KES RM3B : PEMUDA MIC LEBIH JANTAN

Pemuda UMNO cakap sahaja. Kata nak repot tapi tidak buat pun!

Sebaliknya, bekas Ketua Pemuda MIC,S.Vigneswaran yang membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Putrajaya hari ini dengan minta polis membuka semula kes dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad ,Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ada simpanan RM 3 billion di luar negara.

Kes yang heboh pada 1999 itu dibangkitkan semula rakan karib Ketua Pembangkang itu, Datuk S. Nallakarupan, kelmarin.

Beliau turut mempersoalkan kenapa kes itu senyap begitu sahaja selepas Abdul Murad menarik balik akuan tersebut.

Vigneswaran yang kini Pengerusi Kelab Penyokong BN diiringi oleh 40 orang penyokongnya tiba untuk buat laporan polis itu jam 4.30 petang.

Bercakap kepada wartawan Vigneswaran menjelaskan mereka buat laporan polis itu bukan atas permintaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin tetapi atas rasa tanggongjawab setelah membaca kenyataan akhbar yang dibuat oleh bekas rakan Anwar,Datuk Nallakarupan mengenai dakwaan berkenaan.

Hmmm…beginilah sepatutnya, jangan cakap berdegar-degar tapi akhirnya ‘tangan berbau tahi’.

Sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO dikatakan akan membuat laporan polis meminta pihak berkuasa itu membuka semula siasatan berkenaan.

Nallakarupan dalam kenyataan terbaru mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu seperti didedahkan Abdul Murad pada 26 Oktober 1999 mengawal 20 akaun induk yang diuruskan kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM 3 bilion.

Anwar dikatakan menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya.

Menurut Khairy, polis membuat siasatan rapi kerana semua butiran dan maklumat sudah ada seperti akuan berkanun itu.

Anwar kini dilaporkan berada di luar negara dan dijangka turun berkempen untuk calon PAS pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, hujung minggu ini. Ketuanya, Khairy Jamauddin berkata, walaupun itu kes lama tetapi apabila dibangkitkan semula rakan tenis Anwar itu, pasti ada kesahihan hujah dan asas dakwaannya itu.

“Datuk Nalla rakan baik Anwar dulu, pasti beliau apa yang beliau cakap,” katanya pada media seleps melawat bilik gerakan UMNO Kampung Baru Si Rusa, Bagan Pinang, Selasa.

Menurut Khairy, Abdul Murad tidak boleh menarik balik akuan berkenaan sewenang-wenangnya.

“Dengan senario hari ini apabila Barisan Nasional mahupun UMNO dikatakan rasuah, BN patut tentang atau lawan tuduhan pembangkang,” katanya.

Beliau khuatir penangguhan siasatan kes seperti itu membawa kesan buruk dan menyebabkan sokongan rakyat kepada kerajaan merosot seperti pilihanraya umum lalu.

Khairy mahu perkara itu segera disiasat kerana ianya mempunyai kepentingan negara.

Pemuda UMNO berharap pihak polis mengambil tindakan segera terhadap kes itu kerana membabitkan jenayah perdagangan mahupun rasuah.

“Datuk Nallakarupan mendakwa Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumbar kewangan yang besar seperti didedahkan Abdul Murad,” ujar beliau.

Kita tunggulah, apakah Pemuda UMNO akan membuat laporan polis atau sebaliknya.

One Response to “KES RM3B : PEMUDA MIC LEBIH JANTAN”

  1. Iskandar Zulkarnain Says:

    inilah masalah UMNO dan BN.Mereka cuba menutup pekung di dada sebaliknya cuba mencari kesalah orang lain pula.Saya bersetuju jika mahu membuka semula kertas siasatan terhadap Anwar tetapi orang yang mendesak itu tidak sesuai untuk meminta Anwar disiasat.Kenapa?yang mendesaknya ilah Ketua Pemuda UMNO.Beliau telah disabitkan kesalahan politik wang dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO tetapi mendesak Anwar disiasat kerana RM3bilion.Sepatutnya KJ minta polis dan SPRM siasat PM Dato' Najib tentang isu komisyen kapal selam dan jet pejuang Shukoi yang bernilai RM500 juta,siasat bekas MB Selangor,siasat dan ramai lagi dalam UMNO.Di bagan Pinang mereka letak calon rasuah.Disokong pula oleh semua kerabat UMNO dan balaci.Jika rasuah dalam PR jadi haram tetapi menjadi halal dalam UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: