PAS SELANGOR JELAS BERMASALAH

Dalam ‘parti Islam’ pun ada cantas mencantas ke?

Kenapa jadi begitu dengan PAS Selangor? Pemimpin mereka Nampak hebat dan bijak.

Apapaun, nasi sudah menjadi bubur. Rahsia sudah diketahui orang. Terlajak perahu boleh diundur dan terlajak tulis bahana padanya.

Bahana bukan kepada individu tetapi kepada PAS. Jelas wujud konspirasi menjatuhkan tokoh tertentu PAS di Selangor. Soal siapa merancang tidak penting.

Yang pasti, penulis menggelarkan dirinya – Tulang Besi – melalui blog Malaysia Waves – yang mendedahkan konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor – sudah menyatakan beliau mempunyai cukup bukti dan mempertahankan tulisannya.

Beliau berani untuk berdepan dengan ugutan saman terhadapnya.

Jika berani berdepan dengan saman bermakna wujudlah gerakan sedemikian walaupun beliau kemudiannya menarik balik artikelnya berjudul ‘Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor.

Berikutan itu ada blog yang menganggap Tulang Besi bacul dan penakut. Blog berkenaan berkata: “Betapa baculnya dan penakutnya Tulang Besi ini kerana menarik balik artikel berkaitan masalah dalaman PAS Selangor. Tulang Besi inilah yang menulis blog yang mengatakan Mufti Perak Pelacur. Rujuk: Harussani. Ulama yang Melacurkan Diri untuk UMNO

Lihatlah betapa penakutnya Tulang Besi ni, setelah artikelnya menyentuh hal ehwal dalaman PAS, mendapat bantahan dari PAS Selangor, terus dipadamkan artikel tersebut. Penakut betul anak gampang ni. Tulang Besi ni memang pengecut, elok jadi tulang ayam lagi bagus.”

Bagi Tulang Besi, tindakannya menarik balik artikel berjudul “bukan takut, tetapi untuk melindungi pemberi maklumat saya.”

Sehari selepas memuatkan artikel itu di Malaysia Waves, Tulang Besi menarik kembali tulisan yang didakwanya diterima daripada sumber dalaman PAS Selangor atas permintaan “tuan punya surat”.

Menurutnya, kerana merasakan isu ini terlalu panas, maka pemberi maklumatnya takut akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Mereka yang didakwa mahu disingkirkan antaranya Saari Sungib (Hulu Kelang dan bekas ketua penerangan PAS negeri), Dr Halimah Ali (Selat Kelang dan exco kerajaan Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Mengulas kandungan artikel itu, Tulang Besi’ mempertahankan kewujudan mesyuarat konspirasi itu yang dihadiri beberapa tokoh penting PAS Selangor pada 31 Julai lalu.

“Dulu saya antara orang terawal mendedahkan rundingan sulit PAS-Umno, sebelum (bekas perdana menteri) Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) umumkan lagi. Semua orang kata saya tipu. Tetapi akhirnya terbukti betul. Perkara ini lebih kurang macam itu juga.

“Pada pagi pilihanraya umum tahun lalu, saya yang buat panggilan kepada pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Dr Hasan Ali), beritahu kita akan menang Selangor, bersedialah untuk angkat sumpah,” jelasnya, sambil mencabar ahli PAS bertanyakan perkara itu kepada Dr Hasan.

Artikel yang sama dimuatkan dalam Perisik Rakyat (www.perisik-rakyat.com), menyebabkan blog milik Topeng Perak itu turut menerima surat tuntutan guaman daripada pihak tertentu supaya memohon maaf terbuka, yang mesti turut diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan.

Tulang Besi juga berkata beliau tidak menerima surat tuntutan guaman daripada pihak tertentu buat masa ini, termasuk melalui emel.

“Saya tidak pasti, mungkin masuk dalam spam,” tambahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: