PEMUDA UMNO PENGECUT?

Setahu saya melalui kajian untuk tesis M.Soc.Sc dan kemudian diterbitkan sebagai buku – Putera Mahkota UMNO – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selalunya menjadi pendinding dan pelindung UMNO serta kerajaan persekutuan yang didokongnya.

UMNO atau pemudanya selama ini tidak pernah menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri, apa lagi bersikap berkecuali yang menunjukkan pergerakan itu kini berada dalam limbo dan yo-yo.

Sudah tidak jelas apa sebenarnya peranan Pemuda UMNO kalau ia bersikap berkecuali dalam isu penting seperti ini.

Malah, Pemuda UMNO mempertahankan akta ini bukan dalam tempoh sedekad atau dua dekad.

Pemuda UMNO bersama kerajaan dalam isu ISA ini sejak sebelum merdeka dan ramai juga bekas pemimpinnya yang ditahan melalui akta ini.

Yang saya ingat hanya tiga iaitu Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi, Datuk Ibrahim Ali dan juga Datuk Tajuddin Rahman.

Malah baru-baru ini Tajuddin mengakui akta ini penting.

Kenyataan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin supaya ahli pergerakan itu berkecuali menjadikan UMNO sebagai parti tulang belakang Barisan Nasional akan merasa rimas.

Apakah Khairy mengikut pendapat bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau beliau di belakang Abdullah yang baru-baru ini menyatakan akta itu wajar dihapuskan.

Kenyataan Abdullah mengejutkan kerana beliau ternyata berubah pendirian selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau mempertahankan ISA dan perubahan sikapnya dilihat selari dengan pendirian menantunya Khairy.

Apakah tanda-tanda bahawa Pemuda UMNO yang selama ini dilihat sebagai kumpulan pendesak akan hanya menjadi sebuah pertubuhan lemah, lebih-lebih dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu?

Berkaiatan ini saya ingin mengajak penjenguk membaca juga posting dibawah ini yang saya petik daripada http://parpukari.blogspot.com.

BIAR BETUL SI KJ NI?

Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

“Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

“Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan,” kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

“Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih,” tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan “1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA” – untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

“Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari,” katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.

Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.

Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

PARPUKARI: APA LAGI AKU NAK CAKAP? AKU RINDUKAN SEORANG PEMIMPIN YANG BETUL-BETUL BERJIWA MELAYU/ISLAM! DIMANA AKU NAK CARI PEMIMPIN SEPERTI INI?KITA PERLUKAN SEORANG PEMIMPIN YANG BERANI BUKAN JENIS KECUT TELUR DAN NAK JADI SELEBRITI JE 24 JAM!

KADANG-KADANG AKU KESIAN TENGOK NASIB UMNO NI, YANG TAK SEPATUTNYA MASIH ADA KAT DALAM PARTI KERAMAT INI!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: