TUNGGU APA TINDAKAN JEFF OOI

Yang terbaik ialah Jeff Ooi tarik balik kenyataan dan minta maaf kepada orang Islam.

Ikut saja saranan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya yang menamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan ‘ekstremis agama’.

Katanya jika Ooi ada mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan JIM sebagai sebuah pertubuhan ekstremis agama, beliau berpendapat Ooi perlu meminta maaf.

Bagi kerajaan negeri, kata Guan Eng ia tidak pernah menganggap pertubuhan itu sebagai ekstremis.

Satu lagi yang pasti, Guang Eng tidak akan menggugurkan Jeff Oii sebagai ketua staf di Pejabat Ketua Menteri.

Guan Eng jelas menyerahkan perkara itu untuk ditangani oleh Jeff Ooi sendiri, yang kini berada di luar negara.


Jeff Ooi yang merupakan ketua staf di Pejabat Ketua Menteri dilaporkan berkata ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Razali Abdullah adalah ekstremis agama kerana beliau dikaitkan dengan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Jeff Ooi juga dilaporkan berkata MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang “ekstremis agama” berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri dilihat mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Semalam Forum Penyelarasan Umat Pulau Pinang (Forum) turut menggesa Jeff Ooi memohon maaf kepada kaum Muslim dan meletak jawatan sebagai ketua staf pejabat Ketua Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam.

Puas hatikah orang Islam dengan keputusan ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: