ANWAR – ‘PENKHIANAT & PENGECUT?’

(Isu Sabtu)

Ke mana Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ‘membawa atau melarikan diri kali ini’?

Untuk apa? Apakah negara ini tidak selamat untuknya?

Apakah UMNO sebagai parti yang menjamin wujudnya keselamatan dan kestabilan negara akan bertukar ganas?

Kita semua masih ingat apabila timbul kes liwat Edisi Kedua, Anwar melarikan diri ke Kedutaaan Turki . Riuh satu pelusuk negara kononnya Anwar akan diapa-apakan.

Keselamatannya kononnya dalam bahaya.

Kini timbul pula kononnya Anwar merasakan dirinya tidak selamat.

Berhati-hati, Anwar mungkin akan membuat salinan peristiwa seperti ‘mata lebam’ pada 1999.

Ternyata perlindungan di kedutaaan Turki muslihat sahaja. Anwar selepas itu bebas sebebasnya sehinggalah timbul kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Kelmarin, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Muhyiddin itu.
Kenapa Anwar bimbang, kenapa takut?

UMNO hanya melaungkan beliau sebagai pengkhianat. Tidak lebih daripada itu. UMNO bukan parti ganas – menunjuk perasaan ganas atau menentang polis seperti parti dan pakatan yang dipimpinnya.

Aneh hantu pun takut hantu!

Kelmarin, tiba-tiba sahaja Anwar mengatakan UMNO perlu bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

“Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya.

“Saya telah diberitahu bahawa terdapat usaha daripada pemimpin dan bekas pemimpin Umno untuk lakukan sesuatu bagi mengganggu mesyuarat-mesyuarat dan program-program yang akan kita adakan,” kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut “perkauman.”

Baru inilah nampak Anwar ‘takut’ tetapi ketika menjadi pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO pada 1980-an, Anwar bukan sahaja Nampak berani mati tetapi akan melakukan apa sahaja, termasuklah dalam isu berkaitan Melayu-bukan Melayu dan Islam bukan-Islam.

Kenapa tiba-tiba Anwar jadi ‘pengecut’?

Anwar sebenarnya sedang mengira-gira untuk menulis skrip dan menjadi pengarah untuk cerita lama yang dibaharukan.

Tajuknya? “UMNO – PARTI GANAS & PERKAUMAN’.

Apabila Anwar mula mengatakan UMNO atau pemimpin dan bekas pemimpin cuba menggangu mesyuarat PKR, ia cuba menonjolkan kepada rakyat di Malaysia dan dunia khususnya bahawa UMNO parti ganas.

Dengan menonjolkan imej sedemikian, Anwar akan berjaya mencipta wajah baru terhadap UMNO selain meletakkan PKR sebagai teranianya.

Siasatan segera terhadap beliau perlu dilakukan kerana tuduhan ini berbahaya kepada UMNO dan kestabilan politik negara ini.

Pemimpin UMNO, khususnya pemudanya perlu bertindak segera untuk menjamin siasatan dilakukan terhadap Anwar kerana membuat tuduhan ini.

Siapa yang beliau maksudkan dengan ‘yang memberitahunya’ atau sumbernya siapa dan daripada mana?

Minta polis siasat dari mana punca Anwar membuat tuduhan sedemikian.

Jika beliau berbohong, mencari helah dan cuba mencemarkan UMNO, masa inilah UMNO perlu ‘menganyang’ Anwar.

Jelas kini Anwar bukan sahaja ‘pengkhianat’ tetapi berani menuduh UMNO sebagai parti ganas – sedangkan beliau sendiri sebenarnya semakin tidak mendapat sokongan dan mulalah mencipta pelbagai cara untuk melemahkan UMNO dan sokongan orang Melayu terhadap parti keramat itu.

Lebih daripada itu, Anwar yang pengecut mahu menggunakan taktik meraih simpati seperti kes ‘mata lebam’.

Apabila dapat meyakinkan bahawa beliau dianianya, mudahlah Anwar mengarahkan filemnya.
Kali ini pihak berkuasa perlu menjamin supaya Anwar tidak diapa-apakah oleh sesiapa pun.

Jangan kerana perbuatan seseorang yang tidak ada kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) seperti 1999 – oleh seorang pegawai tinggi pentadbiran – BN dan UMNO kalah dipersalahkan.

Pemimpin UMNO diburuk-burukkan dan Presidennya dicop sebagai Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya.

Akibatnya banyak kerusi kalah dan Terengganu jatuh kepada PAS.

Advertisements

One Response to “ANWAR – ‘PENKHIANAT & PENGECUT?’”

  1. andakmaon Says:

    Itu taktik yang dah kita lihat dari Anwar sejak dulu lagi. Anwar Sang Penkhianat ini sentiasa bijak mengalihkan perhatian rakyat dari satu isu ke isu yang lain . Taktik meraih simpati ini selalu berjaya kerana Anwar tahu sifat melayu. Dia sekarang sangat bahaya kepada orang melayu kerana sanggup buat apa saja untuk menawan Putrajaya. Cara terbaik untuk membendungnya ialah simpan dia dengan segera mengikut lunas undang-undang yang ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: