7 WASIAT RAJA MELAYU UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Suara yang diperdengarkan oleh istana semakin kuat dan jelas.

Apa maknanya itu? Ia bagaikan suatu titah bahawa rakyat ‘sendiri mahu ingat’ bahawa keselamatan dan kestabilan negara adalah kepentingan bersama.

Kenapa suara istana ini semakin diperdengarkan?

Rakyat dalam konteks hari ini, bukan semata-mata orang Melayu tetapi juga bukan Melayu.

Walaupun ada orang Melayu sendiri merasakan mereka ‘tidak Melayu’, mereka tidak boleh engkar kerana walaupun hari ini rakyat Malaysia bukan lagi 100 peratus Melayu tetapi wasiat yang dikeluarkan ketika penduduk negara ini 80 peratus Melayu dan 20 peratus bukan Melayu, ia wajar dipatuhi semua rakyat.

Begitu juga dengan pihak yang merasakan mereka adalah rakyat Malaysia beragama Islam dan Melayu hanya keturunan – wasiat ini juga untuk mereka.

Kenapa? Pada ‘7 wasiat Raja Melayu’ dipaparkan betapa raja-raja Melayu menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat itu disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Apakah wasiat itu?

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semalam ‘membuka kembali wasiat itu’ dan mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat itu.

Hakikatnya Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Raja Nazrin bertitah, wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

“Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu,” titah Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas berjudul Mitos Pribumi Malas, Keintelektualan Masyarakat Membangun dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi di Kuala Lumpur, semalam.

Secara lebih jelas, fasal-fasal terbabit ialah Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1), yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,” titahnya.

Baginda bertitah, selain berperanan memberi pemahaman terhadap generasi muda mengenai pembinaan negara bangsa, langkah menerbitkan hasil karya lama juga akan memastikan khazanah negara itu tidak lenyap ditelan zaman.

“Beta mendengar Allahyarham Ishak Haji Mohamad ada menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi Beta sendiri sehingga sekarang tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku itu.

“Bahan bacaan seperti itu amat penting bukan saja diterbitkan semula, tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat pengajian supaya generasi muda tidak lupa sejarah,” titah baginda.

One Response to “7 WASIAT RAJA MELAYU UNTUK RAKYAT MALAYSIA”

  1. andakmaon Says:

    Komen Utk MSO dalam artikel " Taszirah Jumaat"Tindakan Pas Selangor itu menunjukkan betapa dungunya mereka berpolitik. Pas lupa bahawa mereka sebenarnya adalah yang membentuk kerajaan di Selangor ini.Pas sepatutnya bertindak mengharamkan terus penjualan arak dan penternakan babi di Selangor apabila telah berkongsi kuasa bukannya mendesak Ronnie ditukarkan portfolio.Mengatakan babi dan arak sudah menjadi makanan dan minuman budaya masyarakat cina oleh MSO sangat melucukan. Samalah seperti mengatakan Nik Aziz betul apabila menuduh tuhan juga mencarut.( komen yg sama ada dlm blog Sdr Hambali kerana pasti komen ini akan dibuang MSO seperti selalu }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: