MSO DAH KAYA…

SIKU SIKIT

Kalau Saudara Zabidi Saidi melalui blognya Memo Belakang mengatakan blogger Zaharin Mat Yassin (Sang Kelembai) dah kaya raya, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Mohd Sayuti Omar (MSO).

Jumaat lalu, ketika melalui Pasir Tumbuh untuk ke Kota Bharu, saya nampak terpampang papan iklan – MSO Corporation Sdn Bhd – kontraktor membina Bandar Satelit Islam.

Saya tidak dapat ambil gambar kerana ketika melaluinya, lampu isyarat hijau. Terpaksa melalui begitu sahaja.

Namun MSO Corporation tetap di kepala saya. Saya turut bangga.

Dalam kepala saya terbayang bagaimana nikmatnya memuja memuji Kerajaan Negeri Kelantan, akhirnya MSO jadi orang kaya juga.

Kerana itu. beliau tidak hairan langsung dengan bekas rakannya seperti Datuk Husam Musa atau Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Jadi tidak payahlah lagi ungkit isu kambing Jamnapari atau apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan sama ada Husam atau Ibrahim.

Tahniahlah MSO.

Setidak-tidaknya ada juga blogger yang kaya.

Seiringan dengan ini, saya mohon untuk memetik tulisan Saudara yang bagi saya amat menarik untuk dikongsi.

Kemunafikan Pemimpin Melayu Islam

Oleh MSO (9 Julai 2009)

DI DALAM biara atau masjid, surau, atau pun bila berbicara di majlis-majlis berbau keagamaan, pemimnpin politik tampil sebagai jaguh agama. Muncul sebagai pejuang Islam nombor wahid.
Dibacalah berangkaian hadith-hadith dan ayat-ayat al-Quran untuk menunjukkan betapa kuatnya keimanan mereka. Begitu menyinarnya iltizam mereka kepada agama, iras-iras seakan rela syahid di medan juang adden. Seakan kalau mereka terpanah musuh ketika itu darah yang mengalir membentuk kalimah Lailahaillah macam cerita-cerita sufi dalam filem Hindustan.

Maka bersoraklah para pendengarnya, banggalah dan kembanglah dada dan merindinglah bulu roma di lengan dan bulu tengkuk sampai ke janggut. Jika dikerah para pendengar itu, saat itu juga mereka turun ke medan jihad fisabilah. Maka bersahutan takbir yang dikemudikan oleh seorang juru tempik yang berada di hadapan penceramah, yang menempik takbir….!

Tokoh yang bercakap dan bersyarah bersembur air liur tadi pun dipuji dan diusung dan dinobatkan sebagap muhyiddin (pebela agama). Jika berkesempatan bersalaman, dipeluk dan dicium tokoh itu dan air serban dan jubahnya pun turut diminum untuk jadikan penawar menguatkan jiwa dan mengebalkan kulit tubuh untuk menghadapi pedang kuffar.

Sebelum melangkah ke kereta pancuan empat roda akan dihulur sampul yang di dalamnya ada beberapa keping nota RM50 atau RM100. Itulah warna dan senario yang dapat dilihat bila pemimpin berada di pentas syarahan mereka.

Tetapi bila turun ke bawa lain sekali jadinya. Bila berhadapan dengan ujian dan masalah, dengan mehnaj, berbeza jauh dengan ketika berada di pentas. Mereka jadi macam anak ayam kesejukan disimbah hujan. Jiwa kental mereka untuk menegakkan Islam, menentang kemungkaran ghuyup dan lunyai. Usahkan berdepan dengan Yahudi, tetapi bila berdepan dengan rakan politik yang yang bukan sesama Islam pun sudah cukup melemahkan mereka. Nada cakapnya tiba-tiba jadi berubah, dari suara rimau sebelum ini kepada suara burung hantu bisu..

Mereka bukan pun mengeluarkan senjata tetapi cukup setakat meninggikan suara saja, akan diakur dan dituruti atas alasan kemanusiaan. Iya kemanusiaan politik gilakan kuasa. Topik perbicaraan pun bertukar daripada menceritakan soal-soal agama kepada soal-soal dunia semasa, soal perpaduan membina masa depan negara dan sebagainya.

Soal untuk angkat pedang sudah tidak ada lagi. Apa lagi bila sesekali rakan Islam menjadi tiong meniru-niru membaca ayat Quran ataupun berkokok memberi salam dan berhipokrit dengan selendang di kepala dirai dengan menyembelih tujuh ekor unta dari padang pasir. Inilah hakikat yang berlaku? Hakikat yang perlu disedari dan difahami oleh semua orang Islam dan Melayu.

Bukan baru, fenomena ini dah lama dah. Apakah tokoh-tokoh seperti ini yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Menjadi muhyiddin? Apakah dalam keadaan iman lemah dan senang digemulaikan itu yang boleh mereka perlakukan? Dan apakah tidak berdosa bagi mereka yang memberi undi untuk menaikan mereka? Bukankah memberi undi itu memberi kuasa? Dengan kuasa itu sebagai wali untuk mereka melaksanakan apa yang dipersetujui?

Dalam konteks ini ialah melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi kalau mereka gagal melaksana itu apakah hukum dan tindakan yang harus dilakukan? Bukankah Allah mengecam mereka yang melakukan persubahatan?

Ringkas ceritanya, analogi ini untuk melihat apa yang berlaku di Selangor sekarang ini mengenai larangan penjualan arak secara terbuka di negeri berkenaan. Bukan maksud saya ingin menyatakan larangan atau tindakan itu kurang bijak, tetapi dilihat dari konteks orang yang memimpin hari ini ialah bangsa Islam. Pemimpin ini diberikan harapan dan kepercayaan untuk mendaulatkan Islam kerana dia Islam tindakan dan keputusan itu adalah satu yang sangat kontras dan menyakitkan jiwa.

Bagi orang Islam mereka memberi kuasa untuk pemimpin bukan saja menegakkan keadilan, tetapi kebenaran juga. Keadilan satu hal kebenaran satu hal. Dalam beragama, ia bukan sahaja mesti adil, tetapi wajib benar, haq. Keadilan tanpa kebenaran adalah batal. Kebenaran tanpa keadilan adalah zalim. Islam itu bukan zalim dan hampa. Islam itu padat dan realitas.

Menjual arak untuk keperluan bukan Islam, adalah keadilan sosial sebagai memenuhi budaya mereka. Tetapi tidak melarang dan membiarkannya atas kehendak penjual dan pembelian bukan yang haq, dan itu satu kesalahan dan dibenci dan dilaknat Allah.

Salah bila perbuatan bertentangan dengan hukum Tuhan. Haq di dalam Islam ialah menegakkan kebenaran dalam keadaan apa sekalipun bukannya memberi keadilan sehingga dibenci Allah. Mencegah ianya dijual samalah cegahan atau larangan Tuhan menghampiri zina (maksiat).

Kerana maksiat itu membawa kecelakaan maka undang-undang (pencegahan) telah ditekankan. Begitulah dengan arak walaupun dijual bukan untuk Islam tetapi membiarkannya atas nama keadilan itu ia mendedahkan kecelakaan kepada orang Islam.

Sikap memberi kuasa kepada penjual itu telah memberi kesempatan kepada peminumnya. Apa yang patut difikirkan bila benda itu sudah tersedia (dijual bebas) ia mengundang pembeli yang tidak sepatutnya membeli.

Fitrah manusia macam fitrah kucing dengan ikan tawar yang pantang melihatnya. Filsafat kucing jika ia tidak membaham ikan tawar itu maka ia sudah tidak menjadi kucing lagi. Jika kucing memakan ikan tawar yang terdedah itu bukan salah si kucing tetapi tuan yang tidak melindungi ikan tawar itu.

Jadi di sini salahnya mereka yang berkuasa dan diberikan kuasa untuk melindunginya tetapi sengaja tidak mahu melindungi rakyatnya. Kerajaan seperti ini samalah orang yang sengaja mendedahkan ikan tawar kepada si kucing itu.

Tindakan penguasa yang menyerahkan kepada penjual dan pembeli membuat keputusan mengenai minum keras itu adalah tindakan paling lemah sekali dan tidak menujukkan kesungguhan dalam membenteraskan maksiat dan kegiatan haram.

Dari segi keimanan, imannya sangat lemah dan naif. Tiada kekuatan adden dalam dirinya. Jiwa agamanya sudah longlai. Iya kita sering berbalik kata, inikan negara majmuk?

Iya.. ini negara majmuk tetapi apakah kemajmukan ini menyebabkan kita harus bertolakansur tetapi tidak dipihak lain? Apakah kerana kita digembar gemburkan berkuasa dan menjadi tuan maka kita syok atas dendangan itu dan perlu bertolak ansur. Kita sudah berlebih-lebih dalam soal ini.

Satu hakikat yang perlu diingati bahawa tidak semua majoriti itu berada dalam keadaan selesa. Majoriti bukannya segala-galanya. Majoriti bukan tanda kehebatan dan kemenangan! Umat Islam yang memberi undi dan kuasa kepada pemimpin demikian tentu rasa kesal dan bersalah. Wajar mereka merasakan begitu kerana hasil kelonggran itu ia memberi kesan dan saham dosa buat mereka.

Seorang yang merindui keimanan yang jernih tidak akan relah mendedahkan diri mereka terendam dalam lopak subahat yang kekeruhan. Dari sudut lain, kegagalan menangan isu-isu bersabit dengan soal keimanan dan akidah (seperti arak, judi dsbnya) umat Islam dalam sesebuah negeri yang ada raja, dimana raja pula berkuasa dalam bidang agama menunjukkan kuasa sudah tidak memberi apa-apa erti lagi.

Kuasa itu hanya berkuasa ats kertas saja. Maka eloklah kalau kuasa-kuasa mutlak turun temurun itu difikirkan untuk dicabut. Sebab kalau ia ada tetapi tidak digunakan tak ubah seperti keris pusaka yang tersarung tergantung di dinding rumah.

Jika ia sudah tidak berguna dan digunakan ia meyerabutkan mata memandang saja. Sebenarnya dalam hal ini kita tidak merasa kesal dengan kekuatan dan usaha musuh berbagai itu kerana kita sendiri tidak melindungi diri dan agama dengan kuasa yang terbekal kepada kita! [wm.kl. 7:45 am 09/08/09]

3 Responses to “MSO DAH KAYA…”

  1. payabakau Says:

    MSO, pemimpin Pas hanya minat berceramah sahaja, nak penuhkan poket, jual air liur, konon fisabilillah. Menggunakan ayat Quran dan Hadith untuk mencaci, memaki hamun, terjerit-jerit mengata Kerajaan BN Selangor penuh maksiat, negeri pengeluar arak dan mencemuh JAIS kerana menghalang Dr. Hassan Ali berceramah di Selangor,lepas tu TAKBIR..,tetapi sekarang "TAKE BEER"…7 Wasiat Raja Melayu diabaikan dan tidak dituruti. Janganlah MSO nak pertikaikan kuasa RAJA, kuasa mutlak nak dicabut, itu kes menghasut. Maka, jadilah Dr. Hassan Ali penggantung poster disetiap simpang Negeri Selangor, hilang maruah sebagai seorang pemimpin Pas yang nak menegakkan Islam. Letak jawatan lebih baik daripada menjadi DAYUS. "TAKE BEER".

  2. andakmaon Says:

    Tahniah ! Sdr Hambali . Teruskan perjuangan sdr. Jangan jadi penulis upahan yang dah jadi kaya kerana mendukung amalan politik songsang dalam PAS dan PKR.Satu dunia dah tahu MSO menulis untuk siapa dan ganjaran yang diterimanya . Sangat berbaloi.PAS sebenarnya sedang menjerumuskan dirinya ke lembah kehancuran apabila bersekongkol dengan parti yang jelas memusuhi Allah . Pemimpinnya mesti bangun dari mimpi mabuk kuasa yang dianjurankan oleh DSAI sebelum terlambat.Apa ertinya kuasa kalau mejadi badut dan menggadaikan maruah agama Islam ?Mungkin juga pemimpin PAS terhutang budi kpd DAP kerana telah sudi melantik Nizar sebagai MB di Perak ,maka di Selangor mereka terpaksa mengorban maruah Hassan Ali !

  3. Pejuang Bangsa Says:

    MSO ini sbnarnya penulis dan blogger upahan sahaja dia .Mana yang dia dapat lebih ,dia akan sokong orang itu .kalau orang itu tidak suka orang ini ,dia la yang pertaman akan hantam ..tengok lah sendiri masa pemilihan PAS. punya la teruk di kena belasah oleh kickdefella ..sy pun baru tahu juga MSO ini kaya raya orangnya ,ingat ka tulis buku dan bela kambing saja rupanya kontraktor kelas A PAS kot ..hehe orang PAS semua kaya raya ..sapa kata PAS miskin ,blogger dia pun kaya .haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: