NAJIB UMUM PENUBUHAN SURUHANJAYA DI RAJA

Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja.

Keluarga Teoh Beng Hock yang ditemui mati beberapa jam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu.

Mereka berharap siasatan kes kematian Teoh akan dilakukan secara adil.

Pelbagai pihak termasuk keluarga mendiang, pemimpin Barisan Nasional (BN), pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan menyarankan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh.

Beberapa anggota Kabinet termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di JPM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat turut menyokong penubuhan suruhanjaya itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Najib juga mengarahkan supaya inkues terhahadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Kematiannya mencetuskan pelbagai spekulasi kerana beliau antara saksi penting bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes salah guna peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor.

Teoh yang juga Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, dipanggil ke pejabat SPRM di plaza itu pada jam 5 petang, Rabu lalu dan disoal siasat sehingga jam 3.45 pagi keesokannya, sebelum mayatnya ditemui seorang pencuci pada jam 1.30 petang.

Pada sidang media hari ini, Najib berkata satu inkues yang diketuai oleh majistret juga akan diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Akhbar melaporkan hari ini, Mesyuarat Kabinet hari ini dijangka membuat keputusan berhubung saranan pelbagai pihak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata jemaah Menteri akan membincangkan secara terperinci cadangan itu yang mendapat perhatian banyak pihak.

“Kabinet akan bincang kes kematian Teoh dan cuba memutuskan langkah terbaik untuk menyelesaikan pelbagai persoalan yang dikemukakan banyak pihak.

“Pada masa sama, kita beri peluang kepada polis menjalankan siasatan terperinci kejadian berkenaan dan semua pihak tidak seharusnya melenting kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: