APABILA SESETENGAH MEDIA INDON BUTA & TULI

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing. Gila apa lagi ni?

Indonesia perlu mengawal rakyatnya jangan bukan-bukan. Mengancam rakyat Malaysia dengan buluh runcing tidak baik dan mendatangkan kesan buruk perhubungan dua negara.

Bagaimana kalau di Malaysia rakyat Indonesia – buruh, suri rumah dan pelajarnya di ancam kapak kecil, kapak bungkus, lawi ayam dan sebagainya?

Cuma satu – rakyat Malaysia tidak gila dan dirasuk hantu seperti sebahagian rakyat Indonesia.

Juga apa kata kalau rakyat Indonesia yang suka berkeliaran di KLCC, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan beberapa tempat lain di ibu neger diancam nyawa mereka?

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta semalam terpaksa menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak.

Ia berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila semalam terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.
Tindakan itu menguji kesungguhan pemerintah Indonesia untuk menangani masalah ini segera sebelum kejadian buruk berlaku.

Tindakan sedemikian jika tidak disekat segera memungkinkan kepada tindak balas di sebelah Malaysia.

Pihak berkuasa Indonesia perlu bertindak terhadap kumpulan yang mengambil undang-undang di tangan sendiri dan ia bukan berita reka-rekaan tetapi sudah dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Apakah tujuan media Indonesia berbuat demikian? Siapakah di belakang mereka dan apa agenda sebenar mereka?

Malaysia sudah menafikan dan sudah menjelaskan tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”.

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: