KES TEOH – APA KENA DENGAN PEMBANGKANG?

Masih tidak cukupkan dengan jaminan tiga pihak bahawa punca kematian Teoh Beng Hock akan disaisat secara terperinci?

Tidak cukupkah dengan jaminan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara?

Juga tidak cukupkah dengan pengumuman bahawa inkues kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditetapkan mulai 29 Julai hingga 12 Ogos depan?

Teoh, 30, yang juga Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor Tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, 16 Julai lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi dalam kes penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dimaklumkan kepadanya oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

“Polis akan melengkapkan siasatan sebelum inkues bermula,” katanya.

Bagi pihak-pihak yang meragui siasatan dan penubuhan Suruhanjaya Di Raja, apakah mereka mengharapkan orang dari langit turun untuk menyiasat dan memuaskan hati mereka?

Atau mereka sengaja membuat pelbagai kenyataan yang berbelit-belit agar masyarakat tidak menumpukan kepada isu-isu asas yang melanda pembangkang.

Ini termasuk siasatan terhadap penyalahgunaan wang kerajaan oleh pemimpin PKR di Selangor, perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta masalah yang melanda kerajaan Pulau Pinang dan Kedah, selain kebimbangan akan semakin bercelarunya politik Selangor.

Jika keluarga mendiang Teoh mennyambut baik pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian mendiang dan berharap dapat bertemu dengan Perdana Menteri secepat mungkin, kenapakah pembangkang mempolitikkannya?

Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan siasatan terperinci Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetahui punca sebenar kematian, Teoh akan disiapkan sepenuhnya, minggu depan.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu daripada pelbagai sudut secara profesional termasuk merakam kenyataan daripada beberapa individu bagi membantu siasatan.

Kabinet pula kelmarin bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi ketika mendiang Teoh disoal siasat, minggu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Najib juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta polis menyelesaikan segera siasatan kes berkenaan dan laporannya akan diumumkan.

Perdana Menteri menegaskan tiga keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian mendiang Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian.
Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, berkata laporan kematian mengejut (SDR) Teoh difailkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam untuk memohon tarikh sebutan inkues.

“Kita mengemukakannya ke mahkamah untuk mendapatkan tarikh (inkues),” katanya di sini, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, memberi jaminan siasatan berhubung kematian Teoh, akan diselesaikan segera sebelum inkues.

“Sementara siasatan itu disiapkan, saya mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian sendiri dan menggembar-gemburkan kes berkenaan sehingga hasil siasatan diumumkan pihak berwajib.

“Akan cepat diselesaikan (siasatan), saya tak boleh beritahu (siasatan disiapkan) hari ini atau esok, tak bolehlah secara spesifik. Tak lama lagilah…. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, di sini, semalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: