INKUES TEOH CUBA DITANGGUH?

Sumber: Malaysiakini/Utusan Online/Bernama Online

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata walaupun prosiding inkues Teoh Beng Hock akan bermula hari ini, polis masih mengalu-alukan maklumat tambahan yang boleh membantu siasatan kes itu.

Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi ia boleh dipinda jika ada penemuan baru.

Prosiding inkues setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, dijadualkan akan bermula hari ini di Mahkamah Shah Alam bagi mengetahui punca kematiannya.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Shah Alam, selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada pertemuan itu, atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; emaknya, Teng Shuw Hor; abangnya, Beng Kee; adik perempuannya, Lee Lan dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Najib memberitahu keluarga Beng Hock bahawa beliau dan semua anggota Kabinet memandang berat kejadian yang menimpanya.

“Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil,” kata Perdana Menteri kepada keluarga Teoh pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam.

Jaminan itu menggambarkan betapa kerajaan serius dalam mencari sebab sebenar kematian Teoh dan pastinya dengan siasatan yang dijalankan oleh polis, punca kematian Teoh akan terbongkar.

Peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, berkata semalam, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan beberapa dokumen termasuk laporan bedah siasat sebelum prosiding inkues bermula.

Beliau juga membayangkan Inkues kematian Teoh Beng Hock itu mungkin ditangguhkan kerana peguam yang mewakili keluarganya mahu membuat permohonan supaya dokumen-dokumen berhubung siasatan kes tersebut, turut diserahkan kepada mereka.

Inkues tersebut dijadual bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini sehingga 12 Ogos depan. Ia akan didengar oleh Timbalan Pendaftar, Azmil Muntapha Abas, yang dilantik sebagai koroner.

Selain permohonan tersebut, Gobind yang menulis dalam blognya – juga meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menangguhkan inkues tersebut sehingga siasatan polis terhadap kematian Teoh selesai sepenuhnya.

Katanya, menurut kenyataan Ketua Polis Selangor itu bahawa siasatan polis terhadap kes tersebut lebih kurang sudah siap.

Gobinda berkata, beberapa laporan seperti laporan pakar pathologi juga belum diterima oleh pihak polis.

Di samping itu, katanya, pihak polis juga telah menghubungi beberapa saksi untuk memberi keterangan dalam inkues tersebut dan akan menyediakan contoh DNA.

Katanya, semua itu akan memberi kesan besar terhadap kes tersebut.

Oleh itu, tegas Gobind, sehingga elemen-elemen penting telah disiapkan, maka peguam negara tidak seharusnya menekankan supaya inkues itu diadakan.

Keterangan dari 77 saksi yang dipanggil akan menjadi tumpuan. Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka mendengar kes itu selama 15 hari.Antara yang dijangka dipanggil ialah 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan kuasa kepada koroner untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana seseorang itu mati, dan sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu.

Selain Gobind, keluarga Teoh turut diwakili peguam Karpal Singh, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi kerajaan negeri Selangor.

Pejabat Peguam Negara masih merahsiakan siapa yang akan mengendalikan kes itu tetapi dipercayai ia dibarisi beberapa Timbalan Pendakwa Raya berpengalaman.

Tinjauan Bernama di Mahkamah Majistret 5 Shah Alam semalam mendapati beberapa petugas sedang sibuk membuat persiapan memasang tiga skrin untuk memaparkan segala keterangan yang direkod sepanjang prosiding inkues itu nanti. Para petugas media dijangka berada di mahkamah seawal 6 pagi esok bagi mendapat tempat duduk di galeri awam memandangkan ruang mahkamah itu hanya mampu menampung sekitar 60 orang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: