BUKAN TIDAK SAYANG ISA SAMAD…

Tidak payah ketengahkan calon ‘tercemar’.

Biarpun pernah berjasa dan menjadi pemimpin parti, jika memilih pemimpin seperti ini, ia akan ‘mecemarkan ‘ pula UMNO.

Jika ‘kesalahannya’ kecil sekali pun reputasinya tetap mencemarkan UMNO, apalagi jika ‘bangkai gajah sukar untuk ditutup’.

UMNO bukan ketandusan pemimpin. Yang perlu dilakukan ialah semua jentera bergerak dan menyokong calon baru yang bersih, amanah dan bersedia bekerja keras sebagai wakil rakyat.

Pokok pangkal yang menentuikan kemenangan dalam pilihan raya kecil ialah diri calon. Kalau calon itu bersih dan diterima umum, Barisan Nasional (BN) akan menang.

Kalau calon itu awal-awal lagi bermasalah dan ‘tercemar’, baik tidak usah bertanding. Orang yang buat kerja pun jadi bengang dan tidak tentu hala.

Kerja yang dibuat pun was-was dan bahananya ialah kalah pilihan raya. Daripada menghabiskan masa dan wang ringgit, tidak bertanding pilihan raya lagi baik.

Kita kesian dekat pekerja parti yang bersungguh-sungguh berkempen untuk BN tetapi calon yang diketengahkan tiba-tiba diketahui ‘tercemar’.

Oleh kerana sayangkan parti, pekerja terus bekerja tetapi akhirnya sedar ‘tiada maknanya’.

Saya menyokong pandangan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengingatkan kepimpinan UMNO supaya mengambil iktibar isyarat daripada pengundi beberapa pilihan raya kecil lalu sejak 8 Mac 2009 agar berhati-hati dalam memilih calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Ini kerana jika UMNO terus memilih calon-calon yang tercemar rekodnya, maka rakyat mungkin akan membuat kesimpulan bahawa lebih baik bagi negara, jika UMNO kalah.

Jelas sekali, bukan pengundi biasa sahaja yang akan tolak calon yang ‘tercemar’ tetapi orang UMNO sendiri yang terbabit dengan pengundian akan turut menolaknya.

Jadi dalam isu Tan Sri Isa Samad yang dicadangkan untuk dicalonkan untuk pilihan raya kecil di Negeri Sembilan, pelbagai pendapat dikemukakan – yang positif dan negatif – segala-gala yang diperkatakan itu untuk kebaikan UMNO dan BN.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad member amaran, jangan letak Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

“Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini. Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno,” katanya dalam temuramah dengan Bernama baru-baru ini.

Persoalannya apakah Dr Mahathir benci kepada Isa kerana menolaknya?
Bukan, bagi Dr Mahathir yang penting ialah persepsi orang ramai terhadap Isa dan UMNO.

Isa memang sudah menjalani hukuman tetapi UMNO belum bersih sepenuhnya daripada tuduhan kononnya ia parti rasuah.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

UMNO Bahagian Teluk Kemang memang merasakan bahawa Isa adalah ‘the calon’ tetapi perlu dingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari UMNO Bahagian itu sahaja.

Dengan kata lain bukan UMNO bahagian itu sahaja yang bertanding kerana rakyat akan membuat penilaian bahawa ia pendirian UMNO nasional.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Oktober dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September akibat jangkitan dalam darah.

Memanglah UMNO Bahagian Teluk Kemang mahukan ketuanya, dipilih sebagai bagi pilihan raya kecil tersebut tetapi apakah keputusan itu akan menjamin menang pilihan raya.

Bak kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Pilihan untuk UMNO ialah mahu menang pilihan raya dengan meletakan calon bersih dan diterima rakyat atau calon yang berjasa tetapi sudah terpalit dengan rasuah politik.

Kita sayangkan Isa Samad tetapi kita lebih sayangkan UMNO kerana ia parti untuk membela semua – bukan individu, bahagian atau kumpulan

One Response to “BUKAN TIDAK SAYANG ISA SAMAD…”

  1. Salam Tuan,Saya berasa amat hairan bilamana seseorang itu didapati bersalah oleh Umno atas kesalahan rasuah dan dihukum :-kenapa tidak ada followup oleh SPRM ? Bukankah sebelum dijatuhkan hukuman, seseorang itu perlu dibuktikan kesalahannya, dan perlu berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin Umno dan untuk memelihara integritinya, Umno perlu yakin dengan hasil siasatannya sendiri, yakni bukan tuduhan sembrono. Dengan segala bukti yang ada, mengikut logik saya, pastinya senang bagi SPRM menjalankan tindakan susulan mendakwa pihak yang didapati bersalah oleh Umno. Macam pakej gitu…Sebab saya yang diluar Umno ini heran bagaimana orang2 seperti Isa, lebih2 yang terbaru seperti Ali Rustam dan Khairi yang didapati bersalah boleh terlepas pandang SPRM ? Kan dah siap bukti ?Kalau SPRM kata tak cukup bukti atau tidak ada kes, bagaimana Umno boleh kata bersalah dan dihukum?Rasuah tetap rasuah… ke tidak?Umno tidak boleh katakan ini adalah isu dalaman kerana Umno adalah tunggak kerajaan dan pemimpin2nya juga adalah pemimpin2 kerajaan. Seharusnya Umno menjadi contoh kepada yang lain. Makanya tidak hairanlah rakyat memandang serong kepada Umno. Yang paling menghairankan saya, orang Umno tak nampak ke ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: