DUA KEMUNGKINAN KEMATIAN, TIGA SAMPEL DNA LELAKI

Ada empat perkembangan menarik pada Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock semalam.

Pertama, terdapat dua kemungkinan punca kematian – kemalangan atau sebaliknya.

Kedua, terdapat sekurang-kurangnya tiga sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Ketiga, seorang ahli kimia, Zaraiha Awang dari Jabatan Kimia memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pada hari inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini, berkata beliau mendapati tidak ada kesan alkohol atau dadah dalam sistem badan Teoh pada masa kematiannya.

Dalam keterangannya, Zaraiha berkata, beliau menerima sampel kandungan perut, darah dan air kencing Teoh.

Keempat, peguam yang mewakili keluarga Teoh dibenarkan mengadakan lawatan bagi meninjau kawasan tempat kejadian untuk mendapatkan gambaran jelas, esok.

Gobind ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu bahawa koroner akan turut menyertai lawatan tersebut serta dua orang wakil peguam dari setiap pihak juga akan turut serta.

Kelmarin, inkues menyoal enam saksi sementara semalam pula tiga orang lagi ahli kimia dipanggil.

Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh di Shah Alam diberitahu oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang ditanya peguam Gobind Singh Deo, mewakili keluarga Teoh, bahawa punca kematian Teoh diberitahu oleh pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal kepadanya.

Dr Seah merupakan seorang pakar DNA yang berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia.Beliau adalah salah seorang daripada tiga ahli kimia yang dipanggil hari ini sebagai saksi.

Beliau menegaskan Ahmad Nazri tidak pernah menyatakan kepadanya bahawa kematian Teoh disebabkan pembunuhan.

Inkues itu ditangguhkan hingga Isnin selepas tiga lagi saksi selesai memberi keterangan pada hari ketiga prosiding hari ini.

Kelmarin misteri identiti DNA dalam kes kematian berterusan dengan ujian menunjukkan sampel ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada kot dan tali pinggang Teoh Beng Hock.

Inkues kes kematian Teoh, yang disambung kelmarin, dimaklumkan bahawa sampel-sampel DNA yang diambil daripada Tan dan Lee tidak sepadan dengan kesan darah mendiang.

“Kedua-dua mereka telah beri sampel DNA, setelah dianalisa keputusan tersebut tidak sama dengan milik Teoh,” katanya.

Ia dimaklumkan oleh peguam keluarga mendiang, Gobind Singh semalam.

Kedua-dua mereka memberikan sampel DNA minggu lalu selepas inkues ditangguhkan pada 29 Julai lalu.

Pada awalnya Tan dan Lee dilaporkan enggan memberikan sampel untuk ujian DNA.

Dengan sampel Tan dan Lee, seramai 157 orang telah jalani ujian DNA setakat ini berhubung kes Teoh, Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, yang ditemui mati di Plaza Masalam pertengahan bulan lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza tersebut, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Juga menarik ialah terdapat sekurang-kurangnya tiga sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Dr Seah – saksi kesembilan inkues kematian Teoh – mengesahkan perkara itu selain tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah dipegang oleh lebih daripada dua individu lain sebelum terjatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam.

Beliau sebelum itu menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berhubung laporan ujian DNA yang dilakukannya keatas tali pinggang milik si mati yang menyebut terdapat sekurang-kurangnya satu lagi DNA lelaki yang tidak dikenali.

“Apa maksud anda dengan mengatakan sekurang-kurangnya?” soal Gobind.

Kemudian Dr Seah menjawab: “Ya, jumlah yang kecil atau juga mungkin lebih… bagaimanapun jika nak katakan ada DNA keempat, ia mungkin agak lemah.”

.Minggu lalu Mahkamah Majistret Shah Alam diberitahu bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.
Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues minggu lalu berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Timbul suasana tegang pada prosiding inkues di sesi petang semalam apabila peguam Gobind Singh Deo tidak henti-henti mengasak Seah dengan menanya pelbagai soalan berhubung deoxyribonucleic acid (DNA).

Walaupun Koroner Azmil Muntapha Abas cuba mencelah dengan meminta Gobind memahami apa yang diberitahu ahli kimia itu, Gobind tetap bertegas untuk mengajukan soalan.

Pada awalnya Gobind mempertikai mengapa Seah tidak melakukan calitan pada semua bahagian di seluar panjang, kemeja T, tali pinggang, seluar dalam dan jaket milik setiausaha politik kepada seorang exco Selangor itu kerana beranggapan ia amat penting bagi mendapatkan keputusan lebih baik.

Bagaimanapun, Seah berkata tidak semua eksibit itu mempunyai kawasan kontak dan DNA tidak akan diambil pada bahagian yang mempunyai kesan darah.

Seah sesekali menempelak Gobind supaya memahami kerjakerja seorang saintis dan memberitahu Gobind bahawa beliau tahu apa yang perlu dibuat atau sebaliknya ke atas eksibit yang diserahkan oleh pegawai penyiasat.

Selain itu Gobind turut mempersoal mengapa Seah tidak meminta gambar keadaan mayat Teoh bagi memudahkannya menganalisis. Bagaimanapun Seah berkata ia tidak perlu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: