MAKLUMAT PALSU PKFZ – NAJIB PERLU BERTINDAK TEGAS

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mulanya membabitkan individu tertentu dalam MCA dan pengurusan syarikat yang menguruskannya.

Namun kini, skandal PKFZ menjadi senjata untuk menyerang kerajaan dan Kabinet Barisan Nasional (BN).

Membaca entri oleh sebuah blog yang banyak mengasaskan penulisannya kepada Malaysia Today akan mencemarkan nama baik Perdana Menteri dan beberapa menteri Kabinet yang dikaitkan dengan skandal itu.

Kenyataan bahawa : “Sekarang rakyat sudah tahu rupa-rupanya Najib, Perdana Menteri dan semua menteri dalam kabinetnya kini adalah bertanggung jawab keatas kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00”, adalah tuduhan serius.

Apakah Perdana Menteri akan berdiam diri? Apakah kerajaan BN akan membiarkan dirinya dihentam dan dituduh dengan pelbagai tohmahan yang akan memberi kesan pada pilihan raya umum akan datang?

Saya yakin isu ini akan dimainkan pada pilihan raya kecil akan datang sebagai ‘pemanas’ kepada permainan sebenar pada pilihan raya umum nanti.

Apabila ada blog memintra seluruh Kabinet berundur kerana skandal PKFZ ini, kerajaan bukan sahaja perlu ‘menyatakan perkara sebenar’ tetapi yang patut dibuang atau dipancung, pancunglah.

Jika tidak dipancung ia akan menjadi barah buruk yang tidak boleh diubati lagi.

Baca petikan berikut daripada sebuah blog bertajuk “Skandal PKFZ, Seluruh Kabinet Wajar Berundur”

Patutlah mereka yang terlibat dengan skendal PKFZ tidak berasa takut. Malah mereka berasa tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana segala apa yang mereka lakukan selama ini telah diketahui oleh Kabinet dengan mendapat izin dan restu.

Perkara ini didedahkan oleh Malaysia Today (MT) kelmarin dalam artikelnya yang bertajuk “What the Cabinet hid from the Malaysian public”

Sekarang rakyat sudah tahu rupa-rupanya Najib, Perdana Menteri dan semua menteri dalam kabinetnya kini adalah bertanggung jawab keatas kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

Patutlah Najib dan kabinetnya secara tiba-tiba menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ. Rupa-rupanya “penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ,” kata Mahfudz Ahli Parlimen Pokok Sena.

Patutlah Najib dan kerajaan Umno/BN gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat PKFZ kerana lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat akan terdedah dan membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu,”

Mahfudz mendesak supaya diadakan satu sidang khas parlimen bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.”

Datuk Seri Mohd Najib patut mencincang mulut-mulut celupar yang menggunakan sumber Malaysia Today untuk menghentam kerajaan.

Kalau benar, kenapa Perdana Menteri dan Kabinetnya takut dengan ‘cercaan tersebut”?
Gerudi Mahfuz dan dapatkan individu di belakang beliau yang membuat pelbagai ‘tohmahan’ itu.

Sementara itu, pihak yang bersalah, kenakan tindakan dan hukuman seberat-beratnya.
Tolonglah, jangan lagi ada favour atau perlindungan tertentu kepada pihak ini.

Kesianlah rakyat dan pekerja parti yang tidak tahu apa-apa dan tidak mendapat apa-apa yang berusaha mempertahankan BN.

Selain itu, jika tukang siar dokumen membabitkan PKFZ cuba dikenakan tindakan kerana ia dokumen rahsia kerajaan, amat wajar juka siasatan dilakukan untuk mengetahui sumber atau puncanya.

Tindakan perundangan juga patut dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

Benar juga kata satu blog bahawa: “Kalau yang tukang siar rahsia rasmi kerajaan akan dikenakan tindakan, sudah semestinya si tukang bocor rahsia patut dikena tindakan lebih tegas. Kerajaan jangan lepas tangan hanya tangkap tukang siar, sedangkan si pembocor rahsia masih ada kesempatan menghilangkan diri, atau setidaknya mencari helah menafikan perbuatannya.”

Perdana Menteri wajar sekali bertegas terhadap pembocor rahsia kerajaan dan diikuti tukang siar.
Kerajaan tidak wajar menunjukkan ‘kemarahan’ kepada blog yang menyiarkan dokumen sahaja kerana penyangak sebenar ialah yang menyebabkan skandal berlaku dan yang membocorkan segala dokumen berkenaan.

Kenyataan Najib bahawa polis akan menyiasat sebuah laman web yang menyiarkan dokumen didakwa Kertas Kabinet 18 muka yang didakwa sebagai memorandum daripada Menteri Kewangan bertarikh 22 Jun 2007 mengenai isu PKFZ, diharap sampai ke akar umbi.

Sebagai pengajaran dan menggambarkan kerajaan serius, ambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kepada yang bersalah, untuk mengajar dan memberikan peringatan kepada pegawai atau sesiapa sahaja dalam kerajaan yang melakukannya.

4 Responses to “MAKLUMAT PALSU PKFZ – NAJIB PERLU BERTINDAK TEGAS”

  1. Salam 'Idil Fitri,Kawan setuju sangat dengan pandangan tuan, kerajaan khasnya Dato' Sri Najib perlu menangani isu ini walau pun terpaksa mengorbankan mana-mana pemimpin UMNO yang terlibat, jangan biarkan rakyat dan penyokong setia BN bekerja keras menangkis serang mulut munafik Mahfuz…Najib seharusnya sudah lama sedar ada Pegawai dan Kakitangan dalam kerajaan yang menjadai dalang dan musuh dalam selimut kerajaan, ambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi JPA, kenapa Najib perlu takut membenteras pengkhianat-pengkhianat ini….

  2. bn..tunggu lah saat kehancuran…bila mana amanah rakyat dikhianati…tunggulah saat kehancuran dari Allah…

  3. CHAIRMAN KAGA Says:

    NILAH PERANGAI PENCACAI GEROMBOLAN YANG DIIDAMI CHAIRMAN KAGA!MEREKA YANG SUKA MENEMBAK PENYAMPAI BERITAHE HE HE HEAKU TANYA BALIK HANG, DOKUMEN TU KALAU DAN SAH MAKSUDNYA KERAJAAN MENIPU DAN MENGKHIANATI AMANAT YANG DIBERI OLEH RAKYAT, TETAPI YANG DIMINTA DIKENAKAN TINDAKAN MEREKA MEREKA YG MEMBUKA PEKUNG.KALAU TAK SAH, GERENTI TIADA SKANDAL PKFZ. SEMUANYA LURUS, TETAPI SEJAK BILA ADA SEBARANG KELUHURAN DAN ETIKA DALAM BAB MAIN BANTAI WANG NISO SIAPA YANG SALAH. SIAPA YANG MENGKHIANATI SIAPAAKU TETAP SOKONG PENDIRIAAN PENCACAI. TERUSKANLAH RASAUH DAN PENYELEWANGAN. INILAH 1MALAYSIA YANG DIWAR WARKANMUHAHHAAHHAHAHEHEHEHEHEHE

  4. SEjak PR menawan negeri peninggalan UMNO segala daki dan taik yang diwarisi sejak zaman UMNO telah terbuka sudah tidak boleh dikambus lagi….meLAYU UMNO sudah lama diperkudakan oleh MCA…..meLAYU mudah lupa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: