UMNO TERENGGANU BERTAUT KEMBALI…

Carek-carek bulu ayam…akhirnya Hishamuddin got the last laugh…
Benarlah ramalan saya pada entri kelmarin (Ahad) bahawa kemelut politik Terengganu akan terlerai sebelum Aidilfitri.

Setidak-tidaknya kini enam daripada ‘Geng 10’ sudah kembali semula ke arus perdana politik Terengganu.

Mereka ialah, Datuk Din Adam (Bukit Besi), Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Pehemi Yusoff (Kota Putera) dan Nawi Mohamad (Hulu Besut).

Seorang lagi ADUN yang hadir tetapi bukan daripada kumpulan 10 ialah Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (ADUN Air Putih).

Soal sokong Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar bukan yang terpenting tetapi soal utama ialah sama-sama mendokong UMNO dan kepimpinan negeri yang berketuakan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi perkara utama.

Saya dan semestinya semua rakyat Terengganu yang mahu melihat kiambang bertaut amat lega kerana tujuh ADUN selain empat yang terus menyepi – Datuk Rosol Wahid (Ajil), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang),Alias Abdullah (Alor Limbat) dan Zakaria Abdullah (Paka) – tengah hari semalam membuat ikrar di hadapan Hisham untuk memperkukuhkan parti.

Ini sangat penting kerana sekiranya kemelut berlarutan, ia akan menjejaskan peluang UMNO untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Berkaitan Datuk Idris Jusoh (Adun Jerteh), beliau sudah menyatakan kepada Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa beliau tidak pernah menentang Ahmad Said.

Tidak apalah, walau apa juga tanggapan orang ramai dan ahli UMNO terhadap Idris, hanya Najib, Hishamuddin dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetahuinya.

Tengah hari semalam tujuh ADUN berkenaan membuat pertemuan dengan Hishamuddin di Putrajaya untuk menyatakan sikap dan pendirian mereka untuk kembali ke arus perdana politik Terengganu.

Dengan kembalinya mereka bermakna, Ahmad Said ‘diterima’ sebagai Menteri Besar dan apabila menerima Ahmad Said bermakna mengakui keputusan istana melantik Ahmad Said.

Selepas ini tiada persoalan lagi mengenai Menteri Besar atau juga isu perlantikannya.

Din Adam yang menjadi jurucakap ‘Kumpulan Tujuh’ itu sudah menyatakan ikrar mereka kepada Pengerusi Perhubungan Negeri yang dipertikaikan perananya dengan begitu teruk oleh Rosol sebelum ini.

Dengan pendirian sedemikian bermakna apa yang dipertikaikan oleh Rosol seperti Hishamuddin gagal menyatukan UMNO Terengganu dan menjadi orang tengah antara Kumpulan 10 dan Ahmad Said ternyata terpalit kepada muka Rosol sendiri.

Sudah pasti berita ini akan melegakan semua pihak di Terengganu, lebih-lebih lagi yang mahu melihat pemimpin muda di negeri ini memberikan sumbangan yang sewajarnya.

Kesemua mereka ini adalah golongan muda yang mampu ‘bermain politik dan menyumbang tenaga’ untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Malah, jika mereka terus berada di persimpangan atau di luar lingkungan, peluang mereka untuk meningkat akan tergencat.

Kini bola sudah di tangan mereka. Merekalah yang wakar menentukan ke mana bola akan ditendang.

Bagi saya, potensi beberapa pemimpin muda ini boleh melangkah jauh, bukan sahaja politik bahagian dan negeri tetapi juga pusat.

Dan kepada ADUN yang masih menyepi dan menjauhkan diri, kembalilah segera menyertai rakan mereka yang sudah ‘kembali ke pangkal jalan’.

Letakkan kepentingan perpaduan UMNO sebagai yang terpenting, bukan kesetiaan kepada rakan yang boleh menjahanamkan karier politik sendiri!

8 Responses to “UMNO TERENGGANU BERTAUT KEMBALI…”

  1. Faizal Zakaria's Blog Says:

    Tendang bola ke arah penjaga gol biar penjaga gol bersama2 bola masuk ke dalam gol…Eh!!Eh!! Takdelah… Gurau je🙂 Berapa Juta Pelayar Internet Di Malaysia, Sehari, Sebulan Dan Setahun? Adakah Jumlahnya Semakin Menurun? >>> Forum 1 Malaysia <<<

  2. langtelipot Says:

    carik-carik bulu ayam….biduk lalu, kiambang bertaut.

  3. Iskandar Zulkarnain Says:

    Sebenarnya pada pengamatan saya 10 "budak hitam " hanya "kembali ke pangkal jalan" kerana sudah mengetahui peluang mereka untuk dalam pakatan rakyat agak malap.ada ura-ura mengatakan bahawa mereka nak lompat ke PR kerana tak puas hati dengan MB.Walaubagaimanapun saya cukup gembira kerana mereka tak jadi lompat kepda PR kerana mereka memang tidak layak untuk berjuang dalam PR.PR berjuang untuk rakyat,menentang rasuah,menetang penyalahgunaankuasa tetapi mereka nak lompat kepada PR kerana tidak puas hati Datuk Ahmad Said menjadi MB. Mereka bukan nak lompat kerana rakyat.YA! "10 Budak Hitam" hanya layak masuk UMNO.

  4. PakLongChup Says:

    Kerapkali kita lihat penyokong dan pembangkang sendiri begitu lembut lidah mereka untuk menuduh orang lain makan rasuah. Hakikatnya golongan ini pengecut kerana tidak berani membaca kes2 ini kepada pihak berwajib. Dedahkan didalam internet (blog) kalau berani la..bukti2 yang mengatakan rasuah disana sini. Kalau tidak hanya sekadar lontar batu sembunyi tangan..dan lebih parah lagi hanya mengulang balik kata-kata ketua mereka yang dihamburkan dari pentas ceramah…

  5. langtelipot Says:

    apa pun jangan lupa raya perantau anjuran kerajaan negeri terengganu di Taman Tamadun Islam pada 3 syawal, mulai 930 pagi…dapat bertemu kawan-kawan lama dan pimpinan negeri masa kini, termasuk YAB Dato'Ahmad Said,Menteri Besar./

  6. Salam Tuan Hambali,Baguslah kalau keadaan kembali aman, episod kemelut itu cuma mendatangkan malu saja pada rakyat Terengganu secara keseluruhan. Kalau cakap politik dengan orang luar, pasti akan disebut – 'kenapa orang Tgnu gitu ngat ? tak habis lagi? ' Siapa yang malu….? orang ganuuuu gak!Tuan, nak hujung tahun ni.. tak lama lagi Monsoon Cup. Komen tuan tentang acara ni?

  7. Hendaknya janganlah lagi ada 'tangan istana' mencampuri urusan perlantikan MB di masa akan datang. Apabila satu nama telah diserahkan kepada istana oleh parti yang memenangi pilihanraya , maka nama itu mewakili rakyat dalam proses demokrasi . Istana perlu memperkenankanya kerana itu adalah kehendak rakyat yang majoriti. Jangan pula pihak istana turut memilih ikut selera dan hasrat sendiri atau pun ada kehendak yang tersirat.Kita tak mahu rakyat yang menanggung akibatnya seperti yang berlaku di Terengganu sekarang ini.

  8. Che Leh Jangok Says:

    ALHAMDULLILLAH Shukur pada Allah.Cuma kita semualah pula. Janganlah hendaknya cuba keluarkan suara suara berunsur memberi tekanan kepada mana mana pihak. Saikologi orang yang terbuku hatinya kena kita semua sama sama ambil perhatianlah kalau boleh."Jangan gelisah ghairah di pergentingan. Bertenang. Inshaallah kita akan lolos melepasi genting itu."

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: