JIKA SAYA SEORANG BUKAN ISLAM

Ikhlas saya katakan, saya sedang berusaha memujuk seseorang bukan Islam – bukan dari Malaysia – untuk memeluk Islam.

Dia seorang anak muda yang bijak, berkelulusan tinggi, profesional dan sedang mempelajari Islam secara universal – bukan Islam cara Malaysia.

Membaca dan cuba memahami situasi politik di Malaysia, dia mengemukakan persoalan:

“Apakah ada perbezaan dalam konteks Islam Malaysia dan Islam universal?”

Kenapa dia bertanyakan sedemikian?

Ini kerana dia merasakan seolah-olah Islam di Malaysia bukan Islam seperti dipraktikkan oleh orang Islam di negaranya.

Saya terpaksa menjawab perbezaannya memang ada dan banyak.

Jika saya bukan Islam, saya pun akan bertanya soalan serupa.

Islam universal mungkin perbezaannya disebabkan oleh mazhab tetapi di Malaysia, walaupun mazhabnya Shafie tetapi “Tok Guru” yang ada melebihi Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Mereka mengeluarkan fatwa mengikut selera dan kefahaman atau pengalaman mereka sendiri.

Lebih memburukkan, “Tok Guru” ini kebanyakannya mempunyai pendirian politik yang kuat. Sesetengahnya memimpin parti politik.

Parti politik berjuang untuk kuasa. Untuk mendapatkan kuasa, manusia boleh melakukan
Maka jadilah Islam Malaysia ditentukan oleh pemimpin politik.

Ada Islam yang boleh masuk syurga dan ada Islam yang tidak boleh masuk syurga. Walaupun Allah itu satu dan al Quran itu satu serta Nabi Muhammad s.a.w. itu satu dan hadis-hadis sahihnya diyakini, namun belum pasti orang Islam – sama ada dari UMNO, PKR, DAP atau Bebas boleh masuk syurga.

Ia ditentukan oleh pasport yang dikeluarkan oleh PAS.

Siapa yang tidak masuk PAS, mereka tidak akan dapat pasport berkenaan dan tidak terjamin mereka boleh lepas Siratulmustaqin.

Sejak 1959 hingga kini Islam Malaysia ditentukan oleh parti politik.

Jika mengikut PAS, keIslaman seseorang lebih mulia dan jika tidak ikut PAS, Islam seseorang ‘kurang sempurna’ dan mungkin terjerumus ke neraka.

Islam universal?

Islam yang diterima oleh seluruh umat Islam sedunia yang yakin semuanya akan masuk syurga sekiranya beramal dengan ajaran ditetapkan – menerima dan mengamalkan Rukun Islam yang lima serta yakin dan beramal dengan Rukun Islam yang enam.

Lantas pemuda berkenaan bertanya kepada saya, apakah apabila dia memeluk Islam dan tidak menyertai PAS, amalannya diterima?

Saya bukan “Tok Guru” tetapi saya penuh yakin bahawa walaupun tidak menyartai PAS, kebaikan dan amalannya diterima Allah S.W.T. kerana pada asasnya bukan PAS yang menentukan syura dan pahala. Allah jua yang menentukan nasib dan kedudukan keIslaman seseorang.

Setidak-tidaknya, semalam apabila Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin mengatakan dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, saya boleh memberikan jawapan dengan jelas jika ditanya esok atau lusa oleh anak muda berkenaan.

Jelas sudah, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu.

Lebih jelas lagi, pendirian ini telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Raja-Raja Kali ke-188 pada pada 21 hingga 23 Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Shukor mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas .

Selesai persoalan pertama, walaupun saya yakin akan ada lagi kenyataan balas daripada pemimpin PAS itu yang akan mempertahankan pendiriannya. Paling tidak ‘menegakkan benang basah’.

Timbul pula persoalan kedua.

Jika Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan menyifatkan kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, apa tindakan yang sewajarnya dilakukan?

Saya bukan bermaksud menangkap atau mengurung “Tok Guru” berkenaan. Tetapi jika Ayah Pin diburu atau sesiapa juga yang ‘mengajar ajaran salah’ dikenakan tindakan, apa pula bentuk tindakan terhadap Nik Aziz?

Cukup sekadar menyatakan jawatankuasa berkenaan sebenarnya sudah membincangkan isu itu sejak tahun 2000 dan memutuskan ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah?

Sudah jelas bahawa “Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, “ jadi apa tindakannya?

Apakah cukup hanya sekadar nasihat yang berbunyi “umat Islam terutama mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Islam dinasihat berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida’ah yang boleh mengelirukan dan memecahkan umat Islam.

“Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.”?

Majlis Fatwa boleh menasihat dan berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Menteri Besar Kelantan perlu membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam.

Tetapi kesan besar terhadap Islam itu sendiri perlu difikirkan.

Pertama, jika saya bukan Islam, saya melihat Islam ini sebagai suatu agama yang bercelaru dan boleh dibuat tafsiran begitu sahaja oleh orang yang mengaku arif dalam agama;

Kedua, Majlis Fatwa tidak mempunyai kuasa ‘memperbetul dan membendung fatwa atau ajaran salah’ kerana yang mengeliru dan membuat tafsiran salah mengenai Islam bebas sebebasnya; dan

Ketiga, kalau saya bukan Islam, saya akan menjauhi Islam Malaysia kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan Islam atau mengemukakan pandangan tertentu demi kepentingan politik dengan membelakangkan Majlis Fatwa, mufti-mufti dan sebagainya.

Tidak guna kita melabelkan Mursyidul Am PAS itu sudah berada di tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam kerana ia tidak memberikan kesan apa-apa.

Yang diharapkan jika mufti dan majlis fatwa tidak mempunyai apa-apa kuasa dan kerajaan membiarkan kegiatan menyebarkan ‘fatwa salah’ ini berterusan yang menyebabkan orang Islam di Malaysia semakin keliru, institusi pelindung agama Islam – Majlis Raja-Raja Melayu – hendaklah berbuat sesuatu bagi membendung atau menyekat perbuatan ini.

Jangan biarkan ‘seorang (bukan seekor) kerbau membawa lumpur’ dan Islam di Malaysia terpalit!

2 Responses to “JIKA SAYA SEORANG BUKAN ISLAM”

  1. Senyumsempoi Says:

    Salam sdr. Hambali.Saya ingin mengambil kesempatan diruang sdr. Hambali untuk menganugerahkan pada N. Ajis ini dengan pingat bintang gelaran ORANG TUA JAHAT. Selepas ini beliau dipanggil OTJ N.Ajis.

  2. azierazie2 Says:

    DAP hina ISLAM depa kata..DAP tak paham ISLAM….PAS kerjasama dengan DAP…untuk berjuang kita dibolehkan mengambil syaitan menjadi rakan…Ini Menteri Pertahanan (Zahid) baru jumpa Ehud Barak (Israel) bukab buat apa pun…dorang kat Permatang Pasir dah buat Demonstrasi…kata boleh jadikan Syaitan itu kawan…Apakah PAS sahaja yang boleh buat sebegitu???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: