KEMELUT POLITIK TERENGGANU – JANGAN SALAHKAN PAK LAH

Sebelum saya meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini, saya ingin perturunkan dua komen kepada penjenguk blog ini berkaitan tajuk “Muhyiddin & Hisham Seronok kena boikot?’ semalam.

anak bukit besi said…

Setuju sangat dgn pandangan tuan. Rakyat khususnya ahli parti semakin jelak dan meluat dgn gelagat segelintir kambing hitam yg tidak segan silu membelakangkan kepentingan rakyat demi perjuangan peribadi yg tidak berkesudahan. Mengambil iktibar di tempat kami DUN Bkt Besi, YB ditolak dan kurang dihormati kerana beliau bersifat sombong dan angkuh.

Apatah lagi ketika selama menjadi EXCO, tidak ada satu pun dlm tempoh itu beliau membawa pembangunan yg boleh dibanggakan.

Cuma hari ini, yg dibawanya hanyalah pembinaan Penjara utk Pesalah Tegar yg dibina berhampiran penempatan penduduk dan kawasan tumpuan ramai. Ada otak ka? Pembinaan kampus UITM yg diusahakan oleh Pengerusi Yayasan Mara iaitu Datuk Rosli Mat Hassan tanpa segan silu YB ini telah mengaku dan mewarwarkan ini adalah usaha keras beliau.

Budak tadika bolehlah dibohong…..sama dengan pegawai Kemas yang menjadi bidak-bidak catur YB ini. Yg terbaru, apabila dilantik AJK JKKK yg baru (Pengerusi dikekalkan-), maka terbongkarlah betapa selama ni org2 kanan YB ini telah melakukan pelbagai penyelewengan termasuk pembahagian Dana Raya. Maka, apakah dan untuk apakan pemimpin sebegini masih diberi ruang tempat oleh kepimpinan? Berubatlah sebelum melarat. (September 5, 2009 6:11 AM)

andakmaon said...

Pilihan yang ada :

1.Gantikan MB sedia ada .

2.Ambil tindakan disiplin terhadap ADUN yang membuat onar itu dengan menggantung keahlian parti.

Kisah yang berlaku di Terengganu ini di mana silapnya ? Sepatutnya pekara ini boleh dielakkan dari awal lagi. Di sinilah satu lagi contoh klasik di mana ‘tangan istana’ telah merosakkan demokrasi. Dek nak menjaga hati raja , rakyat yang susah hingga hari ini . (September 5, 2009 11:21 AM)

Saya tidak edit apa-apa pada komen ini supaya anda semua boleh menilainya dan berfikir apakah wajar mereka ini mempertikaikan perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan kempen menjatuhnya.

Selain itu apakah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) patut dipersalahkan seperti yang tersiar dalam beberapa blog sehari dua ini.

To Be Fair kepada Pak Lah, janganlah isu yang melanda Terengganu sekarang dikaitkan dengan beliau.

Pak Lah dah tidak ada kena mengena lagi.
Juga jangan kaitkan Datuk Seri Idris Jusoh dengan beliau. Idris bukan ‘budak Pak Lah’ dan kononnya Pak Lah di belakang semua ini. Jangan memandai-mandai.

Saya mendapat info daripada mereka yang rapat dengan Pak Lah dan sudah berbincang pun masalah masalah ini – Pak Lah menjelaskan beliau sudah melakukan yang terbaik untuk menjamin dua pentadbiran negeri – Terengganu dan Perlis berada dalam keadaan sepatutnya.
Persoalannya Perdana Menteri hanya boleh mencadangkan.

Yang memperkenankannya ialah Sultan di negeri masing-masing.
Jika Tuaku Sultan mahukan perubahan, nama-nama yang dicadangkan kalau tidak dipersetujui terpaksa digantikan dengan nama lain.

Kenapa Tuanku Sultan Terengganu memilih Datuk Ahmad Said untuk Terengganu dan Raja Perlis memilih Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu untuk Perlis?

Ada sebab-sebab tersendiri yang Tuanku Sultan dan Raja Perlis tahu. Yang pasti arah pembangunan mahu diubah kepada yang mementingkan rakyat daripada pihak-pihak tertentu.

Menkayakan rakyat lebih afdal daripada menkayakan individu atau kumpulan tertentu sahaja.
Idris dan Datuk Seri Shahidan Kassim boleh mengeluh tetapi itulah hakikatnya. Banyak yang boleh diperkatakan tetapi untuk apa mendedahkan hal-hal peribadi dan kelemahan mereka sedangkan banyak perkara positif yang sudah mereka sumbangkan.

Cuma nasihat untuk mereka, percayalah kepada ketentuan Ilahi, jangan menrungut dan mencabarnya.

Pak Lah sudah pun menasihat Idris supaya patuh dan jangan menentang arus.

Perkenan Sultan bukan undang-undang rimba. Ia adalah bersesuaian dengan undang-undang tubuh negeri dan proses demokrasi negara. Patuhilah!

Bukan Pak Lah tidak nasihat. Pak Lah dah beritahu dah. Jangan lawan atau langgar perkenan Sultan.

Malah, Pak Lah turut menasihati Idris supaya menghadap Sultan. Namun tiada apa yang berlaku. Tidak tahulah Idris melakukannya atau pun tidak atau Sultan memang tidak perkenan untuk menerima Idris menghadap.

Kita kena juga rujuk juga kepada apa yang berlaku umpamanya caci dan cerca terhadap Sultan oleh penyokong Idris. Kenapa sampai begitu jauh?

Hakikatnya, apabila Pak Lah menyenaraikan Idris dan Shahidan untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar, ia berasaskan kepada faktor kedudukan mereka ketika itu, iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Tetapi jika tidak diperkenankan, apa yang boleh Pak Lah lakukan? Terpaksalah menyediakan senarai beberapa nama baru yang dikira sesuai.

Pak Lah sudah melakukan tugasnya. Pak Lah bukan sengaja-sengaja menggugurkan Idris. Namun takdir dan penentuan sudah sedemikian, apa nak dilanggar lagi.

Bukan Idris sahaja yang kecewa. Pak Lah pun kecewa dengan beberapa orang yang ditatang bagaikan minyak yang penuh, akhirnya menjadi penentang dan penghulu memintanya berundur.

Apakah Pak Lah meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat atau kuasa besar lain untuk kekalkan beliau sebagai Perdana Menteri?

Apakah beliau buat ‘gila’ untuk mempertahankan jawatannya? Tidak dan menerima hakikat bahawa apabila sampai masanya, kenalah kita berundur. Kalau tidak berundur, kita mungkin diundurkan.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri pertama dan ketiga.

Cumanya persoalan sekarang ialah apakah krisis dan pergolakan yang berlaku di Terengganu mampu diselesaikan dengan mudah.

Kenapa sampai dua pemimpin tertinggi UMNO ‘masuk kampung’. Apakah ini menggambarkan peneraju utama pertama tidak berjaya atau gagal sehinggakan ada pula peneraju kedua?
Bukankah peneraju pertama itu sedang menjalankan tugasnya. Memang sukar dan berilah ruang kepadanya.

Jangan kita letakkan dua harimau duduk atas satu bukit.

Memanglah niat kita baik untuk cuba mententeramkan lembu-lembu yang sedang bergaduh di kaki bukit.

Apa jaminan ia akan berjaya?

Saya bimbang nanti bukan setakat lembu yang bercakaran, antara harimau itu pula akan bergaduh sesama sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: