PAS ‘SENDIRI MAHU TAHULAH’ DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Pelik sungguh dengan kepimpinan pakatan pembangkang di Selangor.

Apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali Selasa lepas mendesak Abdul Khalid menukarkan portfolio Ronnie Liu ekoran wakil rakyat DAP itu menimbulkan beberapa masalah berkaitan penjualan arak di kawasan penduduk majoriti umat Islam, dia berjanji gila mahu menyelesaikan masalah itu serta merta.

Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji, Jumaat (kelmarin) segala-galanya akan beres. Dalam tempoh empat hari ini. Namun tiada apa yang berlaku.

Anehnya npada Jumaat juga Ketua Umum pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan akan memutuskan kesemua isu semasa yang tercetus termasuk isu jualan minuman keras di Selangor dan desakan PAS agar Ronnie Liu digantikan Khamis depan.

Katanya, “semua isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuk isu Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 13hb Ogos.”

Anwar juga menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan.

Di sebalik isu jualan arak itu, kelmarin PAS Selangor mendesak agar Ronnie Liu, Exco yang menerajui portfolio kerajaan tempatan digantikan dengan orang lain.

Semalam pula (Sabtu), Khalid dilaporkan berkata garis panduan itu akan disiapkan kira-kira sebulan lagi.

Mana pendirian pakatan pembangkang sebenarnya?

Berikutan itu, Umat Islam diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Islam.

Semalam, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat juga akan menilai perjuangan Pas yang kini adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

Mohd Shafie berkata, semasa negeri itu di bawah pentadbiran kerajaan Basional Nasional, wakil rakyat parti komponen seperti MCA dan MIC tidak mencampuri isu-isu sensitif yang berkaitan agama Islam.

“Sekarang kita boleh menilai Pas dan perjuangannya dan apa telah jadi dengan kerajaan pakatan-pakatan pembangkang termasuk di Pulau Pinang yang gagal mengatasi pelbagai masalah,” kata beliau.

Yang pasti, PAS Selangor kini melancarkan kempen penerangan besar-besaran di seluruh negeri supaya umat Islam menjauhi arak susulan kontroversi pengharaman minuman itu dengan seorang pemimpin DAP Ronnie Liu.

Kira-kira 80,000 risalah diedarkan di seluruh negeri bermula selepas solat Jumaat tadi, kata setiausaha perhubungan PAS negeri, Khairuddin Othman.

“Program ini dibuat supaya umat Islam tidak dekati alkohol yang banyak membawa masalah sosial,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Kita ada 22 kawasan (parlimen) di Selangor. Kali dengan 4,000 satu kawasan, lebih kurang 80,000 risalah dicetak untuk diedarkan.”

Tambahnya, dalam kempen yang sama, PAS turut menggantung kain rentang bertulisan “Bebaskan Umat Islam daripada Najis Arak” di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan simpang jalan utama.

Kempen tersebut sebahagian tuntutan PAS mendesak garis panduan jelas berhubung penjualan arak mudah dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Khairuddin juga menggesa Abdul Khalid memangku portfolio kerajaan tempatan, sekarang dipegang oleh Ronnie, untuk memudahkan penguatkuasaan PBT.

“Dulu pun (bawah BN) dalam (bidang kuasa) menteri besar. Exco tidak ada kuasa buat sebarang keputusan. Akhirnya kalau ada apa-apa masalah, menteri besar juga yang kena buat keputusan,” kata Khairuddin.

Satu lagi persoalan, dulu itu apa maknanya?

Bukankah dulu itu bermakna ketika Barisan Nasional (BN)/UMNO?

Tidakkah itu menggambarkan betapa berkesannya kerajaan BN mengawal penjualan arak di Selangor?

Kalau PAS sendiri sudah faham mengenai keberkesanan BN, PAS ‘sendiri mahu tahulaH’ untuk apa lagi dalam pakatan pembangkang!

One Response to “PAS ‘SENDIRI MAHU TAHULAH’ DALAM PAKATAN PEMBANGKANG”

  1. andakmaon Says:

    Kesian Hassan Ali – Pas Pusat buat dont know aje sebab takut mengguriskan hati pemimpin Pakatan. Terjunlah San dengan labunya , takpe surau dan masjid awak dah control power. Apa nak takut . PRU 13 nanti, kalu kena caranya boleh jadi MB.Pas pusat melihat tindakan Hasan Ali itu mirip tindakan peribadi kerana mereka tahu Hassan sebenarnya tidak "salute" Khalid Ibrahim sebagai MB kerana merasakan beliau lebih layak.Agak melucukan dalam isu arak di Selangor ini ,Parti Pas yang mendakwa sebagai parti yang memperjuangkan agama Islam dilihat "bacul" apabila berhadapan dengan DAP ini. Mana perginya slogan "membangun bersama Islam " itu ? Pemimpin Pas pernah mendakwa akan menegakkan syiar Islam sebelum ayam berkokok sekiranya diberi peluang memerintah ! Kini, apabila diberi peluang itu di Selangor dan 4 negeri yang lain ,lain pula ceritanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: