HUKUM MEREKA YANG MELAKUKAN UGUTAN BUNUH

Jangan biarkan ugutan bunuh walaupun kepada sesiapa juga, khususnya penjawat awam yang ingin menguatkuasakan undang-undang sebagai perkara biasa kepada penjenayah.

Polis bukan sahaja perlu melindungi malah menjamin mereka yang mahu menegakkan keadilan mendapat perlindungan sewajarnya.


Ugutan bunuh terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan adalah sesuatu yang perlu disiasat dan dikenal pasti puncanya.

Jatuhkan hukuman berat kerana penjawat awam, khususnya yang beruniform mempunyai tugas-tugas keselamatan negara.

Mereka yang melakukan ugutan bunuh sama ada terhadap polis, tentera, penguatkusa atau juga penyiasat umpamanya dari SPRM hendaklah dikenakan hukuman berat.

Jangan biarkan penjenayah bermaharajalela dan berani mengugut sesiapa juga yang mahu mendedah dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Amatlah malang di bumi Malaysia yang aman damai ini ugutan bunuh dibiarkan menjadi mainan di bibir penjenayah!

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sudah menerima laporan ugutan bunuh terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu.

“Kita mengesahkan menerima laporan berhubung kes ugutan bunuh itu dan kita masih menyiasat,” katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Khalid berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata surat ugutan itu dihantar ke pejabat SPRM Selangor kira-kira seminggu lepas.
Ahmad Said dilaporkan menerima ancaman bunuh berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock selepas disoal siasat SPRM barubaru ini.

Surat tulisan tangan tersebut yang dialamatkan kepada Ahmad Said dikatakan diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor yang terletak di Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lepas.
Dalam surat tersebut, penulisnya menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh.

Advertisements

One Response to “HUKUM MEREKA YANG MELAKUKAN UGUTAN BUNUH”

  1. Macam mana pula dengan SMS ugutan bunuh yang dihantar kepada ADUN Terengganu baru-baru ini? Betul ke ia dilakukan oleh Dr Ramezi bekas s/u politik Dato ideris sebagaimana pertuduhan mahkamah? Betul ke dia fitnah orang dengan menggunakan nombor orang untuk menghantar SMS ugutan bunuh? Nak tahu bagaimana ia boleh dihantar? sila ke http://www.smsugutan.blogspot.comUpdate di http://www.jaranganakmelayu1.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: