NIK AZIZ – SAYA DAH KATA JANGAN TERPEDAYA…

Ha..ha..ha…ramai pemimpin UMNO yang terperangkap dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Itulah yang dikatakan sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. Kalau PAS kata padan dengan muka tak malu.

Ada di kalangan pemimpin UMNO yang kata hingga nak bawa perbincangan hingga ke Majlis Tertinggi Jumaat ini.

Yang nyata Nik Aziz sebut kerjasama bukan dalam konteks PAS-Umno tapi kerajaan negeri dan Pusat.

Saya dah kata, Nik Aziz ini jenis memancing kemudian tarik. Ikan-ikan yang bodoh akan memakan pancingnya, bagi yang berhati-hati, mereka akan lihat dulu, tidak payah terus makan umpan itu.

Nik Aziz kan jenis political animal.

Hari ini, di Kota Bharu Nik Aziz ketika menjelaskan kenyataannya yang menyatakan kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Katanya, laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar maksud kenyataan beliau.

“Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno,” katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

“Kerajaan pusat ada kewajipan membantu kerajaan negeri. Kita bukan minta tetapi ini hak perlembagaan yang menetapkan peruntukan itu disalurkan,” katanya.

Beliau berkata Pas tidak bercadang untuk mengadakan hubungan peringkat parti dengan parti sebagaimana berlaku semasa zaman Allahyarham Tun Abdul Razak “kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa”.

Nik Aziz menegaskan, apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan, yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

“Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin dalam perlembagaan.

“Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan telah menyekat hak-hak negeri Kelantan dalam banyak aspek.

“Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme,” katanya.

Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan, kata beliau.

Saya sebutkan semalam bahawa Nik Aziz hanya akan membuka mulut mengenai kesediaan menghulurkan tangan apabila mempunyai kepentingan atau memenuhi kehendakknya.

Dalam konteks ini dia mahu bekerjasama kerana mahu menjamin kejayaan dalam konteks Fiesta Kelantan 2009 kerana akan memberikan kesan besar bagi tujuan industry pelancongan dan sebagainya.

Beliau mengatakan untuk melupakan sengketa politik antara kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS dan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepetingan rakyat dan perpaduan Islam tanpa menyebut Kerajaan Pusat itu siapa.

Ternyata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan reaksi terlalu cepat dengan berkata ia akan membuka lembaran baru dalam kerjasama antara kedua-dua pihak.

Muhyiddin yang menyambut baik kesediaan Nik Aziz untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri PAS itu dengan kerajaan pusat berkata, senario tersebut akan membuka satu lembaran baru dalam hubungan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Kelantan dan parti PAS.

Pertanyaan saya ialah bila masa pula Kerajaan Pusat mensisihkan Kelantan?

Apakah Kelantan tidak mendapat geran tahunan?

Nak tahu apa yang Kelantan terima sejak 20 tahun lepas, tanyalah Pengerusi-Pengerusi Perhunungan UMNO Kelantan yang lalu seperti Datuk Mustapa Mohamed sendiri selain Tan Sri Annuar Musa, Tengku Razaleih Hamzah dan Tun Dr Mahathir sendiri.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan PAS untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.

Beliau berkata ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan Pas dan bukan memantapkan Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang UMNO, dan selepas pemimpin PAS (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita.

“Sebabnya mereka kempen untuk PAS dan bukan untuk kerajaan,” katanya selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di Munyonyo (Uganda), semalam.

Benar nasihat Dr Mahathir yang mahu Umno berhati-hati menerima kerjasama itu bagi mengelak daripada terjerat permainan politik PAS.

Hakikatnya Nik Aziz senang duduk semeja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang berbanding Datuk Seri Mohd Najib, hatta Dr Mahathir sendiri.

Advertisements

2 Responses to “NIK AZIZ – SAYA DAH KATA JANGAN TERPEDAYA…”

  1. GPMS Cawangan Wangsa Maju Says:

    Salam Perjuangan,Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat belia untuk terus berjuang.Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAKKetua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,GPMS Cawangan Wangsa Maju,Wilayah Persekutuan.ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

  2. najamarine Says:

    salam saudara,memang betul pun suasana sekarang begitu runcing sehingga pemimpin2 UMNO sekarang tidak setegas zaman mantan PM kita dulu..adakah mase tu umno dan BN teruk di pinggir rakyat??natijahnya kerajaan yg kuat adalah kerajaan yg tegas dengan objektifnya tanpa memfokuskan kehendak pembangkang…kehendak pembangkang bukan kehendak rakyat!!mereka hanya mengambil kesempatan untuk menyembelih kerajaan yg ada sekarang bagi memuaskan nafsu untuk berkuasa..itu jaaa…lihat di zaman pak lah…'ter'lalu mengikut kehendak pembangkang sehingga kementerian yg bertanggungjawab pun bekerja selepas di sergah pembangkang..makanya kerajaan di bawah kepimpinan pak lah adalah yg paling tidak berkualiti kerana dasar pak lah yang 'ter'lalu terbuka..kerajaan terbuka tidak salah tapi jgn 'terrr'lalu..ni hanya akan memakan diri dan di ambil kesempatan oleh pihak lain atas kelopongan yg ada.jiwa-najamarine.blogspot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: