GEMA ANWAR ‘PENGKHIANAT’ KE SELURUH NEGARA

Dulu ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, kalau mengata atau menggelar orang lain dengan muka separuh senyum, bukan main.

Sebelum itu, ketika menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, dia tidaklah selancang demikian.
Kuasa – politik dan wang – yang ada padanya menukar wajah dan perangainya.

Apa yang beliau tidak kata terhadap pemimpin UMNO – khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad – yang banyak berjasa kepadanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaikan tidak dapat memisahkan antara perlakuan salah yang dilakukan bekas pegawai kerajaan (bekas Ketua Polis yang menyebabkan matanya lebam dengan pemimpin politik).

Mulut Anwar memang tidak boleh dikawal. Dia sedap sahaja mengata, menjawab atau sinis kepada seseorang.

Kini selepas satu dekad, Anwar bagaikan ‘menerima balasan’ apabila beliau pula dipanggil PENGKHIANAT.

Laungan Anwar sebagai pengkhianat, saya rasa bukan akan bergema di Johor sahaja. Ia akan merebak ke seluruh negara.

Semalam, anggota perwakilan UMNO Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.

Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua UMNO bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.

“Mari kita bangun melaungkan ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’, supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, UMNO Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu,” katanya.

Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan UMNO Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’.

UMNO Johor juga akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran dalam waktu terdekat untuk melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia cabaran kepada ketua pembangkang itu mengambil tindakan saman ‘beratus-ratus juta ringgit’ terhadap peserta perhimpunan.

Seperti kata Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada “ugutan” terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar.

“Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya,” katanya
Tunggu sahajalah perhimpunan yang akan melibatkan puluhan ribu ahli UMNO negeri yang akan menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di Padang Merdeka Batu Pahat.

One Response to “GEMA ANWAR ‘PENGKHIANAT’ KE SELURUH NEGARA”

  1. andakmaon Says:

    DSAI " Pengkhianat Bangsa Melayu "Apa pendapat orang melayu dalam PAS dan PKR ? Adakah mereka juga berpendapat begitu ? Atau mereka akan menyebut " DSAI Penyelamat Malaysia " Bapa Keadilan Malaysia "Apapun pancingan Anwar untuk mewujudkan kesinambungan isu yang melibatkan dirinya nampaknya sudah berjaya. Sedarlah, strategi Anwar ialah mewujudkan ketegangan ,kacau bilau dalam negara sehinggalah PRU 13 nanti. Jangan kita terlalu jauh masuk dalam perangkapnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: