MISTERI DUA SAMPEL DNA

Dua sampel DNA siapa ya?

Pertama, profil DNA daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Kematian Teoh: Misteri DNA

Kedua, profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui

Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, semalam mendedahkan, satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Inkues yang bermula pagi semalam di Mahkamah Majistret di Shah Alam bagaimanapun ditangguhkan sehingga Rabu depan.

Penangguhan diputuskan Koroner Azmil Muntapha Abas kira-kira pukul 12 tengah hari setelah mendengar permohonan dan hujah daripada peguam mewakili keluarga Teoh dan peguam mewakili kerajaan Selangor.

Ini bagi membolehkan mereka diberikan masa untuk mengkaji dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan hari ini termasuk laporan DNA, bedah siasat dan forensik Teoh, gambar-gambar tempat kejadian dan gambar rakaman kamera video litar tertutup (CCTV).

Selain itu, Koroner akan turut membuat keputusan berhubung permohonan peguam keluarga Teoh untuk mendapatkan salinan kenyataan saksi-saksi pada hari yang sama yang sebelum itu dibantah oleh pihak pendakwaan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.

“Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.

“Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka,” katanya.

Peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui.

“Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA,” kata Gobind Singh Deo.

Tan kemudiannya menjawab: “Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti.”

Advertisements

2 Responses to “MISTERI DUA SAMPEL DNA”

  1. abe MIE 'TERJAH' Says:

    http://pkrpasdap.blogspot.comkalau kat buntut Teoh ada 'DNA anwar ibrahim' kira kes ini berpanjangan lah…

  2. andakmaon Says:

    abe MIE TERJAHTau tak pe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: