala Terengganu.

Juga Najib menyeru dan membangkitkan ahli UMNO yang sedang alpa dan “terlelap’ dengan berkata: “Kitalah, UMNO, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang.”

Sebelum ini masa depan yang cuba dibawa oleh UMNO sebagai Cemerlang, Gemilang Terbilang tetapi Najib hanya berminat supaya UMNO dan masadepan ahlinya penuh “Gilang-Gemilang”.

Apapun, untuk kali pertamanya selepas beberapa tahun, pemimpin dan ahli UMNO seluruhnya ‘berdiri bulu roma’ mendengar ucapan bersemangat Presiden UMNO apabila perwakilan dan tetamu dalam Dewan Merdeka, PWTC spontan berdiri menyahut seruan beliau dengan memberikan tepukan gemuruh.

Dengan nada lantang dan tegas, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemarakkan semangat setiap perwakilan supaya bangkit bersama-samanya kerana amanah yang besar itu tidak mampu dipikul oleh beliau bersendirian.

Baguslah begini, Najib sedar akan kemampuan peribadinya dan oleh kerana UMNO adalah hak orang Melayu seluruhnya, kemampuan pemimpin bergantung kepada sokongan.

“Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung,” tegas Najib dan disambut laungan “Ya” dan “Ya” dan “Ya” daripada perwakilan yang terus berdiri.

Apakah mesej Najib? “Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan.

Ini bermakna, walau apa juga perubahan yang dibawa oleh UMNO, tradisi UMNO berteraskan kepentingan Melayu perlu dipertahankan, biarpun zaman dan kecapian orang Melayu perlu berubah.

Ini janji Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Orang Melayu akan menuntut janji jika Najib alpa atau tersesat jalan.

Inilah sebenarnya KPI untuk Najib. Menjamin agar tradisi Melayu – bersopan santun, berjiwa besar dan Islam’ terus diperteguhkan sambil orang Melayu berubah untuk menjadi bangsa maju sesuai dengan hasrat Malaysia Maju.

Dalam konteks UMNO itu sendiri, Najib turut menyedarkan serta berusaha meyakinkan orang Melayu, khususnya ahli UMNO bahawa perjuangan mereka adalah betul dan yang haq.

Kenapa? Kerana “UMNO adalah satu-satunya parti yang membawa obor harapan serta mampu meneroka masa depan penuh gilang gemilang untuk bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya.”

Di sini, Najib memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa UMNO akan terus relevan dan akan tetap dominan.

Untuk survival dan maju serta masa depan yang terjamin, Najib mengatakan hanya UMNO yang mampu melakukannya, tidak parti lain, selain UMNO.

One Response to “MARI BANGKIT BERSAMA NAJIB”

  1. TuanDosa Paklah tersangat besar kepada orang melayu dan UMNO. Selepas bangga kununnya kemenangan besar BN dalam PRU 2004 disebabkan ketokohannya sbg PM dengan menidakkan samasekali bahawa ia adalah kesinambungan kecemerlangan pemerintahan Dr M , Paklah tersungkur dlm PRU 2008. Khairy dibiarkan menjadi raja dalam pemerintahanya sehinggakan ramai calon UMNO dan BN banyak yang ditunjuk oleh Khairy. Hasilnya BN kalah 5 negeri. Orang seperti Zaid Ibrahim dilantik jadi menteri menunjukkan betapa dangkalnya Paklah dalam menilai kaca dan permata. Kesilapan paling besarnya ialah apabila mengenepikan pandangan Dr M dan meminggirkan beliau dari arus politik negara. Semuanya kerana sikap tidak mengenang budinya yang memakan diri sendiri.Dato Seri Najib sekarang ini terpaksa mencuci najis yang ditinggalkanya . UMNO dan negara Malaysia telah berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh kelemahan Paklah. Pembangkang begitu seronok dan langsung tidak menyentuhnya dgn isu peribadi maupun dasar pemerintahannya. Sebaliknya Najib diasak dgn pelbagai isu terutama kes Altantuya . Pembangkang ,terutama Anwar Ibrahim tahu bahawa yang boleh menghalangnya untuk menjadi PM adalah Najib bukan Paklah . Dan sekarang ia telah terbukti dan menjadi sejarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: