DEMO ANTARA DUA DARJAT

Ada dua lagi demonstrasi kecil hari ini. Ia tiada kena mengena dengan bantahan terhadap ISA.

Di Pulau Pinang, rakyat berdemonstrasi terhadap kerajaan DAP sementara di Shah Alam, sekumpulan mereka yang dibawa berdemonstrasi di hadapan rumah yang mahu dijual oleh bekas Menteri Besar.

Isunya, nilai rumah berkenaan dan soal sama ada bekas Menteri Besar Selangor itu layak atau sebaliknya memiliki rumah berkenaan.


Apapun yang menariknya, kedua-duanya demonstrasi di hadapan banglo di dua tempat bersaingan. Satu di Shah Alam dan satu lagi di Georgetown.

Jika di Selangor ia dilakukan di hadapan banglo bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di Shah Alam di Pulau Pinang pula ia di hadapan banglo sewa Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pin Horn.

Dalam kes di Shah Alam, ia tidak membabitkan sebarang kepentingan dan orang ramai sekadar gimik DAP tetapi di Georgetown, rakyat menuntut keadilan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Di Shah Alam, lawatan sambil belajar anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, pagi semalam bertukar menjadi demonstrasi.

Rombongan yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang tiba di banglo Dr. Khir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran.

Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.

Kehadiran mereka turut membawa kain rentang yang tertera ‘lawatan sambil belajar ke istana KT yang luar biasa dan menakjubkan’ sambil merakamkan gambar kenangan di luar banglo itu sebelum beredar sejam kemudian.

Dalam pada itu, Ng juga berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menyenaraikan ‘istana’ berkenaan sebagai salah satu tempat lawatan kepada pelancong.

Ng yang dilantik sebagai ejen bagi menjual banglo berkenaan berkata, sehingga kini beliau menerima beberapa maklum balas daripada beberapa pembeli yang berminat.

“Setakat ini ada lima pembeli yang berminat dan berjumpa saya manakala melalui telefon dan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) lebih daripada 20 orang,” katanya sambil meminta Dr. Khir melanjutkan tempoh untuk menjual rumah itu yang akan berakhir 7 Ogos ini.

Di Bukit Gelugor, ketika usaha-usaha terakhir sedang dijalankan untuk menghalang Kg. Buah Pala, Pulau Pinang daripada dirobohkan, kemungkinan esok, kira-kira 30 penduduk kawasan berkenaan berpiket di hadapan banglo sewa Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Pin Horn Road.

Kumpulan yang membawa lilin dan sepanduk berpiket sejak pukul 7.30 malam tadi.
Mereka bersurai kira-kira 40 minit kemudian selepas diarahkan oleh polis.

Kumpulan itu mahu kampung berkenaan diselamatkan. Kerja-kerja merobohkan Kg. Buah Pala tidak dilakukan hari ini sebagaimana dijangkakan sebelum ini.

Pengerusi Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Razak Mansor berkata, penduduk kampung berkenaan diberikan tempoh sehingga esok untuk mengosongkan rumah mereka.

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi esok bagi menghalang rumah-rumah di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor daripada dirobohkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer berkata, pihaknya sepatutnya memfailkan notis hari ini tetapi Pegawai Daerah Timur Laut Azizi Zakaria belum menandatangani dokumen berkaitan.

Notis difailkan di bawah Seksyen 116(1(d) Kanun Tanah Negara.

One Response to “DEMO ANTARA DUA DARJAT”

  1. SABAHKITA Says:

    Kehabisan modal. Kenapa tak bawa kes ini nke SPRM? Kalo masuk halaman rumah saya, saya ganjang habis!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: