AHMAD SAID MAHU DIHUMBAN KE PUSAT?

“Sebagai ulasan kepada catatan blogger di atas, Editor beharap beliau dapat berjumpa dengan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu yang tinggal di Kemaman untuk penjelasan lanjut isu Ahmad said ditawarkan menjadi Menteri Pusat”.

Demikian ulasan dalam sebuah blog pro-PAS terhadap entri blog http://teganuku.blogspot.com semalam dengan tajuk “Spin Bodoh, Tidak Masuk Akal oleh Laman Pembangkang”.

Entri http://teganuku.blogspot.com itu menjawab tulisan melalui sebuah blog pro-PAS berkenaan bertajuk ‘Ahmad Said Tolak Tawaran Menjadi ‘Menteri Pusat’ .

Menurut laman itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat.

Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’ sebagai ’pertukaran’ supaya beliau mengosongkan kerusi Menteri Besar Terengganu.
Isu ini diperkatakan di Terengganu ketika ini dan turut ditanya oleh wartawan pada sidang media Ahmad Said selepas mesyuarat mingguan Exco semalam dan beliau menafikan pernah menerima tawaran itu.

Katanya berita itu mempunyai unsur fitnah dan spekulasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Melihat kepada ulasan blog berkenaan, bermakna bahawa sumber mengatakan Ahmad Said ditawarkan menjadi menteri pusat datang daripada kalangan UMNO sendiri. Lebih hebat ia daripada Exco.

Kalau Exco dari Kemaman, tidak ada orang lainlah selain Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) iaitu Exco.

Tetapi benarkah sumber blog pro-PAS ini benar?

Apakah blog itu mahu menyatakan bahawa Awang Tera yang menjaja cerita ini? Apa tujuan beliau melakukannya?

Apapun sejauh mana benarnya Exco berkenaan sanggup berbuat demikian?
Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai menteri telah mula didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya.

Persoalan juga ialah, apakah Hanafiah mendapat sumber daripada Awang Tera?

Banyak persoalan di sini namun ada kemungkinan pihak di luar UMNO sengaja mencipta cerita untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO.

The Malaysian Insider pula dengan tajuk ‘Ahmad Said tolak tawaran jadi menteri ‘ kelmarin turut membincangkan perkara ini kelmarin apabila melaporkan bahawa Ahmad Said menolak tawaran untuk menjadi Menteri Pusat bagi membolehkan beliau meletakkan jawatannya di Terengganu.

Tawaran ini adalah sebagai salahsatu usaha yang dibuat Umno untuk menyelesaikan krisis di Terengganu sekarang. Ia dibuat oleh kepimpinan Umno untuk membolehkan Ahmad Said digantikan oleh pemimpin Umno yang lain di Terengganu untuk menyelesaikan krisis.
Mengikut pelan itu, Ahmad akan dilantik menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri penuh.

Dengan penolakan ini, bermakna UMNO Terengganu akan terus bergolak, kata Malaysian Insider. Yang terakhir, majlis Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin diboikot oleh kebanyakan Adun Terengganu yang tidak menyokong Ahmad Said.

Tidak diketahui siapakah yang mencadangkan Ahmad Said di“buang” dari Terengganu melalui cara itu. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan, mana-mana pemimpin yang bermasalah akan di“buang” dari kawasannya.

Kata The Malaysian Insider, Tan Sri Wan Mokhtar, bekas MB Terengganu telah dilantik menjadi duta Malaysia ke Arab Saudi selepas Terengganu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999.
Datuk Seri Jamaludin Jarjis juga di“buang” dari Pahang ke Amerika Syarikat apabila tidak dilantik sebagai menteri lagi.

Jika mengikut lojik ini, bukan Ahmad Said sepatutnya dibuang. Wan Mokhtar dibuang supaya tidak mengganggu Datuk Seri Idris Jusoh.

Jadi sepatutnya The Malaysian Insider mencadangkan dibuang bukan Ahmad Said tetapi Idris. Ini kerana masalah yang belaku dan mengganggu Ahmad Said ialah kumpulan Idris.
Bukankah ikan buruknya bermula di kepala?

3 Responses to “AHMAD SAID MAHU DIHUMBAN KE PUSAT?”

  1. hasbullahlatiff Says:

    saya sudah jauh meninggalkan terengganu sejak 35 tahun lalu kerana bertgas di kota kinabalu dan terus menetap disini. setiap masa mengikuti perkembangan negeri cantik molek tu yang kaya dengan minyak dan kerjatangan batiksutera serta songket. ahli politik terenganu berkecamok, satu pro dan satu kontra. mereka orang melayu beagama islam. apa yang mereka mahu. sekarang dalam tangan UMNO. DULU DALAM PAS TAK BANYAK BUNYI GENDANG YANG DIKETUK ORANG UMNO KECUALI NAK RAMPAS TERENGGANU DENGAN GELOMBANG BIRU LA, GELOMBANG ITU DAN INI..tetapi sekarang masih juga bergelombang, sampai bila? masih ada hangtuah generasi abad 21 ini. atau jebat derhaka kembali mengganas dengan tembelangnya.hai ahli politik terengganu, apa nak lagi. perkuatkan UMNO, jangan sampai PR13 nanti, PAS rebut takhta balik. sekarang gigi masih boleh digosok, nanti kalah kan gigi tak bergosok, berkulat dan muka pun tak berseri.AMANKAN TERENGANU DAN SAYANGKAN TEGANU KITA.

  2. Salam, kawan amat bersetuju dengan komen dari sdr hasbullahlatif, semasa Trengganu dikuasai PAS, UMNO Terengganu begitu bersatu untuk mendapatkan semula kuasa, sepatutnya perpaduan ini terus diperkukuhkan. Kenapa kita orang Melayu masih tidak mahu ingat akan sejarah, kerana jawatan dan kuasa, kerana mengejar kebendeaan, kita sanggup menghancurkan segala apa yang telah kita bina bersama….

  3. UMNO terus berkocak di Terengganu .Negeri yang sepatutnya 'gah' kerana UMNO dapat mengekalkan kuasanya walaupun tsunami politik berlaku dlm PRU 12 yang lalu. Apabila 'tangan istana' campur tangan dalam pemerintahan , rakyat yang menanggungnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: