KITA BANGGA…KAPAL SELAM NEGARA DI SELAT MELAKA

Tahniah kepada kerajaan kerana kini apa yang diperkatakan kesekian lama kini tertunai.
Kerajaan Barisan Nasional sudah melakukannya.

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, sudah berada di perairan Selat Melaka menuju ke Pelabuhan Klang untuk upacara sambutan rasmi yang akan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pagi ini.

Turut menyambut ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

“Orang ramai berpeluang menyaksikan upacara tersebut melalui siaran langsung program “Hello On Two” di TV2 RTM mulai 7.50 pagi,” kata Lt Kdr Masliza Maaris, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) dikendalikan Komander Zulhelmy Ithnain bersama 35 krew.

Masliza berkata, kapal selam itu akan berada di Pangkalan TLDM Pulau Indah sehingga Jumaat sebelum ia belayar ke Pangkalan TLDM Lumut. KD TAR dijadual tiba di Pangkalan Teluk Sepanggar di Sabah pada 17 September.

Kapal selam itu akan dipamerkan kepada orang ramai semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Lima’09 di Langkawi dari 1 hingga 5 Disember ini.

KD TAR tiba di tanah air selepas perjalanan selama 55 hari mulai 11 Julai dari limbungan pembinaannya di Toulon, Perancis. Ia singgah di Jeddah, Djibouti dan Cochin di India.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

Ia menjadi lambang kemegahan terbaru TLDM yang akan menyambut ulangtahun ke-75 tahun ini dan kedua-dua kapal selam itu dinamakan sempena nama perdana menteri negara pertama dan kedua.

Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter, antara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam.

Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

Pada Januari lalu, KD Tunku Abdul Rahman diserah secara rasmi kepada TLDM di Toulon.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak, yang akan ditauliahkan pada Oktober ini dijangka memulakan pelayaran ke tanah air pada Januari tahun depan dan tiba dua bulan kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: